5/28/10

Dulu projek runtuh, sekarang condong, retak


Kalau sebelum ni kita dengar mengenai bumbung runtuh, silling runtuh, macam-macam runtuh projek kerajaan. Sekarang bukan runtuh, hanya condong, retak. Tak tahulah buat Dataran mudah macam ni pun tak sampai 3 tahun dah tak boleh guna.

Siapa kontraktor yang buat kerja ni ? Senang saja boleh buat carian dalam laman web CIDB. Kenal siapa kontraktor di bawah ini ?

********************
MENARA CONDONG
Berita Harian 28 Mei 2010

Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun baru siap 3 tahun retak

LUBOK CHINA: Pembinaan menara pandang di Dataran Kejat Pangkalan Sungai Timun, di sini, sangat menarik dan menjadi landskap tarikan pelancong, namun malangnya kemudahan yang baru berusia tiga tahun itu kini retak dan condong sekali gus membahayakan keselamatan orang ramai.

Tinjauan Berita Harian ke dataran yang dibina di atas sungai dengan disokong banyak tiang (seperti pelantar yang lebar) itu, mendapati kebanyakan tiang terbabit sudah condong, manakala dua laluan keluar masuk yang mencantumkannya dengan daratan pula mengalami keretakan lebih 10 sentimeter.

Penduduk di kawasan itu, Zana Rasul, 31, mendakwa beliau dan penduduk lain hairan kerana kawasan itu termasuk menara pandang, jeti dan dataran kejat yang masih baru dibina sudah rosak dan tidak boleh digunakan menyebabkan pengunjung yang datang, kehampaan.

“Kerajaan mengeluarkan belanja tinggi untuk membina dataran dan menara itu untuk kemudahan penduduk tempatan, selain pengunjung yang datang ke kawasan ini menikmati keindahan dan keistimewaan Sungai Timun.


“Bagaimanapun, tidak sampai tiga tahun semua itu sudah rosak, sekali gus memaksa kerajaan mengeluarkan belanja lebih tinggi untuk membaikinya. Dataran itu retak dan condong, malah jeti turut bergoyang dan bergegar ketika kita berada di atasnya,” katanya.
Zana berkata, daya tarikan utama khususnya pemancing untuk datang ke Sungai Timun adalah kerana udang galah yang istimewa serta landskap kawasan itu yang menarik.
Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Mustakim, 54, pula mendakwa beliau sudah menjangkakan keadaan itu akan berlaku sejak awal lagi, melihatkan daripada cara pembinaannya yang tidak meyakinkan.

“Walaupun saya orang kampung biasa yang tidak belajar di universiti, saya lihat pembinaannya seolah-olah dilakukan dalam keadaan tidak sempurna dan tidak mengambil kira keadaan air pasang surut.

“Mungkin disebabkan itu, jeti serta dataran dan menara berkenaan tidak kukuh dan tidak tahan lama. Apa pun, kerajaan pasti terpaksa membaikinya dengan kos yang lebih tinggi,” katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati Pejabat Daerah Rembau meletakkan halangan kawat dan atap zink serta menampal kenyataan melarang orang ramai berada di kawasan jeti sejak sebulan lalu kerana proses pemeriksaan sedang dijalankan.

Penduduk difahamkan, Pejabat Daerah Rembau akan menjalankan proses pemeriksaan dengan mendapatkan khidmat pakar forensik bangunan bagi mengenal pasti kelemahannya dan menentukan keselamatan dataran terbabit.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Menaracondong/Article


Maklumat Syarikat: :
Company Name : WAFA CAHAYA GEMILANG
Address : LOT 1922 , KAMPUNG SUNGAI LAYANG
Postcode 71300
Town : REMBAU
State: NEGERI SEMBILAN
Telephone: 012-9052978
Fax : 069-6858588
Email :

B. Maklumat Pendaftaran :
CIDB :
i) No Pendafataran : 0120020628-NS072315
ii) Tarikh Luput Pendaftaran : 25-06-2011
ii) Gred : G1
iii) Pengkhususan : B04 - KERJA AM BANGUNAN
CE21 - KERJA-KERJA AM KEJURUTERAAN AWAM


PKK :
i) No Pendafataran : 0504 N 2002 0026
ii) Kelas : F
Nombor Pendaftaran Perniagaan/Syarikat/Lain-Lain:

ROB : MA0049090T

H.Maklumat Projek:
1. Bina Dataran Kejat Di Pengkalan Nelayan Sg. Timun RM 50,000.00
2. Kerja-Kerja Pemasangan Paip Air 150MM Dan 100MM Brserta Tangki Air Di Jalan Menteri Besar, Lot 674, Mukim Serting Ulu, Daerah Jempol, Negeri Sembilan 07-09-2007 RM 461,000.00

http://www.cidb.gov.my/directory/local_contractor_details.php?cont_id=83982

0 comments: