CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

12/30/09

Pidato Hj Md Sabu 10 Jan 2010 Kuala Pilah

PIDATO PERDANA
Bersama :
Tn Hj Mohamad Sabu , AJK PAS Pusat
Khairul Anuar Zainuddin , Ketua AMK Selangor
Zulkefly Mohamad Hj Omar , Persuruhjaya PAS N.Sembilan

AHAD 10 Januari 2010
Jam 9 malam
Di Kg Dioh Tengah , Kuala Pilah , N.Sembilan

Semua Dijemput Hadir

Maklumat lanjut di http://gerbangkeadilankp.blogspot.com

12/29/09

Jualan Amal Roti Bakar RM2 Bantu Pelajar Kembali Sekolah

PAS Kawasan Rembau telah mengenalpasti lebih kurang 70 ke 80 orang pelajar yang benar-benar memerlukan bantuan seperti anak yatim, pelajar miskin dan ibu-ibu tunggal yang hilang tempat bergantung dan mempunyai tanggungan yang ramai.

Sehubungan dengan itu Muslimat PAS Kawasan Rembau akan melaksanakan jualan ROTI BAKAR PANAS dengan kupon bernilai CUMA RM2 pada malam tahun baru sempena PROGRAM D’ AMBANG TAHUN BARU 2010 & 1431H yang bakal diadakan di Dataran Senawang pada hari Khamis 31 Disember 2009 bermula jam 8 malam.

Orang ramai yang ingin membeli kupon sambil beramal dialu-alukan hadir ke program malam tersebut atau menghubungi Pn Norwani 013-3851202 atau Pn Fauziah 013-7779328 untuk mendapatkan kupon berkenaan. Maklumat lanjut di http://nurmutiara.blogspot.com/2009/12/lagi-program-amal-pas-rembau.html

Marilah kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan terutama pelajar yang akan memasuki sesi persekolahan 2010 agar tahun baru yang menjelang memberi azam baru kepada pelajar-pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai cita-cita di medan ilmu. Maklumat lanjut program SEKOLAHKAN MEREKA di http://pasns.blogspot.com/2009/11/pas-rembau-lancar-sekolahkan-mereka.html

12/26/09

Banjir: Kerajaan Negeri tidak serius

Sinar Harian 24 Dis 2009

SEREMBAN – Kerajaan Negeri didesak supaya lebih serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di Ulu Temiang berikutan sistem perparitan tidak sistematik.


Ahli Dewan Undangan Negeri Temiang, Ng Chin Tsai berkata, banjir di kawasan berkenaan bukan masalah baru kerana ia berlaku sejak April 2008 dan sehingga kini tiada jalan penyelesaian dicapai demi kebaikan masyarakat setempat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sebelum ini menjelaskan, masalah itu tidak dapat ditangani dengan mudah berikutan kegagalan jentera berat masuk ke kawasan berkenaan bagi tujuan mengorek pasir.

“Alasan ini tidak munasabah dan tidak menggambarkan keadaan sebenar. Mengapa ia tidak dilaksanakan secara berperingkat atau mencari dan mengguna pakai kaedah lain yang lebih bersistematik,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Chin Tsai berkata, sehingga hari ini tiada penjelasan dibuat dan jawatankuasa khas mengkaji pelan tindakan jangka masa panjang menyelesaikan masalah banjir tidak diwujudkan.

“Penduduk mengharapkan satu jawapan daripada Kerajaan Negeri tetapi amat menyedihkan apabila tiada maklum balas diterima. Kehidupan seharian penduduk sentiasa tertekan terutama apabila hujan.

“Ini menggambarkan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak ikhlas untuk menangani masalah banjir. Saya menyeru kerajaan supaya membina kolam tahanan serta merta seperti dijanjikan tempoh hari.

“Kerajaan Negeri juga perlu mendalamkan sungai Temiang serta memindahkan pasir ke tempat lain bukan melonggokkannya di tepi sungai,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6245535.asp

12/24/09

Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu 9 Jan 2010 Seremban


KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU
Tarikh : 9 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 9 pagi – 1 petang
Tempat: Dewan D’Ark 1, Taman Sri Kasih, Jalan Paroi-Senawang, Seremban

Penyampai:
1) Pn Nur Farah Farhan from SaraKids, Certified Lactation Counsellor, PPUM.
2) Pn Siti Suraya from Lunatots, Certified Lactation Counsellor, PPUM.

Bayaran: RM60 individu / RM 100 pasangan

Tempat: Terhad untuk 20 orang sahaja

Untuk menyertainya, email nursingpitstop@gmail.com atau SMS 019-2759117 (Pn Suria).

Layari juga http://nursingpitstop.wordpress.com/ untuk maklumat lanjut.

12/23/09

US guna F5E hingga tahun 2020


Tentera Udara Amerika Syarikat masih menggunakan jet pejuang F5E atau dipanggil juga T38 hingga tahun 2020. Ini menunjukkan F5E masih diguna pakai oleh banyak negara seluruh dunia kerana beberapa keistimewaan tersendiri. Sila rujuk http://shar101.files.wordpress.com/2009/12/ma0117.doc
http://www.flightglobal.com/pdfarchive/view/2004/2004-09%20-%201361.html
http://www.flightglobal.com/articles/2004/07/20/184486/airod-poised-to-sign-f-5-partnership-agreements.html

12/22/09

Paip pecah punca banjir lumpur

Sinar Harian 22 Dis 09

PANTAI , Seremban – Tahun ini sahaja sudah tiga kali rumah se-orang penduduk di Kam-pung Pantai Batu 9, dekat sini, dinaiki air dipercayai berpunca daripada masalah paip pecah yang berlaku di hadapan rumahnya.

Ernawaty Mohd Nor, 55, berkata, setiap kali masalah itu berlaku, rumahnya banjir dan dipenuhi lumpur walaupun tanpa hujan.


Kejadian terbaru pada 18 Disember lalu kira-kira jam 10.30 malam, sekali lagi berpunca daripada masalah paip pecah menyebabkan dia nekad mengambil tindakan membuat laporan polis.

“Saya menetap di sini bersama suami manakala anak-anak tinggal di Kuala Lumpur. Bila berlaku banjir lumpur seperti memang letih dibuatnya kerana perlu membersihkan persekitaran rumah yang kotor diselaputi lumpur tebal.

“Saya sudah penat me-nanggung kesusahan ini setiap kali banjir,” katanya.

Menurutnya, dia dan suami dibelenggu kebimbangan sekiranya paip pecah berlaku pada waktu malam ketika semua sedang nyenyak tidur.

“Mujurlah bahagian garaj rumah saya tinggi dan setakat ini air tidak pernah masuk ke bahagian dalam rumah melainkan dapur dan tandas di belakang rumah,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, katanya, perniagaan kedai makannya turut terjejas setiap kali kejadian itu berlaku dan dia amat berharap pihak berwajib dapat membayar ganti rugi.

“Lebih mengecewakan apabila banjir akibat paip pecah, pihak berwajib langsung tidak datang bertanya khabar yang sekurang-kurangnya dapat meredakan keresahan.

“Tidak dinafikan bila paip pecah kontraktor ditugaskan datang segera ke sini untuk membetulkannya. Cuma kami agak terkilan kerana tiada sesiapa pun yang datang menjenguk keadaan kami,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6235829.asp

Penghuni mahu penjelasan, pampasan

Sinar Harian 22 Dis 09

LARONG , Jelebu- Seorang penduduk di Kampung Larong, Shamsiah Jawi, 66, memohon wakil syarikat yang bakal menjalankan kerja-kerja meletak pembetung bersaiz besar berdekatan lokasi rumahnya tampil memberi penjelasan dan pampasan sewajarnya.

Shamsiah berkata, langkah itu perlu memandangkan kehadiran sebuah jentolak menggunakan laluan jalan di atas tanah miliknya dan jiran berhampiran menimbulkan rasa kurang selesa penduduk kerana struktur jalan berkemungkinan rosak selain rumah mereka bergegar semasa jentolak tersebut melalui rumah mereka.
Menurutnya, dia dapat mejangkakan sekiranya projek itu tetap diteruskan, sebahagian daripada struktur rumahnya 'musnah' bagi memberi laluan terhadap kerja-kerja meletakkan pembentung bersaiz besar tersebut.

“Sudahlah sejak tahun 1997 lagi hingga kini, saya masih bayar cukai tanah geran asal di mana kawasan tertera di atas geran tersebut adalah termasuk sekali sungai yang sudah dilebarkan ini. Jika dahulu rumah saya betul-betul terletak di sungai tetapi sekitar pertengahan tahun 90-an, kerajaan memberi pampasan sebanyak RM41,000 bagi mengalih-kan rumah kami ke belakang sedikit untuk memberi laluan kepada kerja-kerja melebarkan sungai.

“Inilah yang merisaukan saya. Suami saya sudah tiada dan kini saya tinggal bersama anak serta menantu di rumah ini. Sekiranya kerja-kerja ini diteruskan, saya mohon wakil syarikat berkenaan tampil memberi penjelasan dan pampasan sewajarnya,” katanya ketika ditemui di kediamannya.

Sementara itu, anaknya, Syahida Atan, 33, berkata, dia berasa amat kesal kerana jawapan diberikan salah seorang kakitangan syarikat tersebut ketika diminta berbuat demikian sangat mengecewakan kerana kakitangan tersebut menyatakan laluan itu adalah terletak dalam rizab sungai dan pampasan telah disa-lurkan kepada penduduk kampung.

Namun menurutnya, perkara itu tidak benar kerana ibunya masih membayar cukai mengikut geran asal yang belum diubah walaupun kerja-kerja melebarkan sungai telah lama berlalu.

“Mula-mula, hari pertama jentolak lalu, akak cuba buat-buat tidak tahu walaupun rumah bergegar tetapi masuk hari ketiga, akak sudah tidak sabar lagi kerana tidak ada wakil syarikat tampil memberi penjelasan kepada penduduk.

“Oleh itu, saya seru pihak pengurusan syarikat tampil memberi penjelasan sebelum kerja-kerja diteruskan dan memberi ampasan bersesuaian memandangkan kerja-kerja itu menimbulkan kerosakan kepada tanah milik kami.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6235515.asp

Remaja berhenti kerja akibat kanser

Sinar Harian 22 Dis 09

KAMPUNG LINGGI , Port Dickson – Kehidupan ceria seorang remaja, Khairunnisa Shaari tiba-tiba berubah apabila dia disahkan menghidap kanser kelenjar tahap dua.

Khairunnisa, 21, berkata, malah dia terpaksa mengorbankan kerjayanya sebagai pembantu kedai akibat penyakitnya itu hingga menyebabkannya: terpaksa bergantung sepenuhnya kepada ibunya, Fauziah Aziz, 42, seorang ibu tunggal yang bekerja sebagai operator pengeluaran sebuah kilang di Seremban.


Menurut Khairunnisa, setiap dua minggu dia perlu menjalani rawatan kemoterapi di Hospital Seremban selama dua tahun sebelum pemeriksaan sama ada bebas daripada kanser itu.

“Setiap kali menjalani rawatan kemoterapi, sekurang-kurang kos perbelanjaan mencecah RM200 termasuk bayaran sewa kereta.

“Kami tiada kenderaan dan terpaksa menyewa kereta ataupun teksi dari hospital ke rumah. Lazimnya selepas rawatan kemoterapi, badan saya akan berasa amat lemah,” katanya kepada Sinar Harian

Difahamkan, kanser kelenjar yang dihidapi Khairunnisa berada di tahap kedua dan hanya disedarinya apabila ditegur doktor sewaktu menghantar neneknya ke Klinik Kesihatan untuk mendapatkan ubat.

“Saya memang menyedari keadaan daripada bawah telinga ke leher besar, tetapi menganggapnya hanya sakit biasa seperti beguk. Saya tidak risau, lebih-lebih lagi ia tidak sakit.

“Namun selepas menerima rawatan pertama di Hospital Seremban dan pembedahan kecil terpaksa dijalankan, barulah saya disahkan menghidap penyakit ini. Setelah berhenti kerja, ibulah yang menanggung segala perbelanjaan termasuk kemoterapi dan ubat-ubatan lain,” katanya.

Khairunnisa memaklumkan badannya kini menjadi lemah dan tidak dapat bergerak seaktif dahulu.

Malah sejak menjalani kemoterapi, seluruh rambutnya mulai gugur. Khairunnisa berkata, kini dia sudah menjalani tujuh kali kemoterapi dan doktor memaklumkan, walaupun rawatan sekarang ini memberinya peluang 75 peratus untuk sembuh, namun mempunyai kesan sampingan lain yang boleh mengganggu buah pinggang, jantung dan rahim.

“Apabila tamat tempoh dua tahun kemoterapi, saya akan menjalani rawatan sekali lagi bagi memastikan saya benar-benar sihat atau terpaksa menjalani rawatan lain.

“Saya memohon kepada mana-mana pihak untuk datang membantu meringankan sedikit beban ibu menanggung kos perubatan yang tinggi. Terdahulu Baitulmal ada memberikan RM1,000 dan saya ucapkan terima kasih,” katanya.

Sementara itu, Fauziah turut mengakui pendapatan sekitar RM500 sebulan tidak mencukupi bagi menanggung semua yang berlaku dalam kehidupan keluarganya.

“Itu pun saya sudah mengambil kerja tambahan dua jam setiap hari. Kebiasaannya saya akan keluar bekerja seawal 6 pagi dan hanya pulang pada jam 9 malam.

“Selain menguruskan empat anak, saya juga menjaga ibu yang sudah berusia 73 tahun. Bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah skim ibu tunggal sudah saya peroleh, tetapi permohonan ibu saya ditolak. Tidak tahu mengapa ia ditolak, memandangkan ibu saya juga adalah warga emas ibu tunggal dan hanya bergantung kepada wang yang diberikan oleh anak-anaknya sahaja,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6236810.asp

Ceramah Dato Fauzi dan YB Taufek 26 Dis 09 REMBAU

Program Dato' Fauzi Abd. Rahman ( Mantan Timb Menteri Penerangan ) ke Rembau pada 26.12.2009 (Sabtu)

1) Perasmian Ranting Sendayan (DUN Rantau)
No. 381, Jalan Utama, Bandar Sri Sendayan (Rumah Tanggam)
Jam 6.00 Petang
019-6428525 (Tapoi)

2) Perasmian Ranting Kampung Batu (DUN Kota)
Kampung Bintongan, Kota, Rembau (Rumah Yusof Tapa)
Jam 8.00 Malam
019-6602784 (Yusof Tapa)

3) Ceramah Umum Pakatan Rakyat
Dato' Fauzi Abd Rahman, YB Taufek Abd. Ghani (ADUN (PAS) Paroi N9), Aisah Lamsah & Che'GUBard
Kampung Semerbok, Kota, Rembau (Rumah Harun Manaf)
Jam 9.00 Malam
013-2101797 (Rasli), 017-2468258 (Harun)

Sebarkan. Sebarang pertanyaan : Norazizi 012-3696474

Sambutan D Ambang Tahun Baru 31 Dis 09 Senawang

Ceramah Perdana Sempena Maal Hijrah & Tahun Baru Masihi

Penceramah :
1. Lim Jooi Soon ( PERKIM)
2. Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 31 Disember 2009 (Khamis)
Tempat : Dataran Senawang
Masa : 8.30 mlm

Semua Dijemput Hadir

Turut diadakan Gerai Jualan Amal , Pameran , Kuiz Remaja

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

*******************
Lim Jooi Soon selesa guna nama asal

Pegawai Dakwah Persatuan Cina Islam Malaysia (MACMA) Cawangan Selangor, Lim Jooi Soon berkata, ramai masyarakat di Malaysia beranggapan bahawa nama Islam adalah nama dalam bahasa Arab.

Pada masa yang sama, kata Jooi Soon, tiada nas untuk membenarkan penukaran nama bapa kandung kepada Abdullah atau nama-nama lain.

Kata Jooi Soon, sebagai Muslim berbangsa Cina, mengekalkan nama penuh dalam bahasa ibunda adalah perkara yang penting bagi sebahagian masyarakat Cina. Ini kerana setiap perkataan pada nama tersebut membawa maksud dan pengertian tertentu.

Sumber : http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0412&pub=utusan_malaysia&sec=bicara_agama&pg=ba_01.htm&arc=hive&arc=hive

KKP, JUALAN dan CUCI KERETA AMAL 26 DIS 09

Sebahagian dari Projek SEKOLAHKAN MEREKA untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA (KKP)

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Peta ke PASTI Hasanah pada pautan berikut
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/12/kkp-jualan-dan-cuci-kereta-amal-26-dis.html

Tingkatkan Mutu Bacaan Al Quran 1 Jan 2010 Senawang

PROGRAM PENINGKATAN BACAAN AL QURAN
Mari Mengaji Bersama Ustaz Rozali Muhammad ( Pendakwah & Qari )

Tarikh : 1 Januari 2010 (Jumaat)
Masa : 9.00 pg – 12.30 tgh
Tempat : Bilik Kuliah , Masjid Bandar Baru Senawang

Terbuka kepada para imam, bilal, guru agama, ajk masjid/surau dan individu yang berminat

Maklumat lanjut hubungi Sdr Hassan 019-2171942

12/20/09

Keadilan bina ‘hentian bas rakyat’

Sinar Harian 20 Dis 09

RANTAU – Keadilan Rembau mengambil inisiatif membina kemudahan hentian bas secara bergotong-royong untuk penduduk di Taman Bunga Raya, Kuala Sawah dekat sini.

Sebelum ini, Pusat Khidmat Rakyat Rembau menerima aduan hampir setahun daripada penduduk di kawasan itu yang bukan sahaja memohon hentian bas malah beberapa lagi kemudahan lain yang tidak ada di kawasan terbabit.

Ketua Parti Keadilan Rakyat Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, perbelanjaan sebanyak RM815 dikeluarkan untuk tujuan pembinaan hentian bas itu yang juga mendapat sumbangan daripada penduduk berhampiran.

“Di sini, hentian bas menjadi satu-satunya tempat berlindung daripada hujan dan panas untuk pekerja kilang dan anak yang bersekolah menunggu bas.

“Kita dimaklumkan mereka sudah lama membuat permohonan tapi entah di mana silapnya sampai sekarang tiada satu pun kemudahan perhentian bas dibina menyebabkan kami mengambil inisiatif bersama penduduk membinanya sendiri,” katanya.

Beliau berkata, penduduk juga terpaksa berhadapan dengan masalah kekurangan lampu jalan yang mengundang masalah jenayah ragut di kawasan itu menyebabkan masing-masing mula bimbang dengan keselamatan diri.

Menurutnya, pihaknya telah membuat surat mendesak pihak berwajib membina segera lampu jalan dan perhentian bas di kawasan itu.

“Dua bulan lepas lampu jalan dipasang dan kami mengucapkan terima kasih untuk itu tetapi amat mengecewakan apabila tidak ada sebarang respons daripada agensi terbabit berhubung permohonan perhentian bas,” katanya.

Badrul berkata, sekarang penduduk tidak perlu bimbang lagi kerana kemudahan itu telah dapat disediakan dan beliau berharap mereka dapat bersama-sama menjaganya sebaik mungkin.

Dalam pada itu pemimpin penduduk, S Selvaraju berkata, penduduk mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rembau kerana bersedia membina kemudahan terbabit yang sememangnya sudah dinanti-nantikan penduduk sekian lama.

“Sebelum ini bukan tidak ada sesiapa yang datang mengambil gambar di kawasan ini tetapi setakat itu sahaja dan penduduk rasa tertipu,” katanya.

Pengerusi Kuil, A Muneswara berkata, pihaknya sudah beberapa kali membuat permohonan kepada pihak berwajib untuk disediakan kemudahan itu, namun ia seolah-olah dipandang sebelah mata.

“Terima kasih kepada Parti Keadilan Rembau, selepas ini tidaklah lagi anak-anak kami yang mahu ke sekolah basah kuyup ketika menunggu bas semasa hari hujan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6230373.asp

MOTIVASI Pelajar 25 27 Dis 09 Gunung Datuk Rembau


MOTIVASI ANAK KEMBALI KE SEKOLAH (MAKES) SIRI 3/2009
Tarikh : 25-27 Disember 2009 (Jumaat-Ahad)
Tempat : Tapak Perkhemahan Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan.
Peserta : Remaja Lelaki & Perempuan berumur antara 13 hingga 16 tahun.
Yuran : RM 80
Penyertaan : 13-16 tahun. Terhad 100 peserta

ANTARA AKTIVITI MENARIK
- XPDC Mendaki Gunung Datuk
- Menjejak Tapak Hang Tuah
- Visi Intelligent
- Smart Solat
- Cabaran Survivor
- Banyak lagi

Hubungi :
En Hazwan Mohd Nor - 013-2987115 amierwan@gmail.com
Rahimi 014-8573695

Info lanjut di http://altis-academy.blogspot.com/2009/11/kem-motivasi-anak-kembali-ke-sekolah.html

12/18/09

Pakatan Rakyat N.Sembilan lembek ?

Satu tamparan hebat dan kritikan untuk Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ?

Baca kritikan sepenuhnya pada pautan berikut http://chegubard.blogspot.com/2009/12/umno-ns-kuat-atau-pr-ns-lembek.html

12/15/09

Tanah Runtuh di Senawang perlu tindakan segera


Laluan pintas diancam tanah runtuh
Sinar Harian 15 Dis 09

SENAWANG – Penduduk kawasan perumahan Taman Alamanda dekat sini melahirkan rasa bimbang berhubung kejadian tanah runtuh di laluan pintas yang sering digunakan anak mereka ke sekolah.

Mereka mendakwa kejadian itu mula berlaku sejak November lalu apabila sedikit demi sedikit bukit di kawasan berhampiran runtuh hingga mewujudkan lubang besar dipercayai berpunca daripada tanah mendap.

Difahamkan, penduduk menggunakan laluan itu kerana ia lebih dekat berbanding jalan besar bagi mereka yang tidak mempunyai kenderaan.

Dengan menggunakan jalan pintas itu, penduduk hanya mengambil masa 10 minit untuk ke lokasi yang laluannya menembusi Taman Kemuning.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6174729.asp

12/14/09

Dilarikan penjenayah ketika mengisi petrol


Sinar Harian 14 Dis 09

SEREMBAN – Niat lima sekeluarga menghadiri kenduri kahwin bertukar menjadi pengalaman cemas apabila mereka dilarikan bersama kenderaan semasa berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak dekat Senawang, di sini pagi semalam.

Bagaimanapun, keluarga terbabit selamat selepas ditinggalkan di tepi jalan kira-kira 300 meter dari tempat kejadian, berdekatan Plaza Tol Senawang, di sini.

Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi itu, Mohd Sahat Tumpang, 48, bersama isteri, Rohani Ali, 51, dan empat anak berusia 10 hingga 15 tahun serta seorang anak rakannya berusia 17 tahun sedang dalam perjalanan ke majlis kenduri kahwin di rumah seorang rakannya di Sungai Buloh, Selangor, sebelum berhenti di stesen minyak terbabit.

Ketika membuat pembayaran, dia mematikan enjin untuk mengisi minyak, tetapi kunci kereta jenis Nissan Grand Livina itu ditinggalkan di situ menyebabkan seorang lelaki bertindak menceroboh masuk.

“Ketika itu, saya masuk ke dalam stesen minyak untuk membuat pembayaran, sementara isteri bersama empat anak dan seorang rakan anak saya berada di dalam kereta.

“Semasa di depan kaunter bayaran, anak lelaki saya berusia 15 tahun keluar dari kereta dan menjerit memberitahu ada rompakan. Saya terus berlari keluar dan hanya sempat melihat seorang lelaki membawa lari kereta saya bersama keluarga saya yang masih berada di dalam,” katanya.

Menurutnya, dia tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas, sebaliknya cuba mendapatkan bantuan menerusi talian 999 sebelum sepasukan polis datang sejurus selepas itu.

“Tidak lama selepas itu, saya dimaklumkan oleh seorang pengguna jalan raya bahawa isteri dan empat lagi anak saya yang dilarikan itu ditinggalkan di tepi lebuh raya dan penjenayah terbabit memandu kereta saya menghala ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya dekat Taman Tuanku Ja’afar, di sini semalam.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan beg tangan isteri mengandungi sejumlah wang dan beberapa barangan peribadi serta dokumen penting turut dilarikan penjenayah terbabit.

Menurut Mohd Sahat, anak lelakinya berusia 15 tahun itu sempat keluar dari kereta sebelum penjenayah terbabit sempat mengunci pintu, manakala isteri dan empat lagi anak gagal berbuat demikian.

Malah, isterinya turut memberitahu bahawa lelaki yang menceroboh masuk ke dalam kereta itu bersenjatakan parang dan mengarahkan mereka supaya diam serta tidak melawan.

“Penjenayah itu juga sempat mengambil tiket tol dan mengarahkan supaya anak dan isteri saya diam sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan,” katanya.

Berikutan kejadian itu, Mohd Sahat membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6173649.asp

Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi Mac 2010

Program Umrah Tarbawwi bersama ADUN Paroi, N.Sembilan
16 Mac 2010 hingga 4 April 2010 (16 hari)

Anjuran : Unit Amal Rembau dan Pusat Khidmat DUN Paroi

Tempat terhad. Hubungi Hassan 019-2171942

Cuci Kereta Bantu Pelajar 26 Dis 09 Senawang

JUALAN AMAL dan CUCI KERETA AMAL
Sebahagian dari Projek Jom Kembali ke Sekolah untuk membantu pelajar yang memerlukan.

Tarikh : 26 Disember 2009
Masa : 8:30 pagi – 1:00 ptg
Tempat : PASTI Hasanah, Bandar Seremban Selatan, Sg Gadut

Turut diadakan Program Khidmat Kesihatan PERCUMA

Hubungi Hassan 019-2171942

Anjuran : Pusat Khidmat DUN Paroi, Muslimat Rembau, Unit Amal Rembau, PASTI Rembau

Sukarelawan untuk program ini dialu-alukan.

Bengkel Buat Roket Air 19 Dis 09 Rembau

BENGKEL MEMBUAT ROKET AIR
Tarikh : 19 Disember 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi
Tempat : Kg Batu, Rembau

Sebahagian daripada Program Perkhemahan dan Motivasi
Maklumat lanjut di http://unitamaln9.blogspot.com

12/12/09

Lawatan Dato Chua Jui Meng 16 Dis 09 Rembau

Program Bersama Dato Chua Jui Meng
Tarikh : 16 Disember 2009
Hari : Selasa

ATURCARA
6.00 ptg : Rasmi Ranting di Rantau
7.30 mlm : Ceramah Umum di Paroi
9.30 mlm : Ceramah Umum di Tampin

Maklumat lanjut di http://chegubard.blogspot.com

Pelanggan Pusat Penjaja MPS Batu 4 1/2 makin kurang sejak Jalan Seremban-Tampin naik taraf

Berita Harian 11 Dis 09

SENAWANG: Seramai 17 peniaga makanan di Pusat Penjaja MPS Batu 41/2, di sini menghadapi masa depan perniagaan yang suram berikutan Jalan Seremban-Tampin yang sudah siap dinaik taraf tidak mempunyai persimpangan bagi memudahkan pelanggan mengunjungi premis mereka.

Peniaga mengeluh kerana pendapatan yang agak lumayan sebelum ini terjejas teruk berikutan kedatangan pelanggan berkurangan secara mendadak sebaik kerja naik taraf jalan berkenaan siap September lalu.

Pemandu kenderaan dari arah Rembau tidak boleh mengunjungi premis mereka kerana tiada persimpangan selain ada pembahagi jalan dan perlu mengambil jalan jauh jika mahu ke premis niaga.

Peniaga yang ditemui mahu pihak berkuasa membuka persimpangan dan membina lampu isyarat bagi memudahkan pelanggan dari arah Rembau mengunjungi premis berkenaan, sekali gus meningkatkan semula pendapatan mereka.

Peniaga makanan, Zainal Rantah, 70, yang sudah menjalankan perniagaan di premis berkenaan sejak 38 tahun lalu mendakwa mengalami kerugian besar sejak jalan berkenaan dinaik taraf.

"Saya mewakili peniaga lain menghantar surat ke pejabat Menteri Besar, 10 September lalu supaya pembahagi jalan dibuka dan memasang lampu isyarat bagi memudahkan pelanggan masuk ke sini, tetapi tiada tindakan setakat ini," katanya.

Katanya, kadar sewa gerai sebanyak RM145 yang diturunkan kepada RM85 sebulan tidak banyak membantu kerana peniaga kini tidak mempunyai pelanggan dan menanggung kerugian kos modal setiap hari.

Peniaga, Hasdullah Md Yusof, berkata kebanyakan pelanggan di pusat penjaja itu datang dari arah jalan Rembau kerana mereka akan berhenti rehat, di sini untuk makan sebelum meneruskan perjalanan ke Seremban.

"Selain itu, pelanggan lain adalah pekerja kawasan industri bersebelahan yang turut berkurangan kerana mereka tidak mahu berpatah balik semata-mata hendak membeli makanan di sini," katanya.

Katanya, sebelum ini beliau boleh memperoleh pendapatan sebanyak RM800 pada setiap hujung minggu namun kini perniagaannya tidak pulang modal dan terpaksa membuang banyak makanan yang tidak terjual setiap hari.

Peniaga makanan, Arifin Hamid, 51, berkata beliau sudah berniaga di situ selama 11 tahun dan kebanyakan pelanggan datang dari arah jalan Rembau kerana penduduk Seremban jarang singgah di pusat penjaja berkenaan untuk menjamu selera.

"Tidak ramai pelanggan datang ke sini dari waktu pagi hingga jam 1 petang, manakala jam 2 petang hingga 7 malam langsung tiada pelanggan yang mahu datang ke sini untuk minum petang," katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan beliau tidak menyediakan juadah pada sebelah petang seperti kuih-muih dan mi goreng bagi mengelakkan pembaziran.

"Kami tidak menentang pembangunan, lebih-lebih lagi untuk kemudahan dan keselesaan orang ramai tetapi kami berharap pihak berkuasa turut mengambil kira masalah peniaga di sini, yang hanya bergantung hidup kepada perniagaan yang dijalankan," katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Friday/Wilayah/20091211075721/Article/

12/9/09

Jambatan Pengerusi JKKK N9 didahulukan, jalan awam ?

Ini adalah jalan di Kg Masjid Lama yang runtuh. Akibatnya kereta atau kenderaan berat tidak lagi boleh melalui jalan ini kerana bahaya.

Sepatutnya jalan ni yang perlu diperbaiki segera... bukan bina jambatan kegunaan sendiri yang terletak lebih kurang 10m dibelakang rumah kuning tu

Gambar dan cerita penuh di http://buletinlabu.blogspot.com/2009/12/jambatan-pengerusi-jkkk-didahulukan.html


Pengerusi JKKK Pasir Putih Bina Jambatan Kebun Sendiri Kali Ke-3!

Paling menyedihkan apabila jambatan untuk kepentingan sendiri ini terus diutamakan.Bahkan bila ada penduduk yang mengadu, ada pihak yang berkaitan sanggup mengatakan, " nak buat macam mana, dah rezeki dia".

Kalau projek macam ini , adalah disyorkan Menteri Besar sendiri eloklah turun. apa sal peruntukan diluluskan pada tempat & projek yang sama. Ketua Kampung siang-siang dah declare, bukan saya yang luluskan....
Lebih malu lagi, ianya hanya untuk keperluan individu Ketua Kg sahaja. Tempat lain nak juga. Tempat lainpun ada kawasan banjir yang perlukan longkang.Balik2 buat jambatan dalam tanah sendiri sampai 3 kali...kes nyaya ni Dato.... Malu...Rakyat menyampah dibuatnya.

Gambar dan cerita penuh di http://buletinlabu.blogspot.com/2009/12/pengerusi-jkkk-pasir-putih-bina.html

12/7/09

Kontraktor guna kertas baiki rumah

Berita Harian 7 Dis 09

HALIMAH menujukkan rumah yang masih terbengkalai.

Kontraktor SPNB gagal siapkan rumah terbengkalai sejak September lalu

PANTAI: Seorang tukang jahit hampa kerana rumah baru yang dibina melalui program Rumah Mesra Rakyat (RMR) Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan sepatutnya siap September lalu, hingga kini masih terbengkalai.

Lebih memeningkan Halimah Ahmad, 56, dari Kampung Gayan Pantai di sini ialah rumah yang diduduki sejak lebih 70 tahun lalu sudah dibuka sebahagiannya kerana menyangka rumah baru akan siap seperti dijanjikan.

Selain itu, katanya bayaran kepada bank untuk membiayai pembinaan rumah itu sudah bermula dan dengan pendapatan sebagai tukang jahit hanya mampu menampung pembayaran balik pinjaman dan urusan kehidupan harian.

“Banyak kali saya membuat aduan kepada SPNB mengenai masalah ini. Walaupun selepas itu ada pegawai datang melawat tapak rumah, tetapi hingga kini pembinaan rumah saya terus terbengkalai,” katanya.

Halimah mendakwa hasil pemeriksaan pegawai SPNB pada 5 Oktober lalu, mendapati ada beberapa kerosakan dan kecacatan dalam pembinaan rumahnya.


KEADAAN dinding disumbat dengan kertas sebelum disimen.

Katanya, ini membabitkan tiang rumah, saiz rasuk bumbung bahagian bilik, kerja mengikat bata dan ketiadaan tiang RC Stiffener di bahagian bilik air.

“SPNB mengarahkan kontraktor terbabit membaiki kecacatan itu, tetapi pekerja hanya menyumbat lubang di bahagian dinding dan kekisi pintu dengan kertas dan kemudian menyimen. Pada bahagian tiang pula, kontraktor hanya menambah batu bata dan bukan menggantikan baru.

“Rangka rumah sudah siap, namun hingga kini masih tiada bumbung dipasang menyebabkan kayu rusuk di bahagian bumbung mula berkulat,” katanya.

Sehubungan itu, Halimah mahu SPNB mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor terbabit kerana selain sudah lama menunggu, pembinaan rumah impiannya tidak dilakukan dengan sempurna.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lenggeng, Mustafa Salim, berkata masalah itu sudah dikemukakan kepada SPNB yang membuat pemilihan kontraktor untuk pembinaan rumah itu.

“Semua pemilihan kontraktor dibuat oleh SPNB sendiri dan saya difahamkan kontraktor terbabit telah diberi amaran. Saya berharap pembinaan rumah Halimah dapat disiapkan segera dan tidak lagi timbul sebarang masalah,” katanya.

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Wilayah/20091207091349/Article/index_html

Rugi RM150,000 akibat banjir

Sinar Harian 7 Dis 09

Triang Ilir - Hujan lebat bermula malam 3 Disember lalu dan mula reda semalam merupakan pengalaman paling menyedihkan kepada kira-kira 15 pesawah yang mengalami kemusnahan tanaman padi seluas 76 hektar melibatkan kerugian melebihi RM150,000.

Pengerusi Peserta Kelompok Tanaman Padi Kampung Sungai Buloh, Zaharuddin Baba Samion berkata, masalah itu sebenarnya memang sudah dijangka pesawah kerana sememangnya setiap kali tiba penghujung tahun, kampung terbabit pasti dilanda banjir sehingga menenggelamkan sebahagian besar kawasan sawah padi.

Bagaimanapun menurut Zaharuddin, kejadian itu boleh dielak sekiranya Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak menunda kerja-kerja membaiki jalan dan sistem saliran di sawah padi di perkampungan tersebut pertengahan tahun ini kerana petani kebiasaannya boleh mula menuai pada Oktober.

“Namun, kami terpaksa memberi laluan selama dua bulan kepada JPS untuk menyelesaikan kerja-kerja tersebut.

"Malah, kami juga sudah memaklumkan kepada pegawai JPS bahawa kelewatan mereka hanya akan menyebabkan kami berhadapan risiko banjir pada penghujung tahun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6134967.asp

Rintihan peniaga Melayu N.Sembilan tiada pembelaan

Peniaga merintih kedai bakal diroboh
Sinar Harian 6 Dis 09

KOTA - Peniaga kecil di sini, mengeluh mengenang nasib kedai yang bakal dirobohkan tidak lama lagi atas tujuan pembangunan untuk projek menaik taraf jalan.

Difahamkan, sebanyak lapan unit kedai terlibat dan peniaga kedai bukan setahun dua berniaga di kawasan itu tetapi kebanyakan sudah mencecah puluhan tahun kerana menjadikan perniagaan sebagai sumber pendapatan paling utama untuk mencari rezeki.

Suhaimi Mustafa, 49, berkata, perniagaan kedai makan dan minum ini diwarisi daripada bapanya yang sedang uzur.

Menurutnya, sudah lebih 30 tahun keluarganya mengusahakan kedai ini dengan menggunakan modal sendiri untuk membina nya.

Mereka dimaklumkan mengenai projek menaik taraf jalan ini dua tahun lalu, namun, dia memohon supaya pihak berkaitan mengubah keputusan tidak merobohkan kedainya kerana mendakwa pelan itu tidak mengenai kedainya tetapi hanya longkang di depan kedainya sahaja terlibat.

“Saya harap kedai saya dikecualikan daripada projek itu kerana saya tidak memiliki pendapatan lain selain berniaga di sini apatah lagi saya perlu membesarkan empat anak. Salah seorang daripadanya orang kelainan upaya (OKU) dan dua pula meneruskan pelajaran di kolej. Selain itu, saya turut menjaga ayah yang sudah uzur,” katanya ketika ditemui di kedainya berhampiran Simpat Empat di Kampung Astana Raja.

Menurutnya, masalah ini menyebabkan dia hilang punca mata pencarian ditambah pula dia tidak memiliki tapak dan modal untuk membina kedai lain.

“Sepatutnya pihak berkaitan prihatin dengan nasib peniaga kecil seperti kami kerana kami tidak memiliki modal dan hanya bergantung harap pada perniagaan sedia ada,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6133572.asp
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/12/peniaga-merintih-kedai-bakal-diroboh.html

12/6/09

Mano Poi Bas kek Labu, N.Sembilan

Dari Blog PKR DUN Labu

BUS Awam di Labu Ke MANA ?

50 tahun merdeka, infrastuktur di Labu masih mengecewakan. Hanya untuk pergi ke Seremban atau Maiden di Nilai, Sinenek atau makcik2 terpaksa menunggu berjam-jam.
Ada suara kedengaran," Nak beli barang sejam aje, tapi nak nuggu bus nya sampai berjam-jam,nak kata bus rosak, nampak busnya baru-baru. Sakit hati dibuatnya."
Bayangkanlah, menjelang Labu nak diistiyarkan sebahagian bandaraya tahun depan ( kuk Jadi ), perkhidmatan bus masih macam kat hulu tembeling.

Kisah sepenuhnya pada pautan berikut http://buletinlabu.blogspot.com/2009/11/bus-awam-di-labu-ke-mana.html

12/5/09

Baharudin mohon bantuan disegerakan


Sinar Harian 4 Dis 09

TAMAN POLITEKNIK – Menanggung penyakit urat saraf hampir tujuh tahun menyebabkan bekas pemandu lori tangki gas, Baharudin Bakar, 41, tidak mampu berjalan dan bergerak aktif sekali gus bekerja seperti rakannya yang lain.

Seluruh badannya mengalami gangguan saraf sehingga mengganggu pendengaran dan penglihatannya.

Badannya lumpuh dari paras pinggang ke bawah, sementara anggota lain tidak boleh berfungsi dengan begitu baik.

Terjatuh ketika kerja

Bahrudin berkata, sebelum ini dia tidak mengalami sebarang penyakit, namun selepas jatuh di tempat kerja tujuh tahun lalu perubahan kesihatan dalam dirinya mula dikesan.

“Dua bulan selepas terjatuh itu, saya masih mampu berjalan dan bekerja walaupun ada rasa sakit di keseluruhan badan sehingga pada satu hari saya terjatuh semula di bilik air.

“Sejak itu, saya tidak boleh bekerja dan hanya duduk di rumah sahaja,” katanya.

Cuba ubat moden dan tradisional

Bahrudin berkata, pelbagai ubat moden sehingga tradisional semuanya dicuba, namun tiada sebarang perubahan positif berlaku.

“Semasa di Hospital di Seremban, pemeriksaan kesihatan saya dibawa sehingga ke peringkat pakar. Oleh kerana gagal mengesan penyakit sebenar dan memberikan rawatan boleh menyembuhkan saya, pakar berkenaan ingin mengambil air tulang belakang.

“Saya tidak mengizinkannya dan sejak itu, saya terus berhenti menjalani rawatan menggunakan perubatan moden. Kemudian, saya mencuba rawatan tradisional dan masih tidak menampakkan kesan, penyakit saya bertambah teruk.

“Sekarang saya hanya duduk di rumah dan menghabiskan masa dengan menonton televisyen dan sesekali apabila isteri, Shohana Baharum, 39, tidak bekerja, dia akan membawa saya bersiar-siar di kawasan perumahan menggunakan kerusi roda sumbangan Ahli Parlimen Telok Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas,” katanya.

Tugas mencari rezeki diambil alih isteri

Shohana kini bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai makanan di Port Dickson dengan pendapatan tidak lebih RM35 sehari dan apabila dia tidak bekerja tiada gaji untuk hari berkenaan.

Menurutnya, isterinya adalah suri rumah sepenuh masa tujuh tahun lalu, namun selepas dia mengalami sakit urat saraf, isterinya menjadi pengganti untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga yang mempunyai seorang anak, Mohd Zulhelmi, 8 tahun.

“Shohana akan keluar rumah seawal jam enam pagi dan 12 jam kemudian baru pulang ke rumah. Dia sanggup berkorban memikul tanggungjawab keluar mencari rezeki untuk menanggung perbelanjaan keluarga serta persekolahan anak.

“Sekarang ini, untuk keperluan sekolah Zulhelmi belum ada yang dibeli baru seperti baju dan kasutnya. Mujur di sekolah anak saya tersenarai menerima bantuan sekolah, ringan sedikit beban isteri saya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6125941.asp

12/3/09

Ibu tunggal dakwa ditipu kontraktor

Sinar Harian 3 Dis 09

PAROI – Hasrat ibu tunggal menikmati kehidupan lebih selesa selepas mengubahsuai rumahnya terbantut kerana kontraktor dipilih dipercayai bekerja sambil lewa apabila masalah lain timbul.

Zahara Ibrahim, 59, berkata, mengubahsuai rumahnya di bahagian dapur pada 2006 mengeluarkan perbelanjaan RM10,000, namun awal tahun ini bahagian dapur rumahnya mengalami masalah kebocoran teruk dipercayai berpunca daripada kerja pengubahsuaian terdahulu.

Bagaimanapun, dia buntu apabila janji pihak kontraktor untuk menanggung masalah berlaku dilihat sekadar janji kosong, selain tidak mempunyai sebarang dokumen hitam putih untuk mengambil sebarang tindakan.

“Awal tahun ini bumbung rumah saya bocor dan semakin teruk menyebabkan setiap kali hujan bahagian dapur pasti banjir. Saya sendiri tidak tahu apa perlu dibuat.

“Saya rasa tertipu apabila niat asal mengubahsuai rumah menimbulkan masalah lain dan kini saya tidak mempunyai wang untuk membaiki bumbung rumah ini,” katanya.

Katanya, sebelum ini tidak pernah berlaku sebarang masalah bocor seperti itu, namun dia percaya disebabkan kerja pengubahsuaian dilakukan secara sambil lewa pihak kontraktor menyebabkan masalah itu berlaku.

Sementara itu, anaknya, Aida Mohd Hanif, 38, berkata, dia bimbang sekiranya berlaku kejadian litar pintas menyebabkan kebakaran sekali gus menggugat keselamatan ibunya tinggal di rumah itu bersendirian.

Katanya, dia kesal dengan sikap pihak kontraktor tidak bertanggungjawab itu dan tiada tempat untuk mengadu hal berkenaan kerana tidak sebarang bukti atau dokumen mengesahkan kontraktor berkenaan melakukan kerja terbabit.

“Kita ada minta resit ketika itu, tetapi pelbagai alasan diberikan dan sekarang kami tidak dapat berbuat apa. Saya sendiri kerja tidak menentu dan mahu mendapatkan wang untuk memperbetulkan masalah kebocoran ini sukar untuk saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Telawi, Jalan Sri Telawi 10.

Zahara berkata, dia bimbang rumahnya di bahagian dapur akan runtuh pada bila-bila masa sahaja, namun dia tidak tahu ke mana tempat harus dia mengadu.

Difahamkan, Zahara ada memohon bantuan membaiki rumah daripada pihak Baitulmal dan kini menunggu maklum balas permohonannya itu.

“Saya berharap pihak Baitulmal dapat meluluskannya segera kerana saya tidak mempunyai wang untuk tujuan itu. Ini pun saya membantu anak menjual insurans secara sambilan dan pendapatannya tidak menentu.

“Saya sendiri sebagai ibu tunggal sebelum ini tidak pernah membuat permohonan untuk mendapatkan sebarang bantuan daripada jabatan berkaitan, tetapi kini saya tidak mampu lagi,” katanya.

Selain itu, Zahara turut mempunyai penyakit jantung, darah tinggi dan urat saraf memerlukan wang untuk kos perubatan.

Oleh sebab itu, dia berharap ada pihak sudi tampil membantu menamatkan segala permasalahan dihadapinya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6123775.asp

12/2/09

Gangguan bekalan air jejas perayaan

Sinar Harian 2 Dis 09

GEMENCHEH – Kemeriahan penduduk Felda Bukit Rokan, di sini, menyambut musim perayaan bersama keluarga dan sanak saudara kian menjadi lesu berikutan masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku tanpa penyelesaian.

Sinar Harian difahamkan, masalah gangguan bekalan air ini menghantui penduduk Felda terbabit sejak tahun 1980-an lagi dan ia berpunca daripada tekanan sumber berkenaan yang rendah ke setiap rumah khususnya ketika musim perayaan.

Kegagalan syarikat bertanggungjawab menunaikan janji yang dibuat pada bulan Julai lalu bagi menukar batang paip air saluran bawah tanah di sekitar Felda itu mendukacitakan penduduk setempat.

Gangguan sejak 20 tahun lalu

Peniaga, Shahabudin Ahmad, 46, ketika ditemui berkata, kemeriahan penduduk Felda itu menyambut musim perayaan sering terganggu kerana dihantui masalah gangguan bekalan air yang berlanjutan sejak lebih 20 tahun lalu.

Menurutnya, seluruh penduduk yang berada di peringkat satu Felda berkenaan akan menjadi ‘mangsa’ terputus sumber itu ketika musim perayaan berikutan tekanan rendah air untuk sampai ke setiap kediaman di kawasan penempatan tinggi.

Katanya, setiap kali musim perayaan, penduduk peringkat satu dan sebahagian penduduk peringkat empat Felda ini terpaksa berdepan masalah gangguan bekalan air akibat tekanan sumber bekalan yang rendah untuk tiba ke penempatan di atas bukit.

“Masalah gangguan bekalan air ini bukan perkara baru kerana ia sudah dimaklumkan kepada pihak syarikat bertanggungjawab untuk menanganinya.

“Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masalah tersebut masih belum dapat diselesaikan,” katanya.

Shahabudin berkata, masalah yang sudah lama berlaku sejak bertahun lamanya bertukar menjadi lebih teruk apabila seluruh penduduk peringkat satu Felda terbabit terpaksa meraikan Aidiladha, baru-baru ini, tanpa sumber air selama beberapa hari.

Katanya, gangguan bekalan air sejak 26 sehingga 29 November lalu menyukarkannya bersama keluarga dan sanak saudara yang pulang bagi menyambut Hari Raya Korban untuk kegunaan seharian.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120646.asp

Rumah siap retak seribu

Sinar Harian 2 Dis 09

KAMPUNG TANJUNG AGAS – Tidak berbaloi rasanya membayar RM100 setiap bulan tetapi rumah yang dibeli atas skim Rumah Mesra Rakyat retak menanti belah.

Rumah berharga RM26,666.67 itu sudah dibayar pada setiap hujung bulan sejak mula pemiliknya mendiami rumah itu. Sejak itu juga pelbagai kerosakan berlaku di Rumah Mesra Rakyat ini.

Retak sejak awal

Menurut pemilik rumah berkenaan Maimunah Katar, 46, sejak rumah itu siap dan diserahkan kepadanya, keadaan rumah memang sudah berkeadaan retak.

“Semasa rumah ini dalam proses pembinaan, saya sering melihat kerja pembinaannya, pernah menyuarakan kepada kontraktor mengapa rumah yang dibina dindingnya retak.

“Kontraktor memberitahu memang keadaannya begitu dan ia normal untuk pembinaan rumah. Walaupun tidak berpuas hati dengan jawapan diberi saya tidak boleh berbuat apa-apa.

“Sewaktu rumah itu diserahkan dinding telah dicat dan keadaan retak tidak begitu jelas kelihatan, namun lama-kelamaan retakan itu semakin jelas dan ini amat membimbangkan kami sekeluarga yang tinggal di sini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya.

Cat tebal menutup kesan retak

Bagi menutupi kesan reta-kan pada dinding dan sekali gus membuang rasa gerun mendiami rumah itu, Maimunah terpaksa mengecat keseluruhan dinding rumah.

“Terpaksa cat dinding tebal untuk menutup kesan retakan.

“Apabila dah dicat kurang sikit rasa takut dan risau duduk di rumah ini. Rumah ini dah beberapa kali dicat, setiap kali kesan retakan itu timbul saya akan cat lagi.

“Sehingga kini sebanyak RM1,700 telah dikeluarkan untuk mengecat dan membaiki sedikit demi sedikit rumah ini,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story6120674.asp

12/1/09

Penderma sepakat ‘korban darah' sempena hari raya

Sinar Harian 1 Dis 09

SEREMBAN - Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha kali ini, ahli jawatankuasa dan pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau mengadakan program Kempen ‘Mengorbankan’ Darah Sempena Hari Raya Korban.

Program yang diadakan di Unit Perkhidmatan Darah Hospital Besar Tuanku Ja’afar (HTJ) itu mendapat sambutan menggalakkan apabila berjaya mengumpulkan lebih 50 individu pelbagai kaum untuk sama-sama menderma darah.

Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin berkata, pada tahun ini pihaknya tidak mampu menyediakan lembu atau kambing bagi mengadakan ibadah korban seperti yang dilaksanakan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Biarpun kami tidak mampu dari segi wang ringgit, namun hasrat kami untuk sama-sama merealisasikan dan menzahirkan semangat pengorbanan sempena hari raya korban kali ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana kami sepakat mengadakan kempen menderma darah.

“Tambahan pula melihat perkembangan kemalangan jalan raya yang semakin meningkat setiap kali musim perayaan dan waktu cuti sekolah, mendorong kami untuk memenuhkan tabung darah yang menjadi elemen penting untuk menyelamatkan nyawa,” katanya.

Menurutnya, ajal maut ditentukan Tuhan, namun ini adalah antara usaha yang dapat dilakukan untuk menyelamatkan nyawa mereka yang terlibat dengan kemalangan.

Sinar Harian difahamkan, Pusat Perkhidmatan Darah yang menjadi sesak semasa kempen berkenaan diadakan terpaksa mengehadkan penderma.

Selain itu, Setiausaha Keadilan Cabang Rembau, Norazizi A Aziz berkata, pihak PKR Rembau terkejut dengan sambutan menggalakkan itu dan amat mengharapkan penyertaan lebih ramai masyarakat jika kempen seperti ini diadakan.

“PKR Rembau amat berterima kasih kepada pihak HTJ dan semua penderma darah yang terdiri daripada pelbagai lapisan kaum.

“Kami merancang untuk meneruskan kempen ini di tempat-tempat awam dengan kerjasama pihak hospital, selain menggunakan kesempatan ini untuk memberikan penerangan secara terus kepada rakyat tentang pentingnya menderma darah kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

http//www.sinarharian.com.my/mns/content/story6117707.asp