10/8/09

Penduduk terkejut terima 'surat kuning'

Sinar Harian 8 Okt 09


BANDAR TINGGI , Jelebu - Penduduk Taman Bandar Tinggi kesal dan terkejut apabila menerima ‘surat kuning’ awal Oktober ini iaitu notis pemberitahuan bagi kerja-kerja pemotongan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) walaupun mendakwa, tidak menerima sebarang penyata bagi bulan berkenaan.


Pengerusi Persatuan Penduduk, Abu Yazid Jaapar berkata, dia menjangka, masalah itu turut dialami penduduk lain di taman membabitkan kira-kira 85 unit kediaman berkenaan, berdasarkan maklum balas diterimanya daripada penduduk yang mendakwa turut menerima surat kuning dari TNB.


Menurutnya, masalah itu juga sebenarnya menjadi ‘buah mulut’ penduduk sekitar kampung ibunya di Kuala Pah kerana mereka menerima notis pemotongan bekalan elektrik oleh TNB seminggu lebih awal.


“Saya berharap, sekiranya TNB kekurangan kakitangan, mereka dapat menambahnya secepat mungkin untuk membaca secara terus bil elektrik di kediaman pengguna bagi mengelakkan perkara seumpama ini berlaku di mana bil belum lagi sempat diterima pengguna, notis pemotongan pula yang sampai terlebih dahulu,” katanya.

Mohd Nizam Nordin, 48, berkata, dia sudah dua bulan berturut-turut menerima surat berwarna kuning dan menganggap notis pemotongan pertama yang diterimanya disebabkan kecuaiannya sendiri kerana menghilangkan bil yang dihantar ke rumah.


“Bagaimanapun, saya agak terperanjat kerana bulan ini bukan hanya saya seorang yang menerima notis pemotongan, malah majoriti penduduk mengalami masalah sama.


“Bulan lepas, bil elektrik saya sekitar RM80 hingga ke RM90 sahaja tetapi kini meningkat kepada RM145.25,” katanya.


Nizam berkata, perkara seumpama itu tidak harus berlaku kerana menganggap soal pembayaran bil berkaitan imej individu.


Katanya, kegagalan membayar bil melambangkan imej tidak baik dan dia bukanlah seperti itu.

Lorezan Hassan, 50, pula berkata, dia merujuk masalah itu kepada pejabat TNB berhampiran dan musykil dengan jawapan yang diberikan bahawa dia berkemungkinan menghilangkan bil elektrik dihantar ke rumah dan TNB akan menyiasatnya.


“Bagaimanapun, tidak mungkin sampai hampir satu taman kehilangan bil elektrik masing-masing. Saya terima, jika mereka kata masalah ini berpunca daripada kesilapan teknikal mereka dan bukannya disebabkan kecuaian pengguna,” katanya.


Alias Yahya, 42, pula berkata, dia tidak menerima notis tersebut disebabkan isterinya pergi ke pejabat TNB kerana curiga bil elektrik masih lagi tidak sampai ke rumahnya.


“Nasib baiklah kediaman saya berhampiran pejabat TNB, tetapi cuba fikirkan jika masalah ini dihadapi warga emas yang duduk jauh dari Pekan Kuala Klawang dan tiba-tiba menerima surat pemotongan elektrik.

:“Saya berharap, TNB memandang serius mengenai masalah ini kerana kami sebagai pengguna berhak mendapatkan perkhidmatan terbaik daripada mereka,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5212871.asp

2 comments:

Anonymous said...

正享除蟲服務項目:白蟻防治 跳蚤防治 蛀蟲 燻蒸防治 蟑螂防治 老鼠防治 蚊子防治 蒼蠅防治 螞蟻防治 蛾蚋防治 園藝防治
正享是專業的白蟻白蟻防治、除蟲專家,提供消除白蟻、白蟻防治、以及除蟲服務,只要您有惱人的白蟻困擾,找正享除蟲就對了。

Anonymous said...

外籍新娘努力向上,台南有一個大陸新娘,他在大陸是一新疆舞的老師,他雖然嫁來台灣當大陸新娘,但是他一樣努力向上他為了讓新疆舞的美讓台灣人都知道於是在公園教越南新娘林氏一起跳,二個人就這樣變成好姐妹,越南新娘也因為如此他的生活也更加充實開心.