KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

4/30/10

Rais Yatim dan Jalur Lebarnya tapi Jelebu


Bercakap mengenai jalur lebar, tiada orang lain yang banyak mendapat liputan meluas media melainkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga Ahli Parlimen Jelebu, N.Sembilan.

Tapi orang Jelebu dah muak dengar mengenai jalur lebar. Apa ke tidaknya , banyak kawasan di Jelebu , usahkan jalur lebar, liputan telefon pun banyak tempat tak dapat.

Bukan sahaja talian telefon mudah alih yang bermasalah di Jelebu, malahan talian telefon tetap pun sering bermasalah.

Tok Rais, jangan sibuk jago Jalur Lebar yo. Turunlah Jolobu tengok mana tempat tak dapat liputan telefon. Apa guna jadi ahli Parlimen Jelebu dan Menteri Komunikasi tapi tempat sendiri tak leh jaga.

Jangan Cakap Doga Doga yo.

Cakap Berdegar-Degar, Tahi Tersangkut Di Gelegar.

*******************************

Jalur lebar SchoolNet dipertingkat
KUALA LUMPUR 29 April - Rangkaian jalur lebar, SchoolNet yang disediakan di 9,884 sekolah seluruh negara akan dipertingkatkan dengan teknologi tanpa wayar, WiFi dan WiMAX yang lebih pantas.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah itu akan dilaksanakan kerana rangkaian jalur lebar ke sekolah sekarang yang menggunakan satelit gagal mencapai sasaran kelajuan satu megabit sesaat (Mbps).
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0430&pub=utusan_malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_04.htm&arc=hive

2 comments:

Anonymous said...

Jangan nak kutuk jelebu brother hanya kerana coverage tak baik, Saya org jelebu..rasanya liputan telefon lagi baik dan clear daripada kuala lumpur. Datang la melawat jelebu..diiktiraf Bandar Mampan Malaysia Tahun 2007 mengalahkan DBKL

Anonymous said...

Ese pun orang jelobu,tak do salah eh Rais Yatim.Banyak jaso dio kek orang Jelobu.