CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

2/27/09

CERAMAH DAN TAZKIRAH

CERAMAH UMUM
Bersama :
YB Saifuddin Nasution
YB Ir Khalid Samad
3 Mac 2009 SELASA
Jam 9 malam
Di No 124 PASTI Abada , Jalan Jelebu , Pantai , N.Sembilan (berhampiran Rumah Rakyat Pantai)

Maklumat lanjut hubungi Razali 019-2515618

Anjuran MTD Lenggeng dan BPPNS

**********************************
TAZKIRAH KAWASAN REMBAU
Rabu 4 Mac 2009
Jam 8:30 mlm
Di Masjid Lama Astana Raja , Kota , Rembau
Bersama Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad Othman

Aturcara :
Solat Isya
Solat Hajat
Tazkirah oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Fuad Othman

Maklumat lanjut hubungi :
Us Nazri 019-3457690
Hj Baharuddin 013-6706615

2/26/09

Ceramah Dato Seri Anwar 1 Mac 09 N.Sembilan

CERAMAH PERDANA
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat N.Sembilan
Tarikh : 1 MAC 2009 , AHAD
Masa : 8.30 malam.
Tempat : UI-Club, Kg Baru Tampin, Tampin.
Maklumat lanjut hubungi 019-272 6008 Kapt. (B) Zolkapli Kassim

JAMUAN MAKAN MALAM
Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat N.Sembilan
Tarikh : 1 MAC 2009 , AHAD
Masa : 8.00 malam.
Tempat : Restoran Dragon Court, Oakland Seremban 2, Seremban.
Maklumat lanjut hubungi 012-628 2929 (Edwin Lim Khoon Seng)

CERAMAH MEMBELA BANGSA
Isu : Kedaulatan Bangsa ? Tanah, Melayu Sendayan tertipu...
Sabtu 28 Febuari 2009
9.00 malam
Di Felda Sendayan, Seremban

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

2/24/09

Polis cabutkan poster di Seremban

Polis tanggalkan poster di Seremban ? Memang patut dah lama dah polis cabut dan buangkan poster-poster begini. Bukan sahaja polis , PBT pun kena tanggalkan poster yang mengancam keselamatan rakyat. Barulah professional, gunakan polis untuk menjaga ketenteraman awam.

*****************************
Police remove posters by loan sharks (Polis cabut poster Ah Long)

SEREMBAN: About 300 posters advertising money lending schemes by Ah Long here were removed in a police operation on Sunday night.

Some eight policemen tore down the posters stuck on trees and walls in the three-hour operation, which began at 8pm, at various locations including Taman AST, Taman Rasah Jaya and Ampangan.

DSP Mohamad Azlin Sadari, of the state commercial crimes unit, said it was the first such operation this year and was part of police efforts to discourage the public from seeking the services of illegal money-lenders.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2488248/Article/index_html

PPSMI mirip Malayan Union musuh No 1 negara

PPSMI MIRIP ‘MALAYAN UNION’
UNTUK KUBURKAN BAHASA MELAYU ( dari laman web PRIMA http://adimul.blogspot.com )

(Kenyataan media pimpinan PRIMA, Pak Dharma di Kuala Lumpur, 23 Februari 2009 menyokong Gerakan Mansuh PPSMI, bagi menggerakkan ‘Perhimpunan 100 Ribu’ orang umat Melayu di hadapan Istana Negara pada 7 Mac 2009, sebagai manifestasi bangsa Melayu yang tergugat bahasanya, kerana kebobrokan dasar pelajaran, kepongahan pimpinan negara dan keberantakan pemikiran penjenayah budaya.)

Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) memberi sokongan kepada Gerakan Mansuh PPSMI (GMPPSMI) pimpinan Dato’ Dr Hassan Ahmad yang menggerakkan suara rakyat dalam ‘Perhimpunan 100 Ribu’ di hadapan Istana Negara 7 Mac 2009 ini. Malah PRIMA sudah menghubungi Dato’ Dr Hassan dengan memberi jaminan akan turut serta dalam perhimpunan tersebut, di samping bersetuju menggerakkan 100 orang pencinta Bahasa Melayu menyertai ‘Perhimpunan 100 Ribu’. Memang PRIMA prihatin dengan isu PPSMI yang mirip kepada gagasan ‘Malayan Union’, justeru harus ditentang sebagai musuh nombor satu negara.

Hari ini (23 Februari 2009) PRIMA menghubungi Dato’ Dr Hassan, di samping berasa kagum dengan kesungguhan beliau tak berkompromi dalam isu PPSMI. Memang secara berterusan PRIMA menganggap mereka yang menyokong PPSMI adalah penjenayah budaya yang tak boleh dimaafkan, berikutan memperdaya ibu bapa pelajar-pelajar Melayu. PPSMI bukan sekadar dua mata pelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam Bahasa Inggeris, sebaliknya merangkumi semua mata pelajaran yang berkaitan dengan Sains dan Matematik. Bahasa Melayu tak seharusnya menjadi mangsa dasar yang sudah membunuh ‘tulisan Jawi’ malah turut mengkuburkan akhbar ‘Utusan Melayu’.

HIDUP BAHASA MELAYU !


Temui Pak Dharma Sabtu 28 Feb jam 9 malam di Gedung Lalang 162, Ampangan , Seremban dalam Forum Isu PPSMI. Untuk Maklumat lanjut hubungi Shamsul 019-6532973 skamalidz@yahoo.com

2/23/09

Ceramah Umum DUN Paroi 1 Mac

CERAMAH UMUM
Ahad 1 Mac 2009
Jam 9 malam
Di Kg Tok Dagang, Paroi, Seremban
Penceramah :
1. YB Drs Zainuddin bin Awang Hamat, ADUN Limbongan
2. Ust.Rozali bin Mohamad, bekas ADUN Permaisuri
3. Ust. Mohd Zahid bin Yusof, Setiausaha PAS Besut
4. YB Hj Mohd Taufek bin Abd Ghani, ADUN Paroi
5. Cikgu Badrulhisham Saharin, Ketua PKR Rembau.

Penduduk Felda Pahang 52 tahun merdeka tiada air

LAPORAN PENDUDUK FELDA KEMAHANG
PENDUDUK TADAH HUJAN HARAPKAN AIR

Sudah lebih 50 tahun merdeka, penduduk Felda Kemahang, Bentong tak menikmati bekalan air. Terpaksa tadah air hujan. Laporan TV3 jam 1.30 tengahari 21 Februari 2009. Ironinya, kawasan yang dilaporkan oleh TV3 itu di kawasan Parlimen yang diwakili oleh Menteri Kesihatan Dato’ Liow Tiong Lai. Apalagi kawasan Parlimen berkenaan turut diwakili ADUN Pelangai yang juga Menteri Besar Pahang Dato’ Seri Adnan Yaakob. Selepas Mac 2009 ini Perdana Menteri juga dari Pahang.

Macam mana kawasan yang diwakili menteri kabinet dan Menteri Besar, malah negeri yang bakal diwakili Perdana Menteri, rakyat terpaksa menadah air hujan? Lagipun ianya diwakili oleh BN sejak 1974, malah diwakili Parti Perikatan mulai 1955.Begitulah! Kedudukannya di ulu tahun 1960-an dikenal pasti antara punca kemiskinan orang Melayu terutamanya petani kerana lintah darat dan sistem padi kunca. Orang Melayu melarat dan terbelenggu dengan hutang.

Sekarang Felda lebih kurang sama, tenaga dikuras untuk produktiviti dan penghasilan yang dikawal Felda tetapi apa yang dikembalikan kepada peneroka? Kalau pun ada adakah memadai? Tidakkah zalim namanya tatkala ada kawasan Felda yang mundur infrastruktur tetapi Felda belanjakan ratusan juta bina menara Felda di Kuala Lumpur. Saya kadang-kadang gagal memahami cara fikir pembuat dasar. Agaknya mereka ini dijangkiti penyakit ‘megalomania’ tak? (210209).

Dari laman web Warga Prihatin Malaysia (PRIMA) http://adimul.blogspot.com http://adimul.blogspot.com/2009/02/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_22.html#links

HIDUP BAHASA MELAYU !

Ceramah Tiga Bukit 28 Feb Seremban

Program Pesta Char Kue Teow & Ceramah Penerangan
Pertembungan di 3 Bukit.
Masa : 0845 Malam
Tarikh : 28hb 02.2009 (Sabtu)
Tempat : No. 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, Seremban. (Rumah Fauzi)
Penceramah :
YB Abdullah Sani ( MP Kuala Langat)
Chegubard ( MPT Keadilan & Ketua Bahagian Rembau )
YB Taufek ( ADUN Paroi )
YB Anthony Loke ( ADUN Lobak & MP Rasah )

Pertanyaan : Azizi 012 3696474

FORUM ISU PPSMI

PPSMI : Kesan terhadap pelajar Melayu dan kedaulatan Bahasa Melayu
SABTU 28 Feb 2009
Jam 9 malam
Di Perkarangan SARA Gedung Lalang 162 , Ampangan , Seremban
Panelis Forum :
Tn Hj Azmi Abdul Hamid – Presiden TERAS
Dharmala NS - Ketua PRIMA
Ustaz Dato Abu Bakar Chik – PAS

Maklumat lanjut http://waghih.blogspot.com/2009/02/forum-isu-ppsmi-28-feb-seremban_23.html

2/20/09

Kerajaan Sabah guna Volvo , ketepikan Perdana

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman (kerajaan Barisan Nasional ye ! ) telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Proton. Hi, hi , masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan.

HIDUP VOLVO , HIDUP SWEDEN !!!
MELAYU ……. ! BAHASA MELAYU …… ! PROTON …… !
RAKYAT MELOPONG !

Cerita lanjut di laman web penganalisis permotoran professional Paul Tan di http://paultan.org/archives/2009/02/20/sabah-government-dumps-perdana-for-25l-volvos/


Sabah government dumps Perdana for Volvos!

Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman says his government has switched from the Proton Perdana V6 Executive to new “black Volvo 2.5″ cars as the state’s new official cars. Once again as with Perak (Camry) and Terengganu (Mercedes-Benz E200K), the reason given was the high maintenance cars for the Perdanas.

He says the arrangement for the purchase is through a company called Angkatan Hebat Sdn Bhd (a company which the state government holds 70% of through its Warisan Harta Sabah Sdn Bhd investment arm), which will then lease the cars to the state.

The Perdana V6 is still in use as official cars for some senior officers including permanent secretaries and heads of departments. The new imported Volvos are for the 12 Sabah Ministers only. A 2.5 liter Volvo sedan would most likely point to the Volvo S80, the 2.5T model in particular, which offers an effortless drive thanks to its torquey 2.5 liter inline-5 turbocharged engine. The Volvo S80 2.5T has also been spotted being used by the PDRM as part of its police car fleet. But if it is not a sedan (New Sabah Times sources only revealed it was a “car”, did not specify any bodyshape), an XC90 would make sense.

The only question right now is, how will the S80s be maintained well when according to the Volvo Cars Malaysia “Find A Dealer” page, there are no authorised dealers or service centers in Sabah? I hope Volvo Cars Malaysia will be able to provide training to Angkatan Hebat technicians or some other kind of arrangement, otherwise it might end up being “high maintenance” all over again. A quick check with Angkatan Hebat’s company profile (page 14) shows it already maintains a fleet of 38 Volvos and 14 service centers around Sabah so hopefully it should be sufficiently equipped.

2/19/09

Nak minta bantuan ADUN N.Sembilan kena masuk akhbar

Kampung Kok Talang minta bantuan ADUN
Utusan Malaysia 19 Feb 2009
SAYA mewakili penduduk Kampung Kok Talang merayu dan memohon pihak ADUN Seri Menanti Kuala Pilah untuk melihat tebing jalan kampung kami yang hampir terputus.

Permasalahan ini telah diajukan kepada pihak yang berkenaan setahun dulu tetapi tebing jalan tersebut hanya ditambak dengan buluh tua yang reput oleh pihak kontraktor.

Jalan ini merupakan jalan utama untuk penduduk kampung keluar dan amat berbahaya untuk pelajar sekolah yang melalui kawasan ini.

Saya berharap pihak ADUN Seri Menanti tolonglah ambil berat dengan masalah kami ini dan segera menyelesaikannya.

MAN KOLOKOK

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0219&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

********************
Dari laman web kerajaan N.Sembilan www.ns.gov.my
DUN SERI MENANTI
YB Tuan Abd. Samad bin Ibrahim
Tingkat 1, Blok C, Wisma Negeri,
70503 Seremban.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan
Tel. 06 – 763 9504 (P)
H/p 013 – 395 0016
Faks 06 – 763 2599
Email ybabdsamad@ng.gov.my

Umpama Yahudi di bumi N.Sembilan ?

Siapa yang bertindak umpama Yahudi di Seremban ? Ikuti ceritanya di pautan berikut http://czackpy.blogspot.com/2009/02/llm-lekas-ijm-dengan-dibantu-oleh-mps.html

2/18/09

CD PANAS dari Rembau , Murah RM 3 je

Biro Penerangan Keadilan Rakyat Bahagian Rembau dengan kerjasama STUDIO BUDAK GHOMBAU telah menerbitkan CD Penerangan ISU BAHASA & ISU KEMELUT DI PERAK oleh CheGUbard http://chegubard.blogspot.com

Harga RM 3.00.
Hubungi : 012 9186472 AIN.

USAH MENGELUH, KITA BINA PASUKAN AMPUH

2/17/09

HIMPUNAN DAN IKRAR : MANSUHKAN PPSMI

Tarikh : 23 Feb 2009 (Isnin)
Masa : 9 malam
Tempat : Dewan Perhimpunan Cina Selangor-KL, Jln Maharajalela, KL (berhampiran Hentian Bas Klang)

Tetamu :
YB Dato Seri Anwar Ibrahim
YB Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang
Dato Ahmad Hassan (Pengerusi GMP)
YBhg Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid
Dinsman
A.Samad Said
Wakil-wakil NGO
Dong Jiao Zong

Pengisian :
Bacaan Sajak
Ucapan Wakil-Wakil Pejuang Bahasa / NGO
Ucap Utama DSAI & DSAHA

Anjuran : Lajnah Pendidikan PAS Pusat

HIDUP BAHASA MELAYU !

SIAPA DERHAKA 20 Feb Seremban

CERAMAH UMUM
Penjelasan Isu Perak – Siapa Derhaka ?
Jumaat 20 Feb 2009
Jam 9 malam
Di Gedung Lalang 162, Ampangan, Seremban
Penceramah :
Shamsul Iskandar Mat Akin (Ketua AMK Pusat)
YB Yusmadi Yusof , Ahli Parlimen Balik Pulau

Anjuran : PKR Bahagian Seremban

2/16/09

Bekas Mufti N.Sembilan sebagai Mursyidul Am PAS

Apa kata bekas Mufti Negeri Sembilan dicadangkan menjadi Al Mursyidul Am PAS atau sebagai Ketua Dewan Ulamak PAS N.Sembilan ?

2/15/09

Blogger UMNO di N.Sembilan sokong PAS

Dengan Motto “SOKONG PEMBANGKANG UNTUK PEMBANGUNAN” seorang Blogger yang Pro UMNO di N.Sembilan telah meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan UMNO di semua peringkat baik cawangan, bahagian, negeri dan pusat yang tidak mengambil berat hal ehwal ahli bawahan.

Blogger Pro UMNO ini berpendapat satu-satunya cara untuk Negeri Sembilan ini membangun ialah dengan menyokong PAS atau pun Pembangkang.

Baca sendiri pelbagai kritikan pedas penyokong/ahli UMNO di Negeri Sembilan ini di http://kopilah.blogspot.com/2009/02/sokong-pembangkang-untuk-pembangunan.html atau http://kopilah.blogspot.com

Orang PAS, PKR perlulah berbaik-baik dengan ahli-ahli UMNO di semua peringkat untuk menjatuhkan kepimpinan UMNO yang lupa daratan, yang hanya mengumpul harta dan projek untuk diri sendiri dan keluarga mereka anak beranak dan adik beradik.

Laporan penuh MB N.Sembilan dimurkai istana

Laporan penuh Menteri Besar Negeri Sembilan dimurkai istana pada pautan berikut http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/02/mb-nsembilan-dimurkai-istana.html

2/14/09

Siapalah nak bela rakyat N.Sembilan di Margosa

Agak-agaknya lahkan, calon Ketua Pemuda Umno tu merangkap Ahli Parlimen Rembau nak tak berdemonstrasi membela rakyat Negeri Sembilan ? Poorah ! Tunjuk lagak isu Perak, tapi rakyat negeri sendiri sebelah mata pun tak pandang.

********************************
Kenyataan Akhbar Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Taman Bukit Margosa , Seremban

Merujuk kepada kenyataan akhbar oleh Ketua Pegawai Eksekutif Lekas Sdn. Bhd. di dalam akhbar Berita Harian serta akhbar Sinar Harian pada 12 Febuari 2009 saya selaku Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Lebuh Raya Lekas yang melalui jajaran cadangan Taman Bukit Margosa menafikan bahawa kerja penutupan dan pembinaan akan bermula pada 16 Februari 2009 kerana penduduk belum lagi memberikan sebarang persetujuan dan kebenaran.

Ianya termaktub di dalam minit pada 19 November 2009 di bawah perkara 1.2.1, perkara 1.2.2 dan perkara 2.4

Selaras dengan persetujuan yang dicapai iaitu bahawa pihak penduduk akan menerima atau menolak jajaran ini selepas menerima dokumen yang dipohon dari pihak LLM bagi kajian peguam dan jurutera lantikan kami.

Sehingga hari ini kita hanya menerima 2 dokumen sahaja yang menyebabkan kajian tidak dapat dibuat seterusnya tiada sebarang persetujuan diberi.

Oleh itu tidak timbul kerja akan bermula pada 16 Februari 2009 seperti dakwa beliau. Sekiranya diterus juga ianya adalah kerja haram yang melanggar peraturan dan undang-undang.

Oleh itu saya menyeru kepada semua penduduk bersabar dan pihak AJK telah pun menyerahkan kepada peguam dan surat makluman telah dihantar kepada semua terbabit termasuk kepada Y.B. Dato’ Menteri Besar dan polis.

Dan pada 16 Februari 2009 kita akan berkumpul secara aman bersama peguam kita bagi melahirkan bantahan kita dan teruskan munajat kita kepada Allah agar diturunkan bala kepada mereka yang bertindak zalim atas kita

Zakaria bin Sheikh Othman
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Taman Bukit Margosa
12hb Feb 2009

2/13/09

Dato Seri Hishamuddin Hussein bukan pejuang bahasa

EMPAYAR ROM BOLEH ROBOH:
JANGAN PERMUDAH PEJUANG BAHASA

Kementerian Pelajaran menerima Dato’ Tarmuzi Abdul Aziz bekas ketua eksekutif di Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menjadi Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang baru mulai 3 Februari 2009 lalu. Masya Allah! Graduan dalam bidang geografi itu berjasa kepada Menteri Pelajaran Dato’ Seri Hishamuddin Hussein dengan mengakui pelajar-pelajar lulus cemerlang dalam sains dan matematik menerusi pelakasanaan PPSMI sebelum ini.

Hishamuddin bukan pejuang Bahasa Melayu, malah Tarmuzi juga tak memahami perjuangan berkenaan.

Ikuti ulasan panas oleh Sasterawan Negara ulung dari Negeri Sembilan Pak Dharma di http://abdulmulukdaud.blogspot.com/2009/02/jejak-pulang-sasterawan-memoir.html

HIDUP BAHASA MELAYU !
HANCURKAN PPSMI !

Hospital Rembau

Apa jadi dengan cadangan Projek Hospital Rembau ? Pecah tanah dah buat. Lama dah.

MELAYU MUDAH LUPA ! Kesian atok-atok di Rembau, sakit jantung beratur panjang ambil ubat di Hospital Tampin.

2/10/09

Ceramah Umum Isu Perak 13 Feb di Rembau

CERAMAH PERDANA : APA SEBENAR BERLAKU DI PERAK
Jumaat 13 Febuari 2009
Jam 8.30 malam
Depan Pejabat KEADILAN Rembau (sebelah Pejabat Daerah Rembau)
Peceramah :
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Ahli Parlimen Teluk Kemang (PKR)
YB Lih Kang , ADUN Teja, Perak (DAP)
YB Taufek , ADUN Paroi, NS (PAS)
cheGuBard (, Ketua keADILan Rembau

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

2/9/09

MB N.Sembilan dimurkai istana


“MB NS Dimurkai Istana” demikianlah tajuk muka hadapan akhbar Buletin Rakyat keluaran 15 Februari 2009. Akhbar ini boleh didapati dimana-mana kedai akhbar pada harga RM 2 dengan no KDN : PP14333/1/2010. Antara penulis undangan akhbar ini ialah Raihan Sulaiman Palestin, Datuk Ruhanie Ahmad dll.

Cepatkan dapatkan sebelum ianya habis di pasaran.

2/7/09

Usul Undi Tak Percaya Menteri Besar N.Sembilan

Heboh diperkatakan di Negeri Sembilan ketika ini betapa lemahnya kerajaan Barisan Nasional di Negeri Sembilan ketika Dato Seri Mohamad Hasan menjadi Menteri Besar. Rasa ketidakpuasan hati ini bukan hanya wujud di kalangan ADUN DAP, PAS dan PKR, malah di kalangan ADUN UMNO sendiri. Ura-ura angin kencang mengatakan sidang Dewan Undangan Negeri akan datang akan diadakan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar untuk digantikan Menteri Besar yang lain dari kalangan ahli UMNO (Namun tiada wakil rakyat yang akan lompat parti).

Usul ini akan disokong oleh kebanyakan ADUN BN dan semua ADUN Pakatan Rakyat.

Apa ke tidaknya berikut ialah antara beberapa masalah yang gagal Dato Seri Mohamad Hasan selesaikan ketika ini :

1. Negeri Sembilan tiada Mufti , Dato Hj Mohd Murtadza yang paling berkaliber tidak disambung kontrak pada 31 Dis 2008

2. Seluruh N.Sembilan tiada JKKK sejak 31 Dis 2008. Rujuk pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2009/02/mufti-dikacau-jkkk-pun-tak-selesai.html

3. JBA telah diperbadankan menjadi SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan), malangnya SAINS tiada pun tidak ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Rujuk Utusan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm&arc=hive

4. Agaknya siapa yang paling untung dalam projek RM800 juta naik taraf air di N. Sembilan. Mana datang RM 800 juta ni sedangkan SAINS tak sampai sebulan jagung ? Rujuk http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm&arc=hive .

5. Projek TAHI Kerajaan Barisan Nasional yang berharga RM 100 juta di N.Sembilan pun tak selesai-selesai , ini kan pula RM 800 juta. Rujuk sini http://amkns.blogspot.com/2008/11/gambar-projek-tahi-kerajaan-bn-di.html
Terlalu banyak kelemahan Mohamad Hasan nak disenaraikan satu demi satu.

Mohamad Hasan sekarang hanya menunggu hari sahaja semasa Sidang Dewan Undangan Negeri untuk usul undi tidak percaya terhadap beliau.

Derhaka kepada Raja segala Raja jika tak tutup aurat

Orang Islam (Melayu) yang tak tutup aurat dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang tak sembahyang dikira derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang berjudi, minum arak dan berzina derhaka kepada Raja segala Raja
Orang Islam (Melayu) yang rasuah, salah guna kuasa dikira derhaka kepada Raja segala Raja

Raja kepada segala Raja, segala Sultan adalah ALLAH yang MAHA AGUNG

Derhaka kepada ALLAH , hukumnya kufur kepada perintah ALLAH. Tetapi Raja kepada segala Raja adalah Maha Adil , Maha Pengasih, Maha Penyayang, orang yang derhaka kepada ALLAH masih dibenarkan hidup mencari rezeki di muka bumi kepunyaan Raja segala Raja.

Kembalilah kepada Al Quran dan As Sunnah, itu sahajalah satu-satunya jalan penyelesaian untuk umat Islam atas segala kemelut di muka bumi ini.

**************************
Utusan Malaysia 6 Feb 2009

Ulama sepakat wajib tutup aurat - Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Sunnah,
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)

Kewajipan seorang muslim menutup aurat bukan perkara (khilaf) yang diperselisihkan oleh ulama. Bahkan menutup aurat adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan.

Golongan yang mengingkari kewajipan menutup aurat dihukum kufur kepada perintah Allah SWT yang qatie (secara pasti dan muktamad).

Ulasan lanjut di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm

2/5/09

Perak jgn jadi macam N9, Raja dan Mufti disisihkan

Kalau Umno ambil alih kerajaan negeri Perak mungkin akan jadi macam N.Sembilan. Institusi Raja dan Mufti akan disisihkan , akan terpinggir. N.Sembilan ni wakil rakyat Melayu dan EXCO dalam kerajaan negeri ramai tapi tak jaga kepentingan Melayu dan Islam. Bukan saja Mufti dipinggirkan malah Yamtuan pun diberi kediaman SUK sebagai pejabat, bukankah Istana sepatutnya menjadi tempat urusan rasmi Sultan, Raja dan Yamtuan ?

Ada ke patut diletakkan pejabat Yamtuan di rumah kediaman SUK walaupun telah diubahsuai ? Kenapa tidak dijadikan bangunan kerajaan lama yang cantik dan baru diubahsuai di tengah bulatan taman bunga Seremban itu sebagai pejabat Yamtuan (dulu perpustakaan) ?

**********************
Utusan Malaysia 15 Jan 09
SEREMBAN 14 Jan. - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini memulakan tugas rasmi dan berangkat memasuki pejabat baginda di bekas kediaman Setiausaha Kerajaan negeri, di Jalan Penghulu Cantik di sini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm

Utusan Malaysia 31 Jan 09
SEREMBAN 30 Jan. - Pelantikan mufti kerajaan negeri yang baru bukan berdasarkan faktor usia, sebaliknya berteraskan kepada kemampuan memimpin umat Islam di negeri ini.

Ditanya mengapa kontrak perkhidmatan Mohd. Murtadza (sebagai Mufti N.Sembilan) tidak disambung, beliau berkata, adalah perlu individu baru dilantik ke jawatan tersebut.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan melihat faktor kredibiliti sebagai individu yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

Mufti dikacau, JKKK pun tak selesai

Masalah betul Mohamad Hassan ni, masalah Mufti tak selesai, JKKK pun tak selesai lagi.

Sinar Harian 5 Jan 09
Lebih 40 calon Pengerusi JKKK gagal tapisan

SEREMBAN – Lebih 40 nama yang dicalonkan untuk mengisi jawatan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sekitar negeri ini terpaksa digugurkan selepas didapati gagal dalam ‘tapisan keselamatan’ yang diperkenalkan kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) yang mendedahkan perkara itu berkata, kesemua nama tersebut gagal dalam tapisan keselamatan itu yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha memastikan mereka yang dilantik benar-benar mempunyai rekod bersih.

Bagaimanapun, katanya, nama berkenaan hanya membabitkan bilangan yang kecil jika dibandingkan dengan 722 calon keseluruhan yang kini dalam peringkat pemilihan selepas tempoh jawatan berkenaan tamat 31 Disember lalu.

“Kita sudah terima maklum balas berkaitan saringan keselamatan. Daripada nama calon-calon yang dicadangkan untuk jawatan JKKK, lebih 40 tidak layak selepas didapati tidak lulus tapisan keselamatan,” katanya.

Menurutnya, tapisan keselamatan yang dimaksudkan itu turut mengambil kira mereka bebas daripada rekod jenayah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Jabatan Insolvensi.

Berikutan itu, katanya, kerajaan negeri akan memulangkan semula nama yang gagal itu kepada kawasan terlibat bagi membolehkan nama baru dicadangkan semula untuk pertimbangan.

“Mereka yang gagal ini, kita tidak boleh buat apa-apa. Kita mahu pastikan supaya JKKK yang merupakan jentera kerajaan mempunyai latar belakang yang tidak diragui atau mendatangkan masalah kepada orang ramai.

“Kita buat begini bukan hendak mencari kesalahan orang tetapi sekadar prosedur pengurusan. Kita tak mahu orang yang dilantik rupa-rupanya bermasalah seperti mempunyai rekod jenayah atau muflis,” katanya kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di pejabatnya dekat Wisma Negeri, di sini, semalam.

Mohamad berkata, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dengan nama-nama yang gagal tapisan keselamatan itu selaras dengan hasrat untuk memastikan mereka yang dilantik benar-benar diterima masyarakat.

“Soal keselamatan tak boleh timbang rasa kerana sebarang masalah yang boleh mendatangkan mudarat sesuatu tempat, nanti orang persoalkan mengapa mereka yang telah gagal dipilih,” katanya.

Mohamad berkata, langkah yang sama juga diambil bagi pemilihan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang kini sedang dalam proses pemilihan nama bagi mewakili parti politik.

Sementara itu, katanya, biarpun masih menanti nama wakil parti politik untuk menjadi ahli majlis PBT di negeri ini, semua urusan majlis tempatan berjalan seperti biasa tanpa sebarang halangan.

“Jangan anggap pemilihan belum selesai, kita tak buat apa-apa. Fungsinya masih tetap seperti biasa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2414347.asp

2/4/09

Perangi arak musuh No 1 Melayu di N.Sembilan

Nak tunggu apa lagi ? PAS , UMNO dan NGO di N.Sembilan ini dah desak supaya PBT , polis dan agensi berkaitan bertindak keras menangani gejala minum arak yang semakin tidak terkawal di kalangan orang Melayu di N.Sembilan ini. Bala Denggi dan Chikungunya dah melanda N.Sembilan dan Malaysia. Nak tunggu bala apa lagi baru nak perangi arak di kalangan umat Islam ?

Sila tandatangani petisyen umat Islam Negeri Sembilan bebas dari NAJIS ARAK DAN JUDI di Laman Web Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi di http://pmbaj.blogspot.com

Ibu bapa semua perlu risau , ayuh bangun semua !

Negeri Sembilan perlukan Mufti yang sentiasa memikirkan masalah umat Islam di Negeri Sembilan seperti Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad http://hjmohdmurtadza.blogspot.com

N.Sembilan juga memerlukan Menteri Besar yang sayangkan golongan ulamak seperti Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad

*******************
Harian Metro 4 Februari 2009 . Semua perlu bekerjasama

BAHAU: Budaya minum arak dan menghidu gam di kalangan belia termasuk pelajar sekolah di tanah rancangan Felda terutama Felda Palong 8 perlu ditangani segera kerana dianggap semakin serius dan membimbangkan.

Presiden Majlis Belia Felda Negeri Sembilan, Amirruddin Aman, berkata semua pihak perlu membuka mata dan bekerjasama membanteras gejala yang merosakkan golongan muda termasuk memantau penjualan arak secara berleluasa kepada orang Melayu di sekitar kawasan Felda.

“Kalau dibiarkan, masalah ini diyakini bertambah parah dan negara akan kehilangan belia yang bakal mewarisi tanah rancangan ini.

“Semua pihak perlu bersama-sama mencari jalan penyelesaian bagi membendung gejala ini berterusan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memantau pergerakan anak-anak bukan bersikap menyebelahi mereka sekalipun melakukan kesalahan sehingga bertindak memarahi orang lain kerana mendedahkan keburukan.

Menurutnya, beliau sudah membawa perkara itu ke dalam mesyuarat dengan pengurusan Felda dan pihak berkuasa sebelum ini, namun kurang penguatkuasaan menyebabkan masalah itu sukar dibendung dan terus berlanjutan.

“Apa yang saya bimbangkan ialah selepas menghidu gam dan minum arak, golongan belia akan terus mencuba untuk melakukan perkara yang lebih teruk lagi termasuk penagihan dadah.

“Kepada pihak berkenaan, sedar dan bukalah mata untuk sama-sama berusaha mengatasi masalah ini demi kebaikan anak muda yang bakal menjadi penggerak negara pada masa depan,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Wednesday/Setempat/20090204092014/Article/index_html

************************
Berita Harian 4 Februari 2009
Kaki botol di tanah rancangan
Penjualan tak dikawal punca remaja di luar bandar mudah dapat bekalan

BAHAU: Setiap kali pembentangan Bajet, duti eksais minuman keras hampir tidak pernah terlepas daripada dinaikkan sebagai antara usaha menggalakkan budaya dan gaya hidup sihat di kalangan rakyat.

Namun usaha murni itu belum dapat mengurangkan bilangan kaki botol, malah masalah ini semakin menular bukan saja di kalangan orang dewasa, tetapi kini membabitkan golongan belia dan pelajar sekolah.

Lebih menyedihkan, gejala ketagihan minuman keras kini turut berlaku di kawasan luar bandar, termasuk tanah rancangan Felda Gugusan Palong, dekat sini yang majoriti penduduknya orang Melayu.

Tinjauan Berita Harian di sekitar kawasan berkenaan mendapati, gejala yang membabitkan belia dan pelajar sekolah itu berlaku kerana bahan itu mudah dibeli di kedai yang diuruskan bukan Melayu selain kurang penguatkuasaan pihak berkuasa.

Kegagalan ibu bapa dan masyarakat setempat memantau pergerakan anak-anak menjadikan gejala itu berleluasa selain kurang penekanan terhadap pengetahuan agama menyebabkan mereka menjadikan belakang balai raya dan kawasan kebun getah dan kelapa sawit untuk meneguk minuman itu.

Masalah itu mendapat perhatian Pemuda Umno bahagian Jempol yang menggesa kerajaan mengharamkan dan membatalkan lesen penjualan minuman keras di kawasan tanah rancangan Felda yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Ketuanya, Mohd Nizam Aman, berkata jika keadaan itu dibiarkan berleluasa, ia bukan saja akan meningkatkan bilangan belia yang terjebak dalam gejala sosial, tetapi meruntuhkan benteng Melayu di luar bandar.

"Kita berharap kerajaan memberi perhatian terhadap isu ini kerana ia bukan saja menyebabkan masalah sosial dalam masyarakat Felda bertambah parah, malah kesan jangka panjangnya kepada pembangunan negeri serta negara.

"Pihak berkuasa juga perlu bertindak tegas menanganinya dengan menarik balik lesen atau mengambil tindakan tegas terhadap premis perniagaan yang secara haram menjual arak kepada belia dan pelajar beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Felda Negeri Sembilan, Amirruddin Aman, mengakui ramai di kalangan belia Felda kini menjadi kaki botol akibat pelbagai faktor, terutama terpengaruh dengan iklan minuman itu serta gaya hidup bebas.

"Kita sudah membincangkan masalah ini dalam mesyuarat bersama pengurusan Felda, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), polis dan Jabatan Agama Islam negeri, tetapi tindakan yang diambil lemah menyebabkan kegiatan itu berleluasa," katanya.

Beliau berkata, sebahagian mereka yang ketagih minuman ini bijak dengan menjadikan kawasan yang tersorok dari pandangan ramai sebagai tempat menjalankan aktiviti itu sekali gus menyebabkan tindakan sukar diambil.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab membantu Timbalan Perdana Menteri menguruskan hal ehwal Felda, Datuk Hasan Malek, berkata pihaknya akan memantau gejala itu bagi mengelakkan ia berleluasa hingga menyebabkan gejala sosial meningkat di kawasan Felda.

"Saya yakin pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mengeluarkan lesen kepada premis perniagaan di kawasan Felda untuk menjual arak kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

"Mungkin perkara ini berlaku disebabkan peniaga terbabit menjual secara haram dengan menjual kepada orang yang sudah dikenali atau mereka (belia dan pelajar sekolah) membelinya di pekan berdekatan," katanya.

Katanya, masalah itu boleh diatasi jika semua pihak bekerjasama, terutama pengurusan Felda dan JKKK perlu memainkan peranan proaktif dan tidak hanya memfokuskan kepada pembangunan ekonomi tetapi juga masyarakat.

"Antara langkah terbaik ialah sering menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan termasuk ceramah dan aktiviti sukan bagi mengukuhkan jati diri serta pegangan agama terutama kepada belia dan pelajar sekolah.

"Lebih penting ialah pihak pengurusan Felda dan JKKK tidak meminggirkan golongan belia dalam setiap aktiviti dan jika boleh memastikan setiap mesyuarat yang dijalankan mesti mempunyai wakil persatuan belia," katanya.

FAKTA: Gejala Ketagihan Arak di Felda
Berlaku di sekitar Gugusan Felda Palong
Membabitkan belia dan pelajar sekolah
Antara jenis minuman keras yang diminum Seven Seas, Cap Kapak, 99, Thai Song
Kegiatan dijalankan di kawasan tersorok di belakang balai raya dan kawasan kebun.

Ajar Matematik dlm B Turki, Sains B Parsi

Nampaknya Bahasa Inggeris sekarang ni dah tak “standard”. Tengok saja Amerika Syarikat, ekonomi mereka jatuh teruk, perang tak habis-habis. Tengok Britain pun dua kalu lima. Malulah Malaysia ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, bahasa yang menuju kehancuran.

Kalau nak ajar Sains dan Matematik ikut negara yang maju , baik ajar Matematik dalam Bahasa Turki dan ajar Sains dalam Bahasa Parsi.

Apa ke tidaknya , Perdana Menteri Turki boleh marah Presiden Israel dalam forum terbuka dalam Bahasa Turki.

Terbaru Iran pula dah lancarkan satelit mereka sendiri , menggunakan roket mereka sendiri. Yang lebih menakjubkan diwaktu kegawatan ekonomi dunia , dikala industri otomotif sedang merudum, Iran boleh tambah lagi permintaan import kereta Proton.

Atau pun nak ajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Tamil ? Sebab LTTE boleh buat kapal selam.

Yakinlah dengan Bahasa Melayu untuk maju. Bahasa Melayu boleh menjadi bahasa antarabangsa.

Hidup Bahasa Melayu ! Hapuskan PPSMI !

**********************************

DUA juruteknik melihat sebuah roket sebelum pelancarannya ke orbit, di sebuah lokasi di Iran.

-----------------------------------------------------------
Iran lancar satelit
KOSMO 4 Feb 2009
TEHERAN - Kerajaan Iran semalam mendakwa berjaya melancarkan satelit pertama buatan tempatan ke orbit, satu langkah yang dijangka mencetuskan kebimbangan masyarakat antarabangsa.

Menurut beberapa agensi berita, sebuah roket buatan tempatan, Safir 2 membawa satelit itu ke orbit pada malam kelmarin.

"Wahai warga Iran, anak-anak kita telah berjaya melancarkan sebuah satelit ke orbit.

"Dengan pelancaran satelit ini, Republik Islam Iran secara rasminya berada di angkasa," kata Presiden Mahmoud Ahmadinejad menerusi televisyen.

Mahmoud berkata, satelit itu membawa makna keamanan dan persaudaraan kepada dunia selain menghapuskan tanggapan bahawa program angkasanya untuk kegunaan ketenteraan.

"Dunia menolak kata-kata lapuk itu. Kita mempunyai pandangan tentang teknologi yang hebat dari Tuhan berbeza dengan kuasa-kuasa berpengaruh dunia yang menggunakan pendapat-pendapat syaitan," katanya.

Beliau memberitahu bahawa satelit itu dibina oleh saintis-saintis tempatan.

Pelancaran itu dilakukan sehari sebelum diplomat-diplomat kanan dari enam buah kuasa besar dunia bertemu di Jerman bagi membincangkan program nuklear Iran. - AFP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0204&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

2/3/09

Zikir mereka yang aniaya Dato Hj Murtadza

Dato Hj Mohd Murtadza bekas Mufti Negeri Sembilan telah lama dianiaya oleh mereka yang bencikan Islam dari kalangan orang Melayu sendiri. Apa yang mampu Dato Hj Mohd Murtadza boleh buat hanyalah mengadu pada ALLAH swt. Dato Hj Murtadza juga mengajarkan anak-anak muridnya khusus ditujukan kepada mereka yang menganiayai beliau. Beliau mengajar anak-anak muridnya membaca setiap kali selepas solat fardu 10 kali ayat 54 Surah Al Imran.

Wamakaru wamakarallah , wallahu khairul makirin ( Orang-orang kafir itu membuat tipu daya , dan ALLAH membalas tipu daya mereka itu. Dan ALLAH sebaik-baik pembalas tipu daya ) Ayat 54 Surah Al Imran.

Justeru itu kita semua yang prihatin apa yang berlaku di Negeri Sembilan ini boleh mengamalkan zikir ini setiap kali selepas sembahyang.

Semoga ALLAH swt memberi balasan yang sewajarnya kepada mereka yang menganiaya dan memfitnah Dato Hj Mohd Murtadza.

Disamping zikir tersebut , kita pohon pada ALLAH swt melalui solat hajat dan munajat agar , Negeri Sembilan akan dapat Menteri Besar yang baru.

Ya ALLAH gantikanlah Menteri Besar Negeri Sembilan yang ada sekarang ini dengan Menteri Besar yang cintakan MU dan Rasul saw , cintakan Islam dan para ulama , kasihkan umat dan rakyat serta tawadhu. Amin Ya Rabbal Alamin.

Tiga dalil Mohamad Hasan tak layak jadi MB N.Sembilan

Tiga dalil kenapa Mohamad Hasan tak layak lagi menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan. Mohamad Hasan dah tak ada kredibiliti lagi. Tiga dalil tersebut ialah persoalan berkaitan kes bekas Mufti Negeri Sembilan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad. Nak tahu baca sendiri di Blog Lobai Kampung di http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/02/mufti-baru-di-negeri-sembilan.html

Nampaknya Mohamad Hasan menjolok sarang tebuan. Terlalu ramai umat Islam yang mula buka mata bukan sahaja di Negeri Sembilan malah di seluruh dunia dan merasakan ketidakpuasan hati mereka dalam kes Mufti Negeri Sembilan ini.

Mohamad Hasan hina ulamak besar N.Sembilan

Apa yang Mohamad Hasan tak puas hati sangat dengan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad bekas Mufti Negeri Sembilan sehinggakan dia sanggup mengatakan perlu individu baru dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan ? Mohamad Hasan juga mengatakan individu baru ini perlu ada faktor kredibiliti yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

Apakah Dato Hj Mohd Murtadza tidak ada kredibiliti dan tidak faham dan mahir mengenai selok-belok agama ?

Semoga ALLAH mededahkan kepada semua umat Islam di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan ini siapa dalang-dalang yang menjatuhkan ulamak besar Negeri Sembilan. Semoga ALLAH memberi balasan yang sewajarnya kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha menjatuhkan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad.

Lihat sendiri kredibiliti Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com

***************************

Petikan Utusan Malaysia 31 Jan 2009

Ditanya mengapa kontrak perkhidmatan Mohd. Murtadza (Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad sebagai Mufti Negeri Sembilan) tidak disambung, beliau berkata, adalah perlu individu baru dilantik ke jawatan tersebut.

Sebaliknya, tegas beliau, kerajaan melihat faktor kredibiliti sebagai individu yang faham dan mahir mengenai selok-belok agama.

Pautan : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0131&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm&arc=hive

2/1/09

Nak tahu punca masjid mati dan tiada Mufti di N.Sembilan


Nak tahu punca banyak masjid di Negeri Sembilan mati ? Berikut ialah sebahagian daripada wawancara Dato Hj Mohd Murtadza , bekas Mufti Negeri Sembilan dalam Majalah Milenia Muslim keluaran Februari 2009. Kepada mereka yang menjadi NAZIR, AWAK TANGGUNGLAH DOSA MASJID YANG MATI !!! KEPADA YANG MENGANIAYA BEKAS MUFTI DATO HJ MOHD MURTADZA , YA ALLAH BERIKANLAH MEREKA BALASAN YANG SETIMPAL DI DUNIA, AMIN , YA RABBAL ALAMIN.


MM : Mengenai dengan anggota jawatankuasa masjid, adakah Dato bersetuju anggota perlu dipilih oleh masyarakat qariah berbanding dengan cara sekarang yang melibatkan AHLI POLITIK dalam memilih siapa yang layak untuk menduduki jawatankuasa itu ?

Dato Murtadza : Saya berpendapat anggota jawatankuasa masjid mestilah dipilih oleh orang ramai. Pilih orang yang memang layak untuk dipilih. Ada ilmu dan mudah untuk didekati. Bila parti politik yang pilih ahli jawatankuasa masjid maka politiklah masjid-masjid.

MM : Sekarang ini kita ada hampir 20 orang dilantik sebagai ahli jawatankuasa masjid. Sayangnya, yang datang berjemaah di masjid hanya seramai sepuluh orang. KADANG-KADANG NAZIR MASJID pun ada yang tak datang. Jadi macam mana ?

Dato Murtadza : Di Negeri Sembilan, pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana pemilihan dibuat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini. Kata parti A ambil ahli jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain. Bila YB pilih ahli jawatankuasa daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Untuk wawancara penuh sila ke Laman Blog Dato’ Hj Mohd Murtadza di http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/