2/16/10

Mayat remaja ditemui terapung

PORT DICKSON 15 Feb. - Seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang ketika sedang mandi bersama lima saudaranya di Pantai Batu 1 di sini, semalam, ditemui lemas awal pagi tadi.

Mangsa, B. Minot, 15,dijumpai terapung tidak jauh dari lokasi kejadian kira-kira 1.30 pagi oleh sepasukan pencari dan penyelamat bomba.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang semalam, mangsa dan saudaranya sedang mandi di pantai itu sebelum dia dan dua saudaranya tiba-tiba lemas.

Ketua Polis daerah, Supritendan K. Baljeet Singh berkata, dua saudara mangsa, B. Vogeswary, 26, dan M. Megana, 24, bagaimanapun dapat diselamatkan oleh ahli keluarga masing-masing.

"Namun, Minot gagal diselamatkan dan pihak bomba melancarkan operasi dan menyelamat untuk mencarinya.

"Setelah berusaha mencari, mayat mangsa ditemui terapung oleh pihak bomba pada awal pagi," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Port Dickson untuk tujuan bedah siasat sebelum dibenarkan untuk dituntut oleh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, katanya, kedua-dua mangsa yang berjaya diselamatkan itu juga menerima rawatan di hospital sama dan keadaan mereka stabil.

Kata Baljeet, mangsa yang berasal dari Kajang, Selangor berkunjung ke pantai itu bersama ahli keluarganya sempena cuti Tahun Baru Cina.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_06.htm

0 comments: