CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

1/31/09

Kerajaan N.Sembilan tak hargai jasa bekas Mufti

Akhirnya Menteri Besar Negeri Sembilan bersuara dalam Sinar Harian 31 Januari 2009 berkenaan kontroversi status Dato Hj Mohd Murtadza sebagai Mufti Negeri Sembilan. Dato Seri Mohamad Hassan mengesahkan bahawa Dato Hj Mohd Murtadza bukan lagi Mufti kerajaan Negeri Sembilan sejak 1 Januari 2009. Rujuk pautan ini http://czackpy.blogspot.com/2009/01/mufti-negeri-sembilan.html

Kita nak tanya beberapa soalan kepada Dato Sri Mohamad Hassan. Dah berapa lama Dato Hj Mohd Murtadza bertugas sebagai Mufti Negeri Sembilan ? Kenapa tiada majlis penghargaan diadakan sebagai tanda hormat kita kepada tokoh ulamak yang telah lama berkhidmat di Negeri Sembilan ?

Sementara Negeri Sembilan tak ada mufti ini , siapakah yang memangku jawatan Mufti Negeri Sembilan ? Timbalan Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam N.Sembilan (iaitu Dato Seri Mohamad Hassan sendiri atau Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan ?

Bidang kuasa siapa melantik Mufti ini ? Yamtuan, Menteri Besar, EXCO, Jawatankuasa Fatwa Negeri ? Bukankah Yamtuan dan Sultan adalah merupakan Ketua Agama setiap negeri ?

Tolong beri sedikit penghormatan pada Dato Hj Mohd Murtadza.

Nampaknya orang yang banyak berjasa di Negeri Sembilan ini bila berhenti tiada langsung majlis perpisahan, majlis penghargaan , macam habis madu sepah dibuang.

Mana pula pergi SUK Negeri Sembilan Dato Norzam Zakaria ye ?

Kaitan pelajar serban disaman dan kes Kugan

Apakah mungkin kes pelajar sekolah pondok di Kelantan dikenakan hukuman penjara kerana memakai serban ketika menunggang motosikal ada kaitan dengan kes kematian Kugan dalam lokap polis ? Pada 19 Januari 2009 pelajar tersebut dikenakan hukuman penjara, keesokan harinya 20 Januari 2009 Kugan mati dalam tahanan polis.

Kenapa tiada suara kemarahan umat Islam apabila pelajar pondok memakai serban disaman polis ? Kenapa kaum India sanggup bersatu untuk mempertahankan hak asasi orang yang ditahan ?

Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Manusia merancang , ALLAH juga merancang. Tapi perancangan ALLAH adalah jauh lebih baik, mengatasi semua perancangan manusia.

Banyak-banyak ingat mati. Setiap sesuatu baik atau buruk ALLAH akan balas, di dunia dan di akhirat.

Jangan menganiaya sesama manusia. ALLAH akan balas.

Pakai serban: Pelajar enggan bayar saman (Rujuk sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0120&pub=utusan_malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm&arc=hive )

MIC akan pertahan 2 timbalan menteri jika didakwa (Rujuk sini http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm&arc=hive )

1/30/09

Malu Malaysia, gerila Sri Lanka boleh buat kapal selam

Memeranjatkan apabila membaca pemberontak LTTE Sri Lanka mempunyai kapal selam yang dibuat sendiri. Malulah Malaysia kapal selam pun tak boleh buat , kena pula beli dengan harga yang berbillion ringgit. Buat kapal peronda pun tak siap-siap. Malaysia sebenarnya boleh buat jet, kapal selam dan lain-lain. Kita ada sumber dan kepakaran, tapi masalah utama ialah rasuah dan komisyen.


GAMBAR tanpa tarikh yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Sri Lanka semalam merakamkan askar-askar kerajaan memeriksa kapal selam jenis kraf yang dibina oleh pemberontak LTTE di sebuah perkampungan di Udayarkattu. - AFP

--------------------------------------------------------------------------------

Pemberontak LTTE bina kapal selam sendiri

COLOMBO 29 Jan. - Askar Sri Lanka hari ini menemui sebuah kapal selam yang dibina sendiri oleh pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di timur laut negara ini.

Askar menemui kapal selam itu semasa menjalankan operasi mencari anggota pemberontak LTTE di kampung Udayarkattu, menurut satu kenyataan tentera kerajaan.

Menurut kenyataan itu, askar kerajaan juga menemui tiga bot yang boleh digunakan untuk melancarkan serangan berani mati ke atas kapal tentera laut.

"Dipercayai inilah satu-satunya pertubuhan pengganas di dunia yang memiliki kapal selam," menurut kenyataan itu.

Tentera kerajaan dan LTTE kini terbabit dalam pertempuran sengit di timur laut negara ini, yang merupakan kubu kuat LTTE. - AFP

Utusan Malaysia 30 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0130&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_10.htm

Baca Puisi pun kena mohon Permit Polis

Semakin parah Malaysia sekarang ni. Nak buat program baca puisi pun kena permit polis. Pendeklmator puisi di negeri Pahang diminta memohon permit polis bagi majlis baca puisi di Felda Jenderak Utara, 7 Februari 2009 ini, menurut aktivis budaya L. Mankadir Shamsi.

Pihak polis mengklasifikasikan majlis baca puisi berkenaan bermotif politik apabila pendeklamator yang dijangka turut hadir ialah Haji Suhaimi Said dan Badrul Hisham Shahrin merupakan aktivis parti pembangkang.

Bagaimanapun kata Mankadir, pihak penganjur memenuhi permintaan polis bagi memohon permit tersebut.

Sebaliknya, kerajaan negeri Pahang seharusnya berasa malu apabila majlis baca puisi dikehendaki memohon permit polis ketika UMNO gelabah menjelang Perhimpunan Agung Mac 2009. “Masa sudah membuktikan yang melaksankan kerja-kerja kotor termasuk politik wang adalah pihak di sebelah sana,” beritahu Mankadir.

Cerita sepenuhnya di Laman Web PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/01/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_29.html#links

HIDUP BAHASA MELAYU ! HAPUSKAN PPSMI !

Bantu Palestin dgn Boikot rokok, filem Hollywood

Utusan Malaysia 27 Jan 09. Boikot rokok keluaran Amerika Syarikat dan filem Hollywood sebagai membantah kekejaman Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas penduduk Palestin. Masa yang sesuai untuk membuang tabiat merokok. Ia bukan sahaja tidak baik untuk kesihatan malah merosakkan diri dan keluarga.

Filem Hollywood menyiarkan mesej yang cuba menunjukkan mereka hebat dan terbaik malah tersasar jauh daripada budaya kita.

McDonald dan KFC turut diboikot. Kita mahu mereka memberitahu pihak atasan di AS supaya mengubah dasar luar mereka.

Aktiviti memboikot dapat membangunkan dan menjana ekonomi dan produk tempatan.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0126&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm&arc=hive

Ingat ! BERDOSA orang Islam yang tak boikot barangan Israel dan produk Amerika Syarikat yang ada kaitan dengan Israel ( rujuk sini http://amkns.blogspot.com/2009/01/berdosa-siapa-tak-boikot-israel-dan-as.html )

Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Dunhill, Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol, Cambridge, Chesterfield, Merit, Parliament, Virginia Slims dan banyak lagi http://hancurzionis.blogspot.com

1/29/09

Piliharaya kecil Lenggeng N9, siapa akan lompat

Dua blog dibawah membicarakan mengenai kemungkinan pilihanraya kecil DUN Lenggeng di Negeri Sembilan dan orang besar yang akan menyertai Pakatan Rakyat di N.Sembilan. Dua blog tersebut ialah Blog Ustaz Haji Wan Azhar dan wartawan Wan Nordin

….., jika kes yang berlaku kepada ADUN Lenggeng disabitkan bersalah oleh mahkamah pastinya rakyat Lenggeng akan berusaha membersihkan nama baik mereka yang tercalar dek angkara pemimpin UMNO itu. Perlu dinyatakan bahawa pilihanraya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu diadakan atas faktor perletakan jawatan dan kematian telah berpihak kepada PR, maka jika Pilihanraya Kecil DUN Lenggeng diadakan pasti puncanya jauh berbeza sebab musababnya lantaran angkara durjana oleh ADUN berkenaan. Yang pasti, rakyat Lenggeng akan bangkit menebus maruah mereka yang tercalar....Cerita lanjut di http://berjuangitumanis.blogspot.com/2009/01/pilihanraya-kecil-dun-lenggeng-negeri.html

Ada 'figure' besar di negeri ini yang khabarnya akan sertai Pakatan Rakyat? Cerita lanjut di http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2009/01/negeri-sembilan-akan-beralih.html

Kedai judi tak terjejas ketika gawat ekonomi

Inilah sikap buruk dan bodoh segelintir orang Melayu, ketika negara dilanda krisis ekonomi yang teruk, hari demi hari kilang tutup, pekerja dibuang, namun kedai judi tetap akan untung. Di Negeri Sembilan sahaja terdapat 29 cawangan kedai judi Magnum ( Sumber http://www.magnumit.com/magnum4d/MDagents.asp ) . Ini tidak termasuk kedai judi syarikat lain.

Industri yang turut tidak terjejas ialah industri rokok. Orang Melayu ni tak kisah, menganggur ke, harga getah turun ke, fatwa rokok haram ke, mereka tetap akan hisap rokok. Kilang rokok di N.Sembilan ini masih berdiri teguh dan tidak terjejas langsung akibat kegawatan ekonomi.

Oleh itu bantahan terhadap operasi kedai judi dan kedai arak di kawasan orang Melayu hendaklah diteruskan dari masa ke semasa. Sila tandatangan bantahan ini di laman web PERGERAKAN MELAYU BEBAS ARAK DAN JUDI http://pmbaj.blogspot.com

1/28/09

Hancur pendidikan awal Islam di N.Sembilan

Teruk betul kerajaan Negeri Sembilan ini dalam menjaga kepentingan Islam di Negeri Sembilan. Dah lah heboh diperkatakan Negeri Sembilan tiada Mufti sekarang ini. Sebelum ini dilaporkan pula Kelas Agama untuk pelajar sekolah rendah menghadapi masalah (lihat laporan sini http://amkns.blogspot.com/2009/01/nampak-sangat-nsembilan-tak-pentingkan.html )

Terbaru diberitakan ada sebuah sekolah di Negeri Sembilan yang lain menghadapi masalah langsung tidak boleh diadakan Kelas Agama Petang (KAP) kerana ketiadaan bilik darjah. Atas inisiatif beberapa pegawai Jabatan Agama Negeri Sembilan mereka cuba berbincang dengan jawatankuasa masjid dan surau setempat untuk mengadakan KAFA di kawasan berkenaan.

Itu bab KAP, KAFA dan SARA. Sebelum ini juga ada dengar cerita banyak KAFA dan SARA di kawasan kampung dan tanah perancangan terpaksa ditutup atau tidak dapat dibuka kerana tiada galakan atau dorongan.

Malahan yang lebih menyedihkan ialah Elaun Guru KAFA/SARA yang boleh dikatakan paling rendah di Malaysia iaitu sekitar RM 500. Jika nak dibandingkan dengan Melaka RM 1000, Wilayah RM 1000 , Selangor RM 1200-1500 , Pulau Pinang yang DAP perintah pun sekitar RM 700.

Dah lah KAP, KAFA dan SARA di N.Sembilan ini dalam keadaan menyedihkan, nasib pendidikan menengah Islam di N.Sembilan pun begitu. Tiada sekolah menengah agama yang baru dibina untuk memenuhi permintaan yang semakin ramai tahun ke tahun.

Contohnya selepas PMR, jika ingin mengambil aliran Sains di sekolah agama adalah amat terhad di Negeri Sembilan ini, akibatnya ada pelajar yang terpaksa berhijrah ke Selangor dan Melaka yang mempunyai lebih banyak sekolah agama aliran sains peringkat menengah tinggi.

Dengan KAP/KAFA/SARA dan Sekolah Menengah Agama yang tidak terbela , tiada Mufti , diburukkan lagi dengan usaha mematikan masjid-masjid di N.Sembilan ini apabila YB campurtangan dalam pemilihan AJK Masjid, bukannya dilantik oleh ahli kariah.

Tidak hairanlah dalam Kuliah Subuh Ustaz Abdul Rahim Yusuf di Masjid Bandar Baru Senawang membicarakan Jihad di Palestin, beliau menegaskan bahawa Jihad sebenar kita ialah di Negeri Sembilan ini, iaitu jihad dalam bidang dakwah, dalam bidang pendidikan Islam , dalam bidang mengimarahkan masjid, dalam menangani masalah sosial, dalam menangani masalah kedai arak dan judi yang jelas tiada usaha pencegahan dari pihak PBT dan kerajaan negeri yang dipimpin oleh Dato Seri Mohamad Hassan dan UMNO Barisan Nasional di Negeri Sembilan ini. Apakan tidak pejabat Parlimen Rembau berbangga turut serta bersama syarikat judi Magnum mengagihkan bantuan kebajikan.

Malahan dalam isu Palestin pun kerajaan Negeri Sembilan tidak menjalankan sebarang usaha baik dalam menganjurkan rapat umum, kutipan dana dan siri penerangan. Hanya atas inisiatif NGO, AJK Masjid dan masyarakat setempat sahaja isu Palestin ini diberi ruang penerangan di N.Sembilan.

Kerajaan dan rakyat Kelantan mampu mengutip RM 1.4 juta untuk Palestin, kerajaan Selangor lebih RM 1 juta. Tapi Negeri Sembilan langsung tak ada. Bahkan pemimpin UMNO di Negeri Sembilan ini pula menyeru kepada rakyat supaya jangan Boikot produk Israel dan Amerika Syarikat.

Jangan hairan dalam masa terdekat UMNO dan Barisan Nasional akan kecundang sebelum pilihanraya ke 13 jika ada wakil-wakil rakyat mereka yang melompat menyertai PAS, PKR atau DAP , melihatkan kelemahan MB mentadbir N.Sembilan.

Ramai Melayu bakal hilang Tanah Adat di Rembau

Baru-baru ini saya didatangi oleh seorang teman, katanya emaknya dan beberapa jiran lain di kampung telah di panggil ke Pejabat Tanah Rembau seorang demi seorang (bukannya dalam satu kumpulan) untuk diberi penerangan mengenai projek landasan keretapi berkembar.

Tanah emaknya akan diambil beberapa bahagian termasuk bahagian rumah. Apa yang mencurigakan ialah semasa penerangan tidak diberi maklumat berapakah pampasan yang akan diberikan.

Lalu saya menasihatkan teman saya tadi agar memberitahu emaknya apa-apa arahan mestilah ada hitam putihnya, ada surat menyuratnya yang sah. Jangan tandatangan apa-apa borang kalau tidak setuju, bawa berbincang dengan ahli keluarga yang arif. Lantik peguam kalau perlu.

Saya kata ini Tanah Adat, Tanah Adat adalah milik suku, dan mesti dipertahankan. Nilaian Tanah Adat adalah nilaian yang termahal di Malaysia ini, lebih mahal daripada tanah industri. Ini adalah kerana kalau kita ada RM 100 juta sekalipun, kita tak akan sekali-kali dapat membeli tanah adat walau seinci kalau kita bukan dari suku dan waris yang sah.

Kepada orang Rembau berhati-hati dalam urusan pengambilan tanah untuk pembinaan landasan keretapi berkembar.

Pastikan anda mendapat pampasan yang sewajarnya. Kalau diambil tanah 1 ekar, pastikan pampasannya anda dapat beli tanah 1 ekar dengan kawasan strategik yang sama, termasuk ganti rugi rumah, pokok-pokok dan sebagainya.

Kalau anda pemilik sah tanah , dan membayar cukai tanah setiap tahun apa perlu takut. Itu tanah anda, atau tanah adat yang anda kena pertahankan.

PERTAHANKAN TANAH ADAT MELAYU !

1/23/09

1,000 rimas hidu bau busuk


Berita Harian 23 Jan 2009

TAN Aik Teh menunjukkan limpahan najis ke dalam longkang yang mengganggu penduduk Taman Minang.

Kerja penutupan kolam di loji kumbahan lama sebabkan najis melimpah

PORT DICKSON: Kerja penutupan kolam di loji kumbahan lama yang menyebabkan najis melimpah menyeksa kehidupan kira-kira 1,000 penduduk dua taman perumahan di sini kerana terpaksa menghidu bau busuk sejak Rabu lalu.

Dua kolam itu yang merawat kumbahan untuk Taman Shah Bandar dan Taman Minang sejak hampir 20 tahun lalu, ditutup apabila loji kumbahan baru di Taman Perumahan Nesa siap.

Penduduk mendakwa, masalah itu berlaku akibat tindakan menimbus kolam dengan tanah yang diangkut menggunakan lori.

Seorang penduduk, Tan Aik Teh, 62, berkata beliau hairan kerana kolam najis itu hanya ditimbus dengan tanah yang sudah tentu menyebabkan najis di kolam itu melimpah.

"Apabila saya menegur perbuatan pekerja yang melakukan kerja sebegitu, mereka tidak peduli. Petang Rabu lalu, saya lihat limpahan najis berwarna hitam dan berbau busuk memasuki longkang dan kawasan tanah lapang yang hanya 10 meter dari rumah penduduk," katanya.

Suri rumah, S Kalaiselvi, 40, berkata limpahan najis ini menyebabkan beliau terpaksa menutup semua tingkap untuk mengatasi bau busuk, terutama waktu malam.

"Saya harap pihak berkuasa mengambil tindakan segera mengatasi masalah ini demi keselesaan penduduk di sini," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Sabri Hassan, 45, pula memberitahu, kerja penutupan loji itu dilakukan sejak tahun lalu dengan mengeluarkan motor penyedut dalam kolam.

"Sepatutnya najis dari kolam itu disedut dan bukan dikambus dengan tanah, tetapi sejak kelmarin saya lihat limpahan najis dari kolam memasuki longkang di kawasan perumahan.

"Keadaan semakin teruk apabila hujan dan kehadiran nyamuk yang semakin banyak, terutama waktu malam," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Port Dickson, M Ravi, kesal dengan keadaan itu dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan segera kerana ia menyebabkan penduduk hidup menderita dan memberikan imej negatif kepada Port Dickson sebagai bandar bersih dan indah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090123093408/Article/index_html

Surat pemimpin Iran memuji pemimpin Hamas

Dari Blog Faisal Tehrani
Berikut adalah surat yang dikirimkan oleh pemimpin Revolusi Islam, Sayyed Ali Khamenei kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniya yang memuji keberanian para pejuang penentang di Semenanjung Gaza.

Salam ke atas anda berserta dengan rahmat dan keberkatan Allah.

Keteguhan yang telah anda tunjukkan, bersama-sama dengan para pejuang penentang yang berani serta para penduduk Gaza disepanjang 20 hari yang lepas ke atas sebuah jenayah perang yang terkejam dalam sejarah dunia ini telah menjadi lambang keagungan ke atas semua umat-umat Islam. Anda telah buktikan bahawa jiwa umat Islam yang dinaungi dengan keyakinan yang tinggi kepada Allah serta hari akhirat, yang sama-sekali tidak akan tunduk kepada kezaliman, mampu mewujudkan sebuah kekuatan untuk menentang kuasa-kuasa dunia yang bongkak beserta tentera-tentera mereka yang dilengkapi peralatan moden sehingga jatuh tersembam ke bumi.

Tentera tersebut, yang telah mampu kamu kekang kemaraan mereka setakat di luar bandar Gaza disepanjang 20 hari yang lalu melalui keteguhan di dalam jiwa-jiwa kamu itu, adalah merupakan bala tentera sama yang telah merampas sebahagian besar wilayah-wilayah di tiga buah negara Arab dalam masa hanya enam hari sahaja (Perang 6 hari pada 1967 antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan).

Surat sepenuhnya di Blog Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/01/surat.html

Filem Hollywood lebih utama di BOIKOT

Dari Blog Faisal Tehrani
Anda mahu boikot Amerika? Argh kelakar, rokok terkepit antara bibir pun tak dapat dilepas.

Jika anda bercakap tentang hasrat untuk memboikot Amerika dan Yahudi, anda harus bermula dengan televisyen di rumah anda. Atau pilihan sinema anda. Mungkin, anda tergiur dengan plot filem Hollywood yang penuh aksi, atau terkesima dengan Kate Winslet melondehkan kembannya, barangkali ada gadis di luar sana terkecur liur dengan Brad Pitt, argh di belakang mereka ada Yahudi.

Saya kira belum ada negara yang berjaya memboikot industri hiburan pencinta Yahudi ini melainkan Republik Islam Iran.

Bagaimana menikmat hasil seni dari Hollywood dengan wajah anak Gaza kepalanya putus dibom Israel, atau bagaimana berasa seronok menyaksikan American Idol jika terkenangkan kanak-kanak di Jabilya yang disembur fosforus putih yang dilarang oleh undang-undang antarabangsa.

Bayangan dalam kepala saya ialah bagaimana meyakinkan umat Islam dan sekian umat yang prihatin terhadap tragedi kemanusiaan di Gaza untuk turut memboikot misalnya siri televisyen popular Heroes, 24, Prison Break, Desperate Housewives, American Idol, Survivor dan aduh, senarainya panjang sekali.

Terkebelakang, kita diperkenalkan dengan gergasi-gergasi seni perfileman Amerika antara lain Woody Allen, Mel Brooks, Billy Crystal, Robert De Niro, Richard Dreyfuss, Bob Dylan, Harrison Ford, Richard Gere dan Jeff Goldblum. Oh ya, bapa media massa Rupert Murdoch juga seorang Yahudi dari Israel.

Hari ini, Presiden News Corp. Peter Chernin adalah Yahudi; Presiden Paramount Pictures, Brad Grey adalah Yahudi; Eksekutif Walt Disney Co. Robert Iger adalah Yahudi; Pengerusi Sony Pictures iaitu Michael Lynton adalah Yahudi dari Belanda; Pengerusi Warner Bros. Barry Meyer adalah Yahudi, Ketua Eksekutif CBS Corp. Leslie Moonves adalah Yahudi, malah mendiang bapa saudaranya adalah bekas perdana menteri Israel yang pertama; bos MGM Harry Sloan adalah Yahudi dan Ketua Eksekutif NBC Universal iaitu Jeff Zucker juga seorang Yahudi. ‘Weinstein brothers’ yang terkenal di Hollywood juga Yahudi. Studio di atas adalah pengeluar siri televisyen juga filem yang terkenal di Amerika, malah dunia.

Presiden Persatuan Pelakon Hollywood, Alan Rosenberg (argh Yahudi juga). Ejen pelakon paling berbobot di Amerika ialah Ari Emanuel (ibu-bapanya rakyat Israel) pendek kata seperti yang disebutkan oleh Brando, ia adalah dunia Yahudi yang melemaskan. Sangat-sangat merimaskan sehingga Mel Gibson seorang ultra Katolik yang mabuk sempat memaki Yahudi di jalanan dipaksa memohon maaf dan dipinggirkan sama sekali dari dunia perfileman.

Artikel sepenuhnya di di Blog Faisal Tehrani http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/01/boikot.html

1/21/09

Pejabat KJ sokong syarikat judi Magnum ?


Apa hukumnya orang Islam menerima sumbangan kebajikan dari syarikat judi Empat Nombor Ekor di Rembau ? Yang peliknya orang Melayu ramai mengunjungi kedai ekor depan balai polis Rembau , lepas tu orang Melayu bukan main suka lagi syarikat judi ini beri sumbangan kebajikan. Ambil duit dari orang Melayu melalui judi , kemudian beri duit pada orang Melayu yang susah. Apa hukumnya ? Bijak ke tidak orang Melayu di Rembau ni ? Sebab dalam gambar tu nampak macam ada orang Melayu dan ada yang berkopiah menerima sumbangan.

Daripada orang Melayu mengunjungi kedai judi kat Rembau tu, masuk saja dalam tabung masjid. Biar masjid yang bantu orang susah.

Lepas ni orang Melayu Rembau pun pujilah, bagus betul Magnum ni beri sumbangan kebajikan tanpa mengira kaum dan agama.

Para alim ulamak, ustaz, ustazah, pendakwah dan pejuang agama jangan berdiam dalam isu ini.

Sila rujuk laporan laman web Pejabat KJ http://rembaunews.blogspot.com/2009/01/keperihatinan-syarikat-swasta-sempena.html


Pekan Rembau, 21 Januari 2008 - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak swasta yang sudi menyumbang kepada golongan susah dan memerlukan, sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan menjelang tiba.

Pada kesempatan kali ini, Rumah Sejahtera dan Pusat Pemulihan Komuniti Rembau telah menjadi destinasi Magnum Corporation untuk berbakti kepada masyarakat.

( http://www.magnum.com.my/ Magnum was incorporated in Malaysia on 19 December 1968 as a private limited company under the name Empat Nombor Ekor Sendirian Berhad. )

Bakar Gambar Pembunuh Bahasa Melayu


MESEJ YANG JELAS KEPADA UMNO:
BAKAR GAMBAR PEMBUNUH BAHASA MELAYU
Keberangan bekas Ketua Pengarah DBP Dato’ Dr Hassan Ahmad misalnya secara terbuka menyifatkan mereka yang terbabit dengan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris) adalah ‘bahlul’ dan pembunuh Bahasa Melayu yang tak boleh dimaafkan. Malah saranan beliau mengajak aktivis bahasa bangkit dengan membakar gambar-gambar pembunuh Bahasa Melayu dikhalayak ramai memang wajar diberi sokongan serta dilaksanakan.

Artikel sepenuhnya dipautan berikut http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2009/01/jejak-pulang-sasterawan-memoir_21.html

Laman Web Rasmi Gerakan Anti PPSMI (GAP) di http://www.pkpim.net/v2/info/laporan-khas/gerakan-anti-ppsmi.html

Mat Rempit Jelebu N.Sembilan bengangkan warga emas

PENAMPILAN ‘MAT REMPIT’ KAMPUNG:
‘ANAK MUDA’ BUAT WARGA EMAS BENGANG

Lumba haram yang dipopularkan ‘Mat Rempit’ bukan sahaja membingungkan pasukan polis di kota, malah membengangkan warga emas di desa, beritahu Pakcu Roseli Deraus, 60 dari Jelebu, Negeri Sembilan. Memberitahu sekretariat PRIMA, Pakcu Roseli kecewa dengan gelagat anak-anak muda terbabit dengan lumba haram di daerah ini. Katanya, ‘Mat Rempit’ terbabit memilih malam Ahad iaitu melewati jam 12 malam, bagi setiap perlumbaan haram bermula di Bukit Tangga hingga ke Kampung Chennah melalui pekan dan balai polis Kuala Kelawang. “Bagaimanapun tak diketahui sama ada mempunyai pertaruhan atau tidak, tetapi memang merunsingkan warga emas dengan gelagat anak muda Melayu sekarang,” beritahu Pakcu Roseli.

Artikel sepenuhnya di http://adimul.blogspot.com/2009/01/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_21.html#links

JBA N.Sembilan lemah setelah dikorporatkan

JBANS gagal baiki paip pecah lebih 24 jam
Berita Harian 21 Jan 2009
UCAPAN syabas kepada Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan (JBANS) kerana dikorporatkan mulai awal bulan ini. Harapan saya JBANS perlu lebih baik berbanding sebelum ini, namun kejadian paip pecah pada 17 Januari lalu menyebabkan saya berpendapat sebaliknya.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, paip bekalan air di Taman Senawang Jaya, Seremban pecah. Saya berharap penduduk taman sudah membuat aduan jadi saya tidak bertindak. Namun, paip masih belum dibaiki ketika saya ke taman itu sekali lagi.

Sebagai rakyat prihatin, kira-kira jam 8.30 malam saya menghubungi JBANS memaklumkan mengenai masalah berkenaan.

Petugas turut memaklumkan, mereka tidak menerima aduan daripada penduduk taman berkenaan mengenai paip berkenaan.

Keesokannya, saya ke taman berkenaan kira-kira jam 2 petang, alangkah terkejutnya saya apabila didapati paip tidak dibaiki dan air terbuang begitu saja.

Saya kecewa kerana JBANS sesudah dikorporatkan, masih lagi tidak peka terhadap pembaziran sumber air.

Bayangkan, air dibiarkan terbuang lebih 24 jam tanpa dimanfaatkan, siapa yang menanggung kerugian?

WARGA PRIHATIN,
Seremban,
Negeri Sembilan.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Surat/20090120234236/Article/index_html

1/20/09

Adakah anda akan mati tanpa ini semua ?

Adakah anda akan mati tanpa ini semua ? Untuk ketahui apa jawapannya sila klik pautan berikut http://yayasansofa.blogsome.com/2009/01/15/selamatkan-umat-islam-palestin/

Jangan lupa ‘forwardkan’ mesej ini selepas anda mengetahui jawapannya.

Dipenjara kerana pakai serban di Malaysia


Gara-gara serban, kena jel dua hari
Kosmo 20 Jan 2009
KOTA BHARU - Akibat enggan membayar saman RM90 atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar, Mahkamah Majistret di sini semalam memerintahkan seorang pelajar sekolah pondok dipenjara dua hari.

Ahmad Nasir Darus, 27, dikenakan hukuman tersebut selepas diputuskan oleh Majistret Tengku Amalin Ai'shah Putri Sultan Ismail Petra.

Pelajar Pondok Pasir Tumboh itu disaman atas kesalahan tersebut di Jalan Pasir Tumboh dekat sini kira-kira pukul 6.30 petang pada 20 September tahun lalu.

Dia disaman kerana menyalahi Kaedah 4 Motosikal (topi keledar) 1973 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, seksyen itu memperuntukkan denda sehingga RM2,000 atau penjara enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh pegawai pendakwa, Cif Inspektor Mohd. Yusri Mamat.

Ahmad Nasir pada mulanya dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 tetapi mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0120&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

1/19/09

Sebar SMS ini demi Solidariti Palestin 23 Jan

Kepada mereka yang prihatin , harap dapat sebarkan SMS dibawah kepada seramai mungkin kenalan kita :

HIMPUNAN SOLIDARITI SEJUTA UMAT 23 Jan 2 pm di Kedutaan Amerika KL dipimpin Presiden PAS. Gerakkan diri sendiri, ahli, umat & rakyat demi Palestin!

MB N.Sembilan beria pertahan lapangan terbang Labu

Hairan juga ya, kenapa Menteri Besar Negeri Sembilan begitu beria-ia benar mempertahankan projek pembinaan lapangan terbang di Labu , N.Sembilan ? Kalau ia projek swasta sepenuhnya tanpa menyentuh kepentingan rakyat kenapa perlu sibuk mempertahankannya. Biarlah Sime Darby sendiri yang keluarkan kenyataan akhbar yang projek ini tiada kena mengena langsung dengan kepentingan rakyat, tanah rakyat, kewangan kerajaan negeri serta pusat dan lain-lain.

***********************
LCCT baru bukan membazir
Utusan Malaysia 19 Jan 09

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, rakyat diminta melihat KLIA-East@Labu sebagai sesuatu yang positif kerana ia membawa kebaikan kepada semua dan bukannya satu projek membazir.

Mohamad menafikan segala dakwaan kononnya pembinaan itu memperlihatkan satu kerugian, sedangkan ia adalah projek swasta yang tidak melibatkan wang kerajaan

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

1/18/09

Utusan Msia persoal lapangan terbang N.Sembilan

Kali ini giliran Mingguan Malaysia kolum Bisik-Bisik turut mempertikaikan pembinaan lapangan terbang di Labu , Negeri Sembilan. Siapa yang akan untung sebenarnya projek ini ??? Siapa pula yang akan menjadi menang sorak , kampung tergadai ???

*************************
Wajarkah projek LCCT Labu?
Mingguan Malaysia 18 Jan 2009
Setelah berakhir isu rancangan penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) yang gagal menjadi kenyataan berikutan bantahan banyak pihak, tercetus satu lagi isu yang kini menjadi perhatian iaitu projek pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Labu, Negeri Sembilan.

Bulan lalu, kabinet meluluskan cadangan pembinaan projek berkenaan untuk Air Asia Bhd (Air Asia) tetapi menurut laporan media, belum ada surat kelulusan rasmi diberikan.

Projek LCCT Labu atau dikenali KLIA-East akan dimajukan oleh Sime Darby Berhad dengan kos RM1.6 bilion dan pembiayaannya adalah atas inisiatif swasta.

Walaupun ada yang menyokong projek itu tetapi setakat ini lebih banyak bantahan daripada orang ramai atas pelbagai faktor.

Antaranya lokasi yang dekat antara KLIA dan KLIA-East yang cuma sekitar 10 kilometer. Wajarkah dua lapangan terbang termasuk landasan dan menara kawalan berasingan pada kedudukan yang begitu hampir?

Ia pastinya menjejaskan KLIA yang telah dirancang menjadi hab penerbangan utama negara dengan begitu banyak wang telah dibelanjakan.

Pada masa ini, kapasiti KLIA yang hanya mengendalikan 25 juta penumpang setahun, masih belum dimanfaatkan sepenuhnya biarpun kemudahan yang ada bertaraf dunia termasuk pengangkutan keretapi ekspres ke ibu negara, Kuala Lumpur.

Mungkin terminal utama di KLIA itu boleh disinergikan dengan operasi penerbangan tambang murah yang mampu melonjakkan isi padu pengunjung di terminal sebagaimana di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan Suvarnabhumi,Bangkok.

KLIA adalah projek mega yang sebenarnya dirangka untuk memenuhi keperluan masa depan. Ia mempunyai keluasan yang cukup untuk menampung empat bangunan satelit di sekitar terminal utama. Setakat ini, baru sebuah dibina. Malah rancangan membina terminal LCCT yang baru berhampiran terminal utama telahpun dikemukakan oleh Malaysia Airports Berhad (MAB). Jika kelewatan MAB menyegerakan projek itu menjadi isu seperti dibangkitkan Air Asia, ia sepatutnya boleh diselesaikan dengan campur tangan dan komitmen kerajaan.

Satu lagi pertanyaan ramai, meskipun KLIA-East akan dibiayai pihak swasta tetapi akhirnya siapakah yang akan menanggung kos itu - kerajaan atau pengguna?

Berdasarkan reaksi banyak pihak, sebenarnya banyak persoalan yang menuntut perhatian. Bukanlah niat Awang untuk menafikan usaha Air Asia kerana Awang juga mahu melihat kejayaan syarikat penerbangan itu. Masyarakat juga sepatutnya melihat perspektif Air Asia termasuk perancangan masa depannya. Tetapi isu yang lebih besar ialah apakah pembinaan KLIA-East merupakan pilihan dan jalan keluar terbaik menyelesaikan permasalahan sebenar?

Awang juga menerima maklum balas daripada pembaca yang tidak selesa dengan keghairahan Air Asia melabelkan KLIA-East sebagai terminal rakyat, seolah-olah KLIA yang sedia ada bukan untuk rakyat negara ini atau tidak berkonsepkan rakyat. Awang setuju pandangan pembaca itu. Usahlah mewajarkan semuanya atas nama rakyat.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_04.htm

Ceramah YB Salahudin Ayub 20 Jan Rembau

CERAMAH UMUM
SELASA 20 Januari 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Rembau - Semua Dijemput Hadir

Bersama :
YB Salahudin Ayub , Ketua Pemuda PAS Pusat
http://budakkampung61.blogspot.com

Sdr Zulkefly Mohamed Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
http://zulkeflyomar.blogspot.com

YB Hj Mohamad Taufek , Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
http://mohdtaufek.blogspot.com


Laman web PAS Kawasan Rembau http://rembau-hari-ini.blogspot.com

1/17/09

Koleksi Nasyid Jihad Palestin

Dapatkan senikati Koleksi Nasyid Jihad Palestin dalam Bahasa Melayu di http://nasyidjihad.blogspot.com

1/16/09

Nampak sangat N.Sembilan tak pentingkan kelas agama

Nampak sangat kerajaan Negeri Sembilan ambil sikap acuh tak acuh , lepas batuk di tangga dalam hal pendidikan agama Islam kepada anak-anak Negeri Sembilan di Negeri Sembilan. Hai, kalau (Bekas ?) Mufti Sheikh Dato Hj Mohd Murtadza pun tak dijaga baik-baik inikan pula anak-anak sekolah rendah.

************************************
Jangan sekat murid ikuti Kelas Agama Petang
SEREMBAN 15 Jan. - Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) memberi jaminan Kelas Agama Petang (KAP) akan diteruskan di semua sekolah rendah di negeri ini dan mengarahkan pihak sekolah supaya tidak mengehadkan jumlah muridnya walaupun berdepan masalah kekurangan guru.

KAP merupakan pembelajaran agama anjuran Kerajaan Negeri Sembilan tetapi diadakan di bangunan sekolah rendah di seluruh negeri menerusi memorandum persefahaman (MoU) dengan Kementerian Pelajaran pada 2006.

Sebahagian besar ibu bapa di sekolah itu juga membantah pengeluaran borang permohonan untuk anak-anak mereka memasuki KAP iaitu kaedah mengehadkan jumlah murid yang tidak pernah dilaksanakan di mana-mana sekolah lain sebelum ini.

Utusan 16 Jan 2009
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

Utusan, Cina kempen calon PAS ?





Utusan Malaysia Khamis 15 Januari 2009 menyiarkan ruangan pendapat pengundi di Parlimen Kuala Terengganu. Apa yang menariknya apabila ditanya seorang Cina bernama Alan Ho apakah ciri calon yang dapat menambat hati pengundi ? Alan menjawab seseorang calon itu berpegang kuat kepada ajaran agama, kita tahu beliau tidak akan mengamalkan rasuah. Jika calon mempunyai sifat seperti ini maka tentulah masyarakat akan melihat dia sebagai seorang yang baik.

Kalau Cina pun nakkan calon yang beriman, berpegang kuat kepada agama, takkan Melayu tak nak calon yang berpegang kuat pada agama Islam.

Malulah kat orang Cina. Malu lagi pada ALLAH.

GAZA Syurga untuk umat Islam

Gaza adalah merupakan Syurga untuk umat Islam
Neraka untuk Yahudi Laknatullah dan sekutunya
Juga neraka untuk golongan munafik
Semoga kita mendapat syafaat dari para syuhada di Palestin

*********
Biar merah di bumi ALLAH
Dengan darah para syuhada
Biar merah berlumuran darah
Jangan undur walau selangkah

Bangunlah wahai pemuda Islam
Mara ke depan maju ke hadapan
Bersama seruan ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR , ALLAHU AKBAR

ALLAHU AKBAR Allah Maha Besar
Marilah wahai barisan jihad
Tegakkan kebenaran dan keadilan
Hancurkan kezaliman dan penindasan


http://hancurzionis.blogspot.com

1/14/09

N.Sembilan tiada mufti, henti fitnah Sheikh Murtadza

Orang Negeri Sembilan sekarang ini tertanya-tanya adakah negeri ini mempunyai mufti sekarang ini ? Ada banyak versi cerita yang tersebar luas sekarang. Ada yang kata kontrak Dato Hj Murtadza Hj Ahmad telah berakhir Disember 2008. Ada yang kata mufti yang baru tidak sempat dilantik oleh Almarhum Tuanku Jaafar. Akibatnya Negeri Sembilan menjadi negeri yang tiada mufti.

Sejauh mana kesahihan berita ini , masih menjadi tanda tanya.

Dalam pada itu Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad dengar ceritanya tak habis-habis difitnah oleh mereka yang mempunyai kepentingan tertentu.

Terbaru Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad difitnah kononnya jika anak murid beliau berjumpanya, anak muridnya akan mencium kakinya. ASTAGHFIRULLAH. Siapalah yang buat fitnah sebesar begini. Sedangkan kita sendiri apabila nak cium tangan Sheikh Dato Hj Murtadza Hj Ahmad , beliau cuba mengelak. Kalau nak cium tangan pun tak diberinya, inikan pula nak cium kaki.

Kepada mereka yang membuat cerita fitnah ini, hentikanlah. Sebelum bala ALLAH melanda negeri ini.

Tak nampak ke , Negeri Sembilan sekarang ini dah berminggu-minggu tak hujan, kering. Dua hari lepas angin mula bertiup begitu kencang hingga sekarang. Awan ada dilangit, tapi seolah-olah merajuk tak mahu turunkan hujan. Sedangkan di Pahang, Sarawak, Kelantan dan Terengganu baru-baru ini banjir.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar ALLAH lindungi negeri ini dari mereka yang berbuat kejahatan.

Kepada mereka yang bersifat hasad dengki tadi, bertaubatlah , sementara pintu taubat masih terbuka.

Ayah , Boikotlah

Ayah , kenapa ayah tak boikot barang Israel ?
Kenapa ayah tak boikot barang Amerika ?
Rokok itu buatan kilang Amerika ayah

Ayah larang saya merokok
Tapi ayah sendiri hisap rokok
Rokok buatan Amerika
Asap rokok tu macam asap rumah rakyat Palestin yang dibom

Ayah , kenapa kita tak boikot restoran makanan segera ?
Along , dah lama menganggur ayah
Nak buka warung burger
Orang kita tak ramai yang sokong ayah

Boikotlah restoran makanan segera ayah
Biar Along dan kawan-kawan dia yang ramai menganggur
Dapat mereka buka warung burger

Ayah , kenapa kita tidak boikot makanan Amerika ?
Paksu yang berniaga pasar malam
Katanya , pengunjung semakin kurang sekarang

Boikotlah kedai, makanan dan minuman Amerika ayah
Biar Paksu dan peniaga pasar malam, pasar tani
Bertambah maju

Ayah , kenapa ada pemimpin Melayu yang bodoh
Dia kata , kalau boikot , ramai tak kerja
Tapi dah dua kilang di Senawang dah tutup

Satu kilang papan, satu kilang sarung tangan
Tak ada kena mengena kilang ni dengan boikot

Boikotlah ayah
Dato Nooh Gadut yang ayah kata Ulamak Umno
Dia pun suruh boikot ayah
Dato Nooh Gadut kata berdosa kalau kita tak boikot

Boikotlah ayah
Banyak untung boikot ni ayah
Dapat bantu rakyat Palestin
Dapat memeningkan Israel dan Amerika
Dapat bantu Along, Paksu dan ramai lagi

Boikotlah ayah
Itulah senjata kita selain doa

1/13/09

Kenapa Lapangan Terbang N.Sembilan Perlu Dibantah


Kenapa pembinaan lapangan terbang di Labu , Negeri Sembilan perlu dibantah ? Tun Dr Mahathir membantah. Rocky Bru pun bantah, Jeff Ooi pun bantah, beberapa ahli parlimen pun membantah. Apa udang disebalik batu dalam projek pembinaan lapangan terbang ini. Siapa yang akan untung, siapa yang akan RUGI ?

Baca sendiri komen berikut mengenai perangkap pembinaan lapangan terbang Labu, N.Sembilan :

Husin Lempoyang http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2009/01/siapa-tikus-yang-diumpan-dengan-labu.html

Rocky Bru http://rockybru.com.my/2009/01/yes-jeff-old-man-does-make-sense.html

Che Det http://chedet.co.cc/chedetblog/2009/01/the-fourth-airport.html#more

EXCO N.Sembilan BERDOSA tak BOIKOT Israel

Ni apa cerita pula ni. Dato Nooh Gadut , Ulamak dari Johor kata haram kalau tak boikot produk Israel dan Amerika Syarikat, EXCO N.Sembilan ni kata jangan protes. Apa nak jadi EXCO N.Sembilan ni. Tak faham cakap ulamak. Orang bukan Islam nak terus makan di restoran makanan segera tak jadi masalah. Yang haram ialah untuk umat Islam.

Tak hairanlah kita kenapa Arab tidak bersatu menentang Israel, kerana terlalu banyak keraguan, tak nak dengar cakap ulamak., terlalu banyak kepentingan diri sendiri.

Rujukan saranan Dato Nooh Gadut http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

***********************
Protes dengan cara terbaik: Abd Samad
Sinar Harian 13 Jan 2009
SEREMBAN - Tindakan memprotes peperangan di Gaza, memboikot barangan Amerika Syarikat (AS) mendapat sambutan hebat masyarakat tempatan, namun ia memberi impak kepada perdagangan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Abd Samad Ibrahim berkata, pihaknya menyokong usaha memboikot barangan AS, namun hakikatnya negara masih bergantung kepadanya.

Kata beliau yang dihubungi Sinar Harian semalam, banyak lagi cara yang boleh dilakukan walaupun kecil kerana negara ini masih berada pada tahap negara membangun.

“Saya juga berasa marah dengan tindakan tentera Israel menyembelih dan membedil rakyat Palestin,” katanya.

Abd Samad berkata, langkah paling sesuai membantu Gaza ialah dengan mengadakan sidang khas gencatan senjata melibatkan semua pihak.

“Selain mengadakan solat Hajat, rundingan keamanan bersama semua pihak terlibat perlu diadakan bagi memastikan peperangan yang berat sebelah itu dapat diredakan.

“Jika memboikot restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dimiliki Perbadanan Johor, tentu sekali keluaran dalam negara kita akan jatuh. Semua yang bekerja dalam sektor itu pasti akan kehilangan pekerjaan,” katanya.

Abd Samad berkata, semestinya terdapat usaha lain boleh dilakukan bagi menghentikan tindakan Israel merampas tanah Palestin.

Peperangan yang terang-terang membunuh nyawa tidak berdosa di Gaza telah meragut lebih 850 nyawa dan lebih 4,000 cedera.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2336229.asp

1/12/09

BERDOSA Siapa Tak Boikot Israel dan AS

JOHOR BAHRU 11 Jan. - Umat Islam wajib memboikot barangan Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi sebagai usaha membantu perjuangan rakyat Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel. "Hukum memboikot barang AS kini jatuh wajib dan jika ada sesiapa yang tidak mahu memboikot maka hukum menyokong AS dan Israel ialah lawan bagi wajib iaitu haram"

Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadot berkata, tindakan itu juga merangkumi usaha mengelakkan diri daripada melancong atau melabur di negara tersebut.

"Selain itu sudah sampai masanya, negara-negara Islam melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mewujudkan pasukan tentera sendiri seperti yang dimiliki negara-negara Eropah dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia 12 Jan 2009 http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

1/11/09

Sajak Pesan Ayah Kuala Terengganu Lentok Habis

Sesiapa yang mendengar Sajak Pesan Ayah di Kuala Terengganu ni mesti tangkap lentok habis. Pasti meleleh air mata mendengar puisi ini yang begitu menyentuh perasaan. Dengar Sajak Pesan Ayah di pautan berikut http://prk036.pas.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=76&Itemid=61

Jadikan Patung Israel Modul Menembak PLKN


Menteri Pelajaran kata semua pelajar di Malaysia akan diberi kesedaran mengenai kekejaman tentera Israel di Palestin. Jadi kita nak sarankanlah kepada Menteri Pertahanan Malaysia yang juga Perdana Menteri yang sebelum ini mengatakan tentera Israel MESTI DIHALAU dari Palestin supaya membuat modul khusus untuk pelatih PLKN.

Modul latihan menembak pelatih PLKN menggunakan senjata buatan Amerika Syarikat M16 dicadangkan supaya menggunakan Patung Tentera Israel sebagai sasaran.

Kalau boleh bukan pelatih PLKN sahaja yang guna Patung Tentera Israel sebagai sasaran tetapi semua rekrut , tentera dan polis di Malaysia ini menggunakan Patung Tentera Israel sebagai sasaran. Barulah kata-kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya tentera Israel mesti dihalau dari Palestin dapat dipraktikkan.

Dan lagi kepada ibu bapa digalakkan supaya mendaftar anak-anak mereka secara sukarela menyertai PLKN supaya mereka MAHIR menembak Patung Tentera Israel ini.

Salahudin Ayub Johor dipenjara kerana DEMO Israel

Masih kah kita ingat peristiwa seorang pemuda yang bernama Salahudin Ayub (bukan Salahudin Al Ayubi yang membebaskan Palestin dulu). Pemuda Johor yang dipenjarakan oleh kerajaan Malaysia kerana terlibat dalam Demonstrasi Anti Israel di Kuala Lumpur ?

Di penjara pada 2001 kerana telibat dalam perhimpunan Ops Kriket Israel di Universiti Malaya. Cerita lanjut pemuda bernama Salahudin Ayub ini di Blog beliau sendiri di http://budakkampung61.blogspot.com/2008/07/biodata.html

Semoga lebih ramai pemuda mencontohi Salahudin Ayub dari Johor ini , masuk penjara, tidak takut dengan ISA, kerana sejak dari dulu lagi berdemonstrasi menentang kezaliman Israel.

BEBASKAN TAHANAN ISA SEMPENA KEZALIMAN TENTERA ISRAEL KE ATAS UMAT ISLAM

1/10/09

Jangan bantu kedutaan Palestin, DEMO di kedutaan Mesir

Maszlee Malek : “jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia”
Ikuti temubual terbaru wartawan Palestinkini, Gunx bersama Maszlee Malik seorang tutor di University Durham UK dan juga penuntut peringkat Phd di universiti yang sama.

Saya lihat di Malaysia, demo yang sepatutnya dilakukan ialah di hadapan kedutaan Mesir memaksa rejim Mubarak membuka pintu sempadan Refah agar bantuan kemanusiaan dan makanan dapat masuk ke Gaza. Di negara-negara barat demo dilakukan dan tekanan dikenakan ke atas Mesir.

Malangnya di negara-negara Islam hal seumpama ini tidak berlaku…Mubarak terus tersenyum melihat rakyat Gaza disembelih dengan restu dan redha beliau.

Satu lagi, jangan berikan duit bantuan kepada kedutaan Palestin di Malaysia mahupun negara-negara lain, mereka ini merupakan konco-konco Mahmoud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang amat dahsyat. Terus salurkan kepada mereka yang berada di dalam Palestin.

Temuramah sepenuhnya di http://palestinkini.info/?p=2889

1/9/09

Mohon segera atasi bekalan air putus di Jempol

Sinar Harian 9 Jan 09
JEMPOL – Masalah bekalan air sering terputus yang dihadapi penduduk di Kampung Gajah Mati pernah disiarkan tiga bulan lalu, namun sehingga kini penduduk di sini masih dibelenggu masalah yang sama.

Seorang penduduk kampung, Abd Rahman Md Noh berkata, walaupun masalah ini sudah berkali-kali diajukan kepada Jabatan Bekalan Air Jempol dan disiarkan di surat khabar namun masih tiada sebarang tindakan diambil bagi memuaskan hati seluruh penduduk di sini.

Abd Rahman berkata, seluruh penduduk kampung ini terpaksa melalui masalah yang tiada berkesudahan selagi pihak yang bertanggungjawab tidak mengambil tindakan untuk menyelesaikannya.

“Saya selaku wakil bagi penduduk kampung ini amat memerlukan perubahan terhadap masalah yang kami hadapi.

“Masalah bekalan air yang sering terputus di kampung ini bukannya masalah baru tetapi ia adalah masalah yang sudah lama berlaku. Walaupun sudah berkali-kali kami membuat aduan tetapi ia seperti mencurahkan air ke daun keladi,” katanya.

Menurutnya, penduduk kampung ini mula menghadapi masalah tersebut apabila saluran paip utama yang diletakkan tidak selaras dengan saluran paip air yang menyalurkan air ke setiap rumah di kampung ini.

“Pernah pihak JBA menggantikan saluran paip yang menyalurkan air ke setiap rumah penduduk tetapi malangnya saluran paip tersebut pasti pecah akibat tekanan air yang tidak selaras.

“Saluran paip air di kampung ini sudah lama dan perlu diganti tetapi ia tidak pernah ditukar sehingga menyebabkan seluruh penduduk di kampung ini dan kampung berhampiran menghadapi masalah ini.

“Penduduk di kampung ini sudah bertambah dari tahun ke tahun. Jumlah penduduk di kampung ini kini sudah ramai dan tidak seperti dulu. Jadi seharusnya saluran paip ini diganti dengan baru.

“Masalah bekalan air yang sering putus ini lebih terasa penduduk di si ni apabila musim perayaan dan hujung minggu terutama apabila penduduk di sini mengadakan majlis kenduri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2323111.asp

1/8/09

Pejabat ADUN N.Sembilan macam kandang kambing ?

Pejabat ADUN N.Sembilan macam kandang kambing ? Pejabat wakil rakyat mana yang macam kandang kambing ni ? Wakil rakyat Pakatan Rakyat atau wakil rakyat BN ? Nak tahu wakil rakyat mana yang dimaksudkan klik pautan berikut http://kopilah.blogspot.com/2009/01/wakil-rakyat-tak-peka.html

Umat Islam Palestin sedang bergembira, seronok

Umat Islam di Palestin sedang bergembira. Mereka dapat hidu syurga. Mereka mati, mati syahid. Tapi Melayu mati, mati katak, merempit, dadah, AIDS.

ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR ! ALLAHU AKBAR !

Layari laman web HANCUR ISRAEL , JAHANAM ZIONIS di http://hancurzionis.blogspot.com

HANCUR ISRAEL , JAHANAM ZIONIS
BOIKOT SEMUA BARANGAN ISRAEL DAN AMERIKA SYARIKAT

- KERANA MU PALESTIN , KAMI BERSAMA MU -

KAMU RAKYAT PALESTIN BERUNTUNG DIPILIH ALLAH UNTUK SYAHID DI BUMI BERTUAH , BUMI BARAKAH , BUMI PARA NABI

1/7/09

Malu aku kat DAP dan Cina Terengganu

Malu betul aku sebagai orang Melayu mendengar cerita YB Loke Pengerusi DAP N.Sembilan berkempen untuk PAS. Lebih memalukan orang Cina di Terengganu hadir majlis makan malam bayar RM 30 seorang bukannya makan percuma seperti yang selalu UMNO/BN adakan. Dah bayar RM 30 , derma pula lagi RM 6000 untuk tabung pilihanraya.

Malu, malu, malu sungguh. Malu pada yang Maha Esa.

Cerita lanjut di http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/01/kt-by-election-update.html

Rapat Umum PALESTIN 10 Jan Shah Alam

RAPAT UMUM RAKYAT MALAYSIA - “SELAMATKAN GAZA”
Sabtu 10 Januari 2009
Jam 10 pagi
Di Stadium Melawati , Shah Alam
PEMIDATO :
1. Dr Mujahid Yusof Rawa , PAS
2. Sdr Yusri , ABIM
3. Sdr Abdullah Zaik , ISMA
4. Sdr Mustafa Kamil Ayub , PKR
5. Ahli Parlimen Pangkor , BN
6. Wakil Aman Palestin dan ramai lagi

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.

Maklumat lanjut di http://www.amanpalestin.org

Rakyat Malaysia di jemput hadir dalam Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka.

Anjuran: Aman Palestin
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:
1. Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2. Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3. Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Hancur Israel BOIKOT Coca Cola

Hancur Israel BOIKOT Coca Cola! Hancur Israel BOIKOT Colgate! Hancur Israel BOIKOT Starbuck! Hancur Yahudi BOIKOT McDonald! Hancur Yahudi BOIKOT ROKOK!

Sila sebarkan SLOGAN diatas melalui SMS dan E-mel

Untuk muat turun poster BOIKOT Produk Israel dan Amerika Syarikat sila klik pada pautan di bawah :

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/files/downloads/boikot1.jpg

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/files/downloads/boikot2.jpg

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/download.php

1/6/09

YB Loke DAP Membangun Menurut Islam

Betul ke YB Loke , Pengerusi DAP N.Sembilan, ADUN Lobak, Ahli Parlimen Rasah, Ketua Pemuda DAP Pusat sedang berkempen untuk PAS dan Pakatan Rakyat di Kuala Terengganu dengan tema Membangun Menurut Islam. Tak caye , tengok sendiri gambar YB Loke dan tema di http://lokesiewfook.blogspot.com/2009/01/kuala-terengganu-by-election.html

Himpunan Bantah Israel 10 Jan Seremban

HIMPUNAN AMAN : CANDLE LIGHT VIGIL
Membantah peperangan di Palestin dan Sri Lanka
Sabtu 10 Januari 2009
Jam 8 malam
Di Dataran Seremban
SEMUA DIJEMPUT HADIR
Anjuran Parti Sosialis Malaysia (Hubungi Mani 012-2702624)

Kerajaan N.Sembilan LEMAH urus bekalan air

Lemah betul kerajaan N.Sembilan ni urus bekalan air untuk rakyat. Ingatkan beberapa daerah di Rembau sahaja alami masalah bekalan air, tekanan air amat rendah. Tapi di Kuala Pilah lagi teruk sampaikan pelatih Kolej Kejururawatan di sana dah berhari-hari tak mandi. Kot tempat kesihatan pun tak boleh bekal air, apa lagi rumah atok wan di kampung. HAMPEH !


************************
New Straits Times 6 Jan 2009
Trainee nurses left high and dry

Trainee nurses of Kuala Pilah Nursing Community Training Centre scooping water into their pails before carrying them to their hostel rooms.


KUALA PILAH: Some of them attend classes without taking a bath. Some wear the same clothes for several days.

This is the lot of trainee nurses at the Kuala Pilah Nursing Community Training Centre which has been hit by water cuts since last month.

When the taps run dry, their only source of water is a state Water Supply Department (JBANS) tanker which does not come at specific times. The other alternative is the public toilet at the Ulu Bendol Recreational Forest, about 30km away.

According to one of the trainees, Nur Ashikin Abdul Nasir, 20, they faced water cuts up to twice a day and the water from the tanker is not enough for the 105 trainees at the centre.

"We have been facing this problem since December and it has affected our daily routine.

"We cannot use the toilets, do our laundry or even perform our prayers properly."

Another trainee, Amy Sahida Rahim, 21, said she felt embarrassed attending classes as she was forced to wear the same clothes for several days.

"I have no choice as there is barely enough water for us to use the toilet or to shower."

Chief nurse and warden Moraini Alias said they had contacted the JBANS and were told that the problem was because of a broken water pump.

"However, this was some time ago.

"I hope the authorities will get to the root of the problem soon as it is ridiculous that we have to live in such conditions," she said.

A JBANS spokesman said they were aware of the problem and would fix it.

"There are some major problems but we will resolve them soon," he said.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2445146/Article/index_html

1/5/09

Tak merokok boleh bantu Palestin

Kepada para perokok. Tahukah anda , anda sebenarnya membantu membakar rumah-rumah rakyat Palestin setiap kali anda menyedut asap rokok. Tahukah anda pembuat rokok terbesar di dunia iaitu Philip Morris adalah penyumbang utama negara haram Israel.

Antara jenama rokok yang dikeluarkan oleh syarikat Philip Morris ialah Marlboro, Alpine, Basic, Benson & Hedges, Bristol, Cambridge, Chesterfield, Merit, Parliament, dan Virginia Slims

TAK NAK ROKOK DEMI RAKYAT PALESTIN !
HENTI ROKOK DEMI ANAK-ANAK ANDA !


Rujukan : http://bx.businessweek.com/philip-morris-usa/news/

Isu Adat Perpatih Semakin PANAS

Pengendali laman blog melahirkan rasa kecewa apabila saya tak menghuraikan secara spesifik ‘Perang Padri’ di Sumatera Tengah sekitar dekad 1830-an ketika membicarakan ‘Adat Perpatih’ menerusi slot ‘Helo Malaysia’ di TV Astro 502 (Bernama) malam Ahad (3 Januari 2009)

Memang ‘Perang Padri’ yang membabitkan Tuanku Imam Bonjol di Lubuk Sakaping merombak struktor ‘Adat Perpatih’ daripada rumusan ‘Adat bersendi alur dan patut’ kepada ‘Adat bersendi hukum; hukum bersendi kitabullah’ (atau di setengah tempat disebut ‘hukum bersendi syarak’).

Tuanku Imam Bonjol bersama rakan-rakannya Tuanku Rao dan Tuanku Tambusai terperangkap dalam intrigue politik Belanda apabila dimusuhi oleh pemuka-pemuka adat di Minangkabau.

Disebabkan slot berkenaan dihadkan tempohnya satu jam yang disiarkan secara terus menerus, justeru tak banyak dapat saya huraikan bersama seorang lagi ahli panel Dato’ Seri Maharaja Haji Khalid Bonget, Tiang Balai Luak Ulu Muar.

Bukan sahaja huraian mengenai tragedi Tuanku Imam Bonjol tak sempat dirumuskan, malah pemasyhuran ke bawah DYMM Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir pada 29 Disember 2008 menaiki takhta Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan sekadar disentuh sedikit sahaja.

Apalagi persepsi adat mahu dilihat berdasarkan akademik di pusat pengajian tinggi, bukan pemikiran intelektualisme ‘menghitung dari asa, mengeja dari alif’, akibatnya susah bertambah susah lagi disusahkan. Heh heh heh!

Ulasan PANAS mengenai ADAT PERPATIH di laman Blog PRIMA yang memperjuangkan Pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Melayu di http://adimul.blogspot.com

HIDUP BAHASA MELAYU !

1/3/09

DUA Musuh Utama Orang Melayu, HANCURKAN

Nak tahu dua musuh utama orang Melayu, yang selama ini menjahanamkan orang Melayu, yang menghancurkan perpaduan Melayu, yang merosakkan bangsa Melayu, yang menjatuhkan maruah bangsa ? Mari kita perangi habis-habisan musuh orang Melayu yang nyata ini. Sila klik sini http://pmbaj.blogspot.com

1/2/09

51 Tahun Merdeka masih tak ada api air di N.Sembilan

Percaya atau tidak Kampong Ghachong Dingkir, Inas, Johol , Negeri Sembilan tidak ada kemudahan api, air, telefon dan sebagainya sejak kampung itu dibuka. Oh Nogoghi Sombilan , nogoghi den , nogoghi beradat. Cerita lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/01/tidak-ada-apiair-lagi.html

Potongan hanya lepas batuk di tangga: DAP

Sinar Harian 2 Jan 09
SENAWANG - Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Sembilan, Loke Siew Fook, menyifatkan potongan kadar sebanyak 10 peratus yang diberikan kepada pengguna lebuh raya dari jam 12 tengah malam sehingga 7 pagi sebagai melepaskan batuk di tangga.

Beliau mendakwa tawaran tersebut tidak menunjukkan keprihatinan pihak PLUS untuk meringankan beban pengguna kerana pada masa tersebut bilangan pengguna lebuh raya adalah sedikit.

Malah, beliau yang ditemui media di persimpangan Plaza Tol Senawang semalam, mendedahkan jumlah hasil kutipan tol bagi tiga plaza tol tersebut sepanjang Januari sehingga Oktober tahun lalu adalah RM82.29 juta.

“Saya menjangkakan seandainya dikira jumlah kutipan tol bermula Januari sehingga Disember 2008, amaun tersebut melebihi kutipan hasil kerajaan Negeri Sembilan sendiri,” katanya.

Beliau berkata, isu tersebut pernah dibangkitkan di Parlimen dan mendapat reaksi daripada Kementerian Kerja Raya sendiri yang akan membuat kajian secara komprehensif namun sehingga kini masih tiada keputusan mengenainya.

“Saya pernah membangkitkan masalah ini di Parlimen, namun sehingga sekarang tidak ada sebarang keputusan yang dibuat dan hanya diskaun 10 peratus diberi kepada pengguna, itupun pada waktu tengah malam sehingga 7 pagi,” katanya.

Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dan Ketua Pembangkang di negeri ini tetap dengan pendirian membantah keputusan yang dibuat oleh PLUS.

Pada masa yang sama, Loke turut menggesa supaya memansuhkan bayaran tol di Lebuhraya Seremban-Port Dickson dan Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) bermula dari Plaza Tol Seremban ke Senawang yang menjadi laluan harian penduduk negeri ini.

“Sejak lebuh raya ini dibuka pada 1978, sehingga ke hari ini pengguna lebuh raya di Seremban, Senawang dan Port Dickson terpaksa membayar kadar tol yang tidak pernah turun harganya.

“Sudah tiba masanya PLUS memikirkan faedah bagi pengguna lebuh raya itu pula kerana unjuran keuntungan yang diperoleh amat besar," katanya.

Menurutnya, konsep tol secara percuma yang ada di Pulau Pinang, Perak serta Johor Bahru seharusnya diguna pakai di Negeri Sembilan.

“Cuba kita lihat dan kaji kenapa di negeri lain ada tol percuma dan kenapa di Negeri Sembilan yang jarak lebuh rayanya yang tidak begitu jauh diwajibkan bayar tol,” katanya.

Beliau berkata, Lembaga Lebuhraya Malaysia perlu mengkaji dan membuat keputusan yang terbaik mengenai perkara ini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2302145.asp

Stadium Bowling Negeri Sembilan memalukan




Nampaknya kerajaan Negeri Sembilan bukan sahaja tak tahu nak urus Bazaar MAINS di tengah bandar Seremban. Tinjauan terbaru pada 2 Januari 2009 mendapati keadaan Stadium Bowling yang masih baru berhampiran Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi juga dalam keadaan yang amat menyedihkan dan memalukan.

Apa ke tidaknya , Stadium Bowling ini masih baru lagi, rasanya tak sampai 2 tahun siap selepas sekian lama projek Stadium Bowling inii terbengkalai.

Apabila dah siap begini pula jadinya. Stadium Bowling ini tidak dapat digunakan, ditutup buat sementara waktu.

Apabila ditanya pengawal di Stadium berkenaan, katanya ditutup menunggu pengurusan baru.

Malu sungguh apabila lalu depan Stadium ini yang menjadi laluan utama mereka ke Stadium Paroi, ke Kompleks Renang, ke Masjid Taman Paroi Jaya, ke Kelab Golf. Macamana boleh tak maju Stadium Bowling ini sedangkan ianya laluan utama.

Macam juga Bazaar MAINS , macamana boleh tiada sambutan sedangkan ianya ditengah bandar Seremban.

Nampak sangat pengurusan kerajaan Negeri Sembilan dalam hal-hal begini begitu lemah.

Macamana kita nak elakkan remaja menjadi Mat Rempit jika kemudahan riadah seperti Stadium Bowling ini tidak dapat diuruskan.

Banyak lagi kemudahan awam yang pastinya menggunakan duit rakyat membazir begitu sahaja di Negeri Sembilan ini. Antaranya litar lumba “off road” di Jempol. Kalau lalu nak pergi ke pantai timur pasti dapat kita lihat lagi senario yang memalukan.

Sila lihat kisah berkenaan Bazaar MAINS sebelum ini di pautan di bawah :
http://pasns.blogspot.com/2008/10/pas-mahu-beli-bazaar-mains.html
http://waghih.blogspot.com/2008/10/setiap-bulan-peniaga-bazaar-mains.html