CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

6/30/09

N.Sembilan JUARA perumahan terbengkalai

Sahlah sudah Negeri Sembilan ialah negeri yang paling banyak projek perumahan terbengkalai. Sila rujuk SENARAI 34 PROJEK PERUMAHAN TERBENGKALAI (TAHUN 1990 SEHINGGA 31 MEI 2009) yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada pautan berikut http://www.kpkt.gov.my/kpkt/fileupload/terbengkalai/Senarai_34_Projek_Terbengkalai_300509.pdf

Dari 34 projek yang disenaraikan seluruh Malaysia , N.Sembilan terdapat 9 projek, terbengkalai negeri yang paling banyak jumlah projek terbengkalai , melibatkan 2,612 buah rumah.

Itu yang disenaraikan. Entah berapa lagi projek perumahan terbengkalai di N.Sembilan yang tidak tersenarai di sini seperti di http://terbengkalai.blogspot.com

Kasihan pembeli rumah yang teraniaya. Ada dikalangan mereka adik beradik kita , sepupu kita , saudara kita , kenalan kita yang telah menggunakan simpanan mereka, tabungan KWSP, terpaksa membayar ansuran bank dan sewa rumah. Atau kita tak kisah saudara mara kita yang terlibat ?

Namun cerita sebegini tidak menjadi tajuk utama akhbar. Tajuk utama akhbar ialah Kerajaan Perpaduan , Muzakarah , Debat.

1Malaysia. Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.

6/29/09

Taman Jasmin 'setinggan' warga asing

Sinar Harian 28 Jun 2009

SENAWANG – Kawasan perumahan Taman Jasmin di sini bagaikan sudah menjadi pusat penempatan warga asing apabila kebanyakan daripada mereka yang bekerja di kilang-kilang berhampiran memilih untuk tinggal di situ.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati, kawasan tersebut dibanjiri warga asing Vietnam, Nepal dan Bangladesh yang bukan sahaja berkongsi beberapa buah rumah di taman itu, malah turut menetap di rumah kedai dua tingkat yang dipercayai dijadikan asrama oleh majikan mereka.

Bagaimanapun, ia menimbulkan masalah seperti kebersihan dan vandalisme apabila pelbagai jenis sampah bertaburan di persekitaran rumah kedai terbabit manakala dinding pula diconteng dengan cat.

Kaki lima kedai pula dijadikan ampaian dengan deretan pakaian yang dijemur sehingga menampakkan kawasan taman ini seperti setinggan warga asing.

Biarpun pemandangan yang menyakitkan mata itu hanya dapat dilihat oleh rata-rata penduduk taman berkenaan, namun keadaan ini pasti membuatkan pengunjung luar kurang selesa.

Seorang penduduk taman yang hanya mahu dikenali sebagai Hamzah berkata, selain menjadikan kawasan taman perumahan terbabit kotor, kebanjiran pekerja asing yang semakin ramai juga turut menimbulkan rasa kurang senang warga tempatan.

Menurutnya, biarpun setakat ini masih belum lagi kedengaran warga asing mengganggu penduduk, namun semestinya setiap ibu bapa rasa sangsi dengan kehadiran warga asing di sini.

“Bimbang juga dengan keselamatan anak-anak yang bermain dan berjalan di kawasan ini seorang diri kerana bila-bila masa sahaja boleh berlaku sesuatu tidak diingini.

“Bukannya mahu memandang serong kepada mereka, namun tanggapan negatif terhadap warga asing itu tetap ada biarpun mereka sudah lama menetap di sini,” katanya.

Sementara itu bagi seorang suri rumah yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah berkata, dia tidak kisah jika warga asing mahu tinggal di kawasan perumahan terbabit, namun amat mengecewakan apabila mereka tidak menitikberatkan aspek kebersihan.

“Kadang-kala saya hairan bagaimana mereka dapat tinggal dalam suasana sempit dan kotor di rumah kedai dua tingkat yang ada di taman ini.

“Keadaan persekitaran taman ini terjejas kerana warga asing ini tidak menjaga kebersihan dengan membuang barang-barang yang tidak digunakan ditepi-tepi kedai dan menjemur pakaian sesuka hati,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pengusaha kilang juga perlu memantau dan menasihati sikap buruk pekerja mereka yang mengotorkan kawasan ini.

Malah, Aminah turut menggesa pihak Majlis Perbandaran Seremban supaya memainkan peranan seperti memberi notis amaran kepada pihak pengurusan kilang tersebut berikutan sikap pengotor pekerja asing.

Dalam pada itu, penduduk juga mendakwa kegiatan dan cara hidup warga asing tersebut turut mengudang perasaan ‘rimas’ kepada penduduk kerana mereka dilihat tanpa segan silu menyalin pakaian di tempat terbuka selain hanya memakai tuala dan kain sarung.

Pemandangan seperti itu pastinya tidak manis seandainya dilihat oleh anak-anak dikawasan taman berkenaan menyebabkan penduduk mengharapkan pihak berwajib membuat pemantauan segera.\\

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2904193.asp

6/27/09

'Rosmah-Najib kahwin di rumah saya'

Muda Mohd Noor Jun 26, 09 5:18pm

Seperti kenyataan dalam video, Che Mah Abdul Hadi hari ini mengakui Rosmah Mansor berkahwin dengan Datuk Seri Najib Razak di rumahnya di Gedong Lalang, Seremban.

Wanita pertama negara itu melangsungkan perkahwinan menjelang tokoh politik itu bertanding ketua Pemuda Umno, kata isteri bekas speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk Ariffin Ali dalam video tersebut.

Bagaimanapun, ketika dihubungi melalui telefon, Che Mah (foto, bawah) berkata beliau sudah lupa tarikh tepatnya.

"Tetapi dia (Rosmah) sudah tidak kenal saya, walaupun berkahwin di rumah saya," katanya lagi, mengulangi dakwaan dalam klip video sewaktu diwawancara.

Pihak yang menembualnya dan penerbit video tersebut, yang kini mendapat sambutan hangat di internet, tidak dapat dipastikan.

"Kenapa kamu tidak percaya, Rosmah kahwin di rumah saya," katanya ketika diminta mengesahkan dakwaannya itu.

Che Mah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kepada Malaysiakini dengan alasan "tidak mahu bercakap dengan orang yang tidak dikenali".

Hasil perkahwinan Rosmah dan Najib, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Nooryana Najwa, 20, dan Norashman Razak, 18.

Malaysiakini semalam melaporkan sejak dua minggu lalu tiga klip video berupa dokumentari pendek disebarkan di internet yang memberikan gambaran negatif dan label liar "perempuan puaka" terhadap Rosmah.

Sementara itu Pengerusi JKKK Gedong Lalang 50, Abu Hassan Majid juga mengesahkan mengenali Che Mah, jiran ibu bapa Rosmah.

Ikmal Hisham, anak Che Mah yang bekerja sendiri dan senang bergaul dengan anak muda kampung tersebut kini tinggal bersamanya, kata Abu Hassan lagi.

Ikmal (foto, atas) antara sumber utama yang ditonjolkan dalam video tersebut - didakwa pernah tinggal dengan Rosmah dan memanggilnya dengan nama kekeluargaan "Kak Ros".

Abu Hassan, yang juga ketua kampung itu menambah, Che Mah suatu ketika dahulu pernah menjadi ahli jawatankuasa tersebut.

Beliau tidak menyatakan tarikhnya.

"Saya selalu juga pergi ke rumahnya, dia sendiri bercampur dengan orang kampung," tambahnya.

Katanya, Che Mah dan Rosmah tidak mempunyai sebarang hubungan kekeluargaan, cuma hubungan kejiranan kerana rumah mereka selang dua buah rumah.

Menurut klip video ketiga, hubungan Che Mah dengan Rosmah pernah akrab sebagai "keluarga angkat" dan bertanggungjawab memperkenalkan bomoh kepada isteri Najib.

Dalam temubual itu, Che Mah menceritakan saat-saat awal persiapan pernikahan Najib-Rosmah yang hanya membabitkan "14 hingga 15 orang" sehingga suaminya Ariffin memanggil lagi ahli-ahli Umno menjadikan 80 hadirin semuanya.

Sementara Ikmal pula meluahkan rasa marahnya atas alasan Rosmah tidak lagi mengenang budi ibunya sekeluarga berhubung perkahwinannya.
http://malaysiakini.com/news/107318

6/25/09

HIMPUNAN PERDANA

HIMPUNAN PERDANA
PERPADUAN 100,000 RAKYAT
Selasa 30 Jun 2009
Jam 9 malam
Di Stadium MPPJ , Kelana Jaya , Selangor
Maklumat lanjut di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=21393&Itemid=1

6/24/09

Penduduk Orang Asli minta geran tanah

Sinar Harian 24 Jun 2009

KAMPUNG PUTRA - Kegusaran Orang Asli terhadap masa depan hak milik tanah yang diterokai mereka sejak berpuluh-puluh tahun lalu bagi mewujudkan penempatan dan menjalankan kegiatan ekonomi masih belum menemui sebarang penyelesaian.

Malah, ada antara perkampungan Orang Asli itu yang tanahnya masih belum diwartakan atau masih lagi dalam proses pewartaan dan didakwa bakal berhadapan masalah pencerobohan tanah secara haram.

Tok Batin Kampung Putra, Awang Lijon berkata, isu itu sudah lama membebankan masyarakat Orang Asli dan mereka sentiasa bimbang kemungkinan untuk dihalau bila-bila masa oleh mana-mana pihak kerana tidak memiliki geran bagi tempat tinggal tersebut, walaupun perkampungan itu wujud sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

:Katanya, isu itu perlu diperjuangkan pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA).

“Jika masyarakat lain boleh mendapatkan hak milik geran tanah, mengapa Orang Asli yang sememangnya menetap di negara ini sejak dari dahulu lagi tidak mendapat keistimewaan sama?

“Oleh itu, saya menggesa JHEOA untuk memperjuangkan masa depan pemilikan hak milik tanah atau geran penempatan bagi Orang Asli supaya nasib anak-anak serta cucu-cicit kami terjamin pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui di perkampungan Orang Asli Kampung Putra.

Awang berkata, perkampungan Orang Asli Kampung Putra itu mula dibuka 1958 dan dibina dengan penempatan tersusun pada 1965.

Menurutnya, sebanyak 70 keluarga terdapat di perkampungan itu dengan anggaran penduduk hampir 300 orang.

“Oleh itu, saya selaku pemimpin memperjuangkan hak orang ramai, khususnya Orang Asli dan bukannya perjuangan berbentuk individu. Kalau tidak perjuangkan, sia-sia saya menjadi pemimpin mereka.

“Walaupun tanah perkampungan Orang Asli Kampung Putra ini sudah diwartakan kira-kira 300 ekar (120 hektar), namun langkah tersebut tidak membawa makna kerana kami tidak memiliki geran dan tanah ini boleh diambil pada bila-bila masa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2892278.asp

Penduduk tagih janji pemimpin

Sinar Harian 24 Jun 2009

GEMENCHEH – Penduduk Taman Bunga Raya, di sini mengeluh kerana terpaksa meneruskan kegiatan harian dalam persekitaran kotor dan tidak terurus akibat ketiadaan sistem perparitan sempurna.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi turut mendapati kawasan diduduki penduduk berbilang bangsa itu turut berhadapan masalah pembuangan sampah meruncing berikutan kegagalan pengurusan sistematik.

Patrick Santiago, 64, berkata, ketiadaan sistem perparitan di kawasan perumahan itu menyebabkan kehidupan mereka sekeluarga dalam keadaan tidak selesa sejak 1995.

Katanya, pelbagai usaha dilakukan dengan membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab bagi menangani masalah ketiadaan sistem perparitan dan longgokan sampah, namun, sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

“Kesabaran selama 14 tahun menanti tindakan pihak bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi keselesaan kami sudah sampai ke kemuncaknya. Ini kerana kami tidak tahan dengan persekitaran kotor yang boleh membawa penyakit berjangkit.

“Pelbagai pihak sudah ditemui untuk menyelesaikan masalah ketiadaan sistem perparitan dan proses mengangkut sampah sama seperti kawasan lain, namun, maklum balas menghampakan,” katanya.

Patrick berkata, pihak bertanggungjawab digesa peka setiap masalah penduduk dalam kawasan pentadbirannya dengan mengambil berat setiap rungutan demi menyelesaikannya.

“Saya kecewa kerana pelbagai cukai dikenakan sepanjang menduduki kawasan taman perumahan ini dibayar, namun, kehendak penduduk tidak didengari.

“Saya menyeru kepada pihak bertanggungjawab untuk melihat sendiri permasalahan dihadapi, sekali gus menilai dan mengambil tindakan bagi menyelesaikannya,” katanya.

Sementara itu, Yee Chin Hien, 53, berkata, janji yang dibuat oleh sesetengah pihak pada Pilihan Raya Umum lalu untuk mewujudkan sistem saluran perparitan masih lagi ditagih penduduk setempat.

“Penduduk di sini sudah membuat aduan kepada pemimpin kawasan untuk segera mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini dan mereka ada berjanji, namun, sehingga kini masalah masih berlaku.

“Saya berinisiatif membuat parit menggunakan wang simpanan untuk kawasan kediaman sendiri. Bagaimanapun, saya kasihan dengan penduduk lain yang terpaksa menghadapi banjir kecil akibat limpahan air hujan dari kawasan bukit,” katanya.

Sementara itu, A Kamalavathy, 55, berkata, bau busuk setiap jam 7 petang hingga larut malam menimbulkan rasa tidak selesa mereka sekeluarga.

Katanya, kegagalan pihak bertanggungjawab mengangkut sampah secara kerap juga menimbulkan kemarahan berikutan longgokan berbau dan menjijikkan bertimbun di lereng bukit berdekatan.

“Kami sekeluarga terpaksa mengorek sendiri parit kecil bagi mengelakkan berlakunya limpahan air ketika hujan lebat ke rumah untuk mengalir ke jalan raya dan kawasan lereng bukit berdekatan.

“Selain itu, kegagalan lori mengangkut sampah memasuki secara penuh ke setiap kawasan perumahan amat mengecewakan sehingga menyebabkan segelintir penduduk terpaksa membuang sampah di kawasan bukit berdekatan yang mendatangkan bau busuk dan meloyakan,” katanya.

Sehubungan itu, penduduk taman terbabit menggesa pemimpin kawasan dan pihak bertanggungjawab untuk turun padang melihat permasalahan, sekali gus menyelesaikan kemelut yang dihadapi sejak bertahun lamanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story2891672.asp

Jabatan Agama N9 tak minat tangkap kaki judi

Patutlah Jabatan Agama Negeri Sembilan tak minat langsung buat serbuan di kedai judi berlesen yang berlambak di Negeri Sembilan ini, sehinggakan orang Islam Melayu bebas membeli nombor ekor. Rupanya Wahabi pada mereka yang patut ditangkap hinggakan ada jemaah di madrasah meinggal dunia kerana kekecohan menangkap seorang penceramah tanpa tauliah mengajar.

Aku sudah hilang kepercayaan pada Jabatan Agama N.Sembilan. Berjela-jela laporan di buat untuk melakukan serbuan ke kedai judi namun tiada sebarang maklum balas.

BERPESTALAH KAKI JUDI DI NEGERI SEMBILAN

KERANA WAHABI LAGI BAHAYA DARI KEDAI JUDI !
WAHABI LAGI BAHAYA DARI ORANG YANG TAK SEMBAHYANG !
WAHABI LAGI BAHAYA DARI ORANG YANG MINUM ARAK !
WAHABI LAGI BAHAYA DARI ORANG BERZINA !

SAMPAIKAN BEKAS MUFTI N.SEMBILAN DATO HJ MURTADZA DIFITNAH BAHAWA BELIAU ADALAH WAHABI !

AKU BUKAN WAHABI ! TAPI AKU TAK NAK TENGOK ORANG ISLAM BERJUDI !
AKU NAK ORANG ISLAM SOLAT !

JABATAN AGAMA N.SEMBILAN PERHEBATKANLAH KEMPEN DAKWAH !
PERHEBATKAN KEMPEN AMAR MAARUF NAHI MUNKAR !

JANGAN NANTI GOLONGAN WAHABI SINDIR KITA , JANGAN PERGI BUAT HAJI DI MEKAH , KERANA IMAM MEKAH WAHABI. BUAT HAJI SAHAJA DI PUSAT DAKWAH , SEREMBAN, KERANA SUDAH ADA REPLIKA KAABAH DALAM DEWAN PUSAT DAKWAH !


*****************************
Selasa, 2009 Jun 23
JABATAN AGAMA ISLAM NS HALANG KULIAH AGAMA

Jabatan Agama Islam NS pada Ahad 21 Jun lalu telah bertindak menghalang suatu kuliah Agama diadakan di Ma'ahad Ittiba Is Sunnah, Kg. Parit, Kuala Pilah jam 12.00 tengahari. Pendakwah Ustaz Rasul Dahri yang diundang untuk memberikan kuliah hanya sempat mengajar dalam masa lima minit sebelum pegawai-pegawai penyiasat di Jabatan Agama Islam NS sampai dan meminta beliau memberhentikan kuliah. Beliau seterusnya dibawa ke Pejabat Agama Islam Kuala Pilah untuk di soal siasat.

Dalam soal siasat tersebut tiada hujah-hujah Agama dikemukakan oleh pegawai-pegawai itu dan hanya memberikan alasan "saya hanya menjalankan tugas". Sebelum itu, salah seorang tenaga pengajar di Ma'ahad tersebut telah dikasari oleh salah seorang pegawai penyiasat itu dan hampir-hampir tersungkur, ini mengakibatkan berlaku kekecuhan, dan SALAH SEORANG YANG MENYAKSIKAN KEJADIAN ITU YANG MENGALAMI KOMPKLIKASI JANTUNG TELAH MENINGGAL DUNIA.

Peserta kuliah seramai hampir 200 orang itu amat terkejut dengan tindakan pegawai JUINS dan menyatakan rasa kesal dan dukacita. Menurut laporan yang diterima, pegawai-pegawai penyiasat tersebut telah diarahkan oleh pihak atasan di JUINS supaya menghalang Ust. Rasul Dahri daripada memberikan kuliah atau ceramah dimana-mana tempat di Negeri Sembilan, ini kerana ketegasan Ustaz tersebut menyampaikan dakwah kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah Rasul, membenteras bid'ah, syirik, tahyul dan khurafat dikalangan penganut Islam Melayu.

Dilaporkan juga bahawa tindakan ini datang daripada salah seorang yang melobi kuat untuk Jawatan Mufti N. Sembilan baru-baru lalu tetapi tidak berjaya, dan beliau juga pengamal kuat sebuah aliran tarikat dan amat memusuhi Gerakan Pembaharuan (Islah) yang dibawa oleh Ust. Rasul Dahri dan Jamaah di Kuala Pilah tersebut,

Ini boleh diikuti dalam laman-laman web dan blog kumpulan tersebut. Pihak GK mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham yang telah meninggal itu dengan harapan Allah SWT menganugerahkan kesabaran kepada isteri dan anak-anak beliau.
Berita lanjut di http://almizaan.wordpress.com

Bahaya Wahabi Atau Bahaya Kedudukan MB ?

Tulisan Lobai Kampung ( Lobai Kampung bukan Wahabi, Lobai Kampung ni amalkan Tahlil, Sambut Maulud Nabi dan lain-lain amalan Ahli Sunnah Wal Jamaah)

http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/06/bahaya-wahabi-atau-bahaya-kedudukan-mb.html

Ancaman wahhabi di Negeri Sembilan benar-benar telah SERIUS !!!! Satu tangkapan telah dibuat di Maahad Ittiba' Sunnah, Kuala Pilah ke atas seorang ' Tuan Guru' Wahhabi Rasul Dahri. Namun beliau ditangkap pun bukan disebabkan oleh mengembangkan ajaran wahhabi, tetapi kerana mengajar tanpa tauliah. Bermakna kesalahannya bukanlah kerana bahaya ancaman wahhabi atau mengembangkan ajaran sesat tetapi disebabkan mengajar tanpa tauliah. Kala betul wahhabi tu sesat, dakwa dia di atas kesesatan itu.Biar dia berhujah.

Lobai Kampung tidak pernah bersetuju dengan aliran wahhabi yang ternyata mempunyai pelbagai bentuk penyelewengan sehingga menimbulkan salah faham terutama di dalam soal akidah. Aliran wahhabi yang mendakwa mendokong ajaran salafi ternyata lari dari aliran salafi yang sebenar. Sila rujuk http://hairulnizammathusain.blogspot dan http://pondoktampin.blogspot.com . Ikuti tulisan dan ulasanya yang lebih mu'tadil di dalam menangani isu wahhabi. Tidak adil rasanya melabelkan yang tidak beraliran wahhabi sebagai wahhabi. Justeru biarlah difahami betul-betul masalah ini agar tidak menimbulkan kekeliruan yang lebih parah.

Pada 23 Jun 2009 ( Selasa) telah berlangsung satu program penerangan mengenai bahaya ancaman Wahhabi kepada umat Islam di Malaysia. Program tersebut dianjurkan oleh Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan. Program dihadiri oleh imam-imam, guru takmir dan nazir masjid seluruh Negeri Sembilan. Ancaman wahhabi kini telah dilihat sebagai satu masalah besar oleh JHEAINS lebih besar dari masalah orang murtad, Islam Liberal, Sumbang Mahram dan lain-lainya. Mereka selepas ini merancang pula untuk membuat sesi penerangan mengenai wahhabi di serata Negeri Sembilan termasuk di kawasan Felda.


Beberapa persoalan yang ingin ditimbulkan ...

1. Berapakah jumlah pengamal dan penyebar aliran wahhabi di Negeri Sembilan. Jika ada, tarik sahaja tauliah mengajar mereka. Tak perlu berselindung sehingga menyebabkan orang awam melabel yang tidak wahhabi pun di katakan wahhabi ....

2. Berapa buah masjid/surau menjadi kecoh dan bergaduh gara-gara wahhabi? Setahu LK yang bergaduh sebab UMNO - BN memang ada. Sampaikan satu masjid hantar 5 senarai AJK, dari UMNO Bahagian, UMNO cawangan, Nazir Lama, Nazir baru. Sebab itu isu AJK masjid masih tak selesai-selesai..


3. Sejauh mana masyarakat hari ini sudah diberi kefahaman dengan aliran aqidah sebenar yang didokong oleh ahli sunnah wal jamaah. Sepatutnya yang menjadi tumpuan adalah memberi kefahaman kepada aqidah sebenar barulah masyarakat akan faham kesalahan wahhabi. Isu tajsim, uluhiyah, rububiyyah, bid'ah, rasul, dan banyak lagi perlu diberi kefahaman yang sebenar supaya masyarakat dapat membezakan di antara aliran ASWJ dan Wahhabi...

4. Apakah isu wahhabi digunakan untuk memperkukuhkan kedudukan UMNO-BN di Negeri Sembilan, sehinggakan kebanyakan dari kaedah yang digunakan di dalam mengenali wahhabi adalah dengan melabel pendokong gerakan islam termasuk ulama sebagai wahhabi...

5. Mengapa membelakangkan Jabatan MUfti di dalam isu wahhabi ini. Sepatutnya yang lebih berautoriti adalah Jabatan Mufti, kerana pendirian mufti sendiri dalam hal ini adalah jelas untuk memberikan kefahaman akidah sebenar lebih utama dari menceritakan wahhabi. Seorang teman memberitahu, SS Dato Mufti pernah menyebut " masalah istinja' pun ramai yang belum selesai "
Masalah aurat pun ramai yang tak selesai ...

Program penerangan mengenai wahhabi ini dibimbang akan semakin mengusutkan pemikiran masyarakat bukan menyelesaikan masalah. Bayangkan di kalangan Imam, guru takmir dan nazir yang dipanggil pun nampaknya masih terpinga-pinga untuk memahami isu wahhabi ini. Lebih dipengaruhi oleh sentimen emosi bukan kefahaman sebenar. Bagaimana pula agaknya kalau nak diceritakan kepada masyarakat awam yang memang tak pernah datang untuk mengaji kitab di masjid dan surau..?

Lobai Kampung : Lobai-lobai di JHEAINS jangan duduk di pejabat sahaja, bercampur dengan masyarakat biar tahu apa masalah sebanar masalah masyarakat. Menyelesaikan masalah dengan melihat dari pejabat sahaja tidak akan menyelesaikan masalah. Yang tak ke masjid lebih ramai dari yang datang.. cuba2 lah fikirkan.

6/23/09

Leman Dawi lebih layak jadi MB N.Sembilan agaknya


Poning dan sodih tengok banyak projek terbiar di N.Sembilan ini. Sayang tengok wang kerajaan negeri hasil dari cukai tanah , cukai pintu , cukai itu , cukai ini , zakat dan sebagainya membazir begitu sahaja.

Salah seorang yang paling berjaya menukarkan gerai-gerai yang lama terbiar menjadi satu destinasi pelancongan makanan yang terkemuka di Negeri Sembilan ini ialah Leman Dawi dengan produk Cendol Leman Dawi http://ceriteracintabalqis.blogspot.com/2009/06/cendol-leman-dawi.html

Gerai-gerai di Sg Gadut, Jalan Seremban-Rembau begitu lama terbiar sejak bertahun-tahun. Akhir sekali Leman Dawi telah berjaya menjadikan gerai yang lama terbiar ini sebagai satu produk pelancongan makanan.

Leman Dawi telah berjaya memulihkan deretan kedai terbiar. Leman Dawi telah berjaya mempromosikan Negeri Sembilan melalui produk pelancongan yang begitu murah.

Mungkin semangat Leman Dawi atau orang macam Leman Dawi atau Leman Dawi sendiri diperlukan untuk memimpin Negeri Sembilan ini. Memulihkan begitu banyak projek terbiar dan terbengkalai di Negeri Sembilan ini.

Leman Dawi tak belajar di Oxford, Leman Dawi juga tak ada pengalaman jadi CEO syarikat otomotif terkemuka. Leman Dawi hanya seorang bekas tentera.

Antara projek terbengkalai , terbiar atau kurang sambutan di Negeri Sembilan ialah :

Lapang Sasar Mantin , N.Sembilan
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

Stadium Bowling terbiar di Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

Taman Ular Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

Gerai-gerai terbiar
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

Dewan dan projek terbiar di Negeri Sembilan
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

Bazaar MAINS Seremban
http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html

Perkampungan Budaya Seri Menanti
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

6/22/09

Projek binaan tanpa pagar menyusahkan warga LBJ


Berita Harian 22 Jun 2009


KAWASAN projek pembinaan Komplek Pendidikan Bandar Enstek yang sedang rancak berjalan menyebabkan debu masuk kedalam rumah penduduk berdekatan.

Penempatan dilanda banjir kilat dan berdebu musim kemarau

SEREMBAN: Bagi penduduk Kampung LBJ, Labu dekat sini, mereka bukan mahu merungut, tetapi sudah tidak mampu menahan sabar apabila projek pembinaan Kompleks Pendidikan Bandar Enstek berhampiran perkampungan mereka mula menimbulkan masalah.

Mereka mendakwa, ketiadaan pagar memisahkan tapak projek dan rumah berdekatan menyebabkan penduduk terpaksa menghadapi pelbagai masalah.

Ketika musim hujan sebelum ini, banjir lumpur beberapa kali melanda kampung itu menyebabkan penduduk berasa tidak senang hati untuk ke mana-mana kerana memikirkan nasib rumah mereka sekiranya mereka tiada dan pada musim panas pula, debu tanah berterbangan memasuki rumah dan ini memeningkan kepala penduduk.

Suri rumah, Wan Zarina Hashim, 37, berkata keadaan semakin serius sejak awal tahun ini apabila banjir lumpur dari tapak projek memasuki rumah ketika hujan lebat.

"Selepas musim hujan reda, kami masih susah hati kerana masalah baru pula timbul akibat debu menyebabkan rumah dan kawasan halaman berhabuk.

"Suami saya yang mempunyai masalah asma dan seorang anak kurang upaya paling tidak tahan dengan keadaan berdebu sekarang," katanya.

Selain itu, katanya kadang-kadang kerja pembinaan berlarutan hingga malam menyebabkan penduduk sukar dan tidak lena tidur.

Wan Zarina seperti penduduk lain kampung itu mengalu-alukan projek raksasa itu yang akan mempercepatkan pembangunan kawasan itu, tetapi meminta pemaju supaya bertimbang rasa dengan mengambil kira kepentingan penduduk.

Pelajar, Amirah Osman, 13, berkata tapak projek yang berhampiran kawasan kediaman mengganggu golongan pelajar sepertinya untuk mengulang kaji pelajaran.

"Saya harap keadaan ini tidak berterusan kerana menyebabkan hampir semua penduduk kampung terpaksa menjalani kehidupan yang sukar," katanya.

Seorang lagi penduduk, Doramah Mat Saman, 70, berkata pagar yang memisahkan tapak projek dan kampung tidak dipasang secara menyeluruh.

Katanya, ketiadaan pagar membahayakan keselamatan penduduk, terutama kanak-kanak yang mungkin memasuki tapak pembinaan dan terdedah dengan pelbagai bahaya ketika kerja pembinaan dijalankan.

"Pintu dan tingkap rumah perlu sentiasa ditutup. Selepas memasak, makanan perlu ditutup segera bagi mengelakkan dicemari habuk," katanya.

Beliau merayu pemaju projek supaya memberi perhatian terhadap masalah penduduk, terutama golongan tua dan kanan-kanak yang lebih mudah dijangkiti penyakit.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu, Datuk Hasim Rusdi, ketika mengulas masalah itu meminta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menulis surat kepada pemaju.

Katanya, masalah penduduk kampung perlu dimaklumkan kepada pemaju berkenaan supaya ada tindakan penyelesaian dilakukan.

Pada masa sama, katanya pemaju perlu memikirkan soal keselamatan dan keselesaan penduduk sekitar tapak projek pembinaan supaya kehidupan mereka tidak terjejas.

"Pemaju perlu mengatasi masalah ini dengan segera. Saya yakin penduduk tidak menentang projek itu, tetapi mahu kehidupan aman damai sejak puluhan tahun lalu tidak tergugat," katanya.

Projek Kompleks Pendidikan Bandar Enstek bernilai RM1.3 bilion meliputi kawasan seluas 404.68 hektar. Fasa pertama projek dijangka siap akhir tahun depan, manakala fasa kedua disiapkan dalam Rancangan Malaysia ke-10.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20090622100529/Article/index_html

6/19/09

40 tahun dulu Tan Sri Sanusi Junid dah selesai masalah Ah Long

Masalah pinjaman wang Ah Long ni dah lama di Malaysia. Tidak ada kesudahannya kerana tidak ada kesungguhan daripada mereka yang ada kuasa. Hanya sekadar kecoh buat kenyataan akhbar.

Tapi Tan Sri Sanusi Junid , 40 tahun dulu telah menyelesaikan masalah pinjaman Ah Long di kalangan pesawah padi. Kenapa tidak boleh dilakukan sekarang ? Apa masalahnya ?

Ikuti tulisan Raja Petra Kamaruddin mengenai kisah Tan Sri Sanusi Junid menyelesaikan masalah Ah Long ini di http://mt.m2day.org/2008/content/view/23348/84/

Nak tolong , tak nak tolong, itu sahaja !


***************************
Tan Sri Sanusi Junid can relate a similar story that involved him even earlier, about 40 years or so ago. At that time he was with the Chartered Bank. And the story goes as follows.

Sanusi had tendered his resignation and his Mat Salleh boss called him and asked what it would take to get him to withdraw his resignation and stay with the bank. Sanusi replied that if they gave him a few million Ringgit (equivalent to hundreds of millions today) to lend to the Kedah farmers under a special loan scheme then he would probably stay with the bank.

What Sanusi had discovered was that nearly every Kedah farmer owed money to the Ah Longs and were paying an exorbitant rate of interest just like what the petty traders and fishermen in Dungun were subjected to. The interest came to about 100% per year, which is still comparatively lower than the Dungun rate of interest, which was more than 100% per month.

The Chartered Bank agreed and Sanusi arranged for his officers to go down to the padi fields on motorcycles to look for farmers to lend money to. Eventually, they managed to disburse the money to all the farmers and free them from the clutches of the Ah Long.

Sanusi did not make press statements saying that he was ‘going to the ground’. He just got the bank to agree to give him a few million Ringgit and then he sent his officers into the padi fields to search for farmers in debt. They then gave the farmers loans so that the Ah Longs could be paid off in full and the farmers could be free of the blood-sucking rate or interest.

6/18/09

Masjid Kuala Pilah, janji manis pilihanraya

Ikutkah kisah Masjid Melang di Kuala Pilah pada pautan berikut http://kopilah.blogspot.com/2009/06/masjid-melang-baru-mana.html

Menjelang 2012 ini , andai masjid Melang masih macam itu juga , apakah penduduk Melang akan percaya dengan janji manis yang telah dibuat ?

6/17/09

BOIKOT Utusan dan Berita selagi ada JUDI


Adalah dengan ini PMBAJNS http://pmbaj.blogspot.com/ (Pergerakan Melayu Bebas Arak dan Judi Negeri Sembilan) menyeru kepada semua umat Islam yang prihatin agar menyelamatkan bangsa Melayu daripada najis judi yang semakin berleluasa yang merosakkan bangsa Melayu.

JOM KITA BOIKOT UTUSAN MALAYSIA , BERITA HARIAN , HARIAN METRO DAN LAIN-LAIN AKHBAR BERBAHASA MELAYU SELAGI KEPUTUSAN JUDI DAN IKLAN JUDI DISIARKAN

SELAMATKAN ORANG MELAYU DARI NAJIS JUDI !
HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU ! HIDUP MELAYU !

MESTI BACA ARTIKEL MARAHKAN AKHBAR MELAYU DI BAWAH !
http://pmbaj.blogspot.com/2009/06/boikot-utusan-dan-berita-selagi-ada.html

Utusan Melayu & Judi Magnum 4D
http://malaysianews.abufaris.com/conflict/utusan-melayu-judi-magnum-4d/

Judi, Cina hormat Islam tapi akhbar Melayu ?
http://waghih.blogspot.com/2009/06/judi-cina-hormat-islam-tapi-akhbar.html

Akhbar Harian Metro Jadi Kitab Rujukan Kaki Judi
http://www.anwaribrahimclub.com/2009/06/akhbar-harian-metro-jadi-kitab-rujukan-kaki-judi/

Apa kejadahnya
http://pjans.net/2009/06/apa-kejadahnya/

Dedah peminjam TEKUN, KJ pun PONING

Apa tunggu lagi. Dedahkan para peminjam TEKUN yang tak bayar hutang. Menyusahkan orang lain hendak berniaga. Betul ke mereka yang pinjam TEKUN ni betul-betul peniaga ? Minta dedahkan siapa peminjam TEKUN ini dalam akhbar.

Sampaikan Ahli Parlimen Rembau pun tak boleh beri jawapan kepada mereka yang nak buat pinjaman.

********************************
TEKUN alami masalah pusingan modal

Utusan Malaysia. KUALA LUMPUR 14 Jun - Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) kini menumpukan kepada usaha mengutip hutang para peminjamnya bagi mengatasi masalah pusingan modal yang dihadapi sekarang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar berkata, kutipan bulanan setakat ini hanya RM15 juta sedangkan ia memerlukan RM25 juta bagi menampung permohonan pinjaman baru.

Tambahnya, disebabkan masalah itu, 14,000 pemohon baru pada tahun ini membabitkan nilai permohonan RM170 juta terpaksa menunggu lama atau melalui proses penilaian ketat sebelum diluluskan.

"TEKUN mengalami masalah pusingan modal setelah mengeluarkan pinjaman RM360 juta tahun lalu berbanding RM120 juta pada 2007.

"Tahun ini, RM190 juta pinjaman diluluskan dari Januari hingga Mei. Jumlah sebesar itu tidak pula disokong dengan bayaran balik pinjaman memberangsangkan sehingga menimbulkan masalah kepada peminjam baru," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kekecewaan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mendakwa menerima banyak aduan mengenai kegagalan pihak TEKUN menyediakan wang walaupun permohonan telah diluluskan.

Noh menambah, tumpuan mengutip hutang itu bagaimanapun tidak akan dijadikan alasan untuk tidak memproses sebarang permohonan pinjaman.

"Setiap permohonan pinjaman akan diproses. Cuma kelulusannya mungkin lebih lewat berbanding pinjaman pada tahun lalu," jelasnya.

Mengenai dakwaan Khairy mengenai adanya peminjam tidak dapat menunaikan cek TEKUN meskipun permohonan mereka diluluskan, Noh menafikan dakwaan itu.

Menurutnya, TEKUN tidak sekali-kali mengeluarkan cek jika mereka tidak meluluskan sesuatu pinjaman atau tidak mempunyai wang.

"Kami tidak akan beri kalau tidak ada duit. Setakat ini, tiada sebarang aduan diterima mengenai perkara itu. Jika benar perkara itu berlaku, sesiapa juga dialu-alukan untuk membuat aduan," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0615&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_07.htm&arc=hive

UMNO Seremban pertikai pelantikan JKKK, bapa angkat

SEREMBAN 16 Jun - UMNO Bahagian Seremban mahu kerajaan negeri dan Badan Perhubungan UMNO negeri supaya bersikap lebih profesional dan telus dalam membuat keputusan tanpa meminggirkan sentimen setempat.

Ketuanya, Datuk Ishak Ismail berkata, kegagalan berbuat sedemikian memperlihatkan seolah-olah meminggirkan UMNO bahagian berkenaan selain tidak mengakui kepimpinannya yang dipilih oleh orang ramai.

Tegas Ishak, antara tindakan yang dilakukan tanpa perbincangan di peringkat bahagian termasuk soal pelantikan pegawai di Pusat Khidmat Masyarakat Barisan Nasional (BN) yang diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai pembangkang.

''Kita juga tidak bersetuju dengan langkah kerajaan negeri melantik Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebagai 'bapa angkat' di kawasan Ampangan, Sikamat dan Nilai.

''Saya ingin bertanya apabila tiba pilihan raya nanti, adakah 'bapa angkat' ini yang akan bertanggungjawab? Malah, ada di kalangan mereka sendiri pun tidak mampu menjaga kawasan masing-masing," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu, Ishak juga mempertikaikan tindakan kerajaan negeri melantik pengerusi dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilihat meragukan.

Beliau juga mempersoalkan sistem tapisan yang dilaksanakan bagi memilih JKKK sedangkan ada di kalangan mereka yang dilantik mempunyai masalah termasuk masalah kesihatan dan berdepan dengan kes tertunggak di mahkamah.

"Ada di kalangan yang mereka yang dilantik pula bukan orang tempatan, muflis, terbabit dalam kes rasuah yang sedang dibicarakan dan berpenyakit.

''Jika kerajaan negeri sebelum ini pernah mengumumkan mereka yang dilantik akan ditapis dan diperiksa latar belakang terlebih dulu tetapi apakah jenis tapisan dan pemeriksaan yang dilakukan dengan melantik orang-orang bermasalah ini," tegas Ishak.

Ishak menjelaskan, tindakan itu kemudiannya membawa keputusan pihaknya tidak menghadiri Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri sebagai tanda protes kelmarin.

''Hasil dari perbincangan dengan ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, kami memutuskan tidak menghadirinya kerana Badan Perhubungan UMNO negeri dan kerajaan negeri membuatkan kami seperti tidak wujud.

''Saya juga tidak akan menghadiri mesyuarat selagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang juga Menteri Besar tidak mengubah sikapnya," tegas beliau.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0617&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm

6/16/09

Himpunan Gergasi Mansuh ISA 1 Ogos 2009

Dua kali ditunda, demo besar sambutan 49 tahun ISA 1 Ogos

Setelah berbulan-bulan Kuala Lumpur tidak dilanda demonstrasi besar sejak Mac lalu, ibu negara akan menyaksikan sambutan ulang tahun ke-49 pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1 Ogos ini.

Perhimpunan besar ini, pada asalnya dirancang selepas demonstrasi membantah dasar kontroversi Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) 7 Mac lepas (foto kiri), tetapi ditunda ke bulan ini.

Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai lebih 80 NGO dan parti pembangkang, menangguhkan lagi ke 1 Ogos ini bersempena kelulusan akta tersebut yang dikuatkuasakan mulai tarikh tersebut pada 1960.

Malaysiakini difahamkan gabungan NGO akan mengumumkan tarikh terbaru demonstrasi tersebut di satu sidang media dalam masa yang terdekat.

Demonstrasi besar "Himpunan Mansuhkan ISA" ini dibuat susulan kempen menentang akta kontroversi itu yang telah dilancarkan hujung Disember lepas di Bangi.

GMI menangguhkan buat pertama perhimpunan itu setelah mengambil kira tiga pilihanraya kecil yang berlangsung serentak antara 29 Mac hingga 7 April lalu.

Bagaimanapun tiada sebab dinyatakan bagi penangguhan kali kedua.

Demonstrasi membantah PPSMI yang dikepalai Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said, menarik kira-kira 8,000 penyokong dasar bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.

Datuk Seri Najib Razak, sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam, berikrar ingin menyemak kembali ISA yang terus-menerus menjadi bahan kritikan NGO dan pembangkang.

Bagaimanapun sehingga kini tiada langkah konkrit diumumkan.

Abdul Rahim Sabri Jun 15, 09 6:18pm
http://www.malaysiakini.com/news/106518

JKKK N9 bankrap ada kes bicara rasuah

Ini satu tuduhan yang perlu diberi perhatian serius. Ketua Bahagian Umno Seremban mendakwa Pengerusi JKKK Negeri Sembilan yang baru dilantik ada yang bankrap dan ada yang sedang dibicarakan di mahkamah atas tuduhan rasuah. Tuduhan ini bukan dari mulut PKR, PAS atau DAP. Tapi dari mulut Umno sendiri.


************************
Seremban Umno complains of snubs by state
NST 2009/06/16

SEREMBAN: The Seremban Umno division yesterday alleged that it was being isolated and ignored by the state Umno leadership.

Division chief Datuk Ishak Ismail said it was not consulted on the appointment of heads of state Barisan Nasional community service centres, which were set up in opposition-held state constituencies.

"We are also against the idea of appointing state executive councillors as 'foster parents' to opposition-held state constituencies. Why appoint these exco members when there are many capable leaders in the division?"

Ishak, who has held the Seremban division chief's post since 1988, also questioned the recent appointments of Village and Development Committees (JKKK) and their chairmen.

"Some of those appointed are bankrupts, while some are involved in ongoing corruption cases in court."

He said the appointments contradicted the state government's assurance that a background check would be conducted in any state appointment.

Ishak had earlier demonstrated his dissatisfaction by not attending the state Umno liaison committee meeting held at the state Umno building on Sunday. He claimed the state Umno leadership was treating the division as "non-existent". He also said he would submit a letter of protest to the state party leadership on the appointments.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/National/2583455/Article/index_html

Rasuah, MB N9, Tanah Adat Rembau, Banjir

Pelbagai cerita panas sekitar Negeri Sembilan pada bulan Jun 2009. Saksikannnya di siaran TV Antara.

***************
TANAH ADAT REMBAU

Kerajaan Umno-Barisan Nasional tidak mempunyai kemahuan politik untuk melindungi kepentingan penduduk tanah rizab Melayu yang secara berterusan dihalau dari kediaman mereka atas nama pembangunan, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shahrin.

Dalam satu pendedahan terbaru, Badrul mendedahkan sikap kerajaan merampas tanah rizab – atau dikenali sebagai tanah adat Melayu – di Chembong, Negeri Sembilan bagi membuka jalan kepada projek laluan keretapi berkembar.

Video berkaitan di http://www.tvantara.com/v1/video?id=894


***************
BANJIR TAMAN MARGOSA

Projek Lebuhraya Jutaan Ringgit Pertaruh Nyawa Penduduk.
Selama dua tahun penduduk Taman Bukit Margosa, Negeri Sembilan hidup dalam ketakutan, bimbang kalau - kalau bumbung rumah yang menjadi teduhan dari panas hujan runtuh menghempap keluarga mereka.

Video berkaitan di http://www.tvantara.com/v1/video?id=901


***************
KERAJAAN NEGERI BERI HADIAH PADA SPRM

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Muhammad Hassan memberi sogokan RM20,000 kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Negeri Sembilan untuk membiayai aktiviti kelab sukan badan itu, dedah seorang pemimpin kanan PKR.

Video berkaitan di http://www.tvantara.com/v1/video?id=887

6/14/09

YB Ir Nizar nak selamatkan Bahasa Melayu

Semasa Muktamar PAS Pusat pada 7 Jun 2009 , PAS Kawasan Rembau telah membentangkan Usul Memansuhkan PPSMI yang telah diterima sebulat suara oleh semua perwakilan. Usul tersebut telah dibentangkan oleh YB Hj Mohamad Taufek Abd Ghani , Yang Di Pertua PAS Kawasan Rembau merupakan ADUN Paroi dan telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

YB Ir Nizar Jamaluddin telah membahaskan usul tersebut dan menyatakan pada Khamis 25 Jun 2009 ini kes beliau menyaman Kementerian Pendidikan , Menteri Pendidikan , Ketua Pengarah Pendidikan akan disebut di Mahkamah Tinggi , Kuala Lumpur.

Mari kita bersama menyokong usaha mempertahankan Bahasa Melayu 25 Jun 2009 ini.

Saksikan pertikan ucapan YB Ir Nizar semasa membahaskan Usul PPSMI pada pautan berikut http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/06/yb-ir-nizar-nak-selamatkan-bahasa.html

Atau pada pautan You Tube berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=nXULq6jCjWI

http://www.youtube.com/watch?v=qI85hcjB1VA

6/11/09

Banyaknya Projek Terbiar di N.Sembilan

Bukan setakat dewan orang ramai Kg Jawa / Gemuroh sahaja yang terbiar , tidak terjaga dan semak samun , banyak kemudahan lain yang macam tu .

Cerita sepenuhnya di http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

6/10/09

Sinar Harian zalimi peniaga Melayu Seremban

Sinar Harian tak ada kerja , menjadi agen menghancurkan peniaga Melayu. Peniaga Cina dan India yang bersepah berniaga di Seremban tak pula sibuk Sinar Harian nak dedahkan. Kedai judi sekitar Seremban dan Senawang yang ramai orang Melayu jadi pelanggan tak pula Sinar Harian nak siarkan berita.

SINAR HARIAN PENGKHIANAT BANGSA ! SINAR HARIAN PELINGKUP MELAYU NAK CARI MAKAN SESUAP NASI !

Dipetik dari laman web Surau Warisan Puteri http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2009/06/tersungkur-jua-akhirnya.html

Rentetan dari komplen seorang hamba Allah ( yg menggunakan nama samaran AJK Warisan Puteri )yang disiarkan di dalam interaktif@SINAR keluaran Sabtu, 30 Mei 2009 (gambar di atas), sebuah kedai makan yang didirikan di atas tapak terbiar milik TH Properties di Desa Puteri Dahlia yang sebelum ini berjaya mengeratkan semula perpaduan di Bandar Warisan Puteri, akhirnya ranap dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Kejadian yang berlaku beberapa minit sebelum masuk waktu Asar itu tidak disedari oleh pemiliknya, saudara Arshad kerana beliau dikatakan terlelap seketika di rumahnya yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.

Beberapa pekerja dari dua buah trak pengangkut dan sebuah van MPS dilihat mengangkut semua barang yang terdapat di kedai makan tersebut. Menurut Ketua Pegawai Operasi yang bertanggungjawab, pihak MPS terpaksa bertindak kerana mendapat laporan daripada orang ramai.

Tahniah saya ucapkan kepada MPS di atas kepantasan bertindak yang ditunjukkan. Bagaimana dengan 2 buah kedai makan ( satu milik Cina dan satu lagi milik Melayu ) yang mendirikan premis mereka di tepi jalan keluar ( di atas tanah rezab ) dari BWP ke Jalan Pantai-Kuala Klawang? Agak-agak le, kalau saya buat repot, apakah MPS berani bertindak ke atas mereka sepantas seperti apa yang mereka lakukan kepada kedai milik Encik Arshad tadi ? Premis tersebut didirikan dengan binaan kekal memandangkan lantainya siap disimenkan.

Anak muda Rembau kecewa dgn pimpinan Pakatan Rakyat

Anak Muda Rembau menyatakan kekecewaan dan rasa terkilan terhadap sesetengah pimpinan Pakatan Rakyat terutamanya daripada PAS dan PKR yang merasakan seolah-olah kurang memberikan perhatian terhadap permasalahan penduduk dan rakyat di Rembau ini.

Banyak masalah penduduk di Rembau ini bukan sahaja tidak mendapat perhatian Umno/Barisan Nasional malahan media juga hampir menutup ruang mengutarakan permasalahan penduduk di Rembau.

Apa yang diharapkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat pusat terutama mereka yang berasal dari Negeri Sembilan atau pernah menetap di Negeri Sembilan agar mengetengahkan isu permasalahan penduduk Rembau di peringkat pusat , di peringkat parlimen serta di dalam media.

Masalah utama penduduk di Rembau sekarang ini ialah ketidakadilan pampasan tanah oleh pihak kerajaan dalam beberapa projek antaranya projek mega landasan keretapi berkembar , projek pelebaran jalan Chengkau ke Astana Raja dam projek naik taraf jalan ke Gunung Datuk.

Mujurlah ada Chegubard http://chegubard.blogspot.com selaku Ketua Bahagian PKR Rembau dan YB Hj Mohamad Taufek http://mohdtaufek.blogspot.com selaku Yang DiPertua Kawasan PAS Rembau yang sering memperjuangkan nasib rakyat Rembau secara keseluruhan dan nasib orang Melayu Rembau. Walaupun dengan sumber kewangan yang amat terbatas mereka berdua sering turun padang mendengar rintihan rakyat.

Chegubard dan YB Taufek sanggup turun padang , menampal poster bantahan , mengedar risalah bantahan , menggantung sepanduk bantahan. Malahan YB Taufek telah membentang usul memansuhkan PPSMI dengan kadar segera pada Muktamar PAS Pusat ke 55 yang baru berlalu. Ini menunjukkan keprihatinan mereka berdua terhadap nasib rakyat dan nasib anak bangsa.

Justeru itu sekali lagi Anak Muda Rembau pimpinan Pakatan Rakyat di peringkat pusat khususnya dari PAS dan PKR agar memberikan sedikit perhatian kepada nasib penduduk Rembau.

Hujan emas negeri orang
Hujan batu negeri sendiri
Walaupun bertanding di tempat orang
Jangan lupa negeri sendiri

Beberapa pautan masalah penduduk Rembau :
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html
http://amkns.blogspot.com/2009/05/umno-rembau-tak-leh-harap-jaga-hak.html
http://waghih.blogspot.com/2009/06/kisah-sedih-wanita-muallaf-di-rembau.html

Awas Wartawan Sinar Harian sedang cari point

Awas kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat, PAS, PKR dan DAP, pemuda, muslimat dan wanita. Wartawan Sinar Harian sekarang sedang berlegar-legar tanya AJK dan ahli mengenai Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk melaga-lagakan kenyataan anda semua.

Baik jangan layan je wartawan ini. Suruh wartawan Sinar Harian dan media pro BN dedah masalah rakyat , jenayah , pengangguran , buang bayi , ragut setempat.

**********************************************
KENYATAAN TIMBALAN KETUA AMK: KERAJAAN PERPADUAN

Petang smlm dalam jam 4 lebih petang , saya dihubungi wartawan Sinar Harian , Cik Ayu , bertanyakan tentang Kerajaan Perpaduan . Apakah pandangan AMK ? saya jelaskan bahawa ………… .
http://farizmusa.blogspot.com/2009/06/pendirian-saya-terhadap-isu-kerajaan.html

BOIKOT SINAR HARIAN DAN SEMUA MEDIA BN

DIBAWAH ARTIKEL MEMBOIKOT SINAR HARIAN
http://amkns.blogspot.com/2009/06/lagi-desakan-orangramai-boikot-sinar.html
http://amkns.blogspot.com/2009/06/pas-lenggong-perak-ajak-semua-boikot.html
http://amkns.blogspot.com/2009/06/jom-boikot-sinar-harian-boikot.html

Tok Guru Nik Aziz tak nak tengok Sinar Harian, BOIKOT

Boikot Akhbar Sinar Harian - Kerajaan Negeri Kelantan

Menteri Besar Kelantan Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan sebagai telah memboikot akhbar Sinar Harian dengan melarang para pegawainya membawa masuk akhbar berkenaan ke dalam bilik pejabatnya.

Tindakan Dato Tuan Guru itu ekoran sikap akhbar berkenaan dikatakan telah memberi laporan sensasi yang tidak menguntungkan PAS semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan minggu lalu. Berita yang dikatakan tidak disenang MB itu ialah bertajuk “Sidang DUN Kelantan Tegang”. Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan.

Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an.

Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

http://hariandaily.blogspot.com/2007/07/boikot-akhbar-sinar-harian-kerajaan.html


Siapa Sebenarnya SINAR HARIAN

Akhbar Sinar Harian satu-satunya akhbar harian yang diterbitkan di Pengkalan Chepa Kelantan. Akhbar ini diterbitkan dan dicetak oleh Syarikat Akhbar Cabaran Sdn. Bhd., di mana permitnya kepunyaan bekas wartawan Utusan Malaysia di Kelantan, Wan Ahmad Wan Hassan. Wan Ahmad juga merupakan bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Machang sekitar tahun 1980-an. Tuan punya penerbitan akhbar dan majalah Karangkraf Sdn. Bhd., Hishamuddin Yaacob menjadi rakan kongsi yang menanggung percetakan dan penerbitan akhbar berkenaan.

Akhbar ini mulai diterbitkan di Kelantan kira-kira sejak setahun lalu. Pada mulanya ia beredar di Kelantan dan Terengganu saja. Dua tiga hari lalu akhbar ini mula dikembangkan ke Pahang. Jumlah edarannya sekitar 60,000 naskah sehari. Peringkat awal akhbar bersaiz tabloid ini bersikap bebas dengan menyiarkan berita kegiatan parti-parti politik tanpa mengira faham idealogi baik PAS maupun Umno.

Para pemimpin PAS sangat berbangga dengan kelahiran akhbar ini di mana ia dieksploitasikan sebagai satu lagi kemajuan dan pembangunan di Kelantan. Akhbar ini menjadi pujian pemimpin PAS Kelantan dengan menyifatkannya sebagai sebuah media yang bebas.

Wartawan akhbar ini bukan main lagi dilayan dan sering diundang ke majlis makan malam oleh pemimpin-pemimpin PAS Kelantan. Keghairahan itu menyebabkan ada yang melupai atau pun tidak terperasaan peranan akhbar nyamuk lain yang lebih jelas dan konsisten mempertahankan Kerajaan pimpinan Tuan Guru itu selama ini.

Kalangan pemimpin PAS tidak tahu membaca politik akhbar berkenaan yang sengaja bebuat begitu dengan motif untuk menjinakkan Kerajaan Kelantan dan para penyokongnya agar terbiasa dengan akhbar berkenaan.

Untuk tujuan itu mereka sanggup menghidangkan apa saja berita yang disukai PAS dengan harapan selepas pembaca sudah serasi mereka perlahan-lahan akan menyuntik racun propaganda parti pemerintah dan dengan itu terlaksanlah agenda utamanya.

Umno beli 4 muka surat

Hari ini pihak Umno Kelantan sudah membeli empat muka surat akhbar berkenaan pada setiap hari untuk diisi dan dimuatkan dengan berita-berita ataupun menyiarkan laporan berbentuk propaganda Umno. Mulai Jun lalu Umno Kelantan telah membayar RM1,000 untuk satu muka ini bermakna Umno membayar RM4,000 sehari atau RM120,000 sebulan sehingga menjelang pilihan raya umum akan datang.

Untuk tujuan itu Umno telah melantik salah seorang bekas wartawan Berita Harian yang pernah menerima Hadiah Kajai untuk menjadi pengarang khas untuk empat muka surat berkenaan. Umno memang tidak lokek untuk kepentingan partinya. Tindakan itu menggambarkan kesungguhan Umno untuk menawan Kelantan.

http://hariandaily.blogspot.com/2007/07/siapa-sebenarnya-sinar-harian.html

6/9/09

Pengurusan Air N.Sembilan memalukan 1Malaysia

Jabatan Bekalan Air Negeri Sembilan sudah diperbadankan menjadi Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS). Patutnya lagi cekap , tapi lagi teruk. Jadi apa motif sebenar Menteri Besar Negeri Sembilan memperbadankan JBA ni. 1Malaysia , Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Mungkin bukan rakyat Negeri Sembilan dalam 1Malaysia. Pencapaian ? Tak tahulah pencapaian apa.

1MALAYSIA...PEGAWAI DIDAHULUKAN..ALASAN DIUTAMAKAN. AMBIK KAU !

Khairy Jamaluddin sebelum nak bermuzakarah dengan PAS , selesaikan dulu masalah tanah adat Melayu di Rembau yang “dirampas” untuk projek keretapi dan jalanraya. Sebelum nak bermuzakarah dengan PAS jangan jadikan Kedai Judi Magnum di Rembau sebagai sumber menghulurkan bantuan kebajikan kepada rakyat.

*************************
Berita Harian 9 Jun 2009
Alasan JBA Jelebu memalukan


SAYA ingin mengutarakan beberapa aduan mengenai perkhidmatan bekalan air sangat teruk di Taman Bukit Kempas, Jelebu terutama di fasa dua. Taman Bukit Kempas adalah taman perumahan baru di daerah ini.

Ia dibahagi kepada tiga fasa, iaitu fasa satu (sudah diduduki tiga tahun lalu), fasa dua (diduduki tahun lalu) dan fasa tiga (baru peroleh sijil layak menduduki (CF) dari Majlis Daerah Jelebu sebulan lalu).

Apa mengecewakan ialah taman itu kerap mengalami gangguan bekalan air dan yang terbaru adalah bermula dari Jumaat lalu sehingga kini bekalan air tidak dapat disalurkan ke fasa dua atas alasan yang memalukan.

Apabila kami membuat aduan kepada Jabatan Bekalan Air (JBA) Jelebu, pegawai mengatakan penggunaan air terlalu tinggi terutama pada hujung minggu dan musim perayaan menyebabkan bekalan terputus.

Itu adalah alasan memalukan kerana meletakkan beban kesalahan kepada pengguna yang membayar bil setiap bulan.

Masalah itu mula dikesan pada cuti musim perayaan Tahun Baru Cina tahun lalu dan kini ia berulang kerana fasa tiga mula diduduki. Pegawai JBA menyalahkan pemaju kerana meletakkan rumah pam air terlalu ke dalam (di atas bukit) dan menyebabkan saluran air tidak mampu mencapainya.

Mengapa ketika pembinaan dulu ia tidak difikirkan? Mengapa juga CF dengan mudah dikeluarkan walaupun menyedari masalah itu boleh berlaku. Sekali lagi JBA Jelebu menyalahkan pengguna. Mungkin slogan JBA bertukar kepada 1Malaysia...pegawai didahulukan..alasan diutamakan.

Kami juga dimaklumkan masalah itu sudah dibawa ke mesyuarat tindakan daerah, namun sehingga kini tiada tindakan konkrit untuk menyelesaikannya.

Terlalu banyak alasan diberi sehingga mual kami mendengarnya. Kerajaan negeri pernah menyatakan, penswastaan JBA-NS kepada Sains akan meningkatkan kualiti perkhidmatan tetapi yang berlaku adalah sebaliknya. Tidak nampak sebarang perubahan kecuali pegawai dan nama saja. Kami juga maklum seorang Exco Kerajaan Negeri tinggal di taman itu dan merayu kepada pihak berkuasa tolong selesaikan masalah ini secepat mungkin.

Penduduk merayu kepada pihak berkuasa bermula dari JBA Jelebu hinggalah kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hassan agar menyelesaikan masalah tidak berkesudahan itu.

Janganlah menunggu sehingga PRU-13 baru nak selesaikan kerana kami khuatir kekecewaan yang tidak pernah padam ini menyebabkan satu-satunya kerusi MCA di Negeri Sembilan akan jatuh ke tangan DAP.

Di kala itu, nasi sudah menjadi bubur dan tiada apa mampu dilakukan kerana jelas tsunami politik PRU-12 adalah kerana rakyat kecewa dengan kualiti perkhidmatan yang disediakan agensi kerajaan terlalu lembap, penuh birokrasi dan tidak mengutamakan kami sebagai rakyat biasa tidak punyai kuasa selain kuasa mengundi saja.


PENDUDUK
TERAMAT KECEWA,
Taman Bukit Kempas, Jelebu.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Surat/20090609015027/Article/index_html

Lagi desakan orangramai BOIKOT Sinar Harian

Apa yang menyakitkan hati selama ini kes injuksi oleh penduduk Taman Bukit Margosa amat sukar untuk mendapatkan liputan media. Sedangkan ianya sebenarnya satu kes yang besar dimana kami dizalimi. Kes ini juga mengambarkan pembohongan yang besar slogan BN dimana 1Malaysia rakyat didahulukan.

Benarlah usaha dibuat untuk memboikot akhbar Sinar , kerana isu yang lebih utama ditutup , tetapi jika ada berita yang boleh pecahbelahkan Pakatan Rakyat tiada segan silu mereka akan telefon untuk dapatkan maklumat.

Cerita penuh di http://czackpy.blogspot.com/2009/06/aku-menulis-bukan-kerana-nama-1.html

BOIKOT SINAR HARIAN ! BOIKOT SINAR HARIAN ! BOIKOT SINAR HARIAN !

PAS Lenggong , Perak ajak semua BOIKOT SINAR HARIAN

Ahli dan penyokong PAS dan PR mesti bijak. Sebelum membelanjakan wang anda walaupun RM1.00 mestilah berhati-hati. kalau cerita berunsur fitnah yang ingin melagakan pemimpin kita dalam PAS atau PR atau juga untuk melagakan parti komponen PR tak usah dibeli surat khabar tersebut.

Pastinya semua tahu didapati utusan di Pekan Lenggong , Perak pada waktu tengahari masih banyak. Orang tak mau beli.

Maka ahli dan penyokong PR juga harus BOIKOT SINAR HARIAN yang sudah secara terang mula melancar serangan keatas PAS dan PR.

Semua ahli dan penyokong digesa bertindak.
Dicatat oleh PAS LENGGONG di 02:32
http://lenggongla.blogspot.com/2009/06/sinar-harian-perak-melancarkan-serangan.html

Gemencheh pekan Judi, KJ dan Magnum, BUTA

Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Islam BUTA , PEKAK dan TULI ke ? Mana pergi Pegawai Penguatkuasa ? Ye tak ye , kan pejabat Ahli Parlimen Rembau mengalu-alukan Syarikat Judi Magnum memberi bantuan kebajikan kepada orang Melayu. Cermin diri sendiri dulu sebelum nak muzakarah. Sinar Harian , Utusan , Berita Harian pun tak minat nak dedahkan penyakit barah umat Islam di Negeri Sembilan ini.

*****************
Gemencheh, pekan kecil di Daerah Tampin. Kebanyakan penduduk majoriti orang Islam, Apa yang saya hendak bentangkan ialah banyak kedai berasaskan perjudian tumbuh bagai cendawan lepas hujan. Kebanyakan pengunjung ada seagama dan sebangsa dengan saya. Dari muda hingga ke tua. Dari motong gotoh hingga kakitangan kerajaan.

Keadaan ini menakutkan bila ada sebilangan bapa yang membawa anak-anak mereka semasa membeli nombor ekor. Ini akan memberi pengaruh yang tidak sihat pada kanak-kanak tersebut. http://budakmoncheh.blogspot.com/2009/03/suasana-hiba-di-pekan-gemencheh.html

Cerita-cerita lain betapa teruknya aktiviti perjudian “halal” di Negeri Sembilan. “Halal” sebab berlesen , judi “Haram” jika tidak berlesen.

Pejabat KJ sokong syarikat judi Magnum ?
http://amkns.blogspot.com/2009/01/pejabat-kj-sokong-syarikat-judi-magnum.html
http://parrembau.blogspot.com/2009/01/keperihatinan-syatikat-swasta-sempena.html

Kedai Judi Rembau dekat Balai Polis dan Pejabat Agama tiada tindakan !
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2008/01/polis-dan-pejabat-agama-rembau-perlu.html

Ahli Majlis Perbandaran Nilai Ditahan Berjudi http://pasns.blogspot.com/2007/03/ahli-majlis-perbandaran-nilai-ditahan.html

6/8/09

SUARA DARI REMBAU , Perhebatkan menentang PPSMI

Dari laman web PRIMA

Perhebatkan menentang PPSMI:
Jangan beri ruang kepada UMNO

PAS Rembau membawa usul dalam Mukatamar PAS yang berakhir semalam (7 Jun 2009) mahukan PPSMI dan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) diteruskan serta diperhebatkan dengan tak memberi ruang kepada UMNO, kata Timbalan Yang Dipertuanya, Rozmal Malakan(gambar, baju putih). Menurutnya, PAS Rembau tak berkompromi dengan isu PPSMI, malah bersedia menyertai gerakan GMP di mana-mana sahaja dalam usaha menentang PPSMI. "Kita akan perhebatkan penentangan sekalipun terpaksa menunggu hingga kehancuran pendukung-pendukung PPSMI yang mementingkan kedudukan dan kepentingan diri sendiri," jelas beliau menambah.

Bagaimanapun suara kerdil dari Rembau kurang diberi perhatian dalam perhimpunan besar yang dihadiri kalangan ilmuan agama, profesional dan mereka yang tak prihatin dengan perjuangan bahasa dan budaya. Rozmal juga memberi jaminan PAS Rembau akan bersama dengan pejuang-pejuang bahasa bagi mendaulatkan Bahasa Melayu, di samping menentang PPSMI berterusan. "PPSMI akan dihapuskan, kalau rakyat mengambil pendekatan bersama menolak UMNO dalam sebarang pilihanraya kecil mahupun pilihanraya umum," beritahu Rozmal selanjutnya.

http://adimul.blogspot.com/2009/06/suara-dari-rembau.html

Agensi didakwa tipu pakej umrah disiasat

Berita Harian 8 Jun 2009

SEREMBAN: Lesen agensi pelancongan beroperasi di Senawang, dekat sini yang didakwa menipu pelanggan dengan mengutip kira-kira RM336,000 daripada pakej mengerjakan umrah yang ditawarkan boleh dibatalkan sekiranya dakwaan itu benar.

Jurucakap Bahagian Pelesenan, Kementerian Pelancongan, berkata pihaknya akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu, termasuk menyiasat status agensi itu sama ada beroperasi secara sah atau haram.

"Kita akan menjalankan siasatan ke atas agensi itu mengikut Akta Industri Pelancongan 1992 dan jika mereka didapati beroperasi secara haram, tindakan geledah serta sita akan diambil.

"Jika siasatan mendapati mereka beroperasi secara tidak sah, tindakan menarik balik lesen agensi itu akan diambil," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas mengenai dakwaan sepasang kembar, Nor Baiti Mohamad dan Nor Baini, 55, yang mendakwa ditipu dengan pakej mengerjakan umrah yang ditawarkan agensi pelancongan yang beroperasi di Senawang, dekat sini, kelmarin.

Nor Baiti mendakwa agensi pelancongan berkenaan dianggarkan mengutip RM336,000 daripada 80 pelanggan dengan bayaran yang dikenakan setiap seorang RM4,200, manakala beliau dan kembarnya bersama sembilan orang ahli keluarga membayar RM37,800.

Jurucakap itu berkata, pihaknya akan meminta agensi itu membayar semula bayaran kepada pelanggan tetapi agak sukar untuk mendapatkannya semula sekiranya agensi itu beroperasi secara haram.

"Kementerian Pelancongan tidak mempunyai dana untuk mengembalikan semula bayaran kepada pelanggan yang ditipu agensi pelancongan," katanya.

Mengenai kes penipuan membabitkan agensi pelancongan, katanya, ada beberapa kes termasuk yang dilakukan agensi yang menyertai Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta Fair).

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090608075107/Article/index_html

Jom Boikot Sinar Harian, BOIKOT

BOIKOT SINAR HARIAN !!! Masalah tanah adat Rembau digadai tidak diketengahkan !!! Sinar Harian hanya nak laga-lagakan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan, bukan nak perjuangkan masalah rakyat. Jangan untungkan Sinar Harian http://amkns.blogspot.com/2009/06/tanah-adat-melayu-rembau-tergadai.html

6/7/09

Tanah Adat Melayu Rembau tergadai kerana Umno PEKAK

Adakah tanah Adat / Rizab Melayu akan tergadai lagi kerana 'kepekakan' Umno
Oleh Chegubard
http://chegubard.blogspot.com/2009/06/adakah-tanah-adat-rizab-melayu-akan.html

Kita sering dimomokan dengan kononya betapa Melayu perlu bersatu dalam parti perkauman Melayu demi mempertahankan hak Melayu. Kononya Cina dan India sering berusaha nak ambil hak Melayu....... antaranya ialah mengenai tanah.

'Tanah Rizab Melayu' telah diperkenalkan konsepnya oleh British ketika menjajah negara ini dengan kononya menjadikan orang Melayu (yang dikenali sebagai pribumi) selesa dengan jaminan hak berpanjangan. Pemimpin Melayu pada ketika itu menerima baik dengan harapan apapun kemajuan yang berlaku Melayu tidak akan hilang hak penting iaitu tanah.

Tanah Rizab Melayu seharus kekal milik Melayu jika diambil untuk dimajukan ia perlu diganti. Jumlah seharusnya sama, semangatnya yang diambil perlu diganti....

Itu dulu idea penjajah untuk mewujudkan rasa selesa dan mengurangkan penentangan.

Namun kini mana tanah rizab itu. Berapa jumlah rizab Melayu 50 tahun dulu dan berapa nilainya kini ? Tidakkah ketika ekstrimes perkauman Melayu itu bercakap mempertahankan Umno seperti terlupa betapa Umno sendiri yang menggadaikan hak tanah ini.

Di Negeri Sembilan Tanah Rizab ini juga ada dikenali sebagai Tanah Adat (berdasarkan konsepnya) juga tidak terasing terhakis dan hilang jumlahnya.

Di Rembau contohnya, kes terbaru. Sejumlah tanah adat akan hilang untuk merialisasikan landasan berkembar keretapi.

Orang Kampung dan waris terlibat tidak pernah membantah malah amat suka dengan pembangunan. Ingat tak satu ketika dulu sememangnya regim pemerintahlah yang menggalakan orang ramai membuat rumah berhampiran sepanjang jalan keretapi kerana untuk menggelakan jalan keretapi ini 'sunyi' dan berisiko tinggi disabotaj oleh pasukan bersenjata yang menentang regim. Maka regimlah punca ramai setinggan berumah di tepi jalan keretapi dan mereka ini juga berkorban demi regim dan kini merekalah yang sering ditindas begitu sahaja.

Tetapi kes tanah adat di Rembau ini sedikit ada nilai tambah, majoriti dari mereka telah membuka tanah tersebut sebelum pun tiba jalan keretapi.

Kini mereka bakal menjadi mangsa. Tanah mereka hendak diambil. Tanpa perbincangan yang lansung menghormati hak mereka.

Mereka telah pergi ke banyak pihak semua tidak melayan termasuk ADUN dan Menteri Besar juga. Kononya semua tidak boleh berbuat apa - apa kerana undang - undang membenarkan kerajaan persekutuan mengambil alih tanah secara paksa. Bukankah 'puak-puak' Umno ini pernah menghunus keris mengancam cina mahupun DAP.... DAP tidak pernah mengambil seinci tanah Melayu... tetapi kini Umno yang pekak akan menyebabkan siri Melayu hilang tanah akan terus berlaku.

Sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2009/06/surat-terbuka-buat-mb-ns-berkenaan-isu.html untuk membaca surat terbuka kepada terbuka cheGuBard kepada Menteri Besar Negeri Sembilan.

6/1/09

Tok Guru Nik Aziz rasa gembira ada Erdogan dlm PAS

Ulasan Tok Guru Nik Aziz berasa gembira jika ada Erdogan dalam PAS pada pautan berikut http://www.ibnuhasyim.com/2009/06/majlis-pecah-tanah-pecahkan-kumpulan.html

Melayu dengki Melayu di N.Sembilan, gerai diroboh

Inilah dia sikap orang Melayu, menghancurkan bangsa sendiri. Begitu tinggi perasaan hasad dengki sehingga sanggup membuat aduan kepada pihak berkuasa agar gerai dirobohkan. Mari kita sama-sama berdoa agar orang yang berhati busuk ini diberi balasan oleh Allah swt yang setimpal.

Cerita lanjut di http://surau-alhidayah-bwp.blogspot.com/2009/06/tersungkur-jua-akhirnya.html

Di N.Sembilan 1Umno bukan 1Malaysia


Nampaknya Umno N.Sembilan tidak perjuangkan konsep 1Malaysia tapi sebaliknya 1Umno. Pada 30 Mei 2009 telah diadakan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat negeri di Senawang dengan konsep 1Malaysia. Tapi malangnya sepanjang-panjang jalan ke Taman Bandar Senawang tempat sambutan tersebut diadakan telah dihiasi dengan bendera-bendera Umno sahaja. Tiada bendera MCA, tiada bendera MIC, tiada bendera Gerakan, tiada bendera PPP. Bendera PAS, PKR dan DAP jangan haraplah, walaupun Taman Bandar Senawang dalam DUN Paroi yang wakil rakyatnya dari PAS.

DUN Paroi bukanlah kawasan majoriti besar Melayu. Kaum Cina dan India di sini melebihi 35 peratus.

Habislah konsep 1Malaysia ilham PM di N.Sembilan, kerana ianya menjadi 1Umno.


*********************
Pupuk semangat kejiranan

Utusan Malaysia . SEREMBAN 31 Mei - Penduduk di taman perumahan sekitar negeri ini diminta memupuk dan mengeratkan silaturahim dengan jiran tetangga masing-masing.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi mengeratkan semangat perpaduan di kalangan penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum serta berlainan kepercayaan agama.

Jelas beliau, penduduk di sesebuah taman perumahan sewajarnya menganggap diri mereka sebagai satu kelompok masyarakat yang mempunyai hubungan rapat walaupun berasal dari tempat-tempat berlainan di negeri ini atau dari negeri lain.

''Mereka perlu mengenali jiran tetangga yang tinggal dalam lingkungan 20 buah rumah di kiri dan kanan kediaman masing-masing," katanya.

Mohamad berucap merasmikan program Sambutan Minggu Perpaduan 2009 peringkat negeri di Taman Bandar Senawang dekat sini semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional negeri, Abd. Halim Hassan.

Beliau turut menyampaikan geran tahunan berjumlah RM892,800 kepada wakil-wakil Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dari setiap daerah di negeri ini.

Mohamad menambah, sekiranya konsep berkenaan dipraktikkan, hasrat kerajaan negeri melihat kewujudan satu kelompok masyarakat yang bersatu-padu serta saling memahami dapat dicapai.

''Amat menyedihkan apabila penduduk di sesebuah taman perumahan tidak mahu mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kejiranan mereka.

''Malah, ada penduduk yang tidak mengenali jiran masing-masing dan tidak turut serta dalam aktiviti serta program seperti majlis keramaian atau gotong-royong," jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya, sikap negatif tersebut perlu dikikis dan setiap penduduk di taman perumahan seharusnya memberi sokongan padu terhadap setiap program kejiranan anjuran KRT masing-masing.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0601&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_04.htm&arc=hive