Berita Harian 29 Okt 09
TEMPAT duduk dan lantai di Stesen Bas Kuala Klawang dipenuhi najis burung sehingga menjejaskan keselesaan pengguna.
Orang ramai jijik melihat najis di setiap sudut perhentian bas Kuala Klawang
KUALA KLAWANG: Menjijikkan! Itulah kesimpulan terbaik mengenai keadaan Stesen Bas Kuala Klawang, di sini yang dicemari dan dipenuhi najis burung hingga digelar sebagai 'stesen burung'.
Tinjauan mendapati najis haiwan itu bukan saja memenuhi bumbung stesen berkenaan tetapi juga bersepah di atas lantai dan tempat duduk untuk orang ramai menunggu bas hingga mencemarkan pandangan serta menimbulkan bau busuk.
Sepatutnya, sebagai lokasi yang menjadi tumpuan ramai, termasuk pelancong, kemudahan yang disediakan perlu bersih, selesa serta cantik, apatah lagi, ia adalah ‘cermin’ utama kepada imej daerah Jelebu.
Walaupun tidak banyak bas beroperasi di stesen berkenaan, tinjauan mendapati ia tetap digunakan sebagai tempat menunggu dan menurunkan penumpang serta menjadi hentian bagi kereta sewa.
Tambahan pula, kedudukannya bersebelahan dengan Pasar Awam Kuala Klawang, sudah tentu menjadikan stesen berkenaan menjadi tumpuan ramai, terutamanya pada hujung minggu.
Pemandu kereta sewa, Mustafa Yoep, 61, berkata stesen bas berkenaan sudah kelihatan seperti rumah burung.
“Setiap sudut di stesen ini dipenuhi najis burung, sehingga jalan raya berdekatan juga dipenuhi najis haiwan itu.
“Jadi, kami tidak ada pilihan, selain menjadikan stesen ini sebagai tempat menunggu dan menurunkan penumpang walaupun keadaannya tidak begitu bersih dan menyenangkan,” katanya.
Beliau berkata, sememangnya stesen itu menjadi tumpuan burung berkeliaran dengan hinggap di atas bumbung, lantai dan tempat duduk kawasan itu setiap hari, terutama pada waktu malam.
“Memang ada pekerja Majlis Daerah Jelebu (MDJ) datang melakukan kerja pembersihan sekali dalam seminggu tetapi kotoran dan keadaan sama berulang kerana burung sentiasa berkeliaran dan hinggap di stesen ini,” katanya.
Pelajar, Norzaedah Jamil, 17, yang menunggu bas setiap hari di stesen berkenaan berharap MDJ dapat melakukan sesuatu bagi mengatasi masalah kekotoran najis burung yang bersepah di situ.
“Stesen bas ini adalah kawasan tumpuan di Kuala Klawang kerana ramai yang menggunakan pengangkutan awam menunggu di sini. Keadaan akan bertambah sesak pada hujung minggu kerana pada hari itu, semua orang akan turun ke pekan ini bagi membeli barang keperluan.
“Kami akan bersesak di lorong pertama kerana hanya di lorong ini yang agak bersih kerana dibersihkan oleh penjaga tandas di stesen ini,” katanya.
Katanya, MDJ perlu menjaga kebersihan dan menaik taraf stesen ini yang agak uzur kerana ia penting demi menjaga imej pekan Kuala Klawang sebagai pintu masuk utama ke daerah Jelebu.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Wilayah/20091029095425/Article/