JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

9/30/09

Bimbang tebing sungai makin terhakis

Sinar Harian 30 Sep 09

BATU SERAMBAI - Masalah hakisan tebing sungai yang semakin serius berdekatan Empang Batu menyebabkan penduduk dan pengguna jalan raya berasa bimbang dengan keselamatan mereka sekiranya jalan utama Seremban-Kuala Klawang terputus dua.

Penduduk yang ditemui, Mahmi Alias, 49, dari Kam-pung Sungai Raya berkata, pada mulanya, hakisan tebing sungai itu tidak terlalu besar, tetapi lama-kelamaan, hakisan itu semakin mendekati jalan raya utama yang menjadi penghubung antara Kuala Klawang dan Seremban.

Menurutnya, hakisan tebing sungai itu bagaimanapun tidak begitu jelas dilihat pengguna jalan raya dan dia menyedari hakisan itu kerana sering berulang-alik untuk solat berjemaah di Masjid Kariah Batu Serambai.

“Saya menjangkakan pengguna jalan raya tidak kiralah yang memandu kereta, mahupun motosikal bakal berhadapan dengan risiko terjatuh ke lokasi hakisan tebing sungai itu memandangkan ia sudah terlalu hampir dengan jalan.

“Tindakan segera perlu diambil pihak berkaitan kerana masalah ini bukan hanya menyukarkan penduduk setempat, malah mendatangkan masalah kepada pengguna jalan raya yang sememangnya menjadikan jalan ini sebagai pilihan utama ke Seremban,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Sementara itu, Abd Wahid Baharudin, 72, dari Kampung Lalang berkata, masalah hakisan tebing sungai itu sebenarnya sudah diajukan kepada Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Serambai pada mesyuarat JKKK yang dijalankan.

Menurutnya, Pengerusi JKKK memaklumkan sudah ada pihak yang bakal menjalankan kerja-kerja membaiki tebing sungai yang semakin terhakis dan merosakkan struktur Empang Batu.

“Bagaimanapun, hakisan ini sudah terlalu serius tetapi kerja membaikinya masih belum dijalankan pihak berkaitan.

“Saya berharap supaya pihak berkaitan dapat menjalankan kerja mereka secepat mungkin sebelum masalah ini menjadi semakin serius dan menelan belanja lebih besar,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5172270.asp

‘Pesta arak’ cemar imej Felda


Sinar Harian 30 Sep 09

Felda yang diilhamkan bekas Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein seakan-akan dirosakkan segelintir peneroka di Felda Bukit Rokan tanpa segan-silu meminum arak. Paling menyedihkan menurut peneroka di sini, golongan warga emas turut terlibat sama meminum arak di tempat khalayak ramai tanpa rasa malu. Sikap mereka ini sedikit sebanyak menjejaskan usaha pelbagai pihak membersihkan nama baik Felda yang sering dilabelkan sebagai lubuk gejala sosial. Dalam Islam, penganutnya diharamkan meminum arak namun lain pula terjadi di sini apabila mereka seolah-olah tidak menghiraukan ketetapan yang ditetapkan dalam Islam yang melarang umatnya meminum arak. Lebih mengejutkan apabila Sinar Harian diberitahu terdapat kedai yang menjual arak dengan harga murah menyebabkan ia mudah diperolehi.

GEMENCHEH – Rasa bimbang dan tidak selesa menyelubungi Felda Bukit Rokan apabila mendapati salah sebuah lokasi di kawasan terbabit dijadikan ‘port’ segelintir penduduk berpesta arak.

Tinjauan ke lokasi tersebut, kelmarin, mendapati, ‘port’ yang terletak bersebelahan jalan raya di Felda itu dicemari timbunan lebih 100 botol kosong arak pelbagai jenis diikuti sampah berselerak dipenuhi lalat.

Pertemuan Sinar Harian dengan anak peneroka yang prihatin dengan keadaan persekitaran Felda, Mohd Haris Samsudin, 56, berkata, dia kerap kali terserempak dengan beberapa individu berusia 20 hingga 60 tahun minum arak secara beramai-ramai di sini.

Katanya, lokasi itu dijadikan tempat melepaskan gian minum arak bersama kumpulan masing-masing tanpa rasa segan silu kepada orang ramai yang lalu lalang di kawasan terbabit selain membuat bising.

“Sebagai anak peneroka di Felda ini, saya berasa kesal kerana kawasan ini dicemari sikap tidak bertanggungjawab penduduk setempat yang minum minuman keras walaupun mengetahui ia haram dari segi perundangan Islam.

“Agak memalukan ia diminum secara terbuka di khalayak ramai tanpa rasa malu yang membabitkan generasi muda hingga golongan dewasa seakan ketagihan dengan minuman keras sekali gus menjejaskan imej Felda,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5171893.asp

9/29/09

Paip pecah 800 kali sejak 10 tahun

Berita Harian 28 Sep 09


MOHD SALLEH menunjukkan kawasan paip pecah berulang kali yang ditimbus semula.

Masalah berlaku setiap minggu menyebabkan gangguan bekalan

PAROI: Paip pecah berulang kali sejak 10 tahun lalu menyebabkan penduduk Taman Sri Telawi di sini menderita kerana masalah itu menyebabkan bekalan air terputus, apatah lagi kejadian berlaku ketika sibuk memasak dan hendak mandi sebelum pergi bekerja.

Penduduk mendakwa sepanjang tempoh itu, taman yang diduduki pada 1999 mengalami masalah paip bocor lebih 800 kali menyebabkan mereka mendesak Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) mengambil tindakan penyelesaian muktamad.

Tinjauan Berita Harian mendapati masalah paip pecah ketara dengan kebanyakan kawasan depan rumah taman itu mempunyai kesan kambusan dan mendapan tanah akibat kerja membaiki paip bocor.

Hampir setiap minggu masalah paip pecah berlaku, malah sebuah rumah di Jalan Telawi 6 mengalami paip bocor yang berlainan dua hari berturut-turut.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sri Telawi, Mohd Salleh Ibrahim, berkata, gangguan bekalan air akan berlaku antara empat hingga lima jam setiap kali paip bocor diperbaiki dan ini menimbulkan pelbagai kesulitan kepada penduduk.


MOHD SALLEH menunjukkan sambungan paip air pecah.

Katanya, penduduk kini mahu Sains mengemukakan pelan penyelesaian jangka panjang untuk mengatasi masalah itu.

“Masalah ini pernah dikemukakan kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Rais Zainuddin dengan menyerahkan memorandum kepadanya.

“Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, dalam Majlis Mesra Rakyat Bersama Pemimpin di taman ini pada 4 Julai lalu, turut dimaklumkan mengenai masalah itu dan saya difahamkan mengambil langkah penyelesaian sewajarnya,” katanya.

Mohd Salleh mendakwa penggunaan sejenis paip menyebabkan masalah itu berlaku kerana paip itu tidak tahan lasak dan mudah pecah.

Beliau juga mencadangkan kepada Sains supaya mencontohi Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang memaklumkan kepada penduduk mengenai sesuatu maklumat.

“Jika sesuatu maklumat seperti gangguan bekalan air berlaku, hantar maklumat itu kepada pengerusi persatuan taman perumahan yang dapat menyebarkan maklumat itu kepada penduduk taman melalui sistem ‘Blasting SMS’.

“Ini membolehkan penduduk membuat persediaan awal seperti menyimpan air dan tidak menghadapi terlalu banyak masalah apabila apabila air putus mengejut,” katanya.

Beliau mengakui bahawa Sains peka terhadap masalah penduduk taman itu dengan bertindak pantas setiap kali penduduk membuat laporan paip pecah.

Bagaimanapun, katanya penduduk mahu episod sengsara mereka setiap kali paip pecah ditamatkan segera dengan menggantikan keseluruhan paip di taman perumahan itu dengan jenis paip lain yang tidak mudah pecah.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20090928082223/Article/index_html

Blog Live dari Bagan Pinang

Berita terkini dari Bagan Pinang di http://baganutama.blogspot.com

9/24/09

Jadual Ceramah Umum di Bagan Pinang 25 ke 30 Sep 09

Tarikh : 25 Sep 09 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 26 Sep 09 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Si Rusa, Bt 4, Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 27 Sep 09 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Bagan Pinang, Batu 3 , Port Dickson ( Rumah Pak Din )
Penceramah :
Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan
YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi PKR N.Sembilan
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 29 Sep 09 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang
Penceramah :
Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
Ustaz Hj Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 30Sep 09 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Taman Bayu, Bt 7, Telok Kemang
Penceramah :
Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sila rujuk laman web PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com atau laman web Pilihanraya Kecil Bagan Pinang http://prkn31baganpinang.pas.org.my untuk maklumat terkini ceramah atau perubahan tempat.

Maklumat lanjut hubungi SU BPPNS Sdr Shamsul 019-6532973

Jamuan Hari Raya PAS N.Sembilan 27 Sep 09 di Bagan Pinang

MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS NEGERI SEMBILAN DAN CERAMAH UMUM
Tarikh : 27 September 2009 (Ahad)
Masa : 7:45 malam hingga 12 tengah malam
Tempat : Kg Bagan Pinang, Batu 3 , Port Dickson ( Rumah Pak Din )

Aturcara Majlis
7:45 pm – Ucapan Pengerusi Majlis
7:50 pm – Bacaan Doa
7:55 pm – Majlis Jamuan Hari Raya bermula
9:00 pm – Ucapan Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
9:10 pm – Ucapan YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan
9:20 pm – Ucapan YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi PKR N.Sembilan
9:30 pm – Ceramah Ustaz Hj Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
10:15 pm – Kutipan Derma
10:20 pm – Ceramah Ustaz Hj Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
12:00 am – Bersurai

SEMUA DIJEMPUT HADIR

9/22/09

Bekas Pegawai Tentera Kritik MB N.Sembilan

Seorang lagi bekas pegawai tentera mempersoalkan kewibawaan Mohamad Hasan :

“Sebenarnya daya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO saperti Mohamad Hasan amat berbeza jika dibandingkan dengan keadaan di Singapura atau di Amerika Syarikat. Di negara-negara tersebut, perkhidmatan dan pengalaman ketenteraan amat di hormati dan di sanjung tinggi sebab itu bekas-bekas pegawai tinggi tentera di negara-negara tersebut diangkat untuk menyertai Kabinet. Keadaan itu tidak pernah berlaku di negara ini.”

Ulasan beliau sepenuhnya di http://colroseli.blogspot.com/2009/06/mohamad-hasan-dengan-agenda-peribadinya.html

Kedai Ibu Tunggal terbakar , perlu bantuan


Sebuah gerai makan milik seorang ibu tunggal di Seremban telah kebakaran pada 21 September 2009. Kepada mereka yang ingin membantu ibu tunggal tersebut yang amat memerlukan bantuan kita semua , sila ke pautan berikut untuk cerita lanjut http://amknegerisembilan.blogspot.com/2009/09/kedai-makan-terbakar-amkns-turun-padang_21.html

9/18/09

Masjid penting di N.Sembilan akan dirobohkan


Atas alasan pembangunan sebuah masjid yang begitu strategik kemungkinan akan dirobohkan. Siapakah yang akan mempertahankan masjid ini daripada dirobohkan ?

Ulasan lanjut masjid di Negeri Sembilan yang akan dirobohkan pada pautan berikut
http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2009/09/rembau-yang-ku-sayangi.html

9/17/09

Panglima ATM ditamat khidmat tanpa perkenan YDP Agong

Kisah penamatan perkhidmatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia pada 1 Sep 2009 benar-benar membangkitkan kemarahan kebanyakan anggota tentera dari pangkat bawahan hinggalah ke peringkat atasan, dari yang telah bersara hinggalah rakyat yang simpati dengan perjuangan perajurit kita.

Apakah penamatan khidmat Jeneral Tan Sri Aziz Zainal dibuat tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Yang DiPertuan Agong ?

Seorang Panglima Angkatan Tentera hanya diberi masa 3 hari untuk menyerah tugas. Seorang Panglima Angkatan Tentera telah ditamatkan perkhidmatan sedangkan rumah persaraan belum disiapkan lagi.

Inikah balasan kerajaan terhadap Panglima Angkatan Tentera ? Jika seorang Panglima diperlakukan demikian apatah lagi anggota bawahan.

Kisah sepenuhnya pada pautan berikut http://mindnoevil.blogspot.com/2009/09/sudden-departure-of-armed-forces-chief.html

Seorang penyajak yang terkilan tidak sanggup hendak menulis sajak atas penamatan khidmat Panglima Angkatan Tentera. Kisah beliau di sini http://celoreng.blogspot.com/2009/09/cerita-seorang-jeneral.html

WAMAKARU WAMAKARALLAH WALLAHU KHAIRUL MAKIRIN

9/16/09

PKR hulur hadiah pada keluarga Rosmah

Seminggu menjelang sambutan Aidilfitri, ahli keluarga terdekat isteri perdana menteri Rosmah Mansor - seperti pernah dilihat dalam siri klip video di Internet - mendapat hadiah dan duit raya daripada Angkatan Muda PKR.

Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, hampir 10 pemimpin sayap kanan PKR itu mengunjungi ibu saudara (foto kiri) dan sepupu (foto kanan) isteri Datuk Seri Najib Razak di Kampung Mertang, Kuala Pilah kelmarin.

"Kunjungan ini untuk mencari kebenaran. Kalau sebelum ini, kita lihat kehidupan mereka dalam Youtube sahaja.

"Keadaan mereka amat daif. Kita berikan bantuan sekadar termampu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Dalam beberapa klip video tersebut, anggota keluarga dekat Rosmah itu melahirkan rasa tidak senang dengan sikap wanita pertama negara yang tidak lagi mengunjungi mereka dan kampung asalnya itu.

Rosmah bagaimanapun tidak pernah memberikan reaksinya berhubung kandungan video tersebut, atau mengesahkan mereka anggota keluarganya, yang kelihatan memaparkan imej negatif kepadanya.

Shamsul berkata, rombongan mereka dari Kuala Lumpur tiba di kampung tersebut kira-kira jam 1.15 tengah hari dan menghabiskan masa kira-kira dua jam di sana.

Mengulas reaksi ahli keluarga Rosmah terhadap kunjunganya, beliau berkata: "Ada yang menangis sebab Rosmah tidak ingat lagi pada mereka."

Diminta menggambarkan kedaifan ahli keluarga perempuan pertama itu, Shamsul berkata, mereka bekerja kampung yang berpendapatan tidak sampai RM500 sebulan dan "mempunyai rumah kayu yang agak reput."

Beliau juga bercadang mengheret isu tersebut dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan bermula pada 3 Oktober ini.

"Sudah pasti, kerana dia (Rosmah) mungkin turut berkempen," jawabnya ketika ditanya kemungkinan perkara itu dibangkitkan lagi.

"Ia untuk menggambarkan sikap sebenar Rosmah yang kononnya prihatin dengan dengan nasib masyarakat. Sedangkan keluarganya sendiri dibiarkan daif dan miskin.

"Kalau kerajaan berkata, (dalam konsep) Satu Malaysia, rakyat didahulukan, keadaan ahli keluarganya (Rosmah) menunjukkan sebaliknya."

Kampung tersebut terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuala Pilah, kata Shamsul.

http://malaysiakini.com/news/113004

UMNO, PAS, PKR boleh bersama di N.Sembilan

Beza fahaman politik tidak halang hidup bermasyarakat
Sinar Harian 16 Sep 09

PASOH 1 - Perbezaan masyarakat terutama membabitkan fahaman politik tidak seharusnya menjadi isu utama yang menghalang kehidupan bermasyarakat sebaliknya ia harus disuburkan dengan semangat kerjasama dan tolong-menolong.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Daerah Jelebu, Nazri Mohammad Nor berkata, langkah itu penting bagi memastikan sesebuah kelompok masyarakat saling bantu-membantu dan memperkukuh ukhuwah masing-masing walaupun terdapat per-bezaan fahaman politik.

:Menurutnya, beliau berasa gembira apabila program julung kali diadakan di Felda Pasoh 1 anjuran AMK iaitu Program Semangat Ramadan Keadilan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dan peneroka di Felda itu.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat setempat kerana tidak menjadikan perbezaan fahaman politik penghalang budaya hidup bermasyarakat seperti saling bekerjasama menjayakan sesebuah program demi kebaikan bersama.

“Saya juga berharap supaya setiap program dianjurkan tidak kira daripada mana-mana pihak, haruslah diberi sokongan sebagai tanda kekuatan masyarakat iaitu mengutamakan semangat kerjasama dan tolong-menolong,” katanya ketika ditemui pada program itu.

Hadir sama, Ketua AMK Negeri Sembilan, Rabin Dirham dan Ketua Cabang Jelebu, Ibrahim Yusof.

Pada program itu, sebanyak 300 bungkus bubur lambuk diedarkan kepada masyarakat setempat dan lima orang menerima sumbangan makanan dan barang keperluan harian termasuk beras.

Penduduk, Normah Nordin, 63, berkata, dia berharap supaya lebih ramai masyarakat setempat dapat turut serta dalam program itu dan mengetepikan segala perbezaan fahaman politik demi kesejahteraan hidup bermasyarakat.

Menurutnya, jika masyarakat hanya mengikut kata hati dan memikirkan perbezaan politik, banyak perkara baik akan terlepas terutama untuk menyuburkan kembali semangat perpaduan dan kerjasama.

Rosli Ahmad, 48, ber-harap supaya masyarakat setempat tidak menyempitkan pemikiran masing-masing sebaliknya perlu saling bekerjasama dan bantu-membantu hanya disebabkan perbezaan fahaman politik.

“Hal ini disebabkan, program dianjurkan mana-mana pihak bagi memberi peluang kepada masyarakat setempat mengeratkan lagi silaturahim dan berkenal-kenalan antara satu sama lain,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4677333.asp

9/15/09

Bagan Pinang , pantai untuk orang awam dan rakyat terhad

Apa gunanya pembangunan yang dibanggakan di Bagan Pinang , Port Dickson jika ianya hanya menguntungkan pengusaha hotel terkemuka tetapi tidak kepada penduduk setempat dan pelancong tempatan

Banyak Pantai PD Terselindung Daripada Mata Awam

PORT DICKSON (Bernama) - Orang ramai yang mengunjungi pantai peranginan Port Dickson lazimnya menuju ke pantai-pantai perkelahan popular seperti Pantai Teluk Kemang, Pantai Saujana dan Pantai Blue Lagoon.

Tetapi ketiga-tiga pantai ini sebenarnya antara 16 buah pantai yang indah di Port Dickson, menganjur dari km 3 hingga km 21, tetapi yang lain tidak diketahui oleh orang ramai kerana ketiadaan laluan dan papan tanda ke arah pantai-pantai itu.

Ketiadaan laluan dan papan tanda berpunca kerana pantai-pantai itu dipagari oleh banglo-banglo persendirian dan swasta serta rangkaian hotel seolah-olah menjadi hak milik persendirian walaupun pantai diiktiraf sebagai harta awam di bawah undang-undang.

Senario ini menyebabkan tumpuan berlebihan di ketiga-tiga pantai di atas yang menjadi punca kesesakan dan kekotoran.

Oleh itu pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu sedar potensi pantai Port Dickson dan jangan hanya menumpukan pada pantai-pantai popular ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan pantai Port Dickson seperti Pantai Batu Sebelas kesemuanya telah dipagari oleh banglo-banglo swasta dan persendirian sehingga menutup laluan ke pantai yang pernah ada satu ketika dulu.

BANGLO DAN HOTEL BOLOT PANTAI

Banglo persendirian dan swasta juga menutup jalan ke Pantai Batu Sepuluh dan sebahagian Pantai Batu Sembilan selain sebuah hotel bertaraf lima bintang dan sebuah kem tentera hingga tiada lagi laluan untuk sampai ke pantai.

Nasib serupa boleh dilihat di Pantai Batu Tujuh, Batu Enam, Batu Lima dan Batu Tiga - kesemuanya seolah-olah telah menjadi hak eksklusif hotel-hotel bertaraf empat dan lima bintang menyebabkan pengunjung awam perlu melalui kawasan hotel itu untuk ke pantai walaupun satu ketika dulu terdapat laluan ke pantai.

Orang ramai yang secara kebetulan berpeluang mengunjungi pantai-pantai `rahsia' ini berkata mereka tidak menyangka Port Dickson mempunyai banyak lagi pantai-pantai cantik yang terselindung.

Suri rumah dari Ampang Norzaini Amiruddin, 24, kesal kerana pihak berkuasa tidak membina jalan menuju pantai-pantai terselindung ini.

"Saya mengetahui Pantai Batu Sembilan ini kerana menginap di hotel berhampiran. Sebelum ini saya tidak tahu ada pantai yang indah dan sunyi di sini," katanya.

PENDUDUK SETEMPAT TURUT KESAL

Penduduk tempatan di Pantai Batu 11, Syed Huzair Syed Hamzah kesal kerana satu ketika dulu penduduk kampungnya mempunyai jalan ke pantai yang terletak setengah kilometer di hadapan rumah.

"Sekarang semua banglo-banglo pasang pagar hingga kami tak dapat ke pantai untuk memancing," katanya yang berharap kerajaan negeri peka dengan masalah itu.

Nasaruddin Abdullah Sani, 43, berkata dia mengetahui Pantai Batu Sembilan setelah ditunjukkan oleh anaknya yang belajar di politeknik berhampiran.

"Pantai adalah hak milik awam, mereka tak boleh menutup jalan ke arah pantai. Perbuatan mereka seperti menutup sungai yang mudik ke hilir," katanya yang datang dari ibukota.

Pie Rahim, 47, dari Kelang berkata orang ramai tidak tahu pantai-pantai terselindung ini selain berharap kerajaan memajukan pantai-pantai itu daripada dibolot oleh golongan berkemampuan.

PD LEBIH DARIPADA TELOK KEMANG

"Semua orang ingat Pantai PD hanya Telok Kemang saja, kenapa pantai-pantai lain tak dimajukan," keluh anggota bomba itu.

Kerajaan negeri sebelum ini pernah mengeluarkan amaran supaya pihak hotel tidak menghalang orang ramai daripada mengunjungi pantai tetapi arahan itu tidak menyebut dengan khusus pemilik-pemilik banglo terbabit.

- BERNAMA

http://www.bernama.com/news.php?id=256089&vo=111

9/14/09

Jasa Panglima Angkatan Tentera tidak dihargai

Penyerahan tugas Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru mengejutkan warga perajurit.

Ianya seolah-olah tidak dilakukan mengikut kebiasaan tradisi ATM. Tiada acara perpisahan rasmi untuk bekas Panglima Angkatan Tentera tersebut.

Kalau jasa seorang Panglima Angkatan Tentera yang telah berkhidmat lebih 40 tahun demi mempertahankan kedaulatan negara tidak dihargai , apatah lagi anggota tentera lain-lain pangkat seperti Prebet, Lans Koperal, Koperal, Sarjan, Staf Sarjan, Sarjan Mejar dan seterusnya.

MOH Ko Bagan Pinang Kito !

Ikuti kisah PERPISAHAN TIBA-TIBA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DI SINI http://mindnoevil.blogspot.com/2009/09/sudden-departure-of-armed-forces-chief.html

9/13/09

Sampah, Air, Raya dan Pilihanraya di N.Sembilan

Setiap kali musim perayaan di Negeri Sembilan ini , pasti kedengaran masalah sampah yang tidak dikutip berhari-hari lamanya hingga berulat , bekalan air yang terputus berhari-hari.

Sehubungan rakyat di Negeri Sembilan ini , terutama yang tinggal di Bagan Pinang dan kawasan sekitarnya di seluruh negeri mengharapkan agar bekalan air melalui Jabatan Bekalan Air yang baru diperbadankan (diswastakan) pada tahun ini agar mempastikan bahawa bekalan air tidak terputus di sepanjang musim perayaan. Di samping itu pihak SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) hendaklah melantik kontraktor yang mencukupi di seluruh negeri untuk membekalkan air di kawasan yang terputus bekalan air pada musim perayaan nanti.

Begitu juga dengan kutipan sampah di negeri ini , sudah menunjukkan tanda-tanda kelewatan kutipan sampah pada akhir-akhir Ramadhan. Adalah diharapkan mereka yang bertanggungjawab terutamanya PBT, kontraktor yang dilantik dan EXCO berkaitan agar kutipan sampah berjalan mengikut jadual pada musim perayaan ini.

Ingat, raya dah nak dekat. Pilihanraya Kecil Bagan Pinang.

9/12/09

Bangsal tempat cucu bermalam

Sinar Harian 12 Sep 2009

LENGGENG – “Selagi badan terdaya, mereka akan sentiasa bersama saya” kata Kamsiah Abd Rahman, 71, yang tabah membesarkan 10 cucunya di rumah usang No 5, Belakang Pejabat Pos Lenggeng.

Biarpun rumahnya hanya mempunyai sebuah bilik kecil, namun warga emas ini tidak kisah cucunya berusia seawal tujuh hingga 14 tahun menumpang teduh di situ memandangkan ibu bapa mereka turut kesempitan hidup.

Malah, tiga anak perempuannya pula berstatus ibu tunggal menyebabkan hidup masing-masing menjadi semakin tersepit kerana perlu membesarkan anak-anak bersendirian.

Seorang anak sudah setahun tidak mendengar berita

Lebih menyedihkan lagi, seorang anak Kamsiah sudah setahun tidak mendengar khabar berita menyebabkan dua anaknya yang ditinggalkan sering termimpi mengharapkan ibu dirindui pulang.

“Saya sendiri pun tidak boleh berbuat apa-apa kerana tidak tahu dia di mana. Cuma saya amat berharap agar raya tahun ini dia dapat pulang ke kampung melihat anak-anaknya.

“Tidak mengapa jika tidak dapat beli baju raya untuk mereka, tetapi pulanglah kerana anak-anak amat merindui,” katanya.

Kamsiah sedih melihat cucunya yang sering bertanya mengapa ibu tidak pulang ke rumah, malah adik-beradiknya yang lain juga tidak dapat mengesan dia berada di mana.

Sinar Harian difahamkan, warga emas ini mempunyai tujuh anak iaitu tiga lelaki dan empat perempuan yang masing-masing mengalami kesempitan hidup.

Kamsiah berkata, dia juga baru beberapa bulan menerima bantuan bulanan sebanyak RM400 daripada JKM.

“Bantuan yang saya terima sekarang ini pun kalau ikutkan memang tidak cukup kerana barang maka-nan sekarang mahal.

“Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana seku-rang-kurangnya dapat meringankan beban yang terpaksa saya tanggung ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4650178.asp

9/11/09

N.Sembilan akan dapat Menteri Besar baru ?


Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Dulu kawan kini lawan. Dulu lawan kini kawan. Dulu UMNO kini PAS. Dulu PAS kini UMNO.

Politik di Negeri Sembilan mutakhir ini menarik perhatian orang Melayu seluruh dunia.

Ramai akar umbi ahli UMNO di Negeri Sembilan mengharapkan Tan Sri Isa Samad kembali menerajui politik di Negeri Sembilan. Mereka kata Tan Sri Isa Samad , gaya politik orang kampung, mudah untuk berjumpa. Berlainan dengan Dato Seri Mohamad Hasan , gaya politik orang korporat , sukar untuk buat temu janji.

Ada orang kata kalau Tan Sri Isa Samad bertanding di Bagan Pinang dan menang , mudah untuk menyingkirkan Mohamad Hasan dari kerusi Menteri Besar.

Undi tidak percaya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dari 4 ADUN BN , 10 ADUN DAP , 4 ADUN PKR dan 1 ADUN PAS sudah cukup untuk Negeri Sembilan mendapat seorang Menteri Besar yang baru.

Tidak semestinya Menteri Besar tersebut Tan Sri Isa Samad sendiri , asalkan ianya dipersetujui oleh majoriti ADUN.

Salah seorang calon yang dinamakan oleh PAS untuk bertanding di Bagan Pinang ialah Ustaz Kassim Tahir yang sebelum ini memang rapat dengan Tan Sri Isa Samad. Agak-agak apa yang dibincangkan oleh Ustaz Kassim dan Tan Sri Isa Samad dalam gambar pada pautan berikut

Penduduk mohon baiki jambatan

Sinar Harian 11 Sep 09

PENGKALAN DURIAN – Keadaan jambatan kecil di kawasan Rumah Rakyat Pangkalan Durian yang sudah rosak sejak enam tahun lalu sehingga kini tidak dibaiki pihak perumahan.

Seorang penduduk, R Arumugam, 49, berkata, kerosakan jambatan besi itu menyebabkan kenderaan seperti motosikal dan basikal tidak dapat menggunakan jalan tersebut yang terletak di Blok K Rumah Rakyat Pangkalan Durian Fasa 1.

Katanya, penduduk di sini lebih selesa menggunakan motosikal dan apabila jambatan itu rosak memberi kesukaran kepada mereka.

“Usaha kami menghantar surat aduan dan permohonan mendapatkan bantuan bagi membaiki jambatan sehingga kini tidak mendapat maklum balas positif.

“Pernah juga sekali pihak perumahan datang ke lokasi jambatan berkenaan untuk mengambil gambar namun tiada apa-apa usaha lain ditunjukkan untuk membaiki kerosakan jambatan,” katanya kepada Sinar Harian.

Arumugam berkata, selain surat aduan yang dihantar, alternatif lain juga dilakukan seperti menyiarkannya ke akhbar tempatan lain mengenai permasalahan ini namun semua sia-sia sahaja.

:“Selain merbahaya kepada kenderaan, kanak-kanak sering bermain di kawasan ini turut mengundang bahaya dan berkemungkinan mereka terjatuh ke dalam longkang besar itu.

“Diharap tindakan drastik dapat dilakukan kerana perkara ini sudah berlarutan sejak enam tahun lalu,” katanya.

:Rumah Rakyat Pangkalan Durian Fasa 1 mempunyai 350 unit buah rumah dan didiami kira-kira 700 penduduk.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4645011.asp

Keputusan kes batal saman malu Ahmad Zahid 16 November

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Nov depan untuk mendengar dan membuat keputusan berhubung permohonan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi membatalkan saman malu yang difailkan seorang usahawan terhadap beliau.

Penolong Pendaftar Kanan Mohd Fitri Sadarudin menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya ketika kes itu disebut di hadapannya hari ini.

Amir Bazli Abdullah, 38, memfailkan saman malu itu terhadap Ahmad Zahid pada 5 Julai 2007.

Dalam saman itu, Amir Bazli mendakwa Ahmad Zahid menumbuk muka beliau dalam satu kejadian pada 16 Jan 2006 dan menuntut sejumlah ganti rugi yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Pada 29 Ogos 2007, Ahmad Zahid memfailkan permohonan untuk membatalkan saman malu itu dengan alasan kejadian itu tidak pernah berlaku dan sengaja direka oleh plaintif.

Ahmad Zahid diwakili peguam Shashi Menon manakala Shamsul Bahrain Ibrahim yang turut hadir menyebut bagi pihak peguam Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli. BERNAMA

http://www.mstar.com.my/berita/mahkamah/cerita.asp?file=/2009/9/10/mstar_mahkamah/20090910195834&sec=mstar_mahkamah

9/10/09

RM 250 juta baik pulih kem tentera , Bagan Pinang ?

Pada 4 November 2008 Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak telah mengumumkan RM 250 juta diperuntukkan segera untuk membaik pulih kem dan kuarters tentera. Dah laksanakan ke belum baik pulih kem dan kuarters tentera ini ? Kalau sudah di mana dan berapa banyak lagi yang perlu dibaik pulih.

Ini janji dibuat pada tahun 2008 , sepatutnya sudah dilaksanakan.

Adakahkah kem-kem berikut telah di baik pulih di Bagan Pinang ?
Kem 1 Woksyop Brigade
Kem Lateda
Kem Pulamor
Kem Pusarti
Kem Pusat Olah Perang
Kem Sebatang Kara
Kem Segenting
Kem Sekolah Pengurusan Tentera Darat
Kem Sunggala
P.D. Garison

**********************
Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak 500 juta ringgit diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu 250 juta ringgit untuk polis dan 250 juta ringgit juga untuk tentera.

Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan Kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.

Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
04/11/2008
Menggulung Perbahasan Bajet 2009 Di Peringkat Dasar Bagi Kementerian Kewangan

http://www.pmo.gov.my/?menu=speech&page=1677&news_id=84&speech_cat=11

9/8/09

5000 undi tentera Bagan Pinang mesti tuntut hak anda

Lebih kurang 5000 undi pos tentera di Bagan Pinang perlu tuntut hak mereka. Banyak peralatan usang yang digunakan yang membahayakan nyawa para pejuang tanahair kita.

Antaranya kenderaan perisai Condor yang berusia lebih 20 tahun yang tidak sesuai digunakan pada zaman ini. Ini diakui sendiri oleh Panglima Tentera Darat.

Kerajaan menangguhkan penggantian Condor ini atas alasan kekurangan dana. Sedangkan Condor adalah pengangkutan yang paling penting dan terbanyak dalam tentera.

Begitu juga jaket kalis peluru yang tidak sesuai digunakan oleh anggota tentera kita.

Bangkitlah anggota tentera di Bagan Pinang tuntut hak anda untuk mempertahankan diri sendiri ketika bertempur dengan peralatan yang terkini.

******************
Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh. (Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin)

******************
Condor rempuh lori, anggota tentera cedera

KUANTAN 29 Jun - Seorang pemandu lori getah sekerap terkejut apabila mendapati kenderaannya yang tiba-tiba meluncur laju adalah akibat dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0630&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_26.htm&arc=hive

******************
Seorang Anggota Malcon Terbunuh, Lima Cedera Dalam Kemalangan Jalan Raya Di Lubnan

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Seorang anggota Pengaman Kontinjen Malaysia (Malcon) II Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) terbunuh manakala lima rakan setugasnya cedera dalam kemalangan jalan raya di Srifa, 20 km di barat daya Kaokabah, Lubnan, pada Jumaat.

“Difahamkan kenderaan perisai Condor itu terbalik semasa menaiki bukit,” katanya.

http://beritamalaysiakini.wordpress.com/2008/05/18/

******************
Program Beli Kereta Perisai Baru Ditangguh

PORT DICKSON, 7 Nov (Bernama) -- Kegawatan ekonomi dunia dan kekurangan dana menyebabkan program penggantian kereta perisai Condor dan Sibmas Tentera Darat ditangguhkan ke Rancangan Malaysia Kesepuluh, kata Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin.

Katanya kereta perisai yang digunakan sejak dari 80an itu sudah tidak ekonomik lagi untuk dibaik pulih kerana sudah terlalu tua.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Kompleks Kolej Tentera Darat di Kem Segenting di sini hari ini, beliau bagaimanapun berkata, sebahagian daripada 184 kereta perisai Sibmas dan sebahagian daripada 460 kereta perisai Condor akan dibaik pulih menggunakan alat ganti daripada baki daripada kereta-kereta perisai itu.

Pembelian kereta perisai Sibmas pada tahun 1980an pernah menimbulkan kontroversi kerana penggunaannya sebagai kenderaan bantuan tembakan didapati tidak begitu praktikal. Malaysia merupakan satu-satunya negara pengguna Sibmas yang dibuat di Belgium.

Condor pula dikatakan semakin tidak sesuai dalam peperangan moden hari ini disebabkan perisai kenderaan itu agak nipis dan gagal mengekang tembakan dari roket seperti yang pernah berlaku semasa peristiwa di Pasar Bakaara, Somalia, pada Oktober 1993, apabila beberapa buah kereta perisai Condor Malaysia musnah dan seorang pemandunya terbunuh.

Ketika diminta mengulas laporan sebuah majalah pertahanan kononnya tentera darat gagal membekalkan jaket kalis peluru sebagai satu peralatan standard kepada anggota infrantri, Muhammad Ismail berkata: "Atas sebab-sebab kerahsiaan, kita tidak boleh dedahkan jenis jaket perisai yang kita beli tetapi cukuplah saya katakan ia dari jenis yang tidak kurang dari type 3A (berkemampuan menghentikan peluru 9mm dan tembakan senjata api kecil)."

Katanya, buat masa sekarang, bukan semua unit dibekalkan dengan jaket itu tetapi hanya diberi kepada pasukan-pasukan tempur dan mereka yang terlibat dengan tugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa Bersatu seperti di Lubnan.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=370025

******************
Tambah baik integriti anggota Tentera Darat

Dalam sesi wawancara khas Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin bersama media sempena sambutan ulang tahun itu baru-baru ini, beliau menjelaskan betapa TD sentiasa berhasrat memodenkan perkhidmatannya.

Beliau menegaskan, program utama yang sedang dirancang ketumbukan itu adalah bagi perolehan kenderaan perisai beroda 8X8 bagi menggantikan kenderaan perisai Condor 4X4 dan Sibmas 6X6.

"Namun kita terpaksa menangguhkannya (pembelian 8X8) kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) kerana keadaan ekonomi yang tidak menggalakkan. Sekarang, kita sedang menjalankan program retrofit (pembaikan) ke atas Condor dan Sibmas," jelas beliau.

Penggantian kedua-dua kereta perisai beroda itu dilihat amat penting kerana kedua-duanya diperoleh semasa program Pembangunan Istimewa Angkatan Tentera (Perista) iaitu sekitar pertengahan 1980-an. Dengan usia melebihi 20 tahun sekarang, tidak keterlaluan jika dikatakan kedua-dua varian aset berkenaan telah mencapai tahap 'usang.'

http://min-def.blogspot.com/2009/02/tambah-baik-integriti-anggota-tentera.html

******************
Info : Aset Terkini ATM - Tentera Darat

Tentera Darat Malaysia

Kenderaan Tempur
457 unit Kenderaan Perisai Pengangkut Rheinmetall Condor
160 unit Kenderaan Tempur Perisai Simbas 90 (dengan meriam 90mm kaliber)
40 unit Kereta Kebal Utama PT-91M Pendekar
26 unit Kereta Kebal Ringan FV-101 Scorpion (dengan meriam 90mm kaliber)
241 unit Kenderaan Tempur Perisai ACV-300 Adnan (30 unit dalam pembinaan)
111 unit Kenderaan Tempur Perisai MIFV (Modenisasi dari KIFV buatan Republik Korea)
25 unit Kenderaan Perisai Ringan Alvis Stomer
80 unit Kenderaan Perisai Ringan Haegglunds Bandvagn 206
4 unit Kenderaan Arahan Artilleri Avibras AV-VBL

9/7/09

Malu setiap kali rumah dikunjungi

Sinar Harian 7 Sep 09

SENALING – Seorang penoreh getah, Abdul Aziz Sidek menyatakan dia terpaksa menahan malu setiap kali tetamu berkunjung ke rumahnya kerana terpaksa menggunakan lebih 10 besen untuk menadah air hujan yang memasuki ruang rumah.

Dia yang tinggal di Hulu Senaling berkata, banyak kebocoran berlaku di bumbung rumahnya yang berusia lebih 60 tahun itu.

“Bumbung ini memang tidak pernah berganti sejak saya tinggal di sini kerana kami bukan keluarga yang mampu. Bayangkan, kalau hendak mengganti bumbung ini memerlukan kos melebihi RM1,000 dan kami tiada wang sebanyak itu.

“Rumah ini sudah terlalu lama dan hampir kesemua bumbungnya sudah bocor serta usang. Walaupun bocornya tidak sebesar mana, tetapi lubangnya banyak sehingga memerlukan lebih daripada 10 besen dalam rumah. Apabila hujan, orang sibuk berehat, tetapi kami pula sibuk menadah air hujan,” katanya.

Katanya, dia pernah menampal lubang bocor tersebut tetapi tidak bertahan lama, malah pendapatannya yang hanya bergantung dengan menoreh getah akan terjejas setiap kali musim tengkujuh.

“Pendapatan sebagai penoreh getah tidak menentu. Kadang-kadang ada, kadangkala tiada langsung. Begitulah kehidupan saya sekeluarga.

“Saya sudah tidak kuat dan tidak berdaya untuk keluar melakukan pekerjaan lain, ditambah pula usia sudah mencecah 69 tahun. Saya berharap ada pihak yang prihatin untuk menghulurkan bantuan kepada saya dan keluarga,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4144581.asp

9/6/09

Warga emas mohon ganti bumbung baru

Sinar Harian 6 Sep 09

PAJAM – Hujan yang sepatutnya membawa rahmat diterima sebagai ujian dan dugaan bagi warga emas, Asmah Bibi Mastan, 75, yang tinggal di Kampung Gebok, Jalan Pajam, Mantin, dekat sini.

:Asmah berkata, ini kerana setiap kali hujan hatinya dibelenggu rasa bimbang kerana hampir keseluruhan bumbung rumahnya bocor kerana sudah terlalu uzur.

“Kalau di luar basah begitu jugalah di dalam rumah kerana atap zink bocor sana sini. Sudah terlalu banyak yang berlubang dan menyebabkan air mudah sangat mengalir masuk.

“Saya pun kadangkala terpaksa mencari ruang yang ada di rumah ini untuk tidur ketika hari hujan kerana di bilik pun bocornya sudah terlalu teruk,” katanya.

Menurutnya, baldi dan besen perlu disediakan lebih awal setiap kali hari hujan kerana jika tidak rumahnya bagaikan banjir kilat.

“Saya juga bimbang jika berlaku litar pintas sekali gus menyebabkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Selain itu katanya, bukan anak-anaknya tidak mahu membantu namun dia sendiri tidak mahu menyusahkan mereka yang masing-masing kerja tidak seberapa dan mempunyai keluarga sendiri.

Asmah berkata, aduan sudah dibuat kepada Ketua Kampung untuk dipanjangkan kepada pihak berkaitan, namun hingga sekarang masih belum ada sesiapa yang datang membaiki bumbung rumahnya.

Tinjauan Sinar Harian ke rumah warga emas ini mendapati sememangnya bumbung rumahnya sudah terlalu uzur dan amat merbahaya kerana dikhuatiri runtuh pada bila-bila masa sahaja.

“Hujan lebat yang semakin kerap sejak akhir-akhir ini betul-betul membuatkan kehidupan saya sukar terutamanya dalam keadaan menyambut Ramadan.

“Saya amat berharap ada pihak tampil membantu kerana tidak lama lagi kita akan menyambut Syawal. Lagipun, anak-anak saya mahu pulang beraya di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story4110193.asp

Masjid Kg Bongek, N.Sembilan akan dirobohkan, semua senyap

Masjid Kg. Bongek di N.Sembilan akan dirobohkan atas nama pembangunan, iaitu terlibat dalam projek landasan keretapi berkembar.

Pelan tanah yang akan diambil telah terpampang dalam Masjid Kg. Bongek, namun hingga saat ini tiada suara sepatah pun dari pejuang Melayu yang akan mempertahankan masjid ini dari dirobohkan.

Apabila ditanya kepada seorang Pak Haji di masjid itu , sampai mana mereka akan ambil tanah ? Pak Haji tu berkata sampai tangga masjid. Ditanya lagi Pak Haji adakah masjid ini akan dirobohkan, Pak Haji jawab tunggulah buat masjid baru. Tanya Pak Haji nak buat di mana, dia pun tak tahu.

46% tanah Masjid Kg Bongek akan diambil. Kepada siapa pampasan tersebut diberikan ? Masjid Kg Bongek mesti dipertahankan oleh orang Melayu Negeri Sembilan kerana ianya Masjid yang unik. Ramai orang sembahyang di masjid ini termasuk pelakon veteran Dato Aziz Singah.

Ulamak Negeri Sembilan yang terkenal Almarhum Tuan Haji Ibrahim juga adalah dari Bongek ( kisah beliau di sini http://madrasahbongek.blogspot.com )

Semua orang Melayu Negeri Sembilan mesti bangun mempertahankan masjid ini.

Kalau penganut agama Hindu di Seremban boleh mempertahankan kuil-kuil mereka dari dirobohkan seperti di jalan Seremban-Tampin dari dirobohkan dengan nyawa mereka sendiri takkan orang Melayu nak berdiam diri ?

Untuk melihat Pelan Masjid Kg Bongek yang akan dirobohkan, Masjid Kg Bongek dan Kuil Hindu di jalan Seremban – Tampin sila ke pautan berikut http://pasns.blogspot.com/2009/09/masjid-kg-bongek-nsembilan-akan.html

UMNO selesai dulu perumahan terbengkalai di N.Sembilan

Begitu banyak masalah rakyat di N.Sembilan sejak sekian lama. Dengan adanya pilihanraya kecil di Bagan Pinang , akan terbongkarlah masalah rakyat yang telah lama terpendam.

Antaranya masalah perumahan terbengkalai dan projek Gajah Putih.

Layari laman web Perumahan Terbengkalai Negeri Sembilan di http://terbengkalai.blogspot.com

Layari Projek Gajah Putih Negeri Sembilan di http://gajahputihn9.blogspot.com

Layari laman web PAS Negeri Sembilan di http://pasns.blogspot.com

9/5/09

Jeneral dan Kolonel dalam PAS N.Sembilan

DUN Bagan Pinang mempunyai lebih kurang 5000 orang pengundi pos yang majoritinya anggota tentera.

Menariknya ramai bekas pegawai tentera dan lain-lain pangkat ramai yang menyertai PAS. Malah ada yang bertanding dalam piliharaya umum di Negeri Sembilan seperti Brigadier Jeneral (B) Dato’ Zakaria bin Hj Dahlan. Biodata beliau di sini http://pasns.blogspot.com/2009/09/brig-jeneral-b-dato-zakaria-bin-hj.html

Antara lain veteran tentera yang telah sekian lama menyertai PAS ialah Lt. Kolonel (B) Hj Malakan bin Kamarudin. Blog beliau di sini http://hjmalakan.blogspot.com

Lebih lanjut berita PAS Negeri Sembilan di http://pasns.blogspot.com

9/4/09

Banjir lumpur sukarkan kehidupan penduduk

Sinar Harian 4 Sep 09

KAMPUNG JIMAH BARU – “Kami tidak menghalang sebarang pembangunan, tetapi jangan terlalu rakus sehingga mengabaikan keselesaan penduduk di sini,” keluh seorang warga emas Mohamad Hassan, 83, apabila rumahnya dilanda banjir lumpur baru-baru ini.

Dia berkata, kawasan itu memang sering dilanda bencana alam, tetapi sejak adanya pembangunan projek perumahan di kawasan berhampiran dakwanya, banjir lumpur mula berlaku.

“Untuk tahun ini sahaja sudah tiga kali kawasan ini dilanda banjir lumpur. Jika sebelum ini banjir kilat yang melalui kawasan ini hanyalah air dan tidak merisaukan kami, tetapi kini banjir lumpur menyusahkan kami untuk membersihkannya.

“Kawasan ini mudah dinaiki air dan apabila hujan lebat dalam masa dua jam sahaja, kawasan ini sudah banjir. Dahulu kami tidak risau sangat kerana banjir yang berlaku hanya air yang lalu sahaja, tetapi kini air lumpur. Kawasan laman rumah saya ini adalah tanah yang telah ditar dan untuk membersihkannya harus disapu dan disimbahi air,” katanya.

Sementara itu, menurut seorang penduduk, Bahudin Ahmad, 55, projek perumahan yang sedang dibangunkan adalah satu pembangunan yang baik, tetapi berharap kepentingan serta keselesaan penduduk tidak diabaikan.

“Pembangunan yang sedang dijalankan ini mungkin satu projek yang tidak dirancang dengan baik kerana menjejaskan keselesaan penduduk di sini.

“Kami penduduk di sini tidak kecewa dengan keadaan banjir yang sering berlaku di sini kerana kami tahu struktur muka bumi yang memang menjadikan kawasan ini sebagai laluan air apabila hujan, namun setelah adanya projek perumahan itu, kawasan ini dilanda banjir lumpur. Sekurang-kurangnya kami berharap ada inisiatif daripada pemaju untuk datang membantu mangsa yang mengalami banjir disebabkan oleh tapak projek mereka bagi membersihkan lumpur kesan daripada banjir kilat,” katanya.

Bahudin berkata, kawasan perumahan itu lebih rendah daripada kawasan tapak projek perumahan berkenaan dan mengakibatkan segala kekotoran seperti lumpur akan mengalir apabila hujan lebat.

Dalam kejadian banjir lumpur ini sekurang-kurangnya lima rumah termasuk sebuah tapak usaha ternak dan sembelih ayam terjejas teruk.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3912831.asp

9/3/09

ADUN DAP tolong Syarikat Air N.Sembilan

Ramai yang keliru mengenai bacaan bil air Syarikat Air Negeri Sembilan. Terima kasih kepada ADUN DAP Kawasan Bukit Kepayang, Seremban, YB Cha yang memberikan penerangan yang cukup baik mengenai kekeliruan bil air tersebut. Siapa kata Wakil Rakyat Pembangkang kerja dia membangkang saja. Wakil Rakyat adalah jambatan antara rakyat dan kerajaan serta agensi kerajaan.

Tahniah YB Cha, memberi penerangan dalam Bahasa Melayu yang baik.

Sumber : http://dapcha.blogspot.com/2009/07/kekeliruan-bil-sains.html

Kekeliruan Bil SAINS
Sejak kebelankangan ini, saya dan ADUN-ADUN lain telah menerima banyak aduan tentang pengiraan bil air daripada Syarikat Air Negeri Sembilan (SAINS).

Kebanyakan aduan mengadu bahawa SAINS telah salah kira dan menuntut lebih daripada apa yang biasa dibayar oleh pengguna di bawah Jabatan Bekalan Air yang lama.

Saya telah memahami situasi dan aduan-aduan ini dengan SAINS untuk menjelaskan kekeliruan yang berlaku ini.

Harga bil air yang tinggi kebelakangan ini disebabkan oleh kelewatan SAINS untuk memyemak meter air. kelewatan ini berlaku kerana SAINS yang baru-baru mengambil-alih ini mengambil sedikit masa untuk memberi kursus kepada pekerja-pekerjanya. SAINS telah menjamin kepada saya bahawa ini hanya adalah satu masa peralihan dan keadaan yang mengelirukan ini akan berakhir bulan depan.

Akan tetapi, kekiraan pada masa peralihan ini telah disalah faham oleh banyak pengguna air. Sebenarnya, selepas saya memahami cara pengiraan SAINS, saya mendapati SAINS mengeluarkan satu formula yang munasabah untuk menjaga kepentingan pengguna.

Pengiraan SAINS untuk kegunaan air satu bulan (30 hari) adalah seperti berikut:-
untuk 20 m3 yang pertama: RM0.55/m3
untuk 15m3 yang seterusnya: RM0.85/m3
kegunaan seterusnya: RM1.40/m3


Saya memberi beberapa contoh di sini.

Contoh 1
air yang telah diguna: 23 m3
jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari

(i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi 3 m3 yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85.

(ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna.

(iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang lebih rendah.

jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55

(iv) 23 m3 adalah dalam ringkungan 27.333 m3, jadi 23m3 x RM0.55=RM12.65 adalah harga bil SAINS.

Contoh 2
air yang telah diguna: 55 m3
jarak masa pekerja menyemak meter air: 41 hari

(i)oleh kerana kegunaan air telah melebihi 20 m3 yang pertama, bagi air yang lebih itu ia sepatutnya mencapai tariff kedua iaitu RM0.85 dan tariff ketiga iaitu RM1.40.

(ii)Tetapi, jangan lupa bahawa tariff itu adalah berasaskan semakan meter dalam 30 hari. Tetapi sekarang, SAINS menyemak meter pada hari yang ke 41, pengiraan berasaskan (i) adalah tidak adil kepada pengguna.

(iii) jadi kita harus mengguna 41/30 x 20 m3 untuk mencari kegunaan air yang menikmati harga tariff yang pertama.

jadi, 41/30 x 20m3 = 27.333 m3 yang patut menikmati tariff pertama iaitu RM0.55
27.333 x RM0.55 = RM15.03

(iv)kita sudah tahu 27.333 akan menikmati tariff RM0.55
untuk tariff yang seterusnya, 55-27.333=27.667m3 yang belum dikira lagi.

(v) untuk mencari penggunaan tariff kedua yang harus dinikmati oleh pengguna.
41/30 x 15m3=20.5m3
jadi 20.5 m3 harus dikira dengan tariff kedua iaitu: 20.5x RM0.85=RM17.43

(vi) Penggunaan yang ditinggalkan itu akan terus dikalikan dengan RM1.40
27.667-20.5m3 =7.167m3
7.167 x RM1.40=RM10.03

(vii) jadi jumlah harga bagi bil ini adalah: RM15.03+RM17.43+RM10.03= RM42.49

Pasar Awam Nilai ‘tunggu’ peniaga

Sinar Harian 2 Sep 2009

Itu suasana yang dapat dilihat di Pasar Awam Nilai dekat sini apabila bangunan pasar yang dibina dipercayai lima tahun lalu tidak mempunyai peniaga hingga kini.

Biarpun bangunan tersebut disediakan dengan kemudahan lengkap selain kawasan selesa, namun tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 11.30 pagi mendapati hanya dua peniaga berada di situ.

Pembantu kedai santan, Azlan Abdullah, 40, berkata, sejak setahun bekerja di situ hanya dia dan seorang peniaga ayam beroperasi di pasar terbabit.

Menurutnya, dia sendiri tidak tahu mengapa pasar tersebut dilihat seperti projek ‘gajah putih’ sedangkan ia jauh lebih selesa berbanding Pasar Awam Nilai Sementara di Semarak Nilai yang dilihat sesak dengan keadaan persekitaran yang kotor.

“Pasar di Semarak penuh walaupun kawasannya sempit dan terletak betul-betul di tepi jalan sehingga menyukarkan orang ramai mencari tempat letak kereta.

“Tidak dinafikan memang ada kemudahan meletak kenderaan di dalam dan di luar pasar, namun biasanya ia penuh dan menyebabkan pengunjung terpaksa meletak kenderaan di sebarang jalan,” katanya.

Peniaga ayam Pang Chee Hui, 35, yang mula berniaga di situ kira-kira setahun lalu bersetuju bahawa sudah tiba masanya peniaga Pasar Awam Sementara berpindah ke Pasar Awam Nilai memandangkan kawasannya lebih selesa.

“Mula-mula pasar dibuka, saya berniaga di sini, tapi tiada orang. Jadi, saya pergi ke Pasar Awam Sementara berniaga di sana, namun saya kembali semula kerana di sana kawasannya agak sesak.

“Memang tidak ramai berkunjung ke sini kerana hanya ada dua peniaga sedangkan di sana, semua barang ada dijual,” katanya.

Namun, Chee Hui bernasib baik kerana mempunyai pelanggan tetap apabila menjadi pembekal ayam kepada perniagaan kedai makan.

Bagaimanapun, mereka tidak menafikan peniaga Pasar Awam Sementara enggan berpindah ke pasar ini memandangkan ia kurang strategik dan agak jauh ke dalam selain bimbang perniagaan terjejas.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story3904827.asp

9/1/09

Gajah Putih maskot N.Sembilan yang baru

Rasanya elok tukar saja maskot Negeri Sembilan dari Rusa ke Gajah Putih.

Terlalu banyak projek Gajah Putih dan Perumahan Terbengkalai di Negeri Sembilan ni.

Baik dirobohkan saja semua Projek Gajah Putih di Negeri Sembilan ni daripada jadi sarang nyamuk, jenayah , dadah dan maksiat.

Kalau dibaik pulih projek macam ni bertambah gemuk Gajah Putih di N.Sembilan.

Antara sebahagian projek terbengkalai , terbiar atau kurang sambutan di Negeri Sembilan ialah :

1. Perumahan Terbengkalai di N.Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com

2. Taman Ular Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

3. Stadium Bowling terbiar di Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2009/01/stadium-bowling-negeri-sembilan.html

4. Projek Gerai di Taman Tuanku Jaafar , Seremban http://mohdtaufek.blogspot.com/2008/05/projek-gerai-di-taman-tuanku-jaafar.html

5. Lapang Sasar Mantin , N.Sembilan
http://pakatanrakyatn9.blogspot.com/2009/05/apa-dah-jadi-rm68-juta-lapang-sasar.html

6. Gerai-gerai terbiar seluruh N.Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0215&pub=utusan_malaysia&sec=Forum&pg=fo_02.htm&arc=hive

7. Dewan dan projek terbiar di Negeri Sembilan
http://kopilah.blogspot.com/2009/06/projek-terbiar.html

8. Bazaar MAINS Seremban
http://waghih.blogspot.com/2008/10/keluhan-peniaga-melayu-bandar-seremban.html

9. Perkampungan Budaya Seri Menanti
http://gerbangkeadilankp.blogspot.com/2009/02/apa-sudah-jadi.html

10. Dewan Orang Ramai Kg Pelangai
http://jemapohku.blogspot.com/2008/10/apa-dah-jadi.html

11. Jejantas pekan Kuala Pilah
http://kopilah.blogspot.com/2009/07/projek-gajah-putih.html

Dan terlalu banyak lagi. Akan didedahkan dari masa ke semasa.

***********************
Berita Harian 1 Sep 2009
R&R terbiar sarang maksiat
Hentian Rehat dan Rawat Jalan Tampin-Seremban siap 10 tahun masih kosong

TAMPIN: Projek ‘gajah putih' bukan saja membazirkan wang tetapi juga menyakitkan mata memandang dan merugikan semua pihak yang sepatutnya mendapat manfaat hasil daripada perbelanjaan jutaan dan ratusan ribu ringgit.

Daerah ini tidak sepi daripada isu sedemikian apabila Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Kilometer 2, Jalan Tampin-Seremban, di sini, tersergam kaku dan terbiar walaupun sudah lebih 10 tahun siap dibina.

Entah apa silapnya, R&R yang terletak di lokasi strategik di laluan antara Seremban dan Tampin yang mempunyai enam gerai itu tidak beroperasi walaupun dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tempat meletak kereta serta tandas, taman permainan kanak-kanak dan sebuah surau.

Difahamkan, puluhan peniaga silih berganti menyewa sejak lebih 10 tahun lalu bagi menjalankan perniagaan tetapi mereka hanya mampu bertahan tujuh bulan sebelum menutup premis mereka berikutan tiada pelanggan.

Ada sesetengah pihak mendakwa keadaan itu berlaku disebabkan kawasan bekas kilang batu milik Jabatan Kerja Raya (JKR) itu ‘keras’ disebabkan ia terletak di kaki bukit kawasan Hutan Simpan Tampin di selatan Banjaran Titiwangsa.

Tinjauan mendapati kawasan R&R itu terbiar dengan sampah-sarap bersepah di sana sini, manakala suis elektrik yang terletak di luar premis sudah ditanggalkan, kemungkinan dicuri.

Keadaan itu menjadi punca pihak yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan belia dan remaja menjadikan tempat itu sebagai 'port' untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral seperti memadu kasih, ponteng dan melepak menghisap rokok.

Seorang kakitangan Majlis Daerah Tampin (MDT) yang enggan dinamakan berkata, dia pernah terserempak dengan sepasang remaja yang sedang ghairah berasmara hingga cuba menanggalkan pakaian mereka.

"Bagaimanapun, hajat mereka itu terencat sebaik menyedari kehadiran saya sebelum mereka pantas melarikan diri," katanya.

Dakwaan kakitangan MDT itu ada kebenarannya kerana pada tahun lalu, polis pernah menahan seorang warga emas selepas menerima aduan daripada seorang pelajar Tingkatan Lima yang mendakwa dirogol oleh pemilik sebuah gerai R&R berkenaan.

Pada awal tahun ini, sepasang remaja yang sedang melakukan aksi terkutuk dalam sebuah tandas di lokasi berkenaan ditangkap oleh bapa saudaranya.

Yang Dipertua MDT, Datuk Mohd Yusof Yunus, berkata pihaknya menyedari mengenai masalah kawasan R&R yang terbiar itu dan sudah mengambil keputusan untuk membaik pulihnya secepat mungkin.

"Malah, kita sudah menerima empat permohonan daripada orang ramai untuk menyewa gerai di kawasan R&R berkenaan untuk menjalankan perniagaan dengan seorang daripada mereka, akan mula operasi awal Oktober ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mencari jalan, termasuk menjalankan pelbagai acara dan program untuk menarik lebih ramai pengunjung singgah di R&R itu supaya ia terus beroperasi dan tidak terbiar menjadi 'gajah putih'.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090901092128/Article/index_html

Sibuk berniaga, masjid banyak mati di N.Sembilan

Patutlah banyak masjid di N.Sembilan ini mati, tiada jemaah, tiada majlis ilmu. Masjid-masjid lama pula terbiar hampir rebah ke bumi.

Sebabnya ? Sibuk nak buat koperasi di masjid-masjid di N.Sembilan, sibuk nak berniaga di masjid.

Solat jemaah tak penting agaknya di masjid. Sebab tu AJK masjid tak perlu mereka yang solat di masjid. Yang penting AJK masjid yang pandai buat duit agaknya.

Agaknya MARA, FAMA, Pertubuhan Peladang dan lain-lain agensi tak pandai lagi nak tolong bumiputera. MAINS Holding bawah pimpinan Mad Hassan lagi pandai buat duit agaknya. Macam Syarikat Air Negeri Sembilan, SAINS. Naikkan kadar caj minima dari RM 5 ke RM 10, buat bacaan meter setiap dua bulan, bukan sebulan sekali. Bijak, bijak.

**************************
MHSB jadi pemborong barangan

Utusan Malaysia SEREMBAN 31 Ogos 2009 - Anak syarikat Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) iaitu MAINS Holdings Sdn. Bhd. (MHSB) bakal berfungsi selaku pemborong barangan keperluan harian untuk dibekal kepada kedai koperasi masjid di negeri ini tidak lama lagi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pada masa ini, syarikat tersebut telah memperoleh lesen pemborong barangan keperluan harian tidak termasuk beras.

Katanya, MHSB juga sedang memohon lesen pemborong beras daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

''Selaku pemborong, MHSB boleh membeli barangan keperluan harian pada harga diskaun seterusnya menjual semula pada harga berpatutan kepada kedai-kedai koperasi masjid," katanya.

Mohamad menambah, MHSB juga akan memberi pelbagai insentif yang sesuai bagi membantu perkembangan kedai koperasi masjid.

''Antara insentif yang dipertimbangkan termasuk skim pembayaran fleksibel serta tempoh bayaran balik selama tiga bulan.

''Secara tidak langsung, kesemua insentif tersebut membolehkan kedai koperasi masjid menjual semula barangan keperluan harian kepada umat Islam pada harga berpatutan," jelas beliau.

Sehubungan itu, katanya lagi, kesemua masjid di negeri ini terutamanya di kawasan kepadatan umat Islam yang tinggi digalakkan menubuhkan kedai koperasi secepat mungkin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0901&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_02.htm

Kampung Jiboi terpinggir

Berita Harian 1 Sep 2009

SEREMBAN: Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Jiboi, Ampangan, dekat sini mendakwa dianaktirikan berikutan pihak berkuasa tidak menjalankan kerja menaik taraf jalan di kampung itu seperti yang dilaksanakan di Kampung Ismail dan Gedung Lalang.

Mereka mendakwa kerja menaik taraf jalan itu sepatutnya dijalankan serentak kerana tiga kampung berkenaan terletak bersebelahan, apatah lagi, jalan di Kampung Jiboi banyak yang rosak dan tidak rata hingga mendedahkan penduduk kepada kemalangan.

Penduduk Kampung Jiboi, Shamsul Derikim, 30, berkata pihaknya keliru kerana jalan dalam kawasan perkampungan itu masih tidak dinaik taraf sedangkan jalan di Kampung Ismail dan Gedung Lalang, sudah siap dinaik taraf dua bulan lalu.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kerja menaik taraf jalan itu membabitkan ketiga-tiga kampung tetapi sehingga hari ini tiada lagi kerja dijalankan di kampungnya, menyebabkan ramai penduduk kampung merasakan mereka seperti dipinggirkan.

"Kami tidak faham mengenai kedudukan sebenar projek itu kerana dalam kain rentang yang dipasang dan dipamerkan, projek menaik taraf jalan yang dijalankan itu turut membabitkan kampung kami," katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Nasir Ketut, 70, berkata pihaknya sendiri tertanya-tanya mengenai jalan kampung itu yang masih tidak dinaik taraf berbanding Kampung Ismail dan Gedung Lalang yang kini selesa digunakan.

Beliau yang sudah mendiami kampung itu sejak lebih 15 tahun lalu mendakwa, selain jalan yang tidak rata, sebahagian besar penduduk kampung itu turut berdepan masalah banjir kilat apabila hujan lebat yang berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.

"Kadang kala dalam sebulan sampai tiga atau empat kali rumah kami dilanda banjir kilat tetapi hingga hari ini tiada jalan penyelesaian. Banjir ini menimbulkan pelbagai kesulitan kepada kami," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Wilayah/20090901091951/Article/index_html