5/21/10

Akhbar Harakah membosankan, perlu berubah


Cuba buat kaji selidik secara rambang di kedai-kedai akhbar. Adakah muka hadapan akhbar Harakah dengan sekali pandang boleh menarik minat golongan remaja, mahasiswa, mat rempit, mat fit dan mat judi untuk membacanya ?

Bandingkan dengan akhbar-akhbar lain ?

Akhir-akhir ini akhbar Harakah agak membosankan dari segi isi berita dan keterampilan.

Harakah sepatutnya mengetengahkan lebih banyak berita nasib rakyat, terutama rakyat di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Sarawak dan Pahang.

Nasib rakyat di negeri-negeri yang disebutkan tadi, dahlah kurang mendapat perhatian akhbar arus perdana seperti Utusan, Berita, Kosmo dan Metro, Harakah pula lebih banyak bertahan isu yang dibangkitkan di negeri Selangor, Kedah , Kelantan dan Pulau Pinang.

Akibatnya rakyat yang benar-benar memerlukan perhatian dan pembelaan diabaikan dengan perang antara akhbar.

Sekarang ini isu utama rakyat ialah anak-anak rakyat ini yang baru habis SPM nak masuk Universiti, Kolej, IPTS, IPTA dan sebagainya. Ada yang bergolok gadai nak pastikan kejayaan anak. Yang tak dapat bergolok gadai, terpaksa lupakan hasrat untuk ke menara gading.

Itu belum masuk masalah pelajar cemerlang yang tak dapat tempat. Pelajar cemerlang yang tak dapat biasiswa dan sebagainya.

Jadi kepada Harakah, terutamanya Lembaga Pengurusan atau Lembaga Pengarah, toloonglah turun padang tengok sendiri akan mutu berita Harakah dikalangan petani, peneroka, pelajar, mahasiswa, suri rumah , peniaga dan seterusnya.

Terlalu banyak masalah rakyat terlepas pandang oleh Harakah terutama di negeri naungan dacing kerana telah diperangkap dengan isu yang dibawa oleh akhbar arus perdana.

Jangan Syok Sendiri !

0 comments: