DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

GAJAH PUTIH

Projek Gajah Putih di N.Sembilan

Sila ke pautan berikut untuk melihat Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan yang membazir duit rakyat http://gajahputihn9.blogspot.com

UMNO REMBAU TAK LEH HARAP JAGA HAK ORANG MELAYU

Nak tahu sebab apa ? Baca SINI

SATU MALAYSIA ! TERBENGKALAI !

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI ! SATU MALAYSIA ! SATU NEGERI SEMBILAN. Layari laman web Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com

Taman Desa Indah , Lubuk Cina , Rembau

10/28/09

Orang mati pun layak dapat kupon beras

Di mana silapnya ? Bukan kupon beras sahaja, banyak bantuan kerajaan sebelum ini ada yang tidak sampai ke golongan sasaran. Tak percaya tanyalah orang kampung siapa selalu dapat bantuan kewangan, rumah PPRT, bantuan lembu, tanah pinggir dan sebagainya ?

Sampai bilakah masalah ini akan berlarutan ? Senang saja , edar semua borang bantuan secara online atau melalui laman web. Biar pegawai setiap agensi siasat dulu dalam pengkalan data samada pemohon ada mendapat bantuan lain dan layak, kemudian turun padang dan siasat.

Jangan semata-mata tunggu JKKK yang beri nama. Saudara mara, jiran tetangga, wartawan dan individu yang prihatin boleh membantu memberi maklumat terus kepada agensi berkaitan JKM, BaitulMal dan sebagainya.

*************************
Kosmo 27 Oktober 2009

Orang mampu pun tersenarai - Senarai nama penerima bantuan subsidi beras diragui, orang mati juga dapat

ALOR SETAR - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah mendedahkan terdapat nama golongan berkemampuan yang disenaraikan sebagai penerima kupon subsidi beras.

Selain itu, katanya, nama orang yang telah meninggal dunia juga didapati masih tersenarai untuk menerima bantuan tersebut sehinggakan orang miskin yang benar-benar layak terpinggir.

Sehubungan itu, beliau meminta semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) negeri Kedah melakukan pembersihan terhadap senarai nama golongan terbabit yang masih terdapat dalam sistem E-Kasih.

Menurut beliau, pengeluaran kupon itu akan dilakukan berdasarkan senarai nama yang terdapat dalam sistem tersebut namun pihaknya mendapati ada antara data-data itu meragukan.

"JKKKP diminta agar buat bancian dengan pusing keliling kampung bagi mengenal pasti setiap orang miskin supaya nama mereka disenaraikan sebagai golongan yang layak mendapat kupon subsidi beras itu," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1027&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm