10/20/09

Kupon Beras akibatkan beras akan naik harga

1. Pemberian kupon khas SUBUR (Subsidi Beras Untuk Rakyat) adalah menggantikan sistem pemberian subsidi beras kepada pengilang dan pemborong beras yang bernilai RM60 juta sebulan.
PERSOALAN : Apakah harga beras akan naik selepas tiada lagi subsidi kepada pengilang dan pemborong ?

2. Pemberian kupon akan disalurkan menerusi anggota Parlimen.
PERSOALAN : Kenapa tidak disalurkan menerusi agensi kerajaan sedia ada Jabatan Pertanian, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah dsbnya ?

3. 200,000 keluarga miskin dan Orang Asli akan menerima kupon RM10 bagi elayakkan mereka membeli beras gred ST15 yang berharga RM24 pada kadar RM14.
43,500 keluarga miskin tegar berpendapatan RM450 sebulan di bandar dan RM420 di luar bandar akan diberi kupon bagi 30 kilogram beras percuma setiap bulan.
150,000 keluarga yang berpendapatan RM1,500 sebulan (bandar) dan RM1,000 (luar bandar) pula akan menerima tiga kupon subsidi masing-masing bernilai RM10 setiap enam bulan sekali.
PERSOALAN : Pasti akan ada keluarga yang layak, tetapi tercicir. Bagaimana untuk mempastikan pemberian kupon ini telus dan sampai ke sasaran ?

PEMBANGKANG KUAT , RAKYAT TERBELA

0 comments: