CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

8/31/09

Doa khusus untuk AJK Masjid N.Sembilan yang baru dilantik

Ya Allah Ya Tuhan kami , panjangkan umur AJK Masjid Negeri Sembilan yang baru dilantik ini yang mengimarahkan masjid.

Ya Allah Ya Tuhan kami , panjangkan umur AJK Masjid Negeri Sembilan yang baru dilantik ini yang solat berjemaah fardhu lima waktu di masjid.

Ya Allah Ya Tuhan kami , panjangkan umur AJK Masjid Negeri Sembilan yang baru dilantik ini yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ya Allah Ya Tuhan kami , panjangkan umur AJK Masjid Negeri Sembilan yang baru dilantik ini yang membantu golongan yang memerlukan, fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal di kariah mereka.

Ya Allah Ya Tuhan kami , panjangkan umur AJK Masjid Negeri Sembilan yang baru dilantik ini yang beramal soleh, beriman dan bertaqwa.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Senarai penuh AJK Masjid Bandar Baru Senawang pada pautan berikut http://masjidsenawang.blogspot.com

8/29/09

Kawasan perumahan berbau sampah

Pusat pelupusan terlalu hampir dengan kediaman undang masalah lalat
Berita Harian 28 Ogos 2009

PORT DICKSON: Penduduk kawasan perumahan sekitar pusat pelupusan sampah Bukit Palong, Lukut dekat sini, sudah tidak tahan lagi melihat antara 20 hingga 30 lori sampah berulang-alik melalui kawasan itu setiap hari sejak bertahun-tahun lalu.

Masalah bau busuk bukan lagi cerita baru dan lori sampah pula meninggalkan air sampah yang busuk di jalan raya.

Penduduk mahu pusat pelupusan sampah itu dipindahkan ke tempat lain dengan segera, malangnya keluhan dan aduan mereka tidak dihiraukan.

Penduduk taman perumahan D’Ambang Kota, Salleh Ibrahim, 35, berkata masalah itu seolah-olah tidak diberikan perhatian oleh pihak berkuasa.

Katanya, penduduk berasa dianaktirikan oleh pihak berkuasa sedangkan mereka membayar pelbagai jenis cukai seperti cukai taksiran.

"Keadaan bertambah teruk apabila hujan diikuti keadaan panas yang menyebabkan bau busuk cukup memualkan. Sampah juga menarik kehadiran lalat dan keadaan ini menjijikkan, terutama ketika hendak mengadakan kenduri," katanya yang menetap di situ sejak lapan tahun lalu.

Salleh mendakwa pekerja di pusat pelupusan sampah itu menabur sejenis cecair di tapak pelupusan itu bagi menangani masalah bau busuk dan akibatnya, lalat berpindah ke kawasan perumahan.

Peniaga, Razilawati Abdul Rahman, 40, berkata bau busuk dari pusat pelupusan sampah itu menjejaskan perniagaan restorannya.

Katanya, masalah lalat tidak terkawal walaupun pekerja restoran berulang kali membersihkan persekitaran restoran itu.

"Saya malu apabila pelanggan masuk ke restoran dan melihat meja dihurungi lalat, mereka terus keluar.

Bagaimana hendak untung sedangkan laluan di sini adalah antara jalan utama menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan kawasan peranginan di sini,” katanya.

Musa Jalil, 43, pula berkata bau busuk semakin teruk pada waktu malam sedangkan ketika itu, penduduk hendak berehat selepas penat bekerja.

Katanya, rumah pangsa Pinggiran Kota Lukut yang terletak hanya kira-kira satu kilometer dari pusat pelupusan sampah itu adalah antara kawasan paling teruk terjejas kerana terpaksa menghidu bau busuk setiap malam.

"Kami tidak mungkin berpindah ke tempat lain kerana membuat pinjaman bank untuk membeli rumah di sini. Malah, sebelum ini kami diberitahu pusat pelupusan sampah itu akan dipindahkan ke tempat lain, tetapi hingga kini ia masih beroperasi.

"Tolonglah pindahkan ia ke tempat lain. Saya tidak faham bagaimana pusat pelupusan sampah boleh beroperasi berhampiran kawasan perumahan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20090828084513/Article/index_html

8/27/09

Parti Didahulukan, Rakyat Dibiarkan di N.Sembilan

Walau pun pegawai JHEAINS begitu teliti mengambil kira aspek perpaduan dengan memilih AJK yang benar-benar memenuhi kehendak pentadbiran, namun semua itu tidak terpakai kerana yang dipilih itu tidak pula se'parti'. Pilihan pentadbiran tidak memenuhi kehendak 'parti' akhirnya bergemalah SLOGAN ' PARTI DIDAHULUKAN, RAKYAT DIBIARKAN' .

Pemilihan itu mungkin menjadi petanda awal kekalahan yang lebih teruk atau semakin menzahirkan kecetekan pemikiran golongan sebegini.

MEREKA LEBIH RELA MELETAKKAN MASJID DITADBIR URUS OLEH MEREKA YANG MEMANG TAK KE MASJID, YANG BERMASALAH DAN BUKAN BERJIWA MASJID. ASALKAN SE'PARTI'.

Allah Berfirman di dalam al-Quran :
"Hanya yang berhak memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan solat, mengeluarkan zakat serta tidak takut melainkan kepada Allah; mudah-mudahan mereka menjadi orang-orang yang mendapat petunjuk" ( Surah At-Taubah : 18 ).

Kepada AJK yang dilantik, tahniah semoga kita semua mampu memahami ciri mereka yang memakmurkan masjid bukan sekadar memenuhi ciri AJK PILIHAN PARTI. Kepada yang tidak terpilih, ini bukan noktah tetapi ia adalah permulaan untuk dilonjakkan kepada amanah yang lebih besar.

SELEPAS INI BUKAN MASJID DI NEGERI SEMBILAN SAHAJA YANG PERLU DIFIKIRKAN BAHKAN BERSEDIALAH UNTUK MEMIMPIN NEGERI SEMBILAN. TAKBIR !!!

Lobai Kampung : Allahu Akbar !!

Ulasan sepenuhnya Imam Muda Lobai Kampung yang akan menggoncang Negeri Sembilan di http://lobai-kampung.blogspot.com/2009/08/masjid-berpolitik-atau-mempolitikkan.html

Kempen Bebas H1N1 29 Ogos 09 Seremban

Program : Kempen "Merdekakan Rakyat dari H1N1"
Tempat : Pasar Ramadhan Ampangan ( Depan Bank CIMB Ampangan )
Tarikh : 29hb Ogos 2009 ( Hari Sabtu )
Masa : Jam 4.30 Petang
Pertanyaan : Azizi 012 3696474

Sila hadir beramai-ramai.

Anjuran Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan bersama ADUN Ampangan,
YB Rashid Latiff.

Menteri kata sebat cara sekular zalim, cara Islam adil

Akhirnya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara tidak langsung mengakui sebat cara sekular zalim manakala sebat cara Islam adalah adil.

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SEKULAR
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar

Sila baca kenyataan akhbar di bawah dari Menteri , Mufti Perak, Majlis Peguam Syarie dan kajian Jabatan Penjara :

********************
Jabatan Penjara tiada pakar sebat syariah

PUTRAJAYA 25 Ogos - Hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor terpaksa ditangguhkan kerana Jabatan Penjara tidak mempunyai pengalaman, kemahiran dan pakar bertauliah yang mampu melaksanakan hukuman syariah atas kesalahan meminum arak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia merupakan kes pertama bagi Jabatan Penjara yang hanya berpengalaman luas dalam kesalahan dadah dan rogol.

''Dari segi tanggungjawab, saya difahamkan di bawah Akta Negara memang kita dipertanggungjawabkan tetapi tak mungkin saya benarkan hukuman dilaksanakan kalau kita tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran.

Beliau menambah, hukuman syariah bukan perkara biasa yang boleh dilaksanakan jika tiada pengalaman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm

********************
Hukuman Sebat Kartika Ditangguh Hingga Ada Tukang Sebat Cara Syariah

PUTRAJAYA, 25 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata Jabatan Penjara tidak mempunyai tukang sebat yang berkemahiran untuk melaksanakan hukuman mengikut cara dan kaedah syariah.

Ketika ditanya mengenai keperluan untuk mewujudkan Penjara Syariah bagi menangani kes dan hukuman syariah, Hishammuddin berkata perkara itu bukan satu keperluan pada masa ini.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=435599

********************
22 JULAI 2009 bersamaan 29 Rejab 1430H.

KENYATAAN MEDIA – ISU HUKUMAN ROTAN TERHADAP WANITA DI MAHKAMAH SYARIAH

3. Hukuman yang dijatuhkan ini adalah masih rendah berbanding hukuman sebenarnya menurut Hukum Syarak yang mana pesalah boleh dijatuhkan hukuman sehingga 40 sebatan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat.

5. PGSM menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Syariah amat berbeza dengan pelaksanaan hukuman sebat di Mahkamah Sivil. Prosedur untuk menjalankan hukuman sebat di Negeri Pahang ada diperincikan secara jelas dalam Seksyen 125 dan Seksyen 126 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 negeri itu.

Antara lain seksyen ini menyebut :-
i. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
ii. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
iii. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan.
iv. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
v. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
vi. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
vii. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
viii. Pegawai Perubatan Kerajaan akan memperakukan samada pesalah itu masih boleh menerima sebatan atau ditangguhkan untuk baki sebatan.

http://peguamsyarie.org/?p=1024

********************
Sebatan tidak ancam nyawa - Harussani

IPOH 25 Ogos - Hukuman enam kali sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika Sari Dewi kerana kesalahan meminum arak langsung tidak akan mengancam nyawa atau memudaratkan kesihatannya.

Sebaliknya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman tersebut lebih kepada pengajaran kepada umat Islam supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

Katanya, ia tidak sama dengan sebatan di penjara kerana orang yang melaksanakan hukuman sebatan itu ketiak pun tidak boleh terbuka dan pesalah mesti berpakaian.

"Hukuman akan dijalankan serentak enam sebatan, tetapi tidak akan calar sedikit pun. Cuma akan berbekas merah, itu pun jika pesalah terbabit berkulit putih," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0826&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm


********************
Hukuman Sebat

Pelaksanaan hukuman dilaksanakan dengan pesalah akan menanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat, iaitu kain bertali yang diikat di penggang dan dua peha. kain tersebut hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja, sementara bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan. Seorang pegawai penjara akan memegang atas tengkuk pesalah, mungkin untuk mengelakkan daripada meronta.

Rotan yang digunakan untuk menyebat terdiri daripada berbagai-bagai saiz.

Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus. Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap. Dikatakan sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar!

Hukuman sebatan yang dilaksanakan dipenjara-penjara di Malaysia kurang menepati hukum yang terdapat dalam hukum Islam. Perbezaan yang paling ketara adalah cara sebatan yang dilakukan, iaitu menyebat dengan sekuat hati mengikut undang-undang malaysia, manakala bagi undang-undang Islam keadaan tidak diangkat habis.

Dalam Islam pelaksanaan hukuman rotan lebih kepada mendidik orang yang disebat. disamping itu ia juga berkait dengan kesalahan dosa yang dilakukan oleh pesalah tersebut.

http://penjarakita.blogspot.com/2009/03/hukuman-sebat.html

8/25/09

Rebin Birham kembali memimpin AMK N.Sembilan

Saudara Rebin Birham baru-baru ini telah dilantik sebagai Ketua AMK Negeri Sembilan yang baru oleh Ketua AMK Malaysia, saudara Shamsul Iskandar Akin.

Berita selanjutnya di http://pkrjempol.blogspot.com/2009/08/rebin-birham-kembali-memimpin-amk.html

8/24/09

Mohon padang bola tampar tidak dilayan

Sinar Harian 24 Ogos 2009

KAMPUNG BARU – Permohonan penduduk di sini untuk mendapatkan kemudahan padang bola tampar tidak pernah mendapat jawapan daripada pihak berkenaan dan ini menimbulkan rasa kekecewaan.

Husin Amsari, 46, berkata, permohonan dibuat beberapa kali sejak tiga tahun lalu melalui surat dihantar, namun sehingga kini tiada sebarang jawapan balas diberikan tentang permohonan tersebut.

Menurutnya, kami penduduk di sini sentiasa menantikan jawapan, walaupun banyak permohonan dihantar tiada satu pun dibalas. Untuk makluman, pasukan bola tampar kami beberapa kali mengharumkan nama kawasan ini.

“Pasukan bola tampar ini atau lebih dikenali dengan nama Kampung Baru FC empat kali berturut-turut menjadi johan pertandingan Kelab Sukan Komuniti (KSK) dan pada tahun lalu mewakili Port Dickson untuk bertanding di Stadium Paroi.

“Kebiasaannya kami akan berlatih di sebuah kawasan yang keluasannya terhad di belakang sebuah rumah ahli pasukan. Bagaimanapun kawasan itu tanahnya tidak rata dan tidak sesuai untuk berlatih,” katanya.

Husin berkata, dia berharap agar pihak berkenaan dapat mempertimbangkan permohonan tersebut kerana kami mereka bukan sekadar bermain, tetapi turut menyumbang nama kepada kampung dan Dewan Undangan Negeri (DUN) ini.

“Apabila dibina padang bola tampar itu nanti, saya yakin akan lebih ramai anak muda dan belia turut serta dan ini boleh mengembangkan industri sukan di kawasan ini dan tidak hanya tertumpu kepada sukan futsal yang semakin mendapat tempat di hati belia.

“Kita boleh mempelbagai bakat anak muda dan meraih kecemerlangan sukan dalam semua jenis sukan,” katanya lagi.

Kampung Baru FC sering melakukan sesi latihan pada sebelah petang sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan sekarang ini terpaksa menumpang di padang di Kampung Paya kerana tempat biasa digunakan untuk berlatih licin sebab musim hujan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3278224.asp

UMNO mematikan masjid di Negeri Sembilan

Heboh diperkatakan di kalangan jemaah Masjid Bandar Baru Senawang sekarang ini bahawa ramai Ahli Jawatankuasa Masjid yang lama digugurkan menjelang Ramadhan 1430 Hijrah . Tinggal 2-3 kerat muka-muka lama. Muka baru yang dilantik tak pasti oleh siapa menyenaraikan mereka yang jarang sekali berjemaah di masjid.

Maka benarlah apa yang diperkatakan oleh bekas Mufti Negeri Sembilan Sheikh Dato Hj Mohd Murtadza sebelum ini bahawa pemilihan jawatankuasa masjid oleh YB menjadikan suasana masjid di Negeri Sembilan ini semakin teruk hingga ketiadaan jemaah.

Dato Murtadza : Di Negeri Sembilan, pemilihan jawatankuasa masjid ditentukan oleh YB. Oleh kerana pemilihan dibuat oleh YB, suasana di masjid dan kariah makin teruk hingga ketiadaan jemaah. Analoginya begini. Kata parti A ambil ahli jawatankuasa dari kalangan mereka yang menganggotai parti A. Dalam parti A pula terdapat pecahan kumpulan yang lain. Bila YB pilih ahli jawatankuasa daripada kumpulan yang menyokongnya, maka makin terpinggirlah masjid berkenaan kerana perasaan tidak puas hati dan sebagainya.

Luahan hati bekas Mufti Negeri Sembilan pada pautan berikut http://hjmohdmurtadza.blogspot.com/2009/02/cabaran-mufti-ms-3.html

8/23/09

Kuliah Dhuha Ust Nazri Yusof 31 Ogos 09 Senawang

KULIAH DHUHA PERDANA SEMPENA RAMADHAN 1430 H
Oleh Ustaz Mohd Nazri Yusof , Ketua Dewan Ulamak PAS Kawasan Rembau
Tajuk : Puasa , Al Quran , Badar dan Taqwa
Tarikh : 31 Ogos 2009 , Isnin
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Surau Taman Alamanda , Senawang

Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir

8/22/09

Nak tahu Ahli Parlimen Melayu yang sokong JUDI ?

Nak tahu siapa dia ahli Parlimen orang Melayu yang sokong JUDI berlesen ? Tengok sendiri di blog ini http://rembaunews.blogspot.com/2009/01/keperihatinan-syarikat-swasta-sempena.html

Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak ini disarankan agar semua umat Islam di Malaysia ini BOIKOT Akhbar Berbahasa Melayu yang ada iklan judi terutamanya Utusan Malaysia , Berita Harian , Metro dan Kosmo.

Jangan ada saham kita dalam JUDI kerana membeli akhbar ini.

Mari kita ajar pemilik akhbar ini supaya jangan merosakkan orang Melayu dan menghina Islam, lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan.

Mana Fatwa yang membolehkan akhbar orang Melayu menyiarkan iklan judi ?

BOIKOT SAMPAI TIADA LAGI IKLAN JUDI ! http://pmbaj.blogspot.com/2009/06/boikot-utusan-dan-berita-selagi-ada.html

8/19/09

Pakej Bantuan Ramadhan 1430 N.Sembilan

Adalah dimaklumkan Koordinator Peduli Ummat Negeri Sembilan mempelawa kepada mereka yang prihatin untuk menyertai Program Pakej Bantuan Ramadhan 1430 H untuk membantu golongan yang memerlukan sekitar Negeri Sembilan.

Pakej bantuan ini mengandungi barangan berikut :
5 kg beras
3 tin susu
2 kg gula
2 kg minyak masak
2 kg tepung

Pakej Bantuan ini boleh diberikan kepada pihak penganjur dalam bentuk barangan atau wang ringgit sebanyak RM 32 untuk satu pakej.

Kepada mereka yang ingin menyumbang sila hubungi Sdr Suhaire Hj Sulaiman 019-2998345 @ 06-7637450 di Seremban.

8/18/09

PIDATO UMUM

Tarikh : 20hb. Ogos, 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah

PEMIDATO:-
1. Y Bhg. Datuk Zaid Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abas
3. YB Loke Siew Fook
4. Y Bhg Sdr. Shamsul Iskandar Akin

8/16/09

Mangsa ribut mohon percepat bantuan

Sinar Harian 16 Ogos 2009

BAHAU - Mangsa ribut rumah flat di Taman Rasa Sayang mengharapkan bantuan pihak bertanggungjawab, kerajaan dan pentadbiran daerah bagi membantu menyelesaikan beban yang sedang mereka tanggung ketika ini.

Seorang mangsa yang mempunyai dua unit rumah dan salah satu unit itu disewakan, Kumar Periasami, 30, berasa agak tertekan apabila dua unit rumah yang dibelinya dan salah satunya didudukinya musnah serta tinggal kerangka dinding.

Kumar berkata, salah satu unit rumahnya bersebelahan rumah yang didudukinya turut menerima nasib sama setelah atap bumbung bangunan flat diterbangkan angin kuat.

“Saya beli rumah itu kira-kira setahun yang lalu dan saya tidak dapat berkata apa-apa setelah melihat kejadian yang menimpa dalam sekelip mata.

“Saya tidak tahu untuk mengklasifikasikan kejadian ini sebagai malapetaka atau pun bukan kerana tidak menyangka hujan lebat dan angin yang agak kuat itu berjaya memusnahkan rumah kami,” katanya.

Seorang lagi mangsa, Nagakanni Sivaraju, 28 yang menyewa rumah milik Kumar Periasami berasa sedih melihat keadaan barang di dalam rumah yang musnah sama sekali tanpa sempat diselamatkan.

"Ketika kejadian keadaan menjadi kelam-kabut, anak-anak pula yang terkejut menangis akibat ketakutan memandangkan seluruh atap bumbung termasuk siling turut dibawa angin.

“Anak-anak saya yang masih kecil ini terkejut dengan bunyi atap bumbung yang dibawa terbang," katanya.

Menurutnya, barang-barang sama ada berharga atau tidak seperti hi-fi, televisyen, dan keperluan bekalan makanan lain juga habis ditenggelami air selepas bumbung kami ditiup angin.

Kesemua mangsa yang terlibat amat mengharapkan bantuan dapat dipercepatkan memandangkan ada antara mereka yang mempunyai anak masih bersekolah dan sekiranya diberikan rumah sementara untuk berlindung, dapat ditempatkan di kawasan yang berdekatan.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3047327.asp

8/12/09

Mengombak Kemenangan di Pilah 20 Ogos 09

SIRI MENGOMBAK KEMENANGAN KUALA PILAH
PIDATO UMUM
Tarikh : 20hb. Ogos, 2009 (Khamis)
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Kawasan Perindustrian Dioh, Kuala Pilah

PEMIDATO:-
1. Y Bhg. Datuk Zaid Ibrahim
2. YB Dato' Kamarul Baharin Abas (Pengerusi MPN, N. Sembilan)
3. YB Loke Siew Fook (MP Rasah - Ketua Pemuda DAP)
4. Y Bhg Sdr. Shamsul Iskandar Akin (Ketua AMK)

Maklumat lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com

Bingung diarah kosongkan premis

Sinar Harian 12 Ogos 2009

SENAWANG – :Kira-kira 32 penduduk Kampung Sungai Gadut, Jalan Rantau-Seremban yang menduduki Tanah Rezab Keretapi yang terlibat dalam Projek Landasan Berkembar Seremban-Gemas dibelenggu kebimbangan gara-gara pemberian notis yang diterima mereka, baru-baru ini.

Surat notis bertarikh 12 Jun 2009 daripada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) telah menggesa penduduk supaya mengosongkan premis mereka dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pemberian notis itu.

Sekiranya penduduk gagal mematuhi kehendak notis yang diberi, mereka akan disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 425 (1A) Kanun Tanah Negara yang mana jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara tidak lebih dari satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.

Hal ini membimbangkan penduduk dengan tindakan undang-undang yang akan dikenakan walaupun hakikatnya, mereka adalah pemilik berdaftar dan bukannya menduduki tanah rezab milik PAK sepertimana yang dinyatakan.

N Ponnamalam, 55, berkata, penduduk memerlukan penjelasan pihak yang berkaitan dalam hal ini memandangkan ia menimbulkan banyak kekeliruan yang perlu diselesaikan segera.

Katanya, penduduk bimbang dengan situasi itu sebaik notis diterima daripada Perbadanan Aset Keretapi yang menyatakan penduduk menceroboh tanah rezab mereka padahal kami (penduduk) adalah pemilik tanah sah dengan memiliki geran masing-masing.

“Pejabat Tanah pun sebelum ini mengesahkan tanah diduduki sekarang ini tidak terlibat dalam projek terbabit apabila melihat menerusi struktur pelan projek.

“Tetapi lain pula jadinya apabila PAK menghantar pegawainya ke sini bagi menandakan tanah yang diduduki meskipun sebelum ini dikatakan tanah yang diduduki itu tidak terlibat,” katanya ketika ditemui.

Dia yang sudah menetap selama 54 tahun di Kampung Sungai Gadut itu berkata, sekiranya masalah itu tidak dapat diselesaikan dan PAK tetap menggesa penduduk mengosongkan tanah berkenaan, mereka harus memberi pampasan yang setimpal kepada penduduk.

Ini kerana, katanya, kebanyakan penduduk sudah tinggal lama di sini, malah tidak mempunyai rumah lain melainkan yang dibina di atas tanah yang dimiliki secara sah itu.

“Jadi mereka (PAK) harus memberi pampasan yang setimpal kepada kami sekiranya mana-mana tanah yang diduduki penduduk terlibat dalam projek Landasan Berkembar Keretapi Seremban-Gemas itu,” katanya.

Pandangan yang sama turut dikongsi Tai Look Moi, 45, yang memberitahu dia dan keluarga begitu risau dengan nasib mereka sebaik menerima notis berkenaan.

“Semenjak itu, saya tidak dapat tidur lena memikirkan masalah yang akan dihadapi. Kami bukan keluarga senang malah tidak mempunyai rumah lain melainkan rumah ini.

“Walaupun sebelum ini, tanah di rumah saya telah dinyatakan tidak terlibat dalam pengambilan projek ini, tetapi tiba-tiba mereka sudah buat ‘tanda’ dan mengatakan tanah saya turut sama terlibat,” katanya.

Sementara itu, N Perumal, 67, berkata, pihak PAK seharusnya berjumpa dengan penduduk terlibat dan menjelaskan mengenai keadaan sebenar tanpa memutarbelitkan cerita.

“Ini tidak, sebelum ini cakap lain, dan selepas itu pula cakap lain. Tidak tahu mana satu yang betul. Penduduk di sini bertambah runsing selagi tidak mendapat penjelasan pihak berkenaan,” katanya.

Bagaimanapun masalah terbabit telah diketengahkan Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin dan Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Senawang, P Gunasekaran dengan mengadakan satu perbincangan bersama pegawai Perbadanan Aset Keretapi cawangan negeri, pada 6 Julai lalu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3038272.asp

8/9/09

Mad Hassan nak tadbir Rembau macam Myanmar ?

Mad Hassan nak tadbir Rembau macam Myanmar ? Bukan aku yang kata , tapi Blog berikut yang kata http://dribrahimashaari.blogspot.com/2009/08/korban-samseng-politik.html .

Pemimpin, ahli dan penyokong Pakatan Rakyat jangan kutuk-kutuk orang UMNO di Negeri Sembilan ni. Kesian mereka , mereka ni tersepit , tiada tempat nak mengadu. Bantulah mereka , juga seluruh rakyat Negeri Sembilan secara amnya.

8/8/09

Penduduk bimbang rumah retak

Sinar Harian 8 Ogos 2009

SEREMBAN – Pelaksanaan projek Landasan Keretapi Berkembar Seremban-Gemas giat dijalankan berhampiran kawasan perumahan, didakwa mengakibatkan keretakan teruk di sepanjang deretan perumahan di Lorong 19, Taman Tan Chee Hoe, dekat sini.

Penduduk mendakwa, mereka bimbang dengan keretakan yang semakin banyak berlaku sejak pelaksanaan pembinaan projek berkenaan.

Malah, sejak dua hingga tiga bulan kebelakangan ini, penduduk mengadu kehidupan mereka bertambah sukar disebabkan banyak debu masuk ke kawasan kediaman akibat lori yang keluar masuk, selain gegaran daripada projek tersebut.

Tinjauan mendapati, kawasan projek Landasan Keretapi Berkembar Seremban-Gemas itu dilihat begitu hampir dengan kawasan belakang rumah penduduk berkenaan yang tidak sampai 30 meter.

Malah difahamkan, penduduk mendakwa langsung tidak diberikan penerangan terperinci mengenai pelaksanaan projek itu sebelum ini menyebabkan mereka bimbang dengan situasi tersebut.

Lee Choy Chin, 41, mendakwa, aktiviti projek dijalankan itu sememangnya menimbulkan rasa kurang senang penduduk.

“Kami bimbang dengan keadaan rumah yang dilihat makin retak kesan pelaksanaan pembinaan projek itu. Selain itu, bilangan lori keluar masuk ke tapak projek menambahkan lagi keretakan,” katanya.

Dia yang sudah menetap selama 16 tahun di taman perumahan itu berkata, debu yang masuk ke dalam rumah juga menyukarkannya untuk memasak.

“Ketika siang, memang banyak debu masuk ke dalam rumah. Jika dilapkan sekalipun, dalam masa beberapa minit debu akan ada semula,” katanya.

Sementara itu, S Sundaraj, 46, berkata, dia mendakwa berasa gegaran sebaik sahaja projek itu bermula.

“Atap rumah, longkang dan dinding retak dipercayai akibat projek yang sedang dilaksanakan itu.

“Ditambah dengan debu, lori keluar masuk, kami tidak boleh tahan lagi. Sudah dua hingga tiga bulan penduduk terpaksa berhadapan situasi sebegini. Seharusnya keselesaan penduduk dijaga dan dipelihara,” katanya.

Justeru dia dan penduduk berharap, satu mekanisme dapat diambil bagi mengatasi masalah tersebut.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3025457.asp

Gangguan bekalan air di Seremban 11, 12 Ogos 09

SEREMBAN 6 Ogos - Beberapa kawasan sekitar daerah ini akan mengalami gangguan air selama 24 jam mulai pukul 8 malam pada 11 Ogos ini hingga 8 malam keesokannya.

Pengurus Besar Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Zulkifli Ibrahim berkata, gangguan disebabkan kerja-kerja pengalihan paip air ekoran pembinaan Lebuh Raya Kajang - Silk (LEKAS) di Batu 6, Jalan Jelebu dekat sini.

Beliau berkata, kawasan terlibat ialah keseluruhan bandar Seremban, Seremban 2, Bandar Baru Nilai, Kuarters KLIA, Felda LBJ, Felda Sendayan, Kampung Gadong, Nilai 3, Taman Semarak, Pekan Lama Nilai, Kawasan Industri Berat Nilai dan sekitar Jalan Labu.

Seluruh Senawang, Taman Tuanku Ja'afar, Jalan Tampin, Jalan Port Dickson, Taman Tasek Jaya serta Kawasan Industri Tasek Jaya, Lenggeng dan kawasan sekitarnya termasuk Mantin, Pajam, Nilai, Staffield Golf Resort dan Ulu Beranang juga mengalami gangguan bekalan.

Ia juga melibatkan Rasah, Jalan Rasah, Hospital Tuanku Ja'afar, Rasah Jaya serta taman-taman perumahan di sekitar Rasah ke Mambau akan mengalami gangguan bekalan air sepanjang tempoh tersebut.

Jelasnya, orang ramai yang memerlukan bekalan air boleh menghubungi talian bebas tol SAINS 1-800-88-6982 atau 06-7653000, 06-7653001 dan 06-7639100.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_07.htm

8/5/09

Melayu Rembau Melayu Kelas Ketiga

Menjeritlah , merayulah , mengeluhlah. Tiada siapa akan ambil peduli , kerana Melayu Rembau adalah Melayu Kelas Ketiga agaknya.

1Malaysia , 1N.Sembilan. Rakyat didahulukan , Pencapaian diutamakan.
http://amkns.blogspot.com
http://terbengkalai.blogspot.com

Penduduk kesal pemaju lepas tangan
Sinar Harian 5 Ogos 2009

LUBOK CHINA - Penduduk di sini melahirkan rasa kecewa dan kesal kerana projek perumahan yang sepatutnya siap November 2005, masih terbengkalai sehingga kini.

Pelbagai cara dan usaha dilakukan penduduk namun masih menemui jalan buntu apabila pemaju perumahan seolah-olah lepas tangan.

Masalah yang dihadapi penduduk di sini pernah disiarkan Sinar Harian keluaran 11 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Taman Desa Indah Lubok China, Ibrahim Mahat berkata, perkara ini sudah lama dibangkitkan dan pihaknya telah pergi ke agensi kerajaan yang bertanggungjawab untuk menangani masalah ini namun jawapan yang diterima adalah diminta bersabar dan menunggu siasatan dilakukan.

Menurutnya, memandangkan tahun ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan maka pihak yang berkenaan perlu mengambil saranan ini sebagai langkah proaktif menyelesaikan masalah penduduk.

“Jangan pinggirkan penduduk kampung seperti kami, tolonglah pantau dan tinjaulah masalah yang kami hadapi ini kerana sampai bila kami harus menunggu tanpa mengetahui perkembangan sebenar projek yang terbengkalai ini,” katanya.

Ibrahim berkata, projek ini menyebabkan masalah lain turut timbul akibat keadaan rumah separuh siap itu dibiarkan tanpa penjagaan bertahun lama.

Menurutnya, ia bukan lagi semak-samun malah kawasan perumahan itu kini sudah menjadi seperti belukar dan dipenuhi air bertakung yang menggalakkan pembiakan nyamuk Aedes selain berlakunya tanah runtuh.

“Kawasan ini juga berdekatan dengan Rumah Rakyat Lubok China dan hanya beberapa meter dari rumah penduduk.

“Perkara ini amat membimbangkan penduduk sekitar kerana mereka turut mendapat kesan akibat projek ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya meminta jasa baik agensi kerajaan yang berkaitan supaya turun membantu menyelesaikan kemelut yang melanda pembeli di sini walaupun pihaknya menyedari projek ini adalah projek syarikat swasta.

“Kami amat mengharapkan bantuan daripada mana-mana pihak untuk tangani masalah ini. Kami akan berpuas hati sekiranya kami dapat mengetahui status dan keputusan mengenai projek terbengkalai itu bila akan diteruskan,” katanya.

Seorang lagi pembeli, Isah Ayub yang mewakili suaminya berkata, sehingga kini dia masih membayar ansuran rumah RM341.52 sebulan walaupun projek itu masih tiada perubahan kerana jika tidak membayar akan dikenakan tindakan mahkamah.

“Mahu tidak mahu kena juga bayar. Apa yang merunsingkan saya sekarang ialah keadaan suami yang tidak sihat, saya pula tidak bekerja.

“Saya bimbang jika suatu masa nanti menghadapi kesukaran untuk membayar apatah lagi rumah itu belum siap dan sekarang kami sekeluarga tinggal di rumah kampung kerana masih menunggu rumah ini siap,” katanya.

Menurutnya, kesabaran mereka seolah-olah teruji dengan keadaan seperti ini kerana bukan setahun dua masalah ini diajukan tetapi lebih daripada itu.

“Cubalah tengok keadaan rumah itu sekarang, langsung tiada perubahan malahan bertambah teruk dan tidak boleh diduduki lagi,” katanya.

Isah berkata, keadaan ini sangat mengecewakan kerana banyak pihak bersikap sambil lewa dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk.

Katanya, walaupun perkara ini sudah lama tetapi pembeli yang terlibat tetap akan berjuang untuk mendapatkan hak mereka.

“Kami memohon menyegerakan projek ini dan prihatin dengan keadaan kami. Kami bukannya orang senang untuk membawa masalah ini ke sini sana.

“Jika pihak yang bertanggung jawab tidak membantu kami siapa lagi kami boleh minta tolong,” katanya.

Bagi pasangan suami isteri, Anas Haiza Hamid dan Norsherina Husin, perkara yang mengelirukan mereka adalah rumah belum didirikan lagi dan yang ada cuma tapak tetapi hak milik tanah sudah bertukar kepada mereka sedangkan tidak semua pembeli yang mendapat tukar hak milik tanah ini.

Menurut Norsherina, perkara ini telah dibawa ke Pejabat Tanah untuk mengetahui keadaan sebenar namun jawapan yang diberikan adalah dia beruntung kerana mendapat tanah secara percuma dan kini perlu membayar cukai tanah.

“Saya pun hairan apabila hak milik tanah ini sudah bertukar padahal rumah belum dibina lagi dan hal ini menjadi tanda tanya kepada pembeli yang lain,” katanya.

Norsherina berkata, sudah sembilan tahun dia sekeluarga menyewa rumah sementara menunggu rumah ini siap namun kini harapan untuk tinggal di rumah sendiri nyata hanya tinggal harapan.

“Saya berharap projek perumahan ini dapat dijalankan dengan segera kerana sampai bila lagi kami mahu hidup menyewa dan terus menunggu sedangkan anak-anak semakin membesar,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Lubok China, Ismail Md Jan ketika ditemui berkata, keadaan yang menimpa penduduk terutama pembeli amat dikesalkan dan memohon pihak yang bertanggungjawab agar memberi keputusan yang pasti kepada pembeli.

“Saya bersimpati dengan apa yang dialami mereka kerana perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku sehingga menjejaskan kehidupan penduduk di sini,” katanya.

Ismail berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) dimohon memantau keadaan seperti belukar di situ dan menjadi tempat pembiakan nyamuk selain menjadi tempat haiwan berbisa tinggal yang membahayakan kesihatan dan keselamatan penduduk setempat.

“Justeru, tidak hairanlah kawasan Rumah Rakyat Lubok China ini mencatatkan kes demam denggi yang tinggi jika dilihat persekitaran kawasan yang tidak selamat dan tidak dijaga.

“Saya ada menghubungi Jabatan Kesihatan untuk membantu menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk ini tetapi mereka tidak mampu untuk memantau keseluruhan kawasan itu,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3018274.asp

8/4/09

Promosi Awning , Pintu Pagar dll sekitar Seremban

Sekadar membantu seorang usahawan dari Rantau :

Metal Awning - dari RM 5.50 KPS Siap Pasang
Polycarbonate - dari RM 12 KPS Siap Pasang
Pintu Pagar (Sliding) 10 X 5 - dari RM 600 (harga kilang)
Pintu Pagar W.I 10 X 5 - dari RM 900 (harga kilang)
Pintu Pagar ( Ayun ) - 10 X 5 dari RM 400 (harga kilang)

Kawasan operasi lingkungan 100 km dari Seremban

Pertanyaan: tel @ sms Abd Hafiz Bin Mohd Ali 017-2500345
E-mel abdulhafiz.sawda@gmail.com

8/2/09

Mansuh ISA Agenda Utama Pilihanraya Umum ke 13

Saudara Norizan Shariff mencadangkan agar Agenda Mansuh ISA dijadikan Agenda Utama dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang. Baca seterusnya di http://nobisha.blogspot.com/2009/08/mansuh-isa-melalui-pru13-bukan.html


“Dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menjadikan penutupan penjara Guantanamo Bay sebagai salah satu agendanya. Rakyat menerima agenda itu dan akhirnya Obama menunaikan janji tersebut.”

8/1/09

Tugu Negara, Najib lawan fatwa Mufti Perak dan JAKIM




Akhirnya Perdana Menteri 1Malaysia lawan juga fatwa Mufti Perak dan fatwa JAKIM.

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

PERDANA MENTERI HADIR ISTIADAT LETAK KALUNGAN BUNGA HARI PAHLAWAN

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menghadiri istiadat meletak kalungan bunga sempena sambutan Hari Pahlawan 2009 di Tugu Peringatan Negara di sini.

Terdahulu C/Insp Mohamed Awang dan ASP Rose Baini Kassim mendeklamasi sajak bertajuk "Pahlawanku" sebaik sahaja tiupan "Last Post" bergema dan bendera Malaysia diturunkan.

Turut hadir ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, beberapa menteri kabinet, anggota Parlimen, serta pegawai kanan polis dan tentera.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=429230

http://fotoweb.bernama.com/fotoweb/preview.fwx?position=10&folderid=5093&search=pahlawan&sorting=modifytime_desc

Letak kalungan bunga di Tugu Peringatan HARAM – JAKIM

Haram Letak Kalungan Bunga Di Tugu Peringatan Negara
http://mufti.perak.gov.my/isu/tugu_kenangan.pdf

Tajuk : Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan
http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=371

“Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan sempena upacara sambutan Hari Pahlawan dan upacara-upacara lain adalah haram dan hendaklah ditinggalkan.”

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=428

Berdoa di tugu peringatan adalah ditegah oleh syara’ dan hukumnya haram kerana perbuatan seumpama itu termasuk di dalam larangan firman Allah, surah al Maidah ayat 90 yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi dan al-ansab(menyembah berhala) dan al azlam (bertenung nasib) adalah najis daripada amalan syaitan. Maka hendaklah kamu jauhkan daripadanya moga-moga kamu berjaya”.

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=608

Bahawa haram tiupan dan bertafakur dengan menundukan kepala kepala selama 20 saat dengan meletakan kalung bunga ditugu, bacaan sajak yang boleh menimbulkkan semangat kepahlawanan adalah diharuskan, tetapi dengan syarat tidak dilakukan dihadapan tugu, atau di dalam suasana yang dilarang oleh syarak kerana semua ini adalah upacara agama juga.