Sinar Harian 7 Dis 09
Triang Ilir - Hujan lebat bermula malam 3 Disember lalu dan mula reda semalam merupakan pengalaman paling menyedihkan kepada kira-kira 15 pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi seluas 76 hektar melibatkan kerugian melebihi RM150,000.
Pengerusi Peserta Kelompok Tanaman Padi Kampung Sungai Buloh, Zaharuddin Baba Samion berkata, masalah itu sebenarnya memang sudah dijangka pesawah kerana sememangnya setiap kali tiba penghujung tahun, kampung terbabit pasti dilanda banjir sehingga menenggelamkan sebahagian besar kawasan sawah padi.
Bagaimanapun menurut Zaharuddin, kejadian itu boleh dielak sekiranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak menunda kerja-kerja membaiki jalan dan sistem saliran di sawah padi di perkampungan tersebut pertengahan tahun ini kerana petani kebiasaannya boleh mula menuai pada Oktober.
“Namun, kami terpaksa memberi laluan selama dua bulan kepada JPS untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut.
"Malah, kami juga sudah memaklumkan kepada pegawai JPS bahawa kelewatan mereka hanya akan menyebabkan kami berhadapan risiko banjir pada penghujung tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6134967.asp
0 comments:
Post a Comment