Sinar Harian 23 Okt 09
BATU KIKIR - Seorang peniaga di Gerai Majlis Daerah Jempol (MDJL) berhampiran kawasan kilang simen dan kilang batu-bata meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa permasalahan berlaku di kawasan berkenaan.
Juliana Sidek, 27, berkata, sebelum ini memang sudah ada masalah taburan pembawakan habuk di kawasan gerai di sini, tetapi berkurangan sekarang setelah jalan diturap.
Namun, katanya, walaupun jalan diturap, tetapi keadaan taburan habuk masih timbul terutama apabila lori keluar dan masuk memandu laju di kawasan berkenaan.
“Sejak saya berniaga di sini Februari lalu, keadaan jalan di sini sudah berturap, tetapi taburan habuk masih timbul terutama apabila lori keluar masuk itu dipandu laju.
“Walaupun saya berniaga di sebelah petang kira-kira jam 2 petang dan keadaannya agak berkurangan berbanding pagi, tetapi kami masih menghadapi masalah sama,” katanya.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar kawasan gerai MDJL mendapati keadaan kurang selesa dari segi kesihatan udara.
Ini adalah disebabkan habuk pasir dan habuk kilang berhampiran ditambah taburan habuk berterbangan dibawa lori menyebabkan sesiapa sahaja melalui jalan berkenaan pasti akan perasan keadaan berkenaan.
“Selain menghadapi masalah habuk sehingga menyebabkan kami perlu sering menyapu dan mengelap meja beberapa jam sekali, pelanggan turut kurang datang ke sini.
“Pada pandangan kami, mungkin disebabkan peletakan gerai ini kurang strategik ke dalam kawasan di hadapan gerai mempunyai tanah lapang kini dipenuhi semak menyebabkan kurang pengunjung yang tahu ada gerai makan di dalam ini,” katanya.
Sinar Harian mendapati, terdapat kawasan lapang di hadapan deretan binaan gerai ditumbuhi dengan semak kecil sehingga menutup pandangan pemandu melalui jalan berkenaan dari arah jalan besar.
Pihak peniaga di sini memohon kerjasama pihak MDJL agar dapat melakukan sesuatu terhadap permasalahan berlaku agar pengunjung selesa dan peniaga turut selesa berniaga di sini.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5311122.asp

0 comments:
Post a Comment