Sinar Harian 7 Okt 09
SUNGAI ROTAN - Kebimbangan penduduk Kampung Sungai Rotan 1 ter-utama yang tinggal berhampiran gerai Majlis Daerah Jelebu (MDJ) susulan tanah mendap berdekatan tandas gerai seolah-olah tiada penghujung walaupun pihak berwajib datang membaikinya.
Penduduk yang ditemui, Rohana Mohamed Nor, 44, berka:ta, selepas masalah itu dilaporkan melalui akhbar :Sinar Harian :beberapa bulan lalu, MDJ ada datang meninjau dan sejurus selepas lawatan, mereka menimbus tanah mendap itu dengan pasir.
Menurutnya, bagaimanapun, oleh sebab faktor cuaca tidak menentu dan hujan, tanah mendap itu berlaku lagi dan menimbulkan pelbagai masalah kepada mereka terutama dari segi pencemaran bau serta kemungkinan berhadapan risiko kanak-kanak terjatuh ke dalam tanah mendap.
“Saya amat berharap supaya sesiapa sahaja diarahkan pihak MDJ untuk mengatasi masalah tanah mendap ini dapat menjalankan kerja sebaik mungkin bagi mengelakkan masalah sama berulang.
“Kejadian kali kedua yang berlaku ini turut memberi gambaran seolah-olah pihak MDJ membuat kerja secara sambil lewa sahaja tanpa memikirkan kesannya pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di lokasi itu, semalam.
Sementara itu, Zainal Mid, 44, berkata, dia sudah letih mengadukan masalah itu kepada MDJ di pejabat yang terletak di Kuala Klawang, namun, hampa kerana masalah itu masih lagi belum diatasi sebaik mungkin.
Zainal turut menyatakan kerisauannya terhadap tahap keselamatan kanak-kanak yang sering menjadikan lokasi itu untuk bermain pada waktu petang kerana terdapat kemungkinan mereka bakal terjatuh ke dalam tanah mendap itu.
“Saya sendiri kadangkala terpaksa meletakkan kereta atau motosikal berhampiran tanah mendap itu bagi memastikan kanak-kanak tidak bermain di sekitar kawasan berkenaan.
“Tindakan segera dan bersesuaian harus difikirkan MDJ bagi memastikan masalah itu tidak berulang dan mengundang pelbagai risiko kepada masyarakat setempat,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5208519.asp

0 comments:
Post a Comment