Sinar Harian 5 Okt 09
TAMAN POLITEKNIK – Sepasang suami isteri terpaksa menanggung beban tunggakan rumah sewa, bil api dan air sehingga mencecah RM3,000.
S Amaramadi, 51, berkata, rumah sewa didiaminya sekarang sudah lebih sepuluh bulan tidak berbayar, sementara bil api tertunggak sebanyak RM605 dan bil air RM683.
“Tuan rumah sudah menyuruh kami keluar, namun atas kebaikan orang tengah yang selama ini kami berhubung, tuan rumah bersetuju memberi keizinan tinggal sehingga Deepavali akan datang.
“Sekarang ini saya runsing, mahu mencari rumah baru, di mana harus kami pergi.
“Kami tiada pendapatan untuk membayar tunggakan berkenaan walaupun ada bantuan dari Jabatan kebajikan Masyarakat (JKM) RM150 sebulan. Dengan wang sebanyak itu kami tidak mampu menyelesaikan semua hutang berkenaan.
“Untuk keperluan kami seharian juga tidak mencukupi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya di Jalan 11, Taman Politeknik.
0 comments:
Post a Comment