Perlu ada Pilihanraya Kecil baru nak buat jambatan ? Bukan 10 hari dah minta jambatan, bukan 10 bulan tapi dah 10 tahun. Dah 2 kali Pilihanraya Umum pun tak ada nampak bayang jambatan.
Nak sampai penduduk di tempat ini doakan wakil rakyat mereka mati macam di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html
****************************
500 PENDUDUK DI ULU SUNGAI TOMANI RAYU KERAJAAN ATASI MASALAH TIADA JAMBATAN
25 Mei 2010 – New Sabah Times
TENOM: Kira-kira 500 penduduk di empat kampung di Ulu Sungai Tomani merayu supaya kerajaan mengatasi ketiadaan jambatan di sungai itu yang menjadi laluan harian mereka.
Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg. Alutok, Angilik @ Tamrin Unin, berkata sungai yang tiada jambatan itu menjadi laluan utama penduduk sama ada ke ladang atau ke Pekan Tenom.

“Kami bimbang dengan ketiadaan jambatan sungai itu kerana ia sukar dilalui oleh kenderaan pada musim banjir,” katanya.
Katanya, ketiadaan jambatan itu membimbangkan penduduk di kampung terbabit seperti Kg. Alutok, Kg. Kaang, Kg. Ahisal dan Kg. Malutut kerana arus sungai itu deras dan boleh mengancam keselamatan penduduk.
Menurut Angilik permohonan untuk membina jambatan simen paras air telah lama dipohon tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil.
Katanya, aduan demi aduan daripada penduduk setempat mengenai pembinaan jambatan tidak mendapat perhatian daripada pihak yang bertanggungjawab.
“Berikutan ketiadaan jambatan itu penduduk amat sukar memasarkan hasil pertanian mereka seperti getah, buah-buahan dan sayur-sayuran pada musim hujan kerana sungai itu sering banjir,” jelas Angilik.
Ketiadaan jambatan itu juga katanya, menyebabkan aktiviti harian mereka tergendala.
Seorang lagi penduduk Rawani Kaban berkata, beliau kesal dengan sikap Jabatan Kerja Raya (JKR) di daerah ini yang tidak mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan itu.
“Kami bukan tidak membuat permohonan untuk membina jambatan malah sudah melebihi sepuluh tahun permohonan telah dibuat tetapi sehingga kini belum ada tindakan yang diambil oleh pihak yang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, pernah pada suatu ketika seorang penduduk yang cedera semasa menjalankan kerja di ladang terpaksa di bawa dengan kenderaan menyeberangi sungai pada musim banjir kerana menyelamatkan nyawanya.
“Mujurlah kenderaan yang membawanya tidak dihanyutkan arus deras pada ketika itu,” jelasnya.
Justeru itu katanya, kerajaan perlu bertindak segera mengatasi masalah ketiadaan jambatan di ulu sungai Tomani itu.
Sumber : http://newsabahtimes.com.my/nstweb/fullstory/39003
0 comments:
Post a Comment