10/2/09

Najis burung kotori perhentian bas

Sinar Harian 2 Okt 09

KUALA KLAWANG - Rata-rata penduduk di Daerah Jelebu yang menggunakan perkhidmatan bas ‘bengang’ apabila perhentian bas Kuala Klawang yang dinaik taraf berkonsepkan Minang dicemari najis burung menyebabkan mereka terpaksa berdiri sahaja semasa menunggu bas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, masalah itu telah lama dihadapi masyarakat setempat, namun tiada langkah penyelesaian yang diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi mengelakkan ratusan bahkan ribuan burung yang menjadikan perhentian itu sebagai lokasi tempat tinggal pada waktu malam.

Seorang penduduk ditemui, Mustafa Daya, 76, dari Kampung Sarin berkata, dia berasa rimas kerana setiap hari terpaksa melihat najis burung merpati dan kini, najis burung birek-birek memenuhi perhentian bas termasuk kesemua bangku yang disediakan bagi kemudahan orang awam menunggu bas.

Menurutnya, orang Je-lebu sudah terlalu ‘letih’ berhadapan dengan masalah itu sehingga tidak sanggup lagi mengadu kepada PBT kerana masalah itu seolah-olah tidak berpeng-hujung walaupun Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu merangkap Pegawai Daerah sudah kerap-kali bertukar-ganti di daerah itu.

Bahkan, katanya, masalah itu juga membuatkan dia berasa malu terutamanya kepada orang luar yang datang ke Pekan Kuala Klawang kerana mereka mungkin membuat andaian bahawa orang-orang di Daerah Jelebu ini pengotor kerana sanggup berkongsi perhentian bas dengan najis burung.

Sememangnya diakui, katanya, kakitangan MDJ ada membersihkan perhentian ini, namun mereka hanya menyapu dan mengutip sampah sahaja.

“Bangku bagi kemuda-han orang awam menunggu bas kadang-kala dibersihkan oleh saya dan individu yang prihatin sahaja.

“Itu pun sekadar satu ke dua bangku sahaja mengikut kemampuan,” katanya ketika ditemui di lokasi berkenaan.

Sementara itu, Abd Jalil Ja’abar, 54, dari Felda Titi berkata, PBT perlu menyelesaikan masalah itu kerana dia berasa amat malu dan kesian kepada pelajar sekolah dan kolej yang terpaksa berdiri semasa menunggu bas dalam tempoh yang lama terutamanya semasa balik bercuti kerana bangku yang disediakan dipenuhi najis burung.

Menurutnya, dia mencadangkan agar langkah pertama yang perlu diambil PBT ialah menghidupkan semua lampu yang sememangnya sudah dipasang di perhentian itu sejak dinaik taraf pada waktu malam bagi mengelakkan lokasi berkenaan dijadikan sebagai tempat persinggahan burung pada waktu malam.

“Kita lihat dulu hasilnya, jika tidak berjaya juga mereka perlu memikirkan cara dan kaedah lain bagi memastikan kemudahan Per-hentian Bas Kuala Klawang yang memakan kos agak besar ini mampu diman-faatkan sebaik mungkin oleh orang awam dan bukannya hanya sesuai untuk dipandang sahaja,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5181588.asp

0 comments: