Kosmo 26 Nov 09

ABDUL JALIL menunjukkan hasil rampasan pelbagai jenis arak yang dirampas daripada seorang pekedai di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya semalam.
-------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR - Kedegilan seorang pemilik kedai minuman keras yang berterusan menjual arak kepada remaja dan pelajar sekolah mengundang padah apabila dia ditahan dalam satu operasi di Taman Kosas dekat sini kelmarin.
Suspek ditahan pukul 10.30 malam selepas polis melakukan intipan dan merampas sebanyak 146 karton tin dan 20 karton botol arak bernilai RM50,000.
Kegiatan menjelekkan lelaki berusia 35 tahun tersebut dilakukan sejak awal tahun ini dengan menjual arak dalam tin dan botol yang boleh dibeli pada harga murah.
Satu tin arak seludup dari luar negara itu boleh dibeli pada separuh daripada harga asal iaitu RM5 manakala minuman keras dalam botol pula sekitar RM15.
Pelajar dan remaja pula tidak perlu bersembunyi atau mengikut pintu belakang ketika hendak membelinya tetapi hanya perlu berlagak selamba dengan masuk melalui pintu utama.
Pemilik premis tidak mengenakan syarat bagi pelanggan sebagai salah satu cara untuk menarik minat mereka.
Bagaimanapun, mereka hanya boleh datang membelinya pada waktu malam dan semua pelanggan sama ada baru atau lama boleh membeli sendiri tanpa perlu diperkenalkan terlebih dahulu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, orang awam yang tidak tahan dengan sikap peniaga itu kemudiannya telah membuat laporan kepada polis.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
Pelajar beli arak separuh harga
Harian Metro 26 Nov 09
AMPANG: Demi mengaut keuntungan mudah, seorang pemilik premis minuman keras di Taman Kosas, Ampang di sini sanggup menjual arak secara terbuka kepada pelajar sekolah dan remaja.
Bagaimanapun, sikap tamak pemilik premis terbabit akhirnya menjerat diri sendiri apabila dia ditahan sepasukan polis, kira-kira jam 10.30 malam malam kelmarin.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan mengenai aktiviti tidak bermoral itu.
“Siasatan mendapati suspek menjual arak kepada remaja termasuk mereka yang masih bersekolah secara terbuka dan hasil intipan polis hampir tiga jam pada malam itu, kira-kira 20 hingga 30 remaja dilihat membeli minuman keras di premis berkenaan.
“Selain menjual arak kepada remaja, suspek turut ditahan kerana menjalankan perniagaan melebihi tempoh dibenarkan iaitu selepas jam 9 malam dan ini jelas melanggar syarat lesen diberikan,” katanya pada sidang media, semalam.
Menurutnya, minuman keras itu dijual RM10 setin mengikut harga pasaran, namun bagi menarik pelanggan terutama remaja sekolah, lelaki itu menjualnya separuh harga.
Abd Jalil berkata, dalam serbuan itu, 146 karton tin dan 20 karton botol arak pelbagai jenama dirampas dari premis berkenaan.
“Semua minuman yang dirampas itu adalah arak import dan kita tidak menolak kemungkinan diseludup berdasarkan harga yang lebih murah ditawarkan kepada pembeli,” katanya.
Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 135 Akta Kastam dan dengan rampasan itu, polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket penyeludupan arak di Ampang.
http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091126080415/Article/index_html
0 comments:
Post a Comment