Sinar Harian 7 Okt 09
SERI MENANTI – Busuk dan kotor, itu yang dapat digambarkan dengan kata-kata setelah melihat keadaan tandas awam terletak di Seri Menanti, di sini.
Berdasarkan aduan yang dibuat oleh orang ramai, tinjauan Sinar Harian, ke beberapa tandas yang terdapat di sekitar Pekan Seri Menanti mendapati keadaan tandas sememangnya kotor dan busuk, malah ada yang berkunci.
Tindakan pengguna yang tidak bertanggungjawab ini menyebabkan hampir kesemua tandas di sini tidak boleh digunakan lagi.
:Dalam pada itu, ketika menemui peniaga di gerai berhampiran, Jariah Mauludin, 60, memberitahu perkara tersebut memang telah dimaklumkan kepada pihak yang bertanggungjawab mengenai masalah itu.
Menurutnya, pihak berkenaan juga meminta pertolongan supaya menjaga tandas awam itu kerana berdekatan dengan gerainya.
Malah katanya, ia tidak mendatangkan masalah kerana dia juga menggunakan tandas itu untuk mengambil air sembahyang dan kegunaan lain.
“Namun setelah dibuka kepada orang awam, kebersihan tandas tidak dijaga dengan baik, malah terlalu kotor sehinggakan tidak boleh dibersihkan lagi.
“Selain itu, saya juga telah menampal notis pemberi-tahuan supaya bersihkan tandas setelah digunakan,” katanya ketika ditemui digerainya, di sini.
Kini katanya, tandas perempuan tidak boleh diguna lagi disebabkan terlalu kotor dan tersumbat.
Menurutnya, tandas perempuan telah dikunci dan memang tidak boleh digunakan melainkan kerja baik pulih dilakukan.
“Sekarang hanya dua tandas sahaja yang boleh diguna iaitu tandas lelaki dan tandas orang kelainan upaya (OKU).
“Bagi tandas OKU, saya sentiasa kunci kerana itu satu-satunya tandas yang bersih dan boleh digunakan dan tandas lelaki sentiasa dibuka, tetapi sekiranya orang awam hendak gunakan tandas saya akan bagi kunci tersebut,” katanya.
Menurutnya, masalah ketiadaan air juga merupakan salah satu faktor utama tandas itu kotor.
Memandangkan air selalu tiada, menyukarkan dia untuk membersihkan tandas awam setelah diguna orang ramai.
“Dari segi penjagaan kebersihan memang bermasalah disebabkan tidak menang tangan untuk melayan pelanggan, perlu menjaga tandas pula.
“Walaupun sentiasa gu-nakan tandas ini tetapi saya berharap pihak bertang-gungjawab dapat menyediakan seorang pekerja untuk menguruskan tandas ini,” katanya yang telah berniaga selama tiga tahun.
Katanya, pada masa ini disebabkan kekurangan pekerja, dia mengunci tandas untuk mengelakkan daripada kotor.
Dahulu katanya, sebelum adanya tandas awam di sini, Jariah selalu menggunakan tandas bersebelahan dengan gelanggang futsal di padang awam Seri Menanti.
“Disebabkan kekurangan tandas awam, saya menggunakan tandas di padang itu tetapi kini tandas tersebut telah berkunci seperti tidak boleh diguna lagi,” katanya.
Sehubungan itu, Sinar Harian telah melakukan tin-jauan ke kawasan tersebut, mendapati tandas itu berkunci, malah keadaan juga tidak memuaskan.
Ketika itu, seorang remaja yang ditemui dikenali sebagai Saiful berkata, tandas awam ini memang tidak digunakan lagi disebabkan sentiasa berkunci.
“Saya selalu bermain futsal di gelanggang ini setiap petang. Namun apabila hendak menggunakan tandas, hampa ia berkunci. Apa guna membina tandas tetapi tidak boleh digunakan?
“Saya berharap pihak berkenaan dapat membuka semula tandas ini untuk kegunaan orang ramai dan pengguna juga dinasihatkan sentiasa menjaga kebersihan tandas bagi mengelakkan masalah berulang kembali,” katanya.
Selain itu, orang awam yang dikenali Amirnuddin berkata, masalah kebersihan tandas adalah tanggungjawab bersama dan tidak perlu untuk menuding jari ke mana-mana pihak. Hanya kerjasama dapat menyelesaikan masalah tersebut.
“Saya berharap masyarakat dapat bekerjasama untuk menjaga tandas awam kerana ia untuk semua orang, malah kita sentiasa menggunakannya.
“Apabila masyarakat menjalankan tanggungjawab mereka, tidak mustahil perkara itu tidak dapat diselesaikan,” katanya.
Bagi mendapatkan penjelasan, Sinar Harian telah menghubungi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Seri Menanti, Khalid Ujang.
Beliau memberitahu, tandas awam di bawah pengelola pihak Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP) termasuk juga tandas di Dewan Tuanku Najihah Seri Menanti.
Tindakan mengunci tandas awam sememangnya wajar kerana orang ramai tidak pandai menjaga kebersihan tandas tersebut sehingga ada yang rosak.
Menurutnya, tandas awam yang berhampiran gelanggang futsal tidak dijaga dengan baik justeru, pihak MDKP mengunci tandas berkenaan.
“Pada pandangan saya, hari Sabtu dan Ahad, tandas awam perlu dibuka kepada orang ramai kerana pada masa itu masyarakat dari luar datang untuk melawati Bandar Diraja Seri Menanti ini.
“Ini tidak mendatangkan masalah, sekiranya semua pihak bekerjasama. Belia yang bermain futsal juga dipertanggungjawabkan dan perlu peka kepada kebersihan supaya dapat menggambarkan masyarakat di sini mengutamakan kebersihan,” katanya.
Selain itu, pihak Sinar Harian juga menghubungi MDKP bagi mengetahui punca masalah yang menyebabkan tandas awam di sini tidak diselenggarakan dengan baik.
Wakil MDKP memberitahu, masalah ini telah diketahui dan pada masa ini kerja penyelenggaraan sedang dilakukan sebelum 22 Oktober ini untuk majlis pertabalan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.
Katanya, buat masa ini, kerja penyelenggaraan di enam tandas di dewan Tuanku Najihah telah dilakukan dari segi kebersihan, mengganti cermin yang retak dan sebagainya.
“Manakala kerja pembersihan tandas di kawasan luar tidak dilakukan lagi tetapi akan siap sepenuhnya sebelum 22 Oktober ini. Diharapkan setelah membaik pulih tandas awam ini, masyarakat perlu memberi kerjasama untuk menjaga kebersihannya,” katanya.
Katanya, seorang pekerja telah diberi tanggungjawab untuk menjaga tandas awam disini tetapi telah berhenti kerja tanpa memaklumkan kepada pihak MDKP dan ini menyebabkan salah satu punca masalah ini terjadi.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5208962.asp

0 comments:
Post a Comment