3/31/09
Boleh ke Najib jadi PM ni ?
26,224 HILANG PEKERJAAN
Sebanyak 26,224 orang telah diberhentikan kerja di negara ini sejak 19 Mac, kata Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsuddin Bardan hari ini.
Utusan Malaysia 31 Mac 2009
KADAR PENGANGGURAN MENINGKAT
Pasaran pekerjaan dijangka terus merosot di Malaysia dengan kadar pengangguran meningkat kepada 4.5 peratus pada tahun ini berbanding 3.7 peratus pada tahun lalu.
Utusan Malaysia 26 Mac 2009
PASARAN HILANG RM300B
Pasaran saham tempatan kerugian hampir RM300 bilion sejak bulan Januari tahun lalu ekoran kesan daripada masalah ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bermula awal 2008 dan seterusnya merebak menjadi krisis kewangan global.
Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur, (kini dikenali sebagai Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Majid berkata, kejatuhan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) di bawah paras 900 mata kini adalah antara penunjuk utama yang pertama ketika itu menandakan Malaysia mula menerima tempias daripada kemelut kewangan kuasa ekonomi dunia itu.
Utusan Malaysia 2 Feb 2009
TAPI NAJIB KATA LAIN
MERUDUM: KITA SELAMAT
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa negara mempunyai kekuatan dalaman untuk mengharungi krisis pasaran kewangan global yang berpunca daripada kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat (AS).
Utusan Malaysia 29 Sep 2008
KESAN KRISIS EKONOMI TIDAK SETERUK NEGARA LAIN
Kesan krisis ekonomi dunia ke atas Malaysia yang dijangka mula dirasai tahun depan tidak akan seteruk negara-negara lain, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Utusan Malaysia 16 Okt 2008
3/30/09
Masalah sampah, air belenggu penduduk rumah rakyat
BATU KIKIR – Penduduk di Rumah Rakyat Peringkat III sehingga kini masih lagi dibelenggu dengan masalah bekalan air yang sering terputus.
Pengerusi Surau Rumah Rakyat Peringkat III Batu Kikir, Ramli Mohar berkata, penduduk di sini berasa tidak selesa dengan keadaan yang melanda mereka sehingga kini.
Menurutnya, sebelum ini terdapat sebuah tangki air yang berfungsi untuk membekalkan air ke seluruh kawasan perumahan di sini.
Namun, tangki air ini tidak lagi berfungsi dan ditutup dan sejak itu, masalah bekalan air di kawasan ini meruncing.
"Sebelum ini ada juga masalah ini berlaku tetapi ia tidaklah begitu teruk tetapi setelah tangki air itu ditutup, masalah air ini menjadi lebih kritikal.
"Paling bermasalah apabila tiba waktu malam, maknanya bekalan air itu tidak sekata," katanya.
Pada masa sama, penduduk di kawasan ini turut menghadapi masalah pungutan sampah yang tidak sistematik.
Ramli berkata, penduduk biasanya meletakkan sampah-sarap di tong besar tempat pembuangan sampah.
Bagaimanapun, disebabkan sistem pungutan sampah secara tidak berkala menyebabkan sampah yang dibuang oleh penduduk bertaburan apabila tong sampah yang penuh.
"Sampah-sampah yang bertaburan di luar tong sampah itu adalah disebabkan sampah-sampah tersebut tidak dikutip mengikut jadual yang ditetapkan.
"Sepatutnya sampah-sampah tersebut dikutip mengikut hari-hari tertentu seperti Isnin, Rabu, Jumaat tetapi kini ia dikutip tidak mengikut jadual," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2603172.asp
3/29/09
JOM BOIKOT AKHBAR HARIAN
3/26/09
Solahudin Ayub gempur Jempol, N.Sembilan 27 Mac
Tarikh : 27 Mac 2009 (Jumaat)
Masa : 09.00 malam
Tempat: Muassasah Darul Sharif, Batu Kikir, Jempol, N.Sembilan
Penceramah :
YB Solahuddin Ayub - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat
YBhg. Sdr. Zulkefly Mohd Haji Omar - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
Datanglah Beramai-ramai.
Maklumat lanjut di http://berjuangitumanis.blogspot.com/2009/03/yb-solahuddin-ayub-gempur-jempol.html
3/25/09
Harakah, SK diharamkan, Jom boikot Utusan dll
JUDI, WANITA SEKSI tidak merosakkan masyarakat tapi Harakah dan Suara Keadilan agaknya lebih bahaya.
Justeru itu tindakan tegas oleh mereka yang cintakan kebenaran dan keadilan harus dilakukan dengan beberapa cadangan berikut :
1. PAS dan PKR Pusat harus mengeluarkan Risalah Harian dalam PDF format agar mudah dicetak oleh ahli untuk diedarkan kepada semua ahli PAS dan PKR seluruh negara secara sukarela oleh mereka yang ada kemudahan internet.
2. Boikot akhbar perdana terutama akhbar perdana yang meyiarkan gambar wanita yang menjolok mata, yang menyiarkan keputusan judi.
3. Beli akhbar lain yang lebih terbuka seperti WASILAH dan SIASAH , yang bersih daripada gambar wanita seksi dan keputusan judi.
Siapa yang beli akhbar yang ada keputusan judi akan ada saham mereka di akhirat nanti.
BOIKOT ! JANGAN TAK BOIKOT AKHBAR PERDANA !
3/21/09
Bantuan Rumah PKR Rembau 26 Mac 09
Khamis 26 Mac 2009, 5.00 petang
Kg. Selemak, Kota
Bersama YB Fuziah Salleh, YB Rodziah Ismail & YB Suhaimi
Sebarang pengesahan / jadual program sila hubungi 0123696474 (NorAzizi)
Info lanjut di http://chegubard.blogspot.com
3/19/09
Program Khidmat Kesihatan Percuma 22 Mac Paroi
Tarikh : 22 Mac 2009 ( Ahad )
Masa : 9 pg – 1 tghTempat : Kg. Baru Paroi , Seremban
Anjuran :
Pusat Khidmat DUN Paroi dengan kerjasama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Mereka yang ingin menjadi petugas sukarelawan atau menghulurkan sumbangan untuk program ini adalah amat dialukan. Sila hubungi Sdr Hakki 012-3660646 atau Sdr Rozmal 012-2267406
3/14/09
Ceramah Isu Krisis Negara 17 Mac Seremban
Selasa 17 Mac 2009
Jam 9 mlm
Di Markas PAS Ampangan , Seremban ( sebelah Surau Hitam )
Bersama :
Zulkelfy Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Pejuang Rakyat
YB Anthony Loke , Ahli Parlimen Rasah
Dr Jayakumar
S. Arutchelvan
Parameswary
Semua Dijemput Hadir
HIDUP BAHASA MELAYU ! DAULATKAN BAHASA MELAYU !
TOLONG BELA NASIB ANAK MELAYU YANG KECICIRAN AKIBAT PPSMI !
MANSUHKAN PPSMI !
Mohon segera atasi banjir kilat
KUALA KLAWANG - Penduduk di Taman Pekan Baru mahukan tindakan segera daripada pihak bertanggungjawab bagi mengatasi masalah banjir kilat kerana sudah bosan dengan masalah itu yang sering dialami mereka sekiranya hujan terlalu lebat.
Seorang penduduk, Mohd Noor Mahat, 47, berkata, sejak mendiami taman tersebut dari tahun 2001, sudah tujuh kali dia mengalami masalah banjir kilat dan pada bulan Mac tahun lepas paras banjir kilat kira-kira hampir empat kaki.
Menurutnya, masalah banjir kilat itu berpunca dari parit yang terlalu kecil dan lama serta tidak mampu untuk menampung aliran air yang banyak dari Taman Irama, Taman Jati dan lain-lain tempat lagi ketika hujan lebat.
“Saya amat berharap agar pihak bertanggungjawab dapat menyegerakan pembinaan longkang besar bagi memastikan masalah banjir kilat ini tidak berulang lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya, petang kelmarin.
Sementara itu, Azizah Nordin, 57, berkata, akibat banjir kilat yang terlalu kerap di taman itu, dia terpaksa membina tembok tinggi di hadapan dan belakang rumah bagi mengelakkan air masuk ke dalam rumah.
“Walau bagaimanapun, air tersebut tetap meresap masuk dan sejak 14 tahun saya mendiami taman perumahan ini, sudah banyak kali pihak bertanggungjawab menyatakan mereka akan mengatasi masalah ini.
"Pihak bertanggungjawab ada berjanji untuk membuat parit besar di beberapa lokasi bagi memastikan aliran air lancar ketika hujan lebat, namun baginya janji hanya tinggal janji," katanya.
Ishak Mohd Lazim, 57, berkata, dia dimaklumkan bahawa setiap kali banjir kilat berlaku penduduk yang mengalami masalah layak menerima bantuan sebanyak RM200.
“Namun, sejak dari tahun 1987 saya menetap di sini dan sudah lebih dari 10 kali kejadian banjir kilat, saya hanya pernah mendapat bantuan kewangan itu sebanyak satu kali sahaja,” katanya.
Menurutnya, janji daripada pihak berkaitan untuk mengatasi masalah banjir kilat itu sudah banyak kali didengarinya, namun tiada tindakan diambil dan penduduk di taman itu masih lagi mengalami masalah banjir kilat yang membebankan.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2541863.asp
3/12/09
Siapa Pengkhianat Bangsa dan Bahasa ?
Nak tahu jawapannya ?
Jumpa 16 Mac 2009 , Isnin jam 9 malam di Markas PAS Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Senawang.
HIDUP BAHASA MELAYU ! MANSUH PPSMI !
3/10/09
City Explorer Seremban promosi judi pada orang Melayu
Sungguh memeranjatkan City Explorer sebuah majalah pengiklanan yang diedarkan kepada hampir setiap rumah di Seremban ini secara percuma setiap bulan , pada keluaran Mac 2009 mengandungi satu mukasurat penuh menggalakkan orang Melayu berjudi.
Ianya menyenaraikan 3 nama orang Melayu yang memenangi judi 4 nombor ekor setelah mendapat khidmat nasihat daripada sebuah persatuan atas nama keagamaan.
Macamana perkara begini boleh berlaku ? Mana perginya pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam, mana perginya penguatkuasa agensi lain yang berkaitan ? Mana pergi maruah orang Melayu hingga diperlakukan sebegini rupa ?
Ceramah Hj Md Sabu 16 Mac 09 Seremban
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , Naib Presiden PAS
YB Hj Mohamad Taufek , ADUN ParoiSdr Zulkefly Mohamad Hj Omar , Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Bahagian Rembau
Tarikh : 16 Mac 2009 (ISNIN)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS Cawangan Taman Tuanku Jaafar, Sg Gadut, Seremban
Semua Dijemput Hadir
Panduan ke tempat ceramah :
Dari Seremban ke jalan Tampin, masuk ke Taman Tuanku Jaafar, Senawang. Selepas Masjid Taman Tuanku Jaafar ada lampu isyarat simpang empat. Ambil kanan pada simpang ini , terus lebih kurang 100 – 200 meter, ambil simpang kiri. Rumah lot tepi , bangunan PASTI.
Ceramah Ustaz Mujahid 11 Mac Rembau
Rabu 11 Mac 2009
Jam 7:30 mlm
Di Surau Kg Bintongan , Kg Batu, Rembau
Bersama Ustaz Mujahid
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir
KE ARAH PEMERINTAHAN KERAJAAN CARA RASULULLAH
ALLAHU AKBAR !
Seminar Halatuju PPSMI 14 Mac 2009 Bangi
Tarikh : 14 Mac 2009 (Sabtu)
Waktu : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan Teater Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) , Bandar Seri Putra , Bangi , 43000 , Kajang , Selangor ( keluar tol Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota, Lebuhraya KL – Seremban)
Para Pembentang Kertas Kerja;
1. Datuk Dr Hassan Ahmad - Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
2. Prof Dr Abdul Aziz Bari - Kuliyyah Undang-Undang , UIA
3. Prof Emeritus Dr Abdullah Hassan - Institut Peradaban Melayu, UPSI
4. Prof Dr Shaharir Mohamad Zain - Timbalan Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI
5. Prof Dr Mat Rofa Ismail - Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM
Untuk pendaftaran, hubungi wakil kami:
Hazwani 0133684906 / rsbgurl@yahoo.com
Razali Bidin 0196442868 / arieff_86@yahoo.com.my
Hakim 0132829225 / hakimin_abdullah@yahoo.com
Azli Maarif 0123378925 / azli_000@yahoo.com
Maklumat lanjut di http://seminar-ppsmi.blogspot.com
Yuran Penyertaan; Orang Awam (RM30) , Pelajar (RM15)
*Penyertaan hanya terhad untuk 200 orang perserta. Berdasarkan siapa cepat dia dapat!
(Bagi tujuan pembayaran, sila masukkan sejumlah wang di atas nama JARINGAN SISWAZAH MALAYSIA, Akaun Bank Muamalat 12070004901710 atau Akaun Maybank JASA PESMADA 562834500793. Sila beritahu wakil kami melalui mel elektronik atau sistem pesanan ringkas (sms) selepas berbuat demikian)
Ayuh wanita semua, kita berjuang dalam Perang Bahasa
HIDUP BAHASA MELAYU !
Cerita lanjut mengenai Perang Bahasa pada pautan berikut http://annyss.blogspot.com/2009/03/perang-bahasa.html
KALAU WANITA DAH BANGUN BERPERANG , LELAKI TUNGGU APA LAGI ?
Seruan ini disampaikan oleh Anak Muda Kampung Negeri Sembilan http://amkns.blogspot.com
3/9/09
Yahudi ke yang tembak kita di KL ayah ?
Pertama kali aku melihat anakku Sumaiyah & Mujahidah menahan keperitan yang tidak pernah mereka rasai. Begitu juga dengan isteriku. Saat beberapa demonstrator yang lalu & meluahkan rasa simpati mereka, menghulurkan garam dan air mineral, di saat aku memujuk anak-anakku bersabar, tiba-tiba Sumaiyah bertanya dalam tangis kepedihan yang dirasainya : YAHUDI KE YANG TEMBAK KITA BABA ? YAHUDI KE YANG TEMBAK KITA BABA ? YAHUDI KE YANG TEMBAK KITA BABA ? Aku terdiam. Sedih kerana melihat kesakitannya. Tapi aku gembira kerana dia sudah mula faham bagaimana BANGSATNYA Yahudi menembak umat Islam Palestin seolah-olah dia turut merasai percikannya...
3/8/09
Chegubard Dedah Keganasan Polis 17 Mac di Tampin
Kisah Sebenar Keganasan dan Kezaliman Polis Semasa Himpunan Gerakan Mansuh PPSMI.
Bersama : che'GuBard & YB Dato Mahfuz Omar
Selasa 17 Mac 2009
Jam 9.00 malam
Markas PAS Pekan Tampin , Tampin , Negeri Sembilan
Maklumat lanjut di Blog http://chegubard.blogspot.com
Ceramah Ust Khusairi Hamdan 13 Mac Paroi
Oleh Al Fadhil Ustaz Khusairi Hj Hamthan , Pendakwah Bebas , Imam Seremban Selatan
Jumaat 13 Mac 2009
Jam 7:30 malam
Di Surau Sohibbul Rummi, Kg Dato Dagang, DUN Paroi ( Kawasan Parlimen Rembau )
Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir !
KE ARAH PENTADBIRAN KERAJAAN CARA RASULULLAH SAW
Ceramah Kisah Benar Keganasan Polis Isu PPSMI 8 Mac Seremban
Kisah Benar Keganasan Polis Isu PPSMI
Ahad 8 Mac 2009
Jam 9 malam
Di Markas PAS Cawangan Ampangan, sebelah Surau Hitam , Seremban
Bersama :
Ustaz Dato Abu Bakar Chik
Sdr Mustafa Kamil Ayub
Sdr Zulkefly Mohamed Hj Omar
Semua Dijemput Hadir
HIDUP BAHASA MELAYU !
3/5/09
500000 pelajar akan tercicir jika PPSMI diteruskan
TUNJUKKAN KESATUAN BANGSA MELAYU !
KETEPIKAN KEPENTINGAN POLITIK DAN PERIBADI !
500,000 pelajar akan tercicir jika PPSMI diteruskan!
Pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik," katanya.
Berita selanjutnya di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19694&Itemid=1
3/4/09
Majlis Maulidur Rasul DUN Rantau 9 Mac 09
Isnin 9 Mac 2009
Bermula Maghrib berjemaah
Di Surau Kg Solok , Rantau , N.Sembilan
Bersama :
Ustaz Hj Khairil Anwar b Hj Mohd Wafa , Naib Ketua Pemuda PAS N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Pn Aisah Lamsah , Bekas calon PKR DUN Rantau
Turut diadakan majlis selawat , marhaban , berzanji , nasyid dan sumbangan untuk fakir miskin
Juga kutipan dana untuk membaik pulih Surau Kg Solok
Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut hubungi Azizi 012-3696474
PM Malaysia makan bersila dengan Obama ?
Saksikan Presiden
Dan bandingkan dengan pemimpin sebuah negara umat Islam dengan Presiden Amerika Syarikat pada ketika itu juga pada pautan yang sama.
Kalau pemimpin nak rakyat sayangkan mereka , hiduplah dengan cara rakyat seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw , Saidina Abu Bakar, Saidina Umar juga Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
‘KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN’
P Ramlee lama dah ramal Sidang DUN Bawah Pokok
Nak tahu lebih lanjut ulasan cerita P Ramlee ini dan kaitannya dengan Sidang DUN Bawah Pokok di Perak sila klik ke laman PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/03/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r_03.html#links
( Maknanya, P. Ramlee lebih jauh pandangannya kerana filem yang dibuat pada dekad 1970-an, benar-benar berlaku pada 3 Mac 2009, apabila Menteri Fasola merampas kuasa. Ironinya, Menteri Fasola masih berkeras mahu menunjukkan sikap ‘akulah aku’ dengan tak menghirau majority rakyat terlalu meluat, mencemuh dan mencerca. Menteri Fasola pula berlindung di dalam gua (kekebalan itu undang-undang Dato’ yang bikin), hingga peguam tertentu juga boleh bercakap: MESYUARAT BAWAH POKOK TINGGALLAH DI BAWAH POKOK’. Menteri Fasola tak pula memikirkan krisis perlembagaan akan berterusan, macam kisah dua ekor kambing meniti titran lapuk. Apabila kedua-dua tak mahu beralah, maka kedua-dua ekor kambing berkenaan akan jatuh ke dalam lurah. )
HIDUP BAHASA MELAYU !
JANGAN LUPA SABTU 7 MAC 2009 JAM 2 PTG DEPAN ISTANA NEGARA , K.L. UNTUK MEMBANTAH PPSMI
3/3/09
PPSMI, Seniman Tan Sri P Ramlee kata UMNO Sarkas ?
MELAYU HILANG BAHASA KERANA PPSMI
(Sedutan teks ucapan Ketua Pimpinan PRIMA, Pak Dharma dalam forum ‘Menentang PPSMI’ pada 28 Februari 2009, mulai jam 9.00 malam di Sekolah Agama Rakyat (SARA) Gedong Lalang, Ampangan di Seremban anjuran TERAS dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan)
Segelintir Melayu yang menjadi pendukung Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), adalah Melayu Abdul Wahab dan Abdul Wahib yang bersedia untuk ‘dijual’ menerusi sistem undang-undang Siddiq Sigaraga, ketika Tuan Penasihat meraih keuntungan 25 persen. Disebabkan menjual Melayu Abdul Wahab dan Abdul Wahib lebih menguntungkan daripada ‘berniaga unta’ yang diwarisi oleh Hussin Lempoyang, justeru orang Melayu memerlukan Melayu Abdul Wahub tampil menyelamatkan keluarga Melayu Isketambola daripada undang-undang Siddiq Sigaraga yang mempraktikkan kekuasaan Dato’ Nikah Kahwin.
Dato’ Nikah Kahwin yang mengakui kepada isteri orang yang diceroboh rumahnya ketika si suaminya keluar dengan memberitahu: Salah tu memang salah, tetapi itu undang-undang dato’ yang bikin. Justeru tak hairanlah Dato’ Nikah Kahwin itu wajar dilabelkan sebagai ‘Musang Berjanggut’ mengikut persepsi Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee. Apalagi sejak dekad 1950-an lagi menerusi filemnya ‘Pendekar Bujang Lapok’ secara kritis menerapkan ‘Sekolah Buta Huruf’ sambil salah seorang daripada karektor menyebut: Alif tendang mim, nun tendang wau – sarkas’. Maknanya, wajarlah ‘alim mim nun wau’ itu sarkas dan ditakrif sebagai ‘Sekolah Buta Huruf’.
Justeru pelaksanaan PPSMI ini akan meletakkan Bahasa Melayu menjadi bahasa sisipan seperti keperihalan akhbar tulisan jawi sekadar menjadi akhbar sisipan, ketika akhbar Cina dan Tamil mampu bertahan. 1000 tahun dari sekarang pada 3009, generasi Melayu ketika itu tak akan menyalahkan UMNO, PAS atau PKR apabila mereka tak memiliki bahasanya, tetapi menyalahkan generasi Melayu sekarang sebagai nenek moyang mereka yang bahlul, tolol dan konyol! Dalam masa haiwan seperti lembu, kerbau, kambing berbangga dengan bahasa haiwannya, Melayu kehilangan bahasa disebabkan PPSMI yang bangsat.
Dari laman web PRIMA http://adimul.blogspot.com/2009/03/warga-prihatin-malaysia-prima-s-u-r-p-r.html
Klip video Pendekar Bujang Lapok mengenai sarkas pada pautan berikut http://www.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM
http://www.youtube.com/watch?v=DHBhrOPlTEQ
3/2/09
PPSMI, Seniman Tan Sri P Ramlee kata UMNO Sarkas ?
HAIWAN BERBANGGA DENGAN BAHASA:
MELAYU HILANG BAHASA KERANA PPSMI
(Sedutan teks ucapan Ketua Pimpinan PRIMA, Pak Dharma dalam forum ‘Menentang PPSMI’ pada 28 Februari 2009, mulai jam 9.00 malam di Sekolah Agama Rakyat (SARA) Gedong Lalang, Ampangan di Seremban anjuran TERAS dengan kerjasama Dewan Ulama PAS Negeri Sembilan)
Dato’ Nikah Kahwin yang mengakui kepada isteri orang yang diceroboh rumahnya ketika si suaminya keluar dengan memberitahu: Salah tu memang salah, tetapi itu undang-undang dato’ yang bikin. Justeru tak hairanlah Dato’ Nikah Kahwin itu wajar dilabelkan sebagai ‘Musang Berjanggut’ mengikut persepsi Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee. Apalagi sejak dekad 1950-an lagi menerusi filemnya ‘Pendekar Bujang Lapok’ secara kritis menerapkan ‘Sekolah Buta Huruf’ sambil salah seorang daripada karektor menyebut: Alif tendang mim, nun tendang wau – sarkas’. Maknanya, wajarlah ‘alim mim nun wau’ itu sarkas dan ditakrif sebagai ‘Sekolah Buta Huruf’.
Klip video Pendekar Bujang Lapok mengenai sarkas pada pautan berikut http://www.youtube.com/watch?v=hFxO7DWqghM
Panduan Menjayakan Himpunan 100000 7 Mac 2009
Kenyataan Media, 27 Februari 2009
Bersama Menjayakan Perhimpunan Aman 100 Ribu Mansuhkan PPSMI
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) akan mengadakan Perhimpunan Aman 100 Ribu di Istana Negara pada 7 Mac 2009 jam 2.00 petang.
GMP menetapkan tiga tempat berhimpun sebelum berarak ke Istana Negara seperti yang berikut:
(a) Pusat Perniagaan SOGO
(b) Centrel Market
(c) Masjid Negara
Bagi memudahkan perjalanan perhimpunan ini, semua peserta digalakkan menggunakan kenderaan awam. Peserta dikehendaki berada dilokasi yang telah ditetapkan pada jam 2 petang. Kawalan keselamatan akan dilakukan oleh pihak polis dan Unit Amal seluruh negara.
Permit perhimpunan sudah dipohon kepada Y. Bhg. Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara.
Peserta dilarang sama sekali membawa barang-barang yang berbahaya seperti senjata, peralatan tajam dan lain-lain lagi. Sebarang symbol parti juga tidak dibenarkan.
Pimpinan yang akan turut sama dalam perhimpunan ini ialah Dato' A. Samad Said, Dato' Dr. Hassan Ahmad, Dr. Shaharil Mohamad Zain, Prof. Emeritus Abdullah Hasaan, Prof. Emeritus Dato' Nik Safiah Karim, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang, YB Lim Kit Siang dan ramai lagi.
Warna tema GMP adalah putih. Peserta digalakkan menggunakan baju putih yang melambangkan pembersihan terhadap PPSMI.
GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang mempunyai 25 buah persatuan gabungan juga telah turut sama menyokong GMP.
Sehubungan itu pihak GMP telah selesai mengadakan siri jelajah seluruh negara dan mendapat sambutan yang begitu mengalakkan. GMP penuh berkeyakinan bahawa 100 ribu rakyat
Hasni Abas
Setiausaha
Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP)
3/1/09
Istana Negara 7 Mac 2009
Jam 2 petang
Perhimpunan 100,000 Membantah PPSMI
(Pakai baju T putih Mansuh PPSMI atau baju T putih biasa)
