KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

11/29/09

EXPO PENDIDIKAN ISLAM N.SEMBILAN

90 penduduk Taman Bukti diancam tanah runtuh

Utusan Malaysia 29 Nov 09

SULAIMAN Ujang menunjukkan kesan tanah runtuh di belakang rumahnya di Taman Bukti, Ampangan, semalam. – UTUSAN/Abd Razak Aid

SEREMBAN 28 Nov. – Lebih 90 penduduk yang melibatkan 20 buah rumah di Taman Bukti di sini resah memikirkan keselamatan rumah yang didiami sejak beberapa tahun lalu ekoran berlakunya kejadian tanah runtuh di tebing belakang rumah mereka.

Tinjuan Mingguan Malaysia ke lokasi kejadian mendapati masalah tanah runtuh dipercayai mempunyai kaitan dengan musim hujan yang berlaku sejak dua minggu lalu.

Seorang penduduk, Borhan Aris, 60, memberitahu, kejadian yang dialami bagaikan satu malapetaka yang boleh mengundang bila-bila masa jika tiada tindakan segera diambil oleh pihak berkuasa.

“Pihak berkuasa seharusnya membuka mata tentang masalah yang dihadapi. Tanpa perhatian dan tindakan segera diambil sudah pasti malapetaka akan berlaku kepada penduduk,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu Sulaiman Ujang, 43, pula berkata, apa yang mengecewakan ialah maklum balas daripada pihak berkuasa tempatan yang dilihat acuh tidak acuh dalam menyelesaikan masalah berkenaan.

“Apabila penduduk mengadu kepada Majlis Perbandaran Seremban (MPS), mereka kata hubungi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan begitulah sebaliknya.

“Masalah seperti ini perlu dipandang serius untuk ditangani. Sepatutnya mereka perlu ada tanggungjawab dan bertindak sebelum ada nyawa melayang atau harta benda musnah,” katanya.

Bagi Mohamad Nor Shamsudian, 76, sekiranya musim hujan terus berlarutan tanpa tindakan segera diambil, kesan tanah runtuh itu boleh merebak ke kawasan kediaman sekali gus merosakkan struktur rumah.

‘‘Kejadian rumah retak boleh berlaku bila-bila masa jika ia runtuh sedikit demi sedikit akibat tiada tindakan,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Yunus Rahmat menggesa JPS mengambil tindakan segera membaiki masalah tebing yang menyebabkan tanah runtuh bagi mengelak sebarang insiden buruk terjadi.

Beliau yang juga ‘bapa angkat’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan berkata, keresahan penduduk itu sewajarnya diambil perhatian bagi menjamin keselamatan penduduk berkenaan benar-benar terjamin.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1129&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS

Nov 27, 09

5:44pm


Bank Negara (BNM) sedang menyiasat seorang pengurup wang tempatan yang didakwa terbabit dalam pemindahan RM10 juta ke London oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 2008.


BNM mengesahkannya semalam tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih berjalan.

"Sebagai sebahagian daripada prosedur siasatan, pihak bank akan memaklumkan kepada pihak berkuasa yang berkenaan hasil siasatanya yang di luar bidangkuasa Bank Negara untuk tindakan mereka selanjutnya.

"Sebaik sahaja siasatan siap, BNM akan merujuk perkara itu kepada pejabat Peguam Negara," katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.


Sebelum ini, pengarah strategi PKR, Tian Chua mendakwa Mohamad mungkin telah melanggar undang-undang pembankan negara kerana didakwa memindahkan RM10 juta melalui seorang pengurup wang.


Tian Chua juga mendedahkan bahawa Mohamad telah menggunakan perkhidmatan Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd untuk memindahkan wang tersebut ke London.


Semalam, BNM berkata Salamath Ali telah melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998 dan lesennya telah dibatalkan pada 26 Oktober.


Mohamad yang juga ADUN Rantau, menjadi sasaran pembangkang sewaktu sidang dewan undangan negeri yang sedang berjalan.


Bagaimanapun, beliau enggan memberi penjelasan berhubung perkara itu.


Wakil rakyat pembangkang juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara itu.


http://www.malaysiakini.com/news/118501

11/27/09

Penghuni tuntut ganti rugi rumah ‘retak seribu’

Sinar Harian 26 Nov 09

AMPANGAN – Salah sebuah rumah penduduk di Taman Dusun Nyior, Lorong Nyior 7/1, di sini, bagaikan ‘retak seribu’ dipercayai berpunca daripada kerja-kerja penambahbaikan rangkaian paip pembetungan yang dijalankan di kawasan berhampiran.

Tidak puas hati dengan keadaan itu, Ithnin Amat, 46, membuat laporan polis meminta ganti rugi sebanyak RM30,000 daripada pihak kontraktor yang terlibat memandangkan dia dan keluarganya kini mula dihimpit resah berikutan banyak ruang di rumahnya mengalami keretakan teruk.

Antara kerosakan dilaporkan ialah simen keseluruhan lantai retak, bingkai pintu renggang, keseluruhan siling rumah pecah, rekahan pada sebahagian dinding rumah, paip air pecah dan pagar batu rumah rosak.

Menurutnya, keretakan mula timbul sejak kerja-kerja penambahbaikan paip pembetungan dilakukan bersebelahan rumahnya sejak setahun lalu.

“Sejak dari itu rumah saya sedikit demi sedikit mengalami keretakan dan lama-kelamaan semakin teruk dan kami sekeluarga bimbang sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

“Pernah juga serpihan syiling dan dinding rumah jatuh disebabkan gegaran yang agak kuat datangnya daripada kerja-kerja dilakukan,” katanya.

Menurut Ithnin, aduan sudah dibuat kepada pihak kontraktor berkenaan, namun malangnya berlaku sikap tuding-menuding disebabkan projek terbabit bertukar kontraktor dua kali.

Katanya, sebelum ini projek terbabit pernah terhenti seketika dan kemudian ditukar dengan kontraktor lain menyebabkan tidak ada yang tampil membuat pengakuan.

“Mujurlah keretakan pagar rumah saya pihak kontraktor sekarang bersedia membayar ganti rugi memperbaiki segala kerosakan, namun malangnya hingga hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran.

“Janji mereka, sebelum puasa perkara ini akan selesai tapi sampai sekarang tetap begini dan saya sudah tidak dapat bersabar lagi,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Selain itu katanya, disebabkan kerja-kerja tersebut rumahnya pula kini diancam tanah mendap selain terpaksa berhadapan bunyi bising setiap kali kerja-kerja dilakukan.

Oleh itu katanya, dia amat berharap kerja-kerja penambahbaikan yang sedang dilakukan dapat disiapkan secepat mungkin kerana banyak masalah terpaksa ditanggung olehnya dalam tempoh tersebut.

“Kereta pun saya kena letak jauh dari rumah disebabkan lori simen yang menghalang laluan ke rumah saya,” katanya.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Rashid Abd Latiff berkata, dia kecewa apabila kontraktor berkaitan dilihat seolah-olah melambatkan usaha penambahbaikan hingga menyusahkan rakyat.

“Malah, sikap tuding-menuding antara kontraktor juga menunjukkan bagai ada yang tidak kena dengan pengurusan mereka dan beban terpaksa ditanggung adalah rakyat.

“Jadi, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, saya amat berharap masalah ini dapat diselesaikan segera sebelum berlaku insiden yang lebih buruk,” katanya ketika ditemui melawat lokasi rumah Ithnin.

Sementara itu pihak kontraktor terlibat ketika ditemui berkata, pihaknya bersedia menanggung segala kos kerosakan pagar rumah Ithnin kerana ia sememangnya dilakukan oleh jentera mereka sendiri yang melanggar pagar rumah Ithnin.

“Kami bukan tidak mahu bayar sekarang, tapi kerja-kerja penambahbaikan masih dijalankan dan kita tidak mahu apabila pagar sudah siap dibetulkan timbul pula masalah lain.

“Kita tidak mahu kerja dua kali dan ini semestinya merugikan kedua-dua pihak. Paling lambat pun, kita akan siapkan dalam minggu ini,” katanya kepada Sinar Harian.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6060944.asp

Kedai pelajar beli arak diserbu

Kosmo 26 Nov 09


ABDUL JALIL menunjukkan hasil rampasan pelbagai jenis arak yang dirampas daripada seorang pekedai di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya semalam.

-------------------------------------------------------------


KUALA LUMPUR - Kedegilan seorang pemilik kedai minuman keras yang berterusan menjual arak kepada remaja dan pelajar sekolah mengundang padah apabila dia ditahan dalam satu operasi di Taman Kosas dekat sini kelmarin.

Suspek ditahan pukul 10.30 malam selepas polis melakukan intipan dan merampas sebanyak 146 karton tin dan 20 karton botol arak bernilai RM50,000.

Kegiatan menjelekkan lelaki berusia 35 tahun tersebut dilakukan sejak awal tahun ini dengan menjual arak dalam tin dan botol yang boleh dibeli pada harga murah.

Satu tin arak seludup dari luar negara itu boleh dibeli pada separuh daripada harga asal iaitu RM5 manakala minuman keras dalam botol pula sekitar RM15.

Pelajar dan remaja pula tidak perlu bersembunyi atau mengikut pintu belakang ketika hendak membelinya tetapi hanya perlu berlagak selamba dengan masuk melalui pintu utama.

Pemilik premis tidak mengenakan syarat bagi pelanggan sebagai salah satu cara untuk menarik minat mereka.

Bagaimanapun, mereka hanya boleh datang membelinya pada waktu malam dan semua pelanggan sama ada baru atau lama boleh membeli sendiri tanpa perlu diperkenalkan terlebih dahulu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, orang awam yang tidak tahan dengan sikap peniaga itu kemudiannya telah membuat laporan kepada polis.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1126&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm


Pelajar beli arak separuh harga
Harian Metro 26 Nov 09

AMPANG: Demi mengaut keuntungan mudah, seorang pemilik premis minuman keras di Taman Kosas, Ampang di sini sanggup menjual arak secara terbuka kepada pelajar sekolah dan remaja.

Bagaimanapun, sikap tamak pemilik premis terbabit akhirnya menjerat diri sendiri apabila dia ditahan sepasukan polis, kira-kira jam 10.30 malam malam kelmarin.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas polis menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan mengenai aktiviti tidak bermoral itu.

“Siasatan mendapati suspek menjual arak kepada remaja termasuk mereka yang masih bersekolah secara terbuka dan hasil intipan polis hampir tiga jam pada malam itu, kira-kira 20 hingga 30 remaja dilihat membeli minuman keras di premis berkenaan.


“Selain menjual arak kepada remaja, suspek turut ditahan kerana menjalankan perniagaan melebihi tempoh dibenarkan iaitu selepas jam 9 malam dan ini jelas melanggar syarat lesen diberikan,” katanya pada sidang media, semalam.

Menurutnya, minuman keras itu dijual RM10 setin mengikut harga pasaran, namun bagi menarik pelanggan terutama remaja sekolah, lelaki itu menjualnya separuh harga.

Abd Jalil berkata, dalam serbuan itu, 146 karton tin dan 20 karton botol arak pelbagai jenama dirampas dari premis berkenaan.

“Semua minuman yang dirampas itu adalah arak import dan kita tidak menolak kemungkinan diseludup berdasarkan harga yang lebih murah ditawarkan kepada pembeli,” katanya.

Katanya, polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 135 Akta Kastam dan dengan rampasan itu, polis percaya dapat menumpaskan satu sindiket penyeludupan arak di Ampang.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20091126080415/Article/index_html

11/25/09

Botol, tin arak cemari padang permainan


Sinar Harian 25 Nov 09

BAHAU - Penduduk Taman Desa Putri di sini berasa tidak selesa dan kecewa dengan penemuan botol dan tin minuman keras di sekitar kawasan padang permainan taman perumahan ini.

Seorang penduduk, :Othman Yem, 59, memberitahu, kejadian ini sudah agak lama berlaku tetapi masih tiada sebarang tindakan diambil.

Menurutnya, bekas minuman keras yang ditemui di salah sebuah pondok yang terdapat di taman ini perlu mendapat perhatian serius daripada pihak yang bertanggungjawab.

“Sememangnya negara ini mengamalkan amalan demokrasi di mana setiap masyarakat mempunyai hak masing-masing untuk melakukan sesuatu tetapi apabila ia sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dengan penemuan botol dan bekas minuman keras di kawasan awam, pastinya ia mengundang rasa kecewa penduduk.

"Kawasan padang permainan ini disediakan bagi kemudahan masyarakat dan penduduk taman ini menjalankan aktiviti riadah, bukan sebagai lokasi melepak golongan tertentu,” katanya.

menunjukkan ia dilakukan oleh golongan masyarakat yang sememangnya tidak bertanggungjawabd alam menjaga kebersihan kawasan awam daripada perkara terbabit.

Tinjauan Sinar Harian di padang berkenaan juga mendapati setiap tong sampah yang disediakan di padang berkenaan dipenuhi dengan sampah yang kelihatan sudah lama tidak dikutip.

Menurut Othman, kawasan padang permainan ini menjadi lokasi lepak segelintir golongan masyarakat sambil meminum minuman keras dan bekas-bekas minuman ditinggalkan begitu sahaja tanpa dibuang di tempat pembuangan yang disediakan.

“Kaca-kaca yang terdapat di pondok ini adalah bekas-bekas botol kaca yang dipecahkan oleh peminumnya dan boleh membahyakan kanak-kanak yang bermain di sini.

“Ia juga boleh menjadi contoh tidak baik kepada kanak-kanak di kawasan perumahan ini apabila melihat botol-botol minuman keras yang disepahkan sedangkan ia bukanlah minuman yang halal bagi kanak-kanak beragama Islam,” ujarnya.

Othman memohon kepada mana-mana pihak yang berwajib supaya bertindak mengatasi keadaan itu.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6045925.asp

Bekalan air kerap terputus

Berita Harian 25 Nov 09

PASIR PANJANG: "Kami juga ingin menggunakan mesin basuh untuk mencuci kain. Bukan tidak mampu beli, tetapi masalah bekalan air yang tidak berkesudahan menyebabkan kami hanya mampu menaruh impian, " kata Melan Anak Goming.

Melan, 44, antara kira-kira 200 penduduk Orang Asli di Kampung Bukit Kepong di sini yang berharap supaya paip air di rumah mereka mengeluarkan air dan bukan hanya untuk dilihat.

Bagaimanapun, pekerja sebuah hotel di pantai peranginan Port Dickson dekat sini, seperti kebanyakan penduduk lain terpaksa mengambil air dari tangki besar yang diletakkan di kampung itu.

Keadaan ini menyebabkan Melan dan penduduk lain kampung itu terpaksa membasuh menggunakan tangan kerana ketiadaan bekalan air.

“Kami berterima kasih kerana Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) meletakkan tangki besar itu dan dari semasa ke semasa, lori tangki menghantar air ke kampung ini.

“Bagaimanapun, kami masih berharap agar paip air di rumah mengeluarkan air dan tidak perlu lagi ternanti-nanti kehadiran lori tangki, " katanya.

Masalah bekalan air di kampung itu berlaku sejak 10 tahun lalu yang dikatakan berpunca akibat pam air di Bukit Ibol tidak mampu mengepam air ke kampung itu.

Berikutan itu, usaha dilakukan untuk memperbetulkan keadaan, tetapi penduduk mendakwa masalah itu berterusan hingga kini.

Razali Tan So Tok, 47, berkata sebelum ini lori tangki menghantar air ke setiap rumah, tetapi sejak Mei lalu, tangki besar diletakkan di beberapa tempat dan penduduk perlu mengambil air dari tangki itu.

Katanya, lori tangki datang tiga kali seminggu dan walaupun setakat ini tiada masalah yang timbul, tetapi penduduk yang menanggung masalah.

"Memang tidak ada masalah jika masih muda dan kuat. Macam mana dengan orang tua dan uzur hendak angkat air," katanya.

Sehubungan itu, katanya, Sains perlu mengenal pasti punca sebenar masalah itu dan mengatasinya kerana penduduk sudah jemu hendak mengambil air dari tangki.

Selain itu, penduduk memohon pihak berkuasa memasang lampu di sepanjang jalan kampung itu kerana ramai penduduk di bekerja di hotel sekitar Port Dickson.

Razali berkata, mereka bekerja mengikut giliran dan ada yang pulang jam 12 tengah malam dan terpaksa melalui jalan yang gelap.

"Kami bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini ketika pulang dalam keadaan gelap kerana keadaan jalan juga tidak elok. Banyak sangat lubang kerana rosak akibat dilalui kenderaan berat yang mengangkut kelapa sawit dan tanaman lain seperti pisang, " katanya.

Beliau berharap masalah di kampung itu dapat diselesaikan dengan segera kerana penduduk Orang Asli juga mahu merasai nikmat pembangunan.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Wilayah/20091125091030/Article/index_html

Nasib anak pelarian Rohingya

Kosmo 25 Nov 09

Melihat kehidupan Anwar Begum dan latar belakang keluarganya sudah cukup untuk merasakan pahit getir liku-liku kehidupannya.


ANWAR BEGUM (kiri) dan adik-beradiknya mengharapkan secebis harapan untuk terus tinggal di bumi bertuah, Malaysia.

--------------------------------------------------------

"Saya mahu jadi doktor," Anwar Begum memberitahu dengan suara yang lembut mengenai cita-citanya kepada penulis. Bukan sahaja kerana dia mahu memberi kehidupan yang lebih baik dan sempurna untuk ibu bapa dan adik-beradiknya, tetapi dia juga mahu membantu golongan miskin.

Gadis pemalu yang merupakan anak keempat daripada 10 beradik itu berkata, dia sanggup belajar meskipun ia akan mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk menggapai impiannya.

Anwar Begum, 13, juga sedar perjalanannya nanti penuh dengan onak dan duri tetapi anak gadis itu tetap menaruh harapan walaupun hanya secebis. Menggapai cita-cita penting dalam hidupnya kerana ia adalah sinar yang dapat menyuluh kegelapan kehidupannya.

Dia tetap pergi ke sekolah walaupun dalam keadaan serba kekurangan kerana dia sedar betapa pentingnya pendidikan dan dia tidak mahu mewarisi nasib kepayahan hidup ibu bapanya yang buta huruf.

Azam membara

Melihat kehidupan Anwar Begum dan latar belakang keluarganya sudah cukup untuk merasakan pahit getir liku-liku kehidupannya.

Bapanya, Mohd. Alam Sidek Ahmad, berusia dalam 50-an dan ibunya, Fatimah Zainab, 40, kedua-duanya berketurunan Rohingya, datang ke Malaysia kira-kira 25 tahun lalu untuk menyelamatkan diri daripada penindasan agama di negara mereka, Myanmar.

Tidak seperti kanak-kanak sebaya usianya, dia hanya baru menikmati alam 'persekolahan' pada tahun ini.

Tiga lagi adiknya, Siti Aishah, 12, Mohd. Rashid, 10, dan Siti Shahidah, 8, juga bersekolah di tempat yang sama, anjuran UNHCR (agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan. Anwar Begum memberitahu bapanya yang membuat urusan untuk menempatkan dia dan adik-adiknya di sekolah berkenaan.

Walaupun tanpa pendidikan prasekolah dan baru bersekolah, Anwar Begum menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelajarannya. Apabila ditanya keputusan peperiksaan yang diperoleh, dia dengan malu-malu mengambil dan menunjukkan kertas peperiksaan pertengahan tahunnya.

Dia memperoleh 91 peratus untuk Sains, 100 peratus untuk Bahasa Inggeris, 89 peratus untuk Matematik dan 80 peratus untuk Bahasa Malaysia.

Tetap bersyukur

Setiap pagi apabila Anwar Begum sedar daripada tidur, dia tahu dia perlu menghadapi realiti putaran kehidupan yang penuh dengan ketidakpastian.

Namun demikian, remaja itu tetap bersyukur dia dan keluarganya masih hidup sebagai satu keluarga.

Dia boleh bertutur bahasa Malaysia bukan sahaja yang dipelajarinya di sekolah tetapi juga daripada rakan-rakan Melayu yang dikenalinya.

Ketika berbicara, sesekali dia melemparkan pandangannya kepada adiknya, Siti Salimah, 6. Salimah telah menjalani pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) pada awal tahun ini dan kos pembedahan dibiayai UNHCR dan beberapa pertubuhan kebajikan. Salimah juga merupakan kanak-kanak Sindrom Down.

Anwar Begum mungkin hanya berusia 13 tahun tetapi dia tahu sebagai anak perempuan yang tua dalam keluarganya, dia memikul tanggungjawab berat untuk membantu ibunya dalam membuat kerja rumah dan menjaga adik-adiknya.

Bapanya kadangkala terpaksa terlantar di rumah kerana penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Anak gadis itu juga berkata, sesekali dia akan memikirkan keperitan kehidupan keluarganya dan keadaan itulah yang mendorong dia untuk belajar meskipun dia tidak berpeluang menjejak kaki ke sekolah biasa.

Bapa Anwar Begum ialah peniaga sayur di Myanmar sebelum melarikan diri bersama-sama isterinya ke sempadan Thai di mana mereka melakukan pelbagai kerja untuk mengumpul wang dan meneruskan perjalanan ke Malaysia.

Meskipun sudah 25 tahun hidup sebagai pelarian di Malaysia, pasangan itu sedikit pun tidak berasa menyesal meninggalkan tanah air mereka. Di sebalik kehidupan yang tidak menentu, mereka berasa bersyukur setidak-tidaknya anak mereka berada di negara yang selamat.

Kad UNHCR

Kesemua adik-beradik Anwar Begum dilahirkan di Malaysia. Keluarga itu juga boleh dikatakan bernasib baik kerana mereka semua mempunyai kad pelarian UNHCR meskipun kad perakuan itu tidak menghalang mereka daripada ditangkap atau dihantar balik ke negara asal.

Abang Anwar Begum, Abdul Salam pernah ditangkap sebanyak dua kali dan dihantar ke depot tahanan sebelum dihantar pulang ke sempadan Thai.

Kali pertama ditangkap, dia dihantar ke Depot Tahanan Lenggeng, Negeri Sembilan. Selepas dihantar pulang ke sempadan Thai, keluarganya terpaksa membayar kira-kira RM1,500 untuk mendapatkan pembebasannya daripada seorang ejen Thai yang didakwa telah membelinya untuk tujuan perhambaan.

Apabila Abdul Salam ditangkap kali kedua dan dihantar pulang ke sempadan Thai, keluarganya tidak mempunyai wang sebanyak RM2,000 yang diminta.

Abdul Salam ditahan di depot tahanan di Melaka sebelum dihantar ke sempadan Thai. Keluarganya mendakwa dia dijual kepada seorang ejen Thai dan kemudian terpaksa bekerja sebagai 'hamba' di sebuah ladang sayur di sempadan Thai. Dia akhirnya dibebaskan selepas lima bulan dan kembali ke Malaysia.

Rumahku Syurgaku

Tempat yang Anwar Begum panggil sebagai 'rumah' tidak mempunyai sebuah kamar tidur pun.

Berbanding anak-anak yang lebih bernasib baik yang tidur beralaskan tilam lembut di atas katil, dia dan adik-beradiknya tidur di atas lantai. Tidak ada bantal wangi atau anak patung untuk dipeluk. Tidak ada juga lampu tidur dan selimut tebal.

'Rumah' itu juga tidak ada tingkap di ruang yang boleh dipanggil ruang tamu yang juga digunakan sebagai tempat tidur. Dinding sebelah pintu depan (satu-satunya pintu yang ada) bergoyang apabila dipegang kuat.

Bahagian lain 'rumah itu dibahagi dua, satu mempunyai tandas dan bilik air dengan sebuah sudut diletakkan dapur dan sebahagian lagi ruang makan dan juga tempat tidur. Terdapat sebuah tingkap kecil atas dinding yang tinggi, cukup untuk memberi sedikit cahaya bagi ruang yang kelihatan kelam.

Namun, apabila hujan, tempias akan membasahi ruang di bawah dan kesan basah masih dapat dilihat pada kain yang diletakkan di bawah tingkap.

Kediaman yang serba usang itu beratapkan zink dan terdapat lubang di beberapa bahagian. Apabila hujan, air yang meresap masuk terpaksa ditampung dengan apa sahaja yang ada di dalam rumah termasuk periuk dan kuali.

Sebelum keluarga itu mempunyai bekalan air, air hujan yang dikumpul bagaikan curahan nikmat dari langit yang digunakan untuk keperluan kehidupan mereka.

Keluarga itu sebenarnya baru memperoleh bekalan elektrik. Sebelum ini, mereka hanya menggunakan lilin untuk menerangi gelap malam dan ada kalanya, mereka duduk bergelap sehinggalah mata terlelap.

Anwar Begum dan adik-beradiknya makan apa sahaja yang dimasak ibunya tanpa banyak soal. Apa juga yang dimakan semasa tengah hari akan menjadi makanan waktu malam.

Lazimnya, mereka akan makan nasi putih dengan berlaukkan dalca sayur. Setiap orang akan mengambil sesenduk nasi dan sesenduk kuah sayur sementara minuman pula hanyalah air kosong.

Tidak ada juga nasi tambah kerana nasi dan kuah yang dimasak adalah untuk makanan 11 orang!

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1125&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm

11/24/09

Kempen Derma Darah PKR Rembau 26 Nov 09

KEMPEN DERMA DARAH
Sempena Musim Perayaan Idil Adha (Hari Raya Korban)
Tarikh : 26 November 2009
Hari : Khamis
Masa : 9 pagi
Tempat : Unit Tabung Darah , Hospital Besar Seremban

Mereka yang ingin berkorban (menyumbang darah) sila hadir beramai-ramai

Anjuran : Keadilan Cabang Rembau (PKR Rembau)
Hubungi : Azizi 012-3696474

******************

MAJLIS HI TEA BERSAMA PIMPINAN PUSAT

Tarikh : 28 Nov 2009
Hari : Sabtu
Masa : 2 petang
Tempat : Lot 356, Kg. Linsum, Rantau, N.Sembilan

Bersama :
YB Zuraidah
YB Rodziah
YB Haniza
YB Dato Kamarul Baharin Abbas , Pengerusi PKR N9
YB Hj Mohamad Taufek, ADUN Paroi N9 (AJK PAS Pusat)
Chegubard, Ketua Keadilan Cabang Rembau

Semua Dijemput Hadir

Anjuran : Wanita Keadilan Negeri Sembilan
Hubungi : Azizi 012-3696474

11/23/09

Bantu Pelajar N.Sembilan di Jordan rawat Leukimia

Saudari Nabilah Huda binti Zaim merupakan pelajar tajaan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) yang sedang menuntut dalam jurusan Syariah di University of Yarmuk, Irbid, Jordan.

Meskipun mengalami penyakit leukemia, beliau tetap cekal dan bersemangat untuk meneruskan pengajian.

Nabilah Huda akan menjalani pembedahan pemindahan tulang sum-sum pada bulan Disember ini. Kos pembedahan ialah sebanyak RM70,000 (RM50,000 untuk pembedahan dan RM20,000 untuk rawatan susulan).

Sehubungan dengan itu, ISMA N.Sembilan melancarkan Kempen Tabung Bantuan Nabilah Huda sebagai usaha mengumpulkan bantuan kewangan untuk membiayai kos pembedahan beliau.

Sumbangan ikhlas daripada para dermawan boleh disalurkan terus kepada akaun Maybank saudara Zaim bin Shaari, bernombor 162517025794.

Untuk sebarang pertanyaan atau perkembangan lanjut, boleh berhubung terus dengan saudara Zaim di talian 013-3521226.

Maklumat lanjut di Blog ISMA N9 http://isman9.wordpress.com/2009/11/22/kempen-tabung-bantuan-nabilah-huda/

11/19/09

Penduduk bosan, mahu episod banjir berakhir

Sinar Harian 19 Nov 09

AMPANGAN – Bertimpa-timpa dugaan banjir yang terpaksa ditanggung penduduk Kampung Ismail di sini berikutan kejadian banjir yang kerap berlaku sejak akhir-akhir ini menyebabkan masing-masing mula mengharapkan jalan penyelesaian segera.

Bukannya wang ringgit menjadi idaman, namun penduduk mahukan episod banjir di kawasan peruma-han mereka berakhir kerana terlalu banyak kesusahan perlu ditanggung setiap kali air memasuki rumah.

Kelmarin, sekali lagi rumah penduduk di lorong empat dan tiga kampung berkenaan dipenuhi air kira-kira jam 4.30 petang dalam kejadian hujan lebat yang berlaku tidak sampai satu jam dan banjir hanya surut sekitar jam 6.30 petang.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati hampir keseluruhan rumah di lorong tiga dan empat kawasan kampung terbabit dimasuki air dipercayai sedalam paras pinggang.


Kami sudah bosan masalah banjir

Seorang mangsa, Mohd Nizam Mohd Azhar, 31, berkata, dalam tahun ini sahaja terlalu banyak kejadian berlaku menyebabkan dia mengalami kerugian harta benda dan perniagaan bengkel dijalankan turut mengalami masalah dan menjadi punca rumah tangga bergolak.

Menurutnya, setiap kali hujan lebat, penduduk setempat dibelenggu perasaan resah kerana bimbang rumah akan dinaiki air pada bila-bila masa.

“Kami sudah bosan dengan masalah banjir yang kerap sangat berlaku di kampung ini.

“Mana tahan jika setiap tahun pasti berlaku masalah banjir dan kami terpaksa menanggung kesusahan,” katanya.

Mohd Nizam tidak menafikan, setiap kali berlaku banjir, pihak kerajaan sentiasa prihatin dan sedia membantu mangsa banjir dengan menghulurkan sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit.

Walau bagaimanapun katanya, bukan itu yang diperlukan penduduk kerana masalah yang sama tetap berlaku saban tahun dalam tempoh beberapa bulan seolah-olah sudah menjadi nasib penduduk di sini perlu berdepan dengan banjir.

Nizam berkata, pihak berwajib sewajarnya memikirkan jalan penyelesaian segera memandangkan penduduk sudah tidak dapat bersabar lagi.

“Biar keluar duit banyak untuk cari penyelesaian menyeluruh dan bukannya tiap kali banjir kerajaan perlu keluar banyak wang untuk bagi pada kami kerana selepas ini pun masalah sama tetap berlaku,” katanya.



Tahun ini lapan kali rumah dimasuki air

Sementara itu, seorang warga emas, Esah Satun, 64, berkata, sudah 32 tahun dia tinggal di kampung itu dan masalah banjir semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Katanya, dalam tahun ini sahaja lapan kali rumahnya dimasuki air iaitu tiga kali pada bulan Oktober dan lima kali pada bulan Mac dan April.

Menurutnya, dia sudah biasa dengan banjir, tapi tidak terlarat sekiranya perlu menanggung kesusahan setiap kali banjir berlaku apabila banyak harta benda perlu dikemaskan dan diletakkan di tempat selamat.

“Perabot rumah pun banyak yang rosak sebab sudah banyak kali kena air.

Sekarang ini saya hanya tidur beralaskan selimut tebal,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Selain itu Esah berkata, dia tidak menafikan masalah banjir yang kerap berlaku disebabkan masalah pembangunan apabila rumah yang dibina tanahnya ditambak tinggi menyebabkan rumah di kawasan rendah menanggung kesannya setiap kali hujan lebat.


Banjir siang, malam halang keluar bekerja

Selain itu, Idris Abu Bakar, 61, berkata, baru sebulan setengah rumah barunya diduduki, sudah enam kali dimasuki air.

Menurutnya, setiap kali kejadian itu berlaku, dia dan keluarga terpaksa berhempas pulas membersihkan kawasan rumah selain mengalami kerosakan harta benda.

“Jika banjir pada siang hari memang menyusahkan mereka yang bekerja kerana apabila pulang sahaja, masing-masing terkejut lihat rumah dipenuhi air dan jika banjir pada waktu malam pula, semestinya masing-masing tidak dapat lelap tidur.

“Keadaan ini memang menyusahkan bagi mereka yang menjadi mangsa dan saya amat berharap jalan penyelesaian segera dapat diambil kerana dalam tempoh beberapa bulan ini semestinya masalah banjir berlaku lagi,” katanya.

Selain itu, katanya, perkara paling penting perlu dilakukan ialah mendalamkan kembali sistem perparitan di kawasan tersebut yang kini sudah semakin rendah disebabkan pasir memenuhi ruang longkang.

“Bagi saya perparitan yang dibuat sudah elok, cuma perlu didalamkan kembali lagi.

“Jika dahulu air boleh masuk hingga lapan kaki, sekarang lima kaki sahaja,” katanya.



Cuaca halang kerja penambahbaikan

Dalam pada itu Penge-rusi Jawatankuasa Kema-juan dan Keselamatan Kampung Ismail, Idris Abu Bakar ketika ditemui melawat mangsa banjir berkata, sememangnya pihak kerajaan bersimpati dengan apa yang berlaku.

Menurutnya, kontraktor sudah dipilih untuk menjalankan kerja penam-bahbaikan, namun disebabkan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini ia membantutkan kerja untuk dimulakan.

Katanya, dengan cuaca seperti ini jika kontraktor mulakan kerja, ia akan mengganggu kelancaran.

“Jadi, saya minta penduduk bersabar kerana pihak kerajaan sedang berusaha mencari formula penyelesaian.

“Sebagai permulaan, kita akan buat sedikit demi sedikit kerana kerja menaik taraf memerlukan perbelanjaan yang besar dan memerlukan kajian terperinci,” katanya.

Idris berkata, buat masa ini apa yang paling menyusahkan penduduk ialah banjir lumpur yang dipercayai berpunca daripada projek pembangunan berhampiran yang membawa lumpur tersebut ke dalam sungai.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6020051.asp

11/18/09

Konvensyen PKR N.Sembilan 22 Nov 09

Konvensyen PKR Negeri Sembilan
“MENGGILAP HARAPAN RAKYAT”
Tarikh : Ahad 22 November 2009
Tempat : Dewan Sekolah Menengah Tinggi Chung Hua, Seremban


8.00 – 8.45 am – Pendaftaran
9.00 – 9.45 am – Ucapan dan Perlancaran Konvensyen Oleh YB Pengerusi MPN, Dato’ Kamarul Bahrin Abbas
9.45 – 10.10 am- Rehat
10.10 – 10.50 am –Pelancaran Tema Konvensyen- Ketua Penerangan MPN Sdr Ibrahim Yusof
10.50-11.20 am – Ucapan SUA PKR- Dato Salehuddin Hashim
11.30 – 12.30 tengahari – Amanat Dato Seri Anwar Ibrahim
12.30 – 2.00 pm – Rehat dan Makan Tengahari
2.00 – 4.00 pm – Sesi Pembentangan Kertas Kerja
4.00 – 5.00 pm– Sesi Dialog
5.00 – 5.30 PTG – Penggulungan Oleh timbalan MPN 1, sdr Nordin Ismail
5.30 pm – Bersurai

Sumber http://anwaribrahimblog.com/2009/11/18/konvensyen-pkr-negeri-sembilan/#more-9961

11/16/09

Setahun guna jalan tidak berturap

Sinar Harian 16 Nov 09

JOHOL – Lebih setahun penduduk kampung Dingkir Inas menunggu kemudahan jalan setelah permohonan naik taraf jalan kampung itu diusulkan kepada pihak berkaitan tetapi seolah-olah dipandang sepi.

Namun, mereka tetap berharap supaya jalan yang menjadi laluan utama mereka diturap bagi kemudahan semua pihak.

Pemohon, Rosli Saham berkata, pada Oktober 2008, dia bersama penduduk lain membuat surat permohonan menurap jalan sejauh 1.5 kilometer dari simpang masuk ke jalan ini hingga ke dalam kawasan tanah yang sepatutnya.

“Jalan sudah ada cuma perlu diturap tetapi malangnya sehingga kini pihak kami tidak menerima sebarang reaksi untuk kemudahan tersebut.

“Kita sedia maklum, terdapat rancangan tanah pinggir di sini. Kebiasaannya mereka membawa hasil tanaman sayuran ke luar kawasan untuk dijual tetapi kecewa dengan kemudahan jalan raya yang tidak berturap dan berlopak di sana sini,” katanya.

Rosli berkata, apabila musim tengkujuh, jalan itu tidak dapat dilalui kerana becak dan kenderaan diletakkan di tempat lain.

“Ini menyukarkan kami terutamanya pada waktu pagi ketika hendak menghantar anak-anak ke sekolah,” katanya.

Selain itu, katanya, pada Disember 2008, surat maklum balas dari Pejabat Daerah dihantar kepada ketua kampung untuk tindakan lanjut tetapi tidak diambil apa-apa tindakan.

“Saya hanya mengetahui apabila bertanya mengenai perkembangan permohonan itu di Pejabat Daerah dan terpaksalah mengambil tindakan selanjutnya.

“Pada Mei 2009, Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Hassan Malek memaklumkan permohonan jalan tersebut diluluskan dan menunggu masa untuk diturap tetapi sehingga kini tiada sebarang tanda,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Dingkir, Sulaiman Kudin berkata, kekangan peruntukkan menyebabkan jalan tersebut tidak dapat dinaiktarafkan namun, semuanya dalam proses.

“Di kampung ini, sebanyak tiga jalan kampung disiapkan iaitu dua di Kampung Gachong dan satu di kampung Dingkir manakala penurapan baru pula dua jalan di bawah JKKK Dingkir.

“Justeru, saya berharap pemohon bersabar kerana tidak semua perkara dapat diselesaikan dalam satu jangka masa yang singkat,” katanya.

Pejabat Daerah Kuala Pilah pula menyatakan permohonan jalan sudah diterima.

Bagaimanapun, pihaknya meminta pemohon memahami masalah kekangan peruntukan sedia ada dan permohonan itu akan dipertimbangkan pada penerimaan peruntukan akan datang.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6009929.asp

11/13/09

Abang harap dapat kumpul enam beradik

Sinar Harian 12 Nov 09

LENGGENG – “Tolonglah kak, saya mahu kumpulkan semua adik beradik saya, tapi saya tidak mampu menyediakan rumah yang selesa untuk mereka semua” rintih Mohd Halif Ismail, 23, yang berharap dapat mengumpulkan kembali lima adiknya berusia antara 17 hingga 22 tahun.

Bukannya mereka lari dari rumah, namun masing-masing terpaksa membawa haluan sendiri merantau ke negeri orang selepas kesemua mereka satu demi satu terpaksa keluar daripada rumah kebajikan yang menjadi tempat membesar apabila usia sudah meningkat 18 tahun.

Ketika itu, bapa yang dijadikan tempat bergantung mempunyai masalah, sementara ibu pula sudah lama meninggal dunia disebabkan penyakit kanser pangkal rahim menyebabkan hidup mereka semakin terhimpit ditambah pula tiada tempat mengadu.

“Memang kami sekeluarga hidup susah sejak kecil lagi. Oleh kerana keadaan tidak mengizinkan dengan adik beradik ramai, ibu terpaksa menyerahkan adik bongsu kepada makcik untuk dijaga.

“Tapi, kini saya impikan kembali suasana kami dapat hidup bersama di rumah kebajikan seperti dulu, namun saya sendiri tidak pasti di mana kami boleh tinggal bersama,” katanya.

Halif berkata, bapanya yang kini sudah berkahwin lain pernah mengajak mereka semua tinggal bersama di Jelai, namun masing-masing tidak mahu disebabkan tidak dapat melupakan kisah duka dialami ketika masih kecil ketika bapanya berdepan masalah.

Apatah lagi bapanya kini menderita penyakit usus dan mengalami kesempitan hidup menyebabkan Halif tidak mahu menyusahkannya.

“Kami hanya berkumpul setahun sekali di rumah ayah. Itu pun satu hari sahaja dan keesokannya kami membawa haluan sendiri.

“Saya faham mengapa adik-adik bersikap begitu kerana ketika kami duduk di rumah kebajikan pun ayah tidak pernah datang menjenguk dan bertanya khabar,” katanya ketika ditemui di rumah bapa saudaranya di Lenggeng.


Bina rumah sendiri

Kesungguhan anak muda ini dapat dilihat apabila dia membina rumah di atas tanah pusaka milik ibunya menggunakan duit insurans kemalangan diperoleh.

Namun, agak menyedihkan rumah yang dibina tidak begitu sempurna apabila hanya disediakan tandas dan sebuah bilik kecil selain tidak mempunyai kemudahan bekalan air dan elektrik.

“Mujurlah ada sedikit duit simpanan dan duit insurans yang saya dapat selepas terlibat dalam kemalangan, jadi saya gunakannya untuk membina rumah kerana saya memang mahu bawa adik-adik tinggal bersama.

“Selepas rumah siap saya tinggal di sini selama tiga bulan kerana tidak mahu menyusahkan pakcik yang tinggal di Sungai Machang Hilir. Malangnya, lama kelamaan saya tidak tahan kerana sukar untuk saya menjalani kehidupan seharian tanpa kemudahan bekalan air dan elektrik,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, kini Halif menumpang di rumah bapa saudaranya dan rumah keluarga rakan yang prihatin dengan nasib dialaminya.

Lebih menyedihkan, sejak kemalangan, sebelah tangan Halif tidak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan dia sukar mendapat pekerjaan tetap.

“Sekarang ini saya hanya kerja biasa mengikut sesiapa yang memerlukan pekerja kerana hanya ini sahaja yang mampu saya buat. Pendapatan pun tidak menentu antara RM300 ke RM400 sebulan,” katanya.


Seorang adik alami masalah rabun

Sementara itu Sinar Harian difahamkan lima adiknya tinggal di Melaka, Kajang dan Shah Alam, namun tidak diketahui di mana tempat tinggal mereka dan pekerjaan yang dilakukan.

Manakala abang sulungnya, Mohd Faizal, 25, difahamkan berada di Shah Alam namun sudah lama tidak mendengar khabar berita.

Adik kelima Halif, Nurul Wahida, 18, kini sedang menderita penyakit rabun di tahap membimbangkan, namun disebabkan sumber kewangan tidak mengizinkan rawatan ditangguhkan untuk sementara waktu.

“Saya risau lama-kelamaan matanya akan buta. Setakat ini saya belum pernah membawanya mendapatkan rawatan kerana sedar kos yang sangat besar diperlukan untuk tujuan itu,” katanya.

Dalam pada itu Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lenggeng, Bustami Abu berkata, pihaknya simpati dengan derita yang terpaksa ditanggung anak muda itu.

Menurutnya, pihak Giat Mara Seremban sudah datang meninjau rumah yang didirikan oleh Halif dan bersedia membantu membaik pulih rumah tersebut bagi membolehkan dia tinggal bersama adik beradiknya yang lain.

“Namun, bergantung kepada bantuan apa yang kita terima sama ada bantuan membina rumah daripada Pejabat Daerah ataupun sebaliknya yang kini saya tengah tunggu keputusannya.

“Malah, kemudahan bekalan air dan elektrik juga akan cuba diusahakan daripada pihak berkaitan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Sementara itu dalam masa terdekat, Bustami berjanji akan cuba usahakan Halif pergi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang diminati agar mampu memperoleh pekerjaan yang lebih merjamin masa depan.

“Cuma saya amat mengharapkan bantuan daripada pihak lain untuk sama-sama membantu adiknya yang kini mengalami penyakit rabun kerana saya khuatir jika dibiarkan, ia akan menjadi bertambah teruk,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5985807.asp

11/12/09

Hukuman terlalu ringan utk peyokong fanatik Kelantan

Hukuman ringan melunturkan semangat peminat bolasepak negeri lain.

Hukuman RM50,000 yang dikenakan ke atas Kafa ekoran insiden yang dicetuskan penyokong Kelantan pada perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 7 November 09 bukanlah satu bentuk hukuman yang boleh mendidik penyokong bolasepak yang fanatik di negara ini.

Selepas ini ibu bapa akan takut untuk membawa ahli keluarga dan anak-anak mereka menonton perlawan bolasepak sekiranya ada penyokong pasukan Kelantan , walaupun perlawanan tersebut di luar Kelantan.

Ibu bapa akan berfikir dua kali untuk membawa anak-anak ke Stadium Paroi sekiranya ada perlawanan antara Negeri Sembilan dan Kelantan pada masa akan datang.

Apa ke tidaknya, apa jaminan tiada penyokong Kelantan yang fanatik ? Apa jaminan pihak polis ? Apa jaminan pihak pengurusan stadium ?

Lihat kembali perlawanan akhir Piala UEFA tahun 1985 antara Liverpool (Reds) dengan Juventus di Belgium. Akibat rusuhan yang dimulakan oleh penyokong Liverpool , 39 orang penonton telah terkorban yang majoritinya penyokong kelab Itali tersebut.

Selepas dari insiden itu , UEFA telah menghukum semua kelab dari England (bukan Liverpool sahaja) tidak boleh bermain di Eropah selama 5 tahun , manakala Liverpool selama 6 tahun.

Inilah bentuk pengajaran yang dikenakan kepada penyokong kelab England yang fanatik.

Kalau setakat denda RM 50,000 sahaja apalah sangat , yang bayar pun Kafa, bukan penyokong Kelantan.

Oleh itu FAM perlu mengkaji semula bentuk hukuman yang harus dikenakan kepada Kafa dan penyokong Kelantan.

Disamping itu tahap keselamatan juga harus dipertingkatkan. Pagar pemisah antara dua kumpulan penyokong mestilah diperkukuhkan.

Pemasangan kamera CCTV di semua sudut agar dapat dikenal pasti mereka yang mencetuskan kekecohan.

Kerus-kerusi di stadium semestinya dari jenis yang kalis atau tahan api.

Kalau di England ada Liverpool Reds , di Kelantan pula Red Warriors. Penyokong England yang fanatik dipanggil Hooligan kalau di Malaysia , tak tahulah dipanggil apa.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://news.bbc.co.uk/onthisday/hi/dates/stories/june/2/newsid_2494000/2494963.stm

http://ms.wikipedia.org/wiki/Liverpool_F.C.

Pelancaran PKR Kundur 18 Nov 09 Rembau

Pelancaran Ranting Kundur (Cabang PKR Rembau)
Rabu 11 November 2009
Jam 8 malam
Di Kg Kundur Hilir (DUN Chembong), Rembau
Bersama :
cheGuBard , Pengerusi PKR Rembau
YB Hj Mohamad Taufek , YB Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Rembau
Dato Seri Ir Nizar
YB Abdullah Sani

Info lanjut tel Azizi 012-3696474 atau di http://chegubard.blogspot.com

CERAMAH PERDANA
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg Selemak (dekat Kg. Batu) , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat, Anak jati Kg Batu (DUN Kota)
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

11/10/09

Ceramah YB Ir Nizar Jamaludin 18 Nov 09 Rembau

CERAMAH PERDANA SATU
Rabu 18 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kg. Batu , Rembau, N.Sembilan
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Dato Seri Ir. Nizar Jamaludin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

Info lanjut hubungi 012-3696474 atau http://chegubard.blogspot.com


CERAMAH PERDANA DUA
Sabtu 21 Nov 2009
Jam 9 malam
Di Kampung Tengah, Air Kuning, Tampin
Penceramah :
YB Hj Taufek , ADUN Paroi N.Sembilan, AJK PAS Pusat
YB Antony Loke , Ahli Parlimen Rasah, N.Sembilan
YB Abdullah Sani , Ahli Parlimen Kuala Langat
cheGuBard

Info lanjut (Ija 017 3491807) atau http://chegubard.blogspot.com

11/5/09

Peserta mohon kembalikan bayaran sara hidup

Sinar Harian 5 Nov 09

FELCRA LAKAI - Seramai la:pan peserta Felcra Berhad Kawasan Lakai memohon pihak Felcra supaya mengembalikan bayaran sara hidup bulanan mereka yang digantungkan pembayarannya bermula Oktober 2009 hingga September 2010 atas alasan dan sebab yang tidak munasabah.

Peserta yang mengalami nasib malang itu, Md Aji Abd Razak, 52, berkata, keadaan itu memberi pelbagai kesukaran kepada kelapan-lapan peserta di mana kebanyakan daripada mereka sememangnya bergantung kepada pendapatan melalui elaun sara hidup bulanan itu.

:Menurutnya, dia dan rakan-rakannya tidak mempunyai pilihan, selain mengambil tindakan menahan pengeluaran hasil tanaman kelapa sawit di kawasan tanah masing-masing oleh Felcra sekiranya pihak Felcra masih gagal mengembalikan bayaran sara hidup bulanan kepada mereka sebanyak RM1,000 mengikut tarikh ditetapkan.

“Apa yang harus kami lakukan sekiranya elaun sara hidup bulanan kami digantung sedangkan hasil tanaman kelapa sawit masih lagi terus-menerus dikeluarkan pihak Felcra.

“Kami juga ada keluarga untuk disara dan keadaan ini memberi banyak masalah kepada kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5569644.asp

Penduduk dakwa longkang punca banjir

Sinar Harian 5 Nov 09

TAMAN KOTA LUKUT – Seorang warga emas, Lim Teck Pau, 61, terkejut apabila rumahnya dilanda banjir lumpur semasa hujan lebat Isnin lalu.

Menurutnya, kawasan rumahnya itu tidak pernah dilanda banjir sejak dia mula menginap di situ, namun perkara tersebut berlaku selepas diadakan satu longkang kecil sepanjang 100 meter yang disambungkan ke longkang di hadapan kawasan rumahnya.

Katanya, walaupun longkang itu sama-sama melalui longkang besar tetapi ia tetap bermasalah kerana dipenuhi pelbagai jenis rumput dan lalang.

“Semasa kejadian saya terpaksa menghalang air banjir daripada masuk ke rumah dengan menolaknya menggunakan penyapu dan kayu.

“Mujur barang-barang sempat diselamatkan dan ada antaranya berada di tempat tinggi, yang rosak hanya sebuah pembesar suara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin, pihaknya telah berbincang dengan kontraktor yang menjalankan projek pembinaan rumah kedai untuk menutup longkang tersebut.

“Khidmat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga telah dimohon untuk membersihkan kawasan longkang ini,” katanya.

Ean Yong menambah, pihaknya juga telah membuat aduan kepada MPPD berkenaan longgo-kan tanah yang terdapat di Taman Kota Lukut sehingga menghalang kelancaran laluan air semasa hujan.

Sementara seorang penduduk, M Rageswary, 36, berkata, rumahnya memang sering dilanda banjir apabila hujan.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap berlakunya hujan, rumah akan dimasuki air dan yang terbaru Isnin lalu.

“Kekerapan kejadian banjir sehingga menyebabkan anak sulung saya yang berusia 11 tahun trauma.

“Justeru, apabila berlaku sahaja hujan saya akan berjaga-jaga dan sudah letih menghadapi keadaan seperti ini,” katanya yang tinggal bersama tiga anak.

Sementara menurut seorang lagi penduduk, Chan Amoi, 60, dia terpaksa membuat penghalang menggunakan papan di pintu hadapan rumahnya bagi mengelakkan banjir memasuki rumah.

“Di halaman rumah juga kami adakan benteng berbentuk bonggol menggunakan simen bagi menangani masalah ini, namun apabila hujan lebat, air tetap masuk ke kawasan rumah.

“Agak sukar juga untuk membersihkan rumah yang dimasuki air banjir memandangkan saya mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU). Dia tidak boleh berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak,” katanya.

Apabila ditanya sama ada anaknya itu memperoleh bantuan daripada mana-mana badan kebajikan, Chan Amoi menjawab tidak.

“Saya pernah memohon setahun lalu, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5569951.asp

Penduduk dakwa longkang punca banjir

Sinar Harian 5 Nov 09

TAMAN KOTA LUKUT – Seorang warga emas, Lim Teck Pau, 61, terkejut apabila rumahnya dilanda banjir lumpur semasa hujan lebat Isnin lalu.

Menurutnya, kawasan rumahnya itu tidak pernah dilanda banjir sejak dia mula menginap di situ, namun perkara tersebut berlaku selepas diadakan satu longkang kecil sepanjang 100 meter yang disambungkan ke longkang di hadapan kawasan rumahnya.

Katanya, walaupun longkang itu sama-sama melalui longkang besar tetapi ia tetap bermasalah kerana dipenuhi pelbagai jenis rumput dan lalang.

“Semasa kejadian saya terpaksa menghalang air banjir daripada masuk ke rumah dengan menolaknya menggunakan penyapu dan kayu.

“Mujur barang-barang sempat diselamatkan dan ada antaranya berada di tempat tinggi, yang rosak hanya sebuah pembesar suara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sementara menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, Ean Yong Tin Sin, pihaknya telah berbincang dengan kontraktor yang menjalankan projek pembinaan rumah kedai untuk menutup longkang tersebut.

“Khidmat Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) juga telah dimohon untuk membersihkan kawasan longkang ini,” katanya.

Ean Yong menambah, pihaknya juga telah membuat aduan kepada MPPD berkenaan longgo-kan tanah yang terdapat di Taman Kota Lukut sehingga menghalang kelancaran laluan air semasa hujan.

Sementara seorang penduduk, M Rageswary, 36, berkata, rumahnya memang sering dilanda banjir apabila hujan.

Menurutnya, boleh dikatakan setiap berlakunya hujan, rumah akan dimasuki air dan yang terbaru Isnin lalu.

“Kekerapan kejadian banjir sehingga menyebabkan anak sulung saya yang berusia 11 tahun trauma.

“Justeru, apabila berlaku sahaja hujan saya akan berjaga-jaga dan sudah letih menghadapi keadaan seperti ini,” katanya yang tinggal bersama tiga anak.

Sementara menurut seorang lagi penduduk, Chan Amoi, 60, dia terpaksa membuat penghalang menggunakan papan di pintu hadapan rumahnya bagi mengelakkan banjir memasuki rumah.

“Di halaman rumah juga kami adakan benteng berbentuk bonggol menggunakan simen bagi menangani masalah ini, namun apabila hujan lebat, air tetap masuk ke kawasan rumah.

“Agak sukar juga untuk membersihkan rumah yang dimasuki air banjir memandangkan saya mempunyai seorang anak orang kelainan upaya (OKU). Dia tidak boleh berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak,” katanya.

Apabila ditanya sama ada anaknya itu memperoleh bantuan daripada mana-mana badan kebajikan, Chan Amoi menjawab tidak.

“Saya pernah memohon setahun lalu, namun sehingga kini tiada jawapan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story5569951.asp

11/4/09

Ahli Parlimen Rembau


Sumber :


http://www.acp.com.sg/magazinetitles/ACPAsia/HarpersBazaarMalaysia/
http://moosetheloose.blogspot.com/2009/10/of-harpers-bazaar-and-kj.html
Stephanie Chai on the cover of Harper's BAZAAR Malaysia Oct 09
the cover of the men's pullout is Malaysian politician Khairy Jamaluddin, head of political party UMNO youth wing