4/30/09
Doa Keselamatan Daripada Wabak Selsema Babi
Kontroversi RM 1 juta elaun JKKK N.Sembilan
Macamana pula dengan Elaun Mufti Negeri Sembilan dari 1 Januari 2009 hingga 31 Mac 2009, berapa tunggakannya , nak bayar pada siapa ? Nak bayar pada bekas Mufti, Mufti baru, Timbalan Mufti, Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan atau siapa ?
SPRM ! SPRM ! SPRM ! Tolong siasat !
**************************************
Hampir RM1 juta jelas elaun tertunggak JKKK
Utusan Malaysia 30 April 2009
SEREMBAN 29 April - Kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM1 juta bagi membayar elaun bulanan tertunggak kepada Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, bayaran itu bagi melangsaikan elaun yang tertunggak dari awal tahun ini sehingga bulan April bagi penyandang jawatan Pengerusi dan Setiausaha JKKK yang dilantik baru-baru ini.
''Jumlah tersebut meliputi bayaran elaun bulanan sebanyak RM450 bagi jawatan Pengerusi dan RM100 kepada Setiausaha JKKK di setiap kawasan bagi tempoh empat bulan yang tertunggak itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.
Jelasnya, bayaran tersebut akan dibuat secara terus kepada para pemegang jawatan yang baru dilantik dan menerima watikah pelantikan yang berkuatkuasa 1 Mei ini.
''Kerajaan negeri telah bersetuju untuk membayar semua elaun yang tertunggak ekoran tamat tempoh perkhidmatan anggota JKKK lama yang berakhir pada 31 Disember tahun lalu," kata beliau.
Baru-baru ini, seramai 557 pengerusi dan anggota JKKK dilantik oleh kerajaan negeri selepas mengenalpasti calon-calon yang layak serta berjaya melepasi saringan pemilihan bagi menyandang jawatan JKKK di negeri ini.
Mohamad memberitahu, sebelum ini berlaku kelewatan dalam meluluskan kesemua nama calon JKKK kerana wujud faktor pemilihan calon yang benar-benar layak untuk menerajui jawatan tersebut.
Tambah beliau, calon-calon yang dilantik itu akan memegang jawatan tersebut selama tempoh dua tahun yang berkuatkuasa mulai 1 Mei ini hingga 30 April 2011 atau sehingga sebarang pelantikan baru diputuskan kerajaan negeri dalam tempoh berkenaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0430&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_05.htm
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0402&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm&arc=hive
4/28/09
A Samad Said lawan PPSMI di Gemencheh 8 Mei 09
Turut berceramah ialah Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.
Isu utama ialah penentangan PPSMI.
Semua dijemput hadir. Maklumat lanjut di http://pastampin.blogspot.com
4/27/09
Perlakuan sumbang remaja Melayu di Taman Bandar Senawang
Identiti pengirim maklumat ini dirahsiakan.
Berikut e-mel yang diterima :
“Gambar ini saya ambil petang semalam (Ahad, 26 Apr 2009, jam 7 mlm) di tempat taman kanak kanak D'Elise 2 Taman Bandar Senawang. Pasangan remaja Melayu ini langsung tidak menghirau atau menghormati orang orang lain yang ada ditaman berkenaan diwaktu itu. Mereka leka dengan pelokan dan kucupan. Kejadian sebegini bukan pertama kali ditempat itu. Mereka beranggapan seolah olah tiada sebarang kepincangan dengan perlakuan mereka. Kita orang Islam, dan Melayu mesti mematuhi batasan pergaulan serta perlakuan kita dikhalayak ramai. Ianya juga akan menjadi ikutan anak anak kecil yang menontonnya. Apakah kita mahu akhlak jenerasi muda kita seterusnya menjadi rosak yang mana akan menjerumus kepada maksiat yang lebih teruk? Saya harap saudara dapat keluarkan gambar gambar tersebut kedalam egroup supaya pembaca dapat mengesan ibubapa remaja tersebut dan seterusnya menegur dan menasihat mereka agar menghormati masyarakat sekeliling.”



4/22/09
Suri rumah kesal kenaikan bil air
LUI MUDA – Seorang suri rumah tidak berpuas hati dengan masalah kenaikan bil air yang perlu dihadapi semenjak saluran meter air yang lama ditukar kepada baru kira-kira dua minggu lalu.
Menurutnya, masalah kenaikan bil air rumahnya itu baru sahaja dihadapi semenjak Jabatan Bekalan Air Jempol di bawah kelolaan Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) menukar meter air lama kepada meter air baru kepada hampir 90 buah rumah di kawasan ini.
“Meter air rumah makcik yang baru ditukar pihak JBA kira-kira dua minggu lalu sudah menimbulkan masalah baru kepada makcik.
“Sebelum ini jumlah bayaran bil air yang perlu makcik bayar hanya dalam lingkungan RM15 hingga ke RM20 sahaja tetapi sejak ditukar kepada meter baru bil air rumah ini meningkat ke RM140 walaupun baru dua minggu ditukar meter baru.” katanya.
Meter air yang baru ditukar bertujuan untuk memudahkan penduduk di kawasan ini mendapatkan bekalan air yang lebih baik dan sempurna bertukar kepada rasa ketidakpuasan hati apabila mereka perlu membayar jumlah bil air yang melambung tinggi dan tidak boleh diterima akal.
Norliah berkata, jumlah bayaran bil air yang perlu dibayar sama sekali tidak wajar kerana dia hanya tinggal berdua sahaja di rumah dan apabila menerima bil berjumlah ratusan ringgit, ia menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap JBA.
“Meter air yang dipasang ini mengeluarkan air yang banyak dari saluran paip sehingga makcik terpaksa membalutnya dengan kain tebal supaya air tidak memancut keluar.
“Kawasan peletakan meter air ini juga seakan-akan membentuk longkang kecil dengan aliran air yang tidak henti-henti secara tidak langsung menimbulkan pembaziran air setiap hari,” katanya.
4/21/09
Dialog Bicara Hak Pekerja 1 Mei 09 Senawang
Sempena Hari Pekerja
Tarikh : 1 Mei 2009 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : Markas PAS
Ahli Panel :
1. Tn Hj Syed Shahir (MTUC)
2. YB Char Kee Chin (Peguam),
3. YB Hj Taufek (bekas warga Industri Senawang)
Pengerusi : cheGuBard
Semua Dijemput Hadir
Program ke Menara Gading 24 ke 26 Apr Seremban
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM dan hala tuju pelajar selepas mendapat keputusan SPM.
Program ini juga akan memberi pendedahan tentang alam pengajian tinggi yang sedia ada di
Maklumat program seperti berikut:
Nama program : Menara Gading PPINS 2009
Tarikh: 24-26hb April 2009 (Jumaat – Ahad)
Tempat: Wisma ABIM Negeri Sembilan, Ampangan ( Bangunan Uda )
Sasaran peserta: Pelajar lepasan SPM seluruh Negeri Sembilan
Sesiapa yang berminat, sila hubungi saudara Ahmad Izzat- 013-3539359 untuk keterangan lanjut tentang program ini.
Tempat adalah terhad.
Maklumat lanjut pada pautan berikut : http://ppins.net/blog/?p=46
Apa dah jadi dengan Polis di Seremban ni ?
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm dan http://amkns.blogspot.com/2009/04/warga-polis-seremban-prihatin-yang.html
Tindakan mereka membahayakan anggota wanita dan menjurus kepada menggalakkan maksiat.
Suami polis tidak setuju isteri meronda malam
Utusan Malaysia 21 April 2009
MERUJUK kepada surat bertajuk Polis wanita risau tergoda dalam kereta peronda bertarikh 17 April 2009, saya merasa terpanggil untuk memberi pandangan berhubung perkara itu.
Ini kerana isteri saya juga seorang anggota polis yang melakukan kerja-kerja rondaan bit dan kereta peronda. Saya berpendapat tugas itu lebih sesuai dilakukan oleh anggota lelaki berbanding wanita.
Saya berikan contoh, isteri saya meronda dengan anggota lelaki mulai pukul 1 pagi hingga 7 pagi atau pukul 7 malam hingga 1 pagi. Pada saya adalah amat tidak wajar seorang anggota wanita bekerja dengan anggota lelaki. Apatah lagi sekiranya anggota polis wanita itu baru sahaja melahirkan anak?
Pada pendapat saya, kereta peronda adalah barisan hadapan PDRM dan merekalah yang akan sampai dahulu di tempat berlakunya kejadian jenayah berisiko tinggi.
Jadi adalah tidak wajar meletakkan anggota polis wanita di barisan itu, yang diketahui mereka mempunyai kelemahan tertentu.
Saya merayu pihak PDRM khususnya di daerah Seremban dapat memberikan tugas lain yang difikirkan lebih sesuai kepada anggota wanita.
SUAMI TAK RELA
Seremban
4/18/09
Muslihat Gerakan Anti Wahabi di N.Sembilan
Sepatutnya umat Islam menyelesaikan banyak masalah yang melanda umat Islam sekarang ini seperti masalah anak luar nikah, murtad, sumbang mahram, rasuah, zina dan banyak lagi.
Awas jangan terpedaya dengan mereka yang memecah belahkan umat Islam di Negeri Sembilan. Mari kita bekerja menyelesaikan masalah umat Islam bukan mencari siapa yang paling tak ikut sunnah.
Cerita sepenuhnya diulas oleh Lobai Kampung http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/04/anti-wahabi-atau-jaga-mb.html
Nota kaki : Suara N9 dah lama menghidu aktiviti melaga-lagakan golongan agama di N.Sembilan ini. Semoga ALLAH merapatkan ukhuwwah di kalangan pendokong dan pencinta kebenaran dari mazhab Syafie, mazhab Hanafi, mazhab Hambali, mazhab Maliki, golongan Syiah, Ibtiba As Sunnah, Wahabi, Salafi , Tarikat Ahmadiah, Tarikat Naqsyabandiah , PAS , Ulama Kampung, Guru Pondok, Tabligh dan seterusnya.
Yang paling utama ialah Solat. Pastikan semua umat Islam di N.Sembilan ini solat.
4/17/09
Warga Taman Margosa bosan dengan perangai MB N.Sembilan
PENDUDUK TAMAN BUKIT MARGOSA FAIL INJUKSI DIMAKAMAH TINGGI SEREMBAN
Setelah berbagai usaha dilakukan dan tiada sebarang jalan penyelesaian dari pihak berkuasa yang memandang sepi rintihan penduduk., Penduduk Taman Bukit Margosa pada 2hb April telah memfailkan injuksi di Makamah Tinggi Seremban bagi maksud mendapatkan keadilan.
Perbicaraan injuksi akan diadakan pada 4hb Mei 2009 Jam 9.00 pagi di bilik Makamah Tinggi 1
BANJIR KETIGA
Pada subuh 15hb April 2009, Taman kami dilanda banjir buat kali ketiga. Sehingga kini tiada usaha dilakukan oleh pihak yang bertanggung jawab. Mereka terus angkuh meneruskan pembinaan. Tiada langsung rasa simpati mereka kepada penduduk. Kita telah rakamkan banjir ketiga ini dan akan dimaklumkan kepada hakim sewaktu perbicaraan.
Bercerita tentang banjir ramai tidak tahu sebenarnyanya kerana pemotongan balak di Pajam dan kawasan pembinaan jajaran yang melalui Tawan Warisan Puteri dan Jalan Pantai. Kesan banjir sebenarnya sehingga ke Kampung Ismail Ampangan. Masalah ini telah disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Seremban, tetapi pihak kerajaan negeri buat tak tahu.
Sehingga kini semua berita berkaitan isu ini dihalang dari di keluarkan dalam akhbar.
Cerita sepenuhnya di http://czackpy.blogspot.com/2009/04/lebuhraya-lekas-penduduk-taman-bukit.html
Penduduk Rumah Rakyat Panchor resah tanah runtuh
KESAN hakisan tanah runtuh di kawasan Rumah Rakyat Panchor setiap kali hujan lebat berterusan.
SEREMBAN 16 April - Penduduk Rumah Rakyat Panchor terutamanya yang tinggal berhampiran lereng bukit bersebelahan Taman Margosa di sini melahirkan kebimbangan mereka terhadap kejadian tanah runtuh yang berpunca daripada hujan lebat berterusan.
Kebimbangan tersebut menghantui mereka kerana insiden tanah runtuh yang berlaku sebelum ini mampu merbahayakan keselamatan selain boleh mengakibatkan kerosakan kepada rumah penduduk terbabit.
Tinjauan Utusan
Lebih membimbangkan, dua hari lalu hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan rumah meraka dilanda banjir lumpur serta pokok-pokok di lereng bukit tersebut tercabut sehingga ada yang jatuh di atas bumbung rumah penduduk berkenaan.
Seorang penduduk, Hasnah Mohd Nor, 55, beliau telah menetap di kawasan perumahan berkenaan sejak tahun 1982 dan bimbang kejadian tanah runtuh itu akan membahayakan nyawa sekeluarga.
''Pada bulan lalu, tanah runtuh pernah berlaku di belakang rumah saya tetapi pihak berkuasa tempatan telah meletakkan kanvas untuk mengelak tanah daripada terus runtuh.
''Bagaimanapun, sejak akhir ini, hujan yang tidak menentu telah mengakibatkan sebahagian daripada kanvas berkenaan terkoyak dan membuatkan tanah di situ runtuh semula," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Tambah Hasnah, keadaan tersebut telah membuatkan beliau sekeluarga bimbang setiap kali hujan lebat kerana tidak ada tempat lain untuk berlindung selain rumah berkenaan.
Jelas beliau, lebih memenatkan setiap kali hujan lebat tanah merah pasti akan turun di belakang rumah dan perlu dibersihkan untuk memastikan ia tidak terus kekal di situ.
Seorang lagi penduduk, Syed Amiludin Syed Mansur, 59, berkata, hakisan tanah akan berlaku setiap kali hujan lebat secara berterusan dan ia pasti membimbangkan beliau sekeluarga.
''Saya sudah tinggal di sini selama 26 tahun dan seingat saya kejadian tanah runtuh pertama berlaku empat ke lima tahun lalu, namun yang terburuk adalah pada 15 Mac lalu dan kami begitu bimbang jika ia berlaku lagi.
''Saya berharap pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah ini kerana kanvas yang diletakkan tidak dapat menampung lagi tanah runtuh berkenaan," keluh beliau.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm
Warga Polis Seremban prihatin yang takut ALLAH
Utusan
SAYA terpanggil untuk memberi cadangan kepada PDRM khasnya di Seremban supaya tidak menempatkan anggota polis wanita dalam kereta peronda polis bersama-sama anggota lelaki semasa bertugas.
Ini akan banyak menimbulkan perkara yang tidak baik.
Bayangkanlah mereka bertugas dari malam hingga ke pagi, macam-macam boleh terjadi apabila wanita dan lelaki berdua-duaan dalam kereta, tidak kiralah mereka suami-isteri ataupun masih bujang.
Bila seorang lelaki dan perempuan berdua-duaan, ada syaitan di tengah-tengah. Harap PDRM ambil kira perkara ini.
Tugas mereka adalah murni, untuk membanteras jenayah, tapi seolah- olah memberi mereka ruang untuk melakukan perkara-perkara negatif umpamanya (maksiat).
Sepatutnya anggota polis wanita ditempatkan ke bahagian-bahagian lain, tapi bukan di dalam kereta peronda polis.
Di negeri Johor umpamanya tiada anggota polis wanita diserapkan di dalam kereta peronda.
Diharap pihak PDRM sedia menerima cadangan saya.
WARGA PDRM
Seremban
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm
4/16/09
CERAMAH PERDANA 20 Apr Tampin
Bersama :
YB Salahudin Ayub
Sdr Shamsul Iskandar
YB Athony Loke
Isnin 20 April 2009
Jam 9 malam
Di No 2368 , Bilik Gerakan DAP Tampin,
Semua Dijemput Hadir
4/15/09
SATU MALAYSIA , Seremban Banjir Lagi
SATU MALAYSIA. Minta PM dan MB buat rumah di Taman Margosa supaya dapat rasa semangat SATU MALAYSIA
Cerita lanjut di http://czackpy.blogspot.com/2009/04/taman-bukit-margosa-dilanda-banjir-lagi.html
4/14/09
SATU MALAYSIA ! TERBENGKALAI !
Mini Karnival Wanita Bersama Rakyat 18 Apr Seremban
Tarikh : 18 April 2009 (Sabtu)
Tempat : 419, Persiaran Idaman Villa, Bandar Baru Sendayan, Seremban.
Masa : 3 ptg – 12 mlm
Semua Dijemput Hadir
TENTATIF PROGRAM 3 ptg – 7 mlm :
DIALOG SANTAI BERSAMA
YB Zuraidah Kamarudin (Ketua Wanita Keadilan Pusat / Ahli Parlimen Ampang)
YB Haniza Talha (Timbalan Speaker Wanita Selangor)
YB Siti Mariah Mahmud (Ahli Parlimen Kota Raja)
che'GuBard (MPT Keadilan / Ketua Bahagian Rembau)
YBhg Aisah Lamsah (Ketua Wanita Keadilan N.S)
(Ketua Dewan Muslimat PAS NS)
- PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
- PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK
- Kaunter keahlian Keadilan, PAS, DAP
- ahli keADILan boleh dapatkan Kad Keahlian mereka
- Kaunter pendaftaran pengundi baru SPR
- Demonstrasi teh tarik oleh bekas juara teh tarik F&N 2004
- Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim / miskin
- JAMUAN PETANG
TENTATIF PROGRAM 2
WAKTU : Jam 9.00 Malam
CERAMAH PERDANA ISU SENDAYAN & PELANCARAN VCD SENDAYAN
Masa : 9 mlm
Penceramah :
YB Zuraidah Kamarudin (Ahli Parlimen Ampang / Ketua Wanita Keadilan Pusat)
YB Taufek Abd. Ghani (ADUN Paroi)
YB Chaa Kee Chin (ADUN Kepayang / DAP)
YB Aminuddin Harun (ADUN Sikamat / Keadilan)
che'GuBard (MPT Keadilan/ Ketua Bahagian Keadilan Rembau)
- PENYAMPAIAN HADIAH
- PRA PELANCARAN SRI KANDI KEADILAN
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi talian 012 3696474 Norazizi
Kepada yang ingin sama menderma untuk sumbangan anak yatim dan fakir miskin boleh hubungi Pengarah Program Pn. Mas Ayu 0173795204
Anjuran :
Wanita Keadilan Bahagian Rembau dengan Kerjasama Keadilan Bahagian Rembau
serta Wanita Keadilan Negeri Sembilan dengan sokongan PAS Rembau.
Jambatan di N.Sembilan dah 7 bulan runtuh belum dibaiki
Jambatan yang menghubungi Pekan Juasseh dan Kampung2 Jemapoh, telah runtuh hampir 7 bulan yang lalu.
Kepayahan orang2 kampung yang terutama untuk menghantar anak2 kesekolah semakin sukar. Manakala anak2 yang berbasikal ke sekolah, terpaksa melalui kawasan ladang2 sawit dalam kegelapan dan ketakutan. Terlalu banyak kejadian yang tidak diingini terpapar di akhbar2 berkenaan trajedi ladang sawit. Ungutan, rompakan dan rogol.
APAKAH JAMBATAN INI AKAN DI BINA SETELAH KEJADIAN YG TIDAK DIINGINI TERJADI KEPADA ORANG2 BERKEPENTINGAN DGN WAKIL RAKYAT ?
Orang2 kampong sudah mula bersunggut akan kepayahan ini.
Manakala peniaga2 Pekan Juasseh kekurangan pengunjung.
Akan berkunjung lagilah hingga kedapur apabila ingin meraih undi sewaktu pilihanraya akan datang. Maka keluarlah suara Ketuanan Melayu, kita bersaudara. Setelah menang, tiada langsung lapuran kepayahan orang2 kampung ini di teliti dan di beri perhatian.
Keluhan sepenuhnya orang Juasseh pada pautan berikut
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/04/keluhan-penduduk-juasseh.html
Kejohanan Futsal DUN Paroi 9 Mei 09
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI
TARIKH : 9hb MEI 2009 (SABTU)
MASA : 8 pagi - 5 ptg
TEMPAT : Gelanggang Futsal, Seremban
JOHAN : RM 800.00 + Medal + Piala Pusingan Y.B. Tuan Haji Mohamad Taufek
NAIB JOHAN : RM 500.00 + Medal
KETIGA : RM 300.00 + Medal
KEEMPAT : RM 200.00
SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP DUN PAROI 2009
PIALA Y.B. TUAN HAJI MOHAMAD TAUFEK ABD GHANI
Sdr Rozmal - 012 2267406
Sdr Hakki - 013 3840022
Sdr Azizul - 012 9740363
BAYARAN PENYERTAAN BOLEH DIBUAT MULAI:
Tarikh : 13 Mac 2009 ( Jumaat ).
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat DUN Paroi, No. 22, Jalan Bunga Raya 27, Taman Tasik Jaya, 70400 Seremban
Bayaran Melalui Cek boleh dibuat kepada :
Nama akaun : PAS Dun Paroi
No akaun : 05012010063902 Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB)
Maklumat lanjut pada pautan berikut :
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/04/kejohanan-futsal-dun-paroi-2009.html
4/13/09
2 traktor dibakar kerana MB N.Sembilan degil
Cerita lanjut di http://adimul.blogspot.com/2009/04/suara-anak-jelebu.html
Sumber dari Kampung Gagu mengakui dua buah trektor kepunyaan syarikat terbakar , dibakar oleh penduduk-penduduk sebagai provokasi kepada langkah Menteri Besar Negeri Dato' Seri Mohamad Hassan berdegil melaksanakan projek tersebut.
4/11/09
Ceramah Tuan Ibrahim Tuan Man 13 Apr Lenggeng NS
Bersama :
Ustaz Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Sdr Zulkefly Mohamad bin Hj Omar
Sdr Fariz Musa
Isnin 13 April 2009
Jam 9 malam
Di Lot 2893 , Kg Dacing, Lenggeng, N.Sembilan (Rumah Sdr Mokhtar Idris)
Semua Dijemput Hadir
Maklumat lanjut hubungi Sdr Razali 019-2515618
4/9/09
Pembetung pecah tidak diendah
CHENOR - Pihak yang bertanggungjawab diminta menyelesaikan segera masalah pembetung longkang pecah berhampiran gerai seorang penduduk di sini.
Norizan Yusuf, 51, dari Kampung Chenor menggesa pihak terbabit supaya tidak memandang remeh masalah itu yang berlaku September tahun lalu dan kini semakin serius serta mendatangkan banyak masalahkepadanya terutama ketika hujan lebat.
Menurutnya, dia berasa amat musykil kerana masalah itu telah lama berlaku dan tidak diselesaikan sedangkan perkara yang sama di kampung-kampung lain segera ditangani oleh pihak berkaitan.
"Saya berasa seperti dipinggirkan sedangkan masalah ini turut mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya apabila hujan terlalu lebat kerana air yang bertakung di longkang akan melimpah ke jalan raya.
"Malah, sekiranya hujan terlalu lebat dan jalan dilalui kenderaan berat, percikan air dari limpahan takungan air longkang turut terkena kedai saya dan menimbulkan kesukaran kepada saya untuk membersihkannya," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di gerai miliknya di sini, semalam.
Norizan berkata, aliran air yang tersekat oleh pembetung longkang yang pecah itu juga turut membawa pelbagai sampah-sarap seperti plastik, tin-tin minuman, botol termasuklah bangkai ayam.
Menurutnya, keadaan itu bukan sahaja menimbulkan masalah bau busuk dan menyebabkan pelanggan yang berkunjung ke gerainya sering merungut, malah air bertakung itu turut menjadi tempat pembiakan nyamuk.
"Selain itu, saya juga begitu gusar kerana takungan air yang terlalu lama ini bolehmerosakkan struktur serta ketahanan jalan dan menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku seperti jalan mendap atau sebagainya.
"Oleh itu, sejak dari September tahun lalu lagi saya telah mengajukan masalah ini kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Chenor dan kemudiannya kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) daerah Jelebu.
"Namun, maklum balas dari JKR daerah Jelebu pula menyatakan masalah itu adalah di bawah bidang kuasa Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd," katanya.
Menurutnya, apabila ditanya perkara itu kepada pekerja Selia Selenggara pula, mereka berkata masalah berkenaan adalah di bawah bidang kuasa kontraktor yang telahpun dipilih.
"Terlalu banyak tolak-menolak telah menyebabkan masalah ini berlanjutan sehingga melebihi setengah tahun dan saya amat berharap masalah ini dapat diatasi secepat mungkin demi kebaikan bersama," katanya.
Norizan bersama beberapa penduduk kampung menunjukkan air yang bertakung di longkang akibat pembetung pecah, semalam.
4/7/09
Syabas , Alhamdulillah
Perjuangan belum selesai. Ini adalah satu permulaan kepada perubahan. Mari kita lakukan di Negeri Sembilan selepas ini dan seluruh Malaysia , insyaALLAH.
Cukai pintu N.Sembilan akan naik lebih 100 peratus
300 bantah kenaikan cukai pintu
Penduduk tak puas hati nilai taksiran baru MDT meningkat 100 peratus
TAMPIN: Lebih 300 penduduk beberapa taman perumahan sekitar pekan ini berhimpun di Surau Taman Gunung Emas, di sini kelmarin membantah keputusan Majlis Daerah Tampin (MDT) menaikkan cukai pintu.
Kenaikan itu berkuat kuasa 1 Julai ini seperti Notis Semakan Senarai Nilaian 7 yang dikeluarkan MDT bertarikh 26 Mac lalu.
Kumpulan penduduk itu mendakwa terkejut menerima notis MDT itu kerana mendapati nilaian taksiran baru yang dibuat terhadap hartanah dan perniagaan mereka terlalu tinggi hingga melebihi 100 peratus berbanding taksiran lama.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kumpulan penduduk terbabit, Mat Nasir Mat Jidin, berkata pihaknya berharap MDT dapat membatalkan kenaikan cukai itu kerana ia membebankan, terutama dengan kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini.
"Dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini, MDT tidak sepatutnya menambah beban orang ramai, terutama golongan berpendapatan rendah, termasuk pesara dan ibu tunggal dengan menaikkan cukai pintu.
"MDT sepatutnya perlu mengambil kira masalah yang dihadapi orang ramai sebelum membuat keputusan yang tidak bijak ini," katanya yang menyerahkan surat bantahan itu kepada Ketua Umno Cawangan Tampin Jaya, Ali Omar bagi dikemukakan kepada Umno Bahagian Tampin untuk dimajukan kepada MDT.
Sementara itu, Yang Dipertua MDT, Datuk Mohd Yusof Yunus, meminta orang ramai yang tidak berpuas hati dengan nilai taksiran baru itu supaya mengemukakan bantahan secara bertulis sebelum 23 April ini.
Beliau berkata, keputusan menaikkan cukai itu belum dimuktamadkan dan pihaknya sedia mengkaji dan menimbang bantahan yang dikemukakan.
"Segala bantahan perlu dibuat mengikut prosedur dan saluran tertentu dan bukannya bercakap di kedai kopi, kaki
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090406221414/Article/index_html
4/4/09
Kisah Sebalik Mufti Baru N.Sembilan
Marilah kita sama-sama berdoa agar semua umat Islam di Negeri Sembilan ini dari rakyat ke pemimpin kembali kepada ajaran Islam yang sebenar, yakin pada pembalasan di hari akhirat dan azab kubur.
Cerita lanjut di http://czackpy.blogspot.com/2009/04/mufti-negeri-sembilan-datuk-mohd-yusof.html
Laman web PRK Bukit Gantang
4/2/09
Mohd. Yusuf dilantik Mufti baru NS
Utusan Malaysia 2 April 2009
SEREMBAN 1 April - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melantik Datuk Mohd. Yusuf Ahmad, 64, sebagai Mufti Kerajaan negeri yang baru berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Mohd. Yusuf itu adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan setelah Mufti kerajaan negeri sebelum ini, Datuk Mohd. Murtadza Ahmad, tamat tempoh kontrak pada 31 Disember tahun lalu.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan berkata, Mohd. Yusuf dari Kampung Masjid Tua, Air Mawang, Johol dilahirkan pada 7 Februari 1945.
Menurutnya, lulusan Sarjana Perundangan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir itu berpengalaman dalam bidang pendidikan serta pentadbiran agama Islam.
"Beliau pernah bertugas sebagai Pengetua Institut Perguruan Islam (IPI)," ujarnya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Selepas bersara pada 2000, Mohd. Yusof, meneruskan kegiatan dalam bidang dakwah Islamiah dan kemasyarakatan.
Tambah Mat Ali, kini beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan.
Mohd. Yusof mendirikan rumah tangga bersama Datin Pahariah Jamaludin dan dikurniakan enam orang anak.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0402&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_08.htm
4/1/09
Bantuan baik pulih rumah warga India di Senawang
1. Pasir Kasar 2 lori
2. Simen 7 beg
3. Jaring VRC 2 keping
4. Batu Kasar 2 lori
Anggaran Perbelanjaan adalah RM700
Kepada mereka yang ingin menyumbang bahan binaan tersebut bolehlah menghubungi Ahli Unit Amal Paroi iaitu Sdr Nazri Esa 012-6775537 atau Sdr Rozmal Malakan 012-2267406 e-mel rozmal@yahoo.com
Kerja-kerja membaik pulih dijangka akan dimulakan pada minggu kedua bulan April 2009.
