11/12/09

Hukuman terlalu ringan utk peyokong fanatik Kelantan

Hukuman ringan melunturkan semangat peminat bolasepak negeri lain.

Hukuman RM50,000 yang dikenakan ke atas Kafa ekoran insiden yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 7 November 09 bukanlah satu bentuk hukuman yang boleh mendidik penyokong bolasepak yang fanatik di negara ini.

Selepas ini ibu bapa akan takut untuk membawa ahli keluarga dan anak-anak mereka menonton perlawan bolasepak sekiranya ada penyokong pasukan Kelantan , walaupun perlawanan tersebut di luar Kelantan.

Ibu bapa akan berfikir dua kali untuk membawa anak-anak ke Stadium Paroi sekiranya ada perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan pada masa akan datang.

Apa ke tidaknya, apa jaminan tiada penyokong Kelantan yang fanatik ? Apa jaminan pihak polis ? Apa jaminan pihak pengurusan stadium ?

Lihat kembali perlawanan akhir Piala UEFA tahun 1985 antara Liverpool (Reds) dengan Juventus di Belgium. Akibat rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Liverpool , 39 orang penonton telah terkorban yang majoritinya penyokong kelab Itali tersebut.

Selepas dari insiden itu , UEFA telah menghukum semua kelab dari England (bukan Liverpool sahaja) tidak boleh bermain di Eropah selama 5 tahun , manakala Liverpool selama 6 tahun.

Inilah bentuk pengajaran yang dikenakan kepada penyokong kelab England yang fanatik.

Kalau setakat denda RM 50,000 sahaja apalah sangat , yang bayar pun Kafa, bukan penyokong Kelantan.

Oleh itu FAM perlu mengkaji semula bentuk hukuman yang harus dikenakan kepada Kafa dan penyokong Kelantan.

Disamping itu tahap keselamatan juga harus dipertingkatkan. Pagar pemisah antara dua kumpulan penyokong mestilah diperkukuhkan.

Pemasangan kamera CCTV di semua sudut agar dapat dikenal pasti mereka yang mencetuskan kekecohan.

Kerus-kerusi di stadium semestinya dari jenis yang kalis atau tahan api.

Kalau di England ada Liverpool Reds , di Kelantan pula Red Warriors. Penyokong England yang fanatik dipanggil Hooligan kalau di Malaysia , tak tahulah dipanggil apa.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/june/2/newsid_2494000/2494963.stm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Liverpool_F.C.

0 comments: