10/19/09

Bertindak segera sebelum ragut nyawa


Sinar Harian 18 Okt 09

TAMAN SRI PINANG – Kejadian gempa berlaku sejak kebelakangan ini menggusarkan semua pihak walaupun Malaysia tidak berada di dalam lingkungan bencana alam itu.

Seorang penduduk ditemui, Mohd Hassan Mohd Taib, 43, berkata, negara jarang mengalami kejadian gempa bumi, tetapi kejadian tanah runtuh adalah antara bencana pernah meragut banyak nyawa.

“Di tengah kawasan taman ini terdapat tanah runtuh. Kejadian ini seminggu berlaku dan dikhuatiri penduduk di sini.

“Mengenai tanah runtuh berlaku di Lorong Diana 9, dilaporkan kepada pihak berkuasa dan berharap tindakan segera dapat diambil untuk menyelesaikan masalah ini.

“Selain tindakan menambat semula kawasan ini, diharap mereka menjalankan kajian secara terperinci mengenai struktur tanah di sini dan kekuatannya untuk menampung seluruh kawasan perumahan ini,” katanya.

Mohd Hassan berkata, saya baru sahaja lima bulan pindah ke sini dan risau dengan keadaan itu jika dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan.

“Di hujung kawasan perumahan ini turut berlaku runtuhan dan rekahan tanah. Longkang besar ini telah runtuh dan tersumbat.

“Beberapa rumah berada di hujung telah mendap. Penghuninya juga berpindah kerana khuatir sesuatu yang buruk akan berlaku.

“Saya yakin banyak aduan dibuat mengenai permasalahan ini dan ketika pilihan raya DUN (Dewan Undangan Negeri) Bagan Pinang kawasan ini dilawati pemimpin negara.

“Saya berharap tindakan drastik dapat dilaksanakan kerana melibatkan nyawa banyak pihak. Boleh dikatakan keseluruhan tebing dan curam di kawasan perumahan ini telah mendap,” katanya lagi.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5291493.asp

0 comments: