Sinar Harian 22 April 2010
TELOK KEMANG – Situasinya seperti penempatan rumah setinggan didiami pendatang asing tanpa izin (Pati) dan pernah dikunjungi pihak berkuasa kerana beranggapan penduduk adalah Pati.
Malah pengunjung ke Pantai 3 Telok Kemang turut beranggapan itu adalah penempatan Pati.
Ini kerana, pemilik bot terpaksa membina penempatan itu untuk memastikan keselamatan botnya daripada kegiatan lanun pada waktu malam.
Khuatir enjin hilang
Seorang pengusaha bot pelancong, Mohd Rizal Baha-rudin, 33, berkata, bot itu perlu dijaga 24 jam untuk mengelakkan kes samun dan kecurian.
Ini kerana, kos enjin 200 kuasa kuda mencecah puluhan ribu apabila hilang dan boleh mengakibatkan pemiliknya kerugian besar.
Menurutnya, pernah beberapa tahun lalu, dua enjin botnya hilang sebaik dia pulang ke rumah tidak sampai dua jam untuk bersahur.
“Walaupun sedikit kecuaian tetapi akan menyebabkan kita kerugian besar sekali gus memberi peluang keemasan kepada penyamun.
“Suasana seperti ini berlaku kerana kami tidak disediakan kemudahan khusus untuk menyimpan bot, tidak seperti peniaga pakaian, mereka disediakan kemudahan deretan kedai yang sedang dinaiktarafkan,” katanya.
Sering pindah
Sementara itu, pengusaha bot pelancongan, Khatijah Yaakob, 43, berkata, dia sudah tiga kali pindah sejak melakukan perniagaan se-wa bot pelancongan.
“Saya menggunakan modal RM3,000 untuk menye-wa jentera membersihkan kawasan ini, kemudiannya membetulkan sistem perparitan dan sebagainya.
“Bangunan terbengkalai kami huni sekarang adalah atas belas kasihan penga-wal keselamatan bangu-nan ini,” katanya.
Menurutnya, seramai lapan pengusaha bot menja-dikan kawasan itu sebagai tempat memarkir bot.
“Jika tidak diberikan izin kami akan merayu kerana kami tiada tempat untuk meletakkan bot. Jika bot mahu dibawa balik ke rumah, pastinya akan mengundang lebih banyak masalah,” katanya.
Khatijah berkata, dia tinggal di kawasan peru-mahan dan pastinya mengganggu keselesaan penduduk jika mahu memarkir botnya di kawasan itu kerana saiznya agak besar dan sukar untuk dia membawa pulang setiap hari.
“Kami pengusaha bot di sini mempunyai lesen membawa pelancong bermula jam 7 pagi hingga 7 malam. Jika ada permintaan daripada pelancong untuk memancing pada waktu malam di tengah laut, kami akan meminta lesen daripada Jabatan Laut untuk berbuat demikian dan sehingga kini Jabatan Laut sering memberikan kerjasama yang baik.
“Sementara itu, pada hujung minggu, ketika bot kami disewa, kawasan ini digunakan pengunjung untuk memarkir kenderaan mereka,” katanya.
Menurutnya, hampir setahun dia menetap di situ dan telah beberapa kali melakukan permohonan, tetapi sehingga kini masih belum mempunyai sebarang kata putus daripada pihak berkenaan.
Di Port Dickson terdapat 40 pengusaha bot pelancongan dan mereka turut mengalami situasi sama.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson, Abd Wahab Shamsudin berkata, setakat ini pihaknya memang tiada perancangan untuk membangunkan penempatan khas meletakkan bot itu.
Menurutnya, dia menasihatkan pengusaha bot mencari bangunan tetap untuk disewa dan tidak tinggal di bangunan terbengkalai itu kerana berisiko tinggi.
Ini kerana, struktur bangunan itu masih belum kukuh dan pelbagai kemungkinan buruk boleh berlaku.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7600147.asp
0 comments:
Post a Comment