10/13/09

Penduduk ‘kenyang’ debu, habuk

Sinar Harian 13 Okt 09

TEMIANG – Penduduk Taman Bukit Mutiara menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap masalah debu dan habuk terpaksa mereka hadapi setiap hari sejak sebuah projek pembinaan dijalankan di sini.

Penduduk mendakwa, sudah hampir setahun mereka berhadapan masalah itu, malah keadaan bertambah serius sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Saban hari, mereka ‘kenyang’ dengan debu dan habuk tanah memenuhi segenap ruang rumah tanpa mengira masa menyebabkan masing-masing mendesak pihak berwajib mengambil tindakan penyelesaian muktamad berhubung masalah itu.

Penduduk, Nor Azizah Muhamad, 43, berkata, dia kesal dengan tindakan pihak berkenaan yang dilihat tidak prihatin terhadap soal kesihatan penduduk di kawasan itu.

Katanya, penduduk tidak pernah menolak pembangunan dilakukan, malah amat menyokong segala usaha berkenaan kerana ia adalah untuk kepentingan semua pihak.

“Tetapi, apabila masing-masing terpaksa berhadapan dengan masalah ini, siapa yang dapat tahan kerana ia betul-betul menjejaskan keselesaan kami.

“Pada awal kerja-kerja dilakukan, ia tidaklah terlalu mengganggu penduduk, namun sejak akhir-akhir ini keadaan semakin buruk apabila kami terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5246132.asp

1 comments:

Anonymous said...

提供您SEO排名利用自然排序把你的網路排名SEO優化而達成網頁排名中的關鍵字廣告,而網路行銷中把網站優化後網站排名就是另一種關鍵字行銷手法給你最佳化的SEO服務。一般瀏覽者高習慣性使用入口YAHOO我們幫您保証自然排序前十名,因我們的技術保証您可指定全球任何搜索引擎保証排名... 網站優化是目前最新興的廣告曝光方法,SEO搜尋行銷提供了專業的關鍵字排名與SEO搜尋引擎最佳化服務,讓你的網站在網路行銷中遙遙領先.