DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU

GAJAH PUTIH

Projek Gajah Putih di N.Sembilan

Sila ke pautan berikut untuk melihat Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan yang membazir duit rakyat http://gajahputihn9.blogspot.com

UMNO REMBAU TAK LEH HARAP JAGA HAK ORANG MELAYU

Nak tahu sebab apa ? Baca SINI

SATU MALAYSIA ! TERBENGKALAI !

PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI ! SATU MALAYSIA ! SATU NEGERI SEMBILAN. Layari laman web Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com

Taman Desa Indah , Lubuk Cina , Rembau

11/5/09

Penduduk dakwa longkang punca banjir

Sinar Harian 5 Nov 09

TAMAN KOTA LUKUT – Seorang warga emas, Lim Teck Pau, 61, terkejut apabila rumahnya dilanda banjir lumpur semasa hujan lebat Isnin lalu.

Menurutnya, kawasan rumahnya itu tidak pernah dilanda banjir sejak dia mula menginap di situ, namun perkara tersebut berlaku selepas diadakan satu longkang kecil sepanjang 100 meter yang disambungkan ke longkang di hadapan kawasan rumahnya.

Katanya, walaupun longkang itu sama-sama melalui longkang besar tetapi ia tetap bermasalah kerana dipenuhi pelbagai jenis rumput dan lalang.

“Semasa kejadian saya terpaksa menghalang air banjir daripada masuk ke rumah dengan menolaknya menggunakan penyapu dan kayu.

“Mujur barang-barang sempat diselamatkan dan ada antaranya berada di tempat tinggi, yang rosak hanya sebuah pembesar suara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin, pihaknya telah berbincang dengan kontraktor yang menjalankan projek pembinaan rumah kedai untuk menutup longkang tersebut.

“Khidmat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga telah dimohon untuk membersihkan kawasan longkang ini,” katanya.

Ean Yong menambah, pihaknya juga telah membuat aduan kepada MPPD berkenaan longgo-kan tanah yang terdapat di Taman Kota Lukut sehingga menghalang kelancaran laluan air semasa hujan.

Sementara seorang penduduk, M Rageswary, 36, berkata, rumahnya memang sering dilanda banjir apabila hujan.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap berlakunya hujan, rumah akan dimasuki air dan yang terbaru Isnin lalu.

“Kekerapan kejadian banjir sehingga menyebabkan anak sulung saya yang berusia 11 tahun trauma.

“Justeru, apabila berlaku sahaja hujan saya akan berjaga-jaga dan sudah letih menghadapi keadaan seperti ini,” katanya yang tinggal bersama tiga anak.

Sementara menurut seorang lagi penduduk, Chan Amoi, 60, dia terpaksa membuat penghalang menggunakan papan di pintu hadapan rumahnya bagi mengelakkan banjir memasuki rumah.

“Di halaman rumah juga kami adakan benteng berbentuk bonggol menggunakan simen bagi menangani masalah ini, namun apabila hujan lebat, air tetap masuk ke kawasan rumah.

“Agak sukar juga untuk membersihkan rumah yang dimasuki air banjir memandangkan saya mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU). Dia tidak boleh berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak,” katanya.

Apabila ditanya sama ada anaknya itu memperoleh bantuan daripada mana-mana badan kebajikan, Chan Amoi menjawab tidak.

“Saya pernah memohon setahun lalu, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5569951.asp