Sinar Harian 24 Dis 2009
SEREMBAN – Kerajaan Negeri didesak supaya lebih serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di Ulu Temiang berikutan sistem perparitan tidak sistematik.
SEREMBAN – Kerajaan Negeri didesak supaya lebih serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di Ulu Temiang berikutan sistem perparitan tidak sistematik.

Ahli Dewan Undangan Negeri Temiang, Ng Chin Tsai berkata, banjir di kawasan berkenaan bukan masalah baru kerana ia berlaku sejak April 2008 dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian dicapai demi kebaikan masyarakat setempat.
Menurutnya, Kerajaan Negeri sebelum ini menjelaskan, masalah itu tidak dapat ditangani dengan mudah berikutan kegagalan jentera berat masuk ke kawasan berkenaan bagi tujuan mengorek pasir.
“Alasan ini tidak munasabah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Mengapa ia tidak dilaksanakan secara berperingkat atau mencari dan mengguna pakai kaedah lain yang lebih bersistematik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Chin Tsai berkata, sehingga hari ini tiada penjelasan dibuat dan jawatankuasa khas mengkaji pelan tindakan jangka masa panjang menyelesaikan masalah banjir tidak diwujudkan.
“Penduduk mengharapkan satu jawapan daripada Kerajaan Negeri tetapi amat menyedihkan apabila tiada maklum balas diterima. Kehidupan seharian penduduk sentiasa tertekan terutama apabila hujan.
“Ini menggambarkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas untuk menangani masalah banjir. Saya menyeru kerajaan supaya membina kolam tahanan serta merta seperti dijanjikan tempoh hari.
“Kerajaan Negeri juga perlu mendalamkan sungai Temiang serta memindahkan pasir ke tempat lain bukan melonggokkannya di tepi sungai,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6245535.asp
0 comments:
Post a Comment