12/2/09

Rumah siap retak seribu

Sinar Harian 2 Dis 09

KAMPUNG TANJUNG AGAS – Tidak berbaloi rasanya membayar RM100 setiap bulan tetapi rumah yang dibeli atas skim Rumah Mesra Rakyat retak menanti belah.

Rumah berharga RM26,666.67 itu sudah dibayar pada setiap hujung bulan sejak mula pemiliknya mendiami rumah itu. Sejak itu juga pelbagai kerosakan berlaku di Rumah Mesra Rakyat ini.

Retak sejak awal

Menurut pemilik rumah berkenaan Maimunah Katar, 46, sejak rumah itu siap dan diserahkan kepadanya, keadaan rumah memang sudah berkeadaan retak.

“Semasa rumah ini dalam proses pembinaan, saya sering melihat kerja pembinaannya, pernah menyuarakan kepada kontraktor mengapa rumah yang dibina dindingnya retak.

“Kontraktor memberitahu memang keadaannya begitu dan ia normal untuk pembinaan rumah. Walaupun tidak berpuas hati dengan jawapan diberi saya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Sewaktu rumah itu diserahkan dinding telah dicat dan keadaan retak tidak begitu jelas kelihatan, namun lama-kelamaan retakan itu semakin jelas dan ini amat membimbangkan kami sekeluarga yang tinggal di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Cat tebal menutup kesan retak

Bagi menutupi kesan reta-kan pada dinding dan sekali gus membuang rasa gerun mendiami rumah itu, Maimunah terpaksa mengecat keseluruhan dinding rumah.

“Terpaksa cat dinding tebal untuk menutup kesan retakan.

“Apabila dah dicat kurang sikit rasa takut dan risau duduk di rumah ini. Rumah ini dah beberapa kali dicat, setiap kali kesan retakan itu timbul saya akan cat lagi.

“Sehingga kini sebanyak RM1,700 telah dikeluarkan untuk mengecat dan membaiki sedikit demi sedikit rumah ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120674.asp

0 comments: