KAMI BERSAMA MU

KAMI BERSAMA MU

5/11/10

Jangan jadikan N.Sembilan Darul Sampah

Nampaknya masalah pengurusan sampah di Negeri Sembilan ini tak selesai-selesai. Ada sahaja aduan saban hari dalam media perdana. Macamana nak tarik pelancong datang Negeri Sembilan kalau macam ni ?

Artikel berkaitan masalah sampah di N.Sembilan

Masalah sampah di Taman PD Utama http://pasns.blogspot.com/2010/01/masalah-sampah-di-taman-pd-utama.html

Gesa SWM bersihkan sampah http://amkns.blogspot.com/2010/01/gesa-swm-bersihkan-sampah.html

Masalah sampah, air belenggu penduduk rumah rakyat http://amkns.blogspot.com/2009/03/masalah-sampah-air-belenggu-penduduk.html

Kedai semak , peniaga 6 kali dirompak http://amkns.blogspot.com/2010/05/kedai-semak-peniaga-6-kali-dirompak.html

Camne PD nak tarik pelancong, sampah tak kutip http://waghih.blogspot.com/2010/01/camne-pd-nak-tarik-pelancong-sampah-tak.html

**************************


Bandar Seremban Selatan, Seremban Jaya dicemari sampah
Utusan Malaysia 14 Mei 2010


SAMPAH-SARAP yang dibuang di tepi jalan Bandar Seremban Selatan mencacatkan pemandangan di kawasan perbandaran baru itu.

--------------------------------------------------------------------------------

SEREMBAN 13 Mei – Sudah banyak kali kerajaan negeri menasihatkan orang ramai agar tidak membuang sampah secara haram di tepi jalan kerana ia boleh mengundang bahaya dan mencacatkan pemandangan.

Malangnya amaran dan nasihat itu tidak diendahkan, sebaliknya jalan sunyi di kawasan perumahan terus menjadi tempat mereka yang tidak bertanggungjawab membuang sampah.

Tinjauan Utusan Malaysia sejak seminggu lalu di Bandar Seremban Selatan dan Seremban Jaya dekat sini mendapati pembuangan sampah di tepi jalan terus berleluasa.

Apa yang lebih memeranjatkan, pagi ini ada pihak yang membakar sampah yang bertimbun bersebelahan kawasan loji olahan kumbahan milik Indah Water Konsortium (IWK) di Bandar Seremban Selatan.

Keadaan yang sama juga berlaku di Seremban Jaya dekat sini apabila satu laluan ke kawasan kedai kosong di kawasan itu dijadikan tempat lambakan sampah seperti tilam, perabot lama dan sebagainya.

Pembuangan sampah di kawasan itu bukan sehari berlaku, tetapi telah dibiarkan lebih seminggu sejak Utusan Malaysia mula memantau keadaan berkenaan hasil maklum balas yang diterima melalui e-mel ‘Komen Rakyat’ di utusanN9@utusan.com.my.

Seorang penunggang motosikal yang mahu dikenali sebagai Rasyid, 46, berkata, longgokan sampah di Bandar Seremban Selatan bersebelahan IWK bukan perkara baru.

‘‘Setiap hari ada orang membakar sampah di atas jalan raya ini. Siapa hendak halang sebab tiada siapa yang ambil tahu,” katanya.

Jelasnya, oleh kerana jalan itu merupakan laluan alternatif dari Jalan Sungai Gadut ke Seremban Jaya dan Bandar Seremban Selatan maka ia terbiar tanpa perhatian.

‘‘Orang yang buang sampah di sini pentingkan diri sendiri. Bila sudah dibuang, ada yang membakar pula. Inilah yang kita panggil ‘penyangak sampah’,” katanya.

Sementara itu, pemantauan yang dibuat sejak seminggu lalu mendapati tilam, bantal, almari, sofa lama, bahan binaan, plastik, rumput dan pelbagai lagi dibuang sewenang-wenangnya oleh orang ramai di situ.

Biasanya, mereka melakukan aktiviti tidak bertanggungjawab itu pada sebelah malam apabila tiada pihak yang datang membuat pemantauan.

Selain itu juga, beberapa bangunan tinggal dan kosong yang terdapat di kedua-dua kawasan itu turut menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk itu kerana ia boleh menjadi lokasi jenayah seperti sarang penagih dadah dan sebagainya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0514&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

**************************


MELOYAKAN, SAMPAH BERTABURAN
Utusan Malaysia 11 Mei 2010



SAMPAH-SARAP bertaburan dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibersihkan di kawasan sekitar Pasar Besar Port Dickson, semalam.
--------------------------------------------------------------------------------

TELUK KEMANG 10 Mei – Persekitarannya kelihatan cukup meloyakan dengan sampah-sarap bertaburan di sana-sini sementara longkang pula tersumbat menyebabkan persekitaran berbau busuk.

Pengunjung juga pasti akan melihat tikus besar merayap-rayap selain kehadiran banyak burung gagak.

Namun itulah hakikat ‘panorama’ sekitar Pasar Besar Port Dickson dekat sini yang bukan saja meresahkan pengunjung apatah lagi para peniaga di situ.

Malah rata-rata peniaga yang ditemui meluahkan perasaan kecewa lantaran mengalami kesukaran berniaga dengan suasana yang kurang selesa termasuk ruang niaga yang sempit.

Seorang peniaga pasar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Farid berkata, sampah-sarap sering bertaburan pada waktu pagi di sekitar pasar.

‘‘Saya kesal dengan pengurusan di sini yang mengambil ringan berkaitan isu kebersihan di kawasan ini kerana pasar ini menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan bekalan makanan.

‘‘Selain itu, tandas rosak dan berbau berdekatan tapak kami berniaga menyebabkan pelanggan lari kerana bau yang kurang menyenangkan,” katanya.

Seorang pengunjung, Roslan Amin, 33, berkata, suasana di pasar kurang selesa menyebabkan orang ramai lebih selesa membeli barangan basah di pasar raya besar.

‘‘Suasana di dalam pasar ini gelap dan licin. Hal ini boleh mengundang kemalangan kepada golongan tua yang datang ke pasar ini.

‘‘Oleh itu, saya berharap pihak bertanggungjawab mengambil berat berkenaan pasar ini supaya pelanggan tidak lari ke pasar raya besar dan dapat menjaga periuk nasi peniaga di sini,” katanya.

Seorang pengunjung, Mohd. Nizam Zakaria, 45, berkata, terdapat juga gangguan daripada binatang di kawasan ini yang menyebabkan sampah-sarap yang dikumpul diselongkar oleh haiwan berkenaan.

‘‘Burung gagak, anjing liar dan tikus berkeliaran di sekitar kawasan ini dan binatang ini akan membawa sampah ke sarang mereka.

‘‘Ini menyebabkan sampah bertaburan di atas jalan raya dan mencacatkan pemandangan di sekitar pasar tersebut,” katanya lagi.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0511&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

******************************

Lagi artikel berkaitan sampah di Negeri Sembilan :

Kawasan perumahan berbau sampah http://amkns.blogspot.com/2009/08/kawasan-perumahan-berbau-sampah.html

Penduduk tagih janji pemimpin http://amkns.blogspot.com/2009/06/penduduk-tagih-janji-pemimpin.html

Tandas Hentian Bas N.Sembilan tiada air http://pasns.blogspot.com/2010/04/tandas-hentian-bas-nsembilan-tiada-air.html

5 tahun busuk http://pasns.blogspot.com/2010/02/5-tahun-busuk.html


Dah 20 tahun orang Mantin berjiran dgn sampah http://pasns.blogspot.com/2010/01/dah-20-tahun-orang-mantin-berjiran-dgn.html

*****************

PENGOTOR CULAS
Berita Harian 11 Mei 2010



DERETAN bangunan kedai di belakang pusat perniagaan Nilai 3 semak dan terbiar.Buang sampah di kawasan premis kedai

NILAI: Keadaan deretan bangunan kedai satu tingkat di bahagian belakang Pasar Borong Nilai 3 di sini, yang kelihatan seperti bangunan terbengkalai dan dipenuhi sampah sarap meresahkan pengusaha yang menyewa premis di kawasan berkenaan. Tinjauan Berita Harian mendapati sebahagian unit kedai terbabit tidak berpintu, selain bingkai tingkap aluminium dicuri pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan kerana pemilik premis yang kelihatan seolah-olah tidak mempedulikannya. Selain itu, pokok besar dan pokok menjalar serta lalang tebal tumbuh meliar, terutama di bahagian belakang bangunan, dan kelihatan seperti tidak pernah dibersihkan mana-mana pihak.

Beberapa penyewa di kawasan ini turut mendakwa, beberapa lori sampah haram memasuki kawasan itu pada waktu malam untuk membuang sampah menyebabkan kawasan itu dipenuhi sampah sarap dan mengeluarkan bau busuk.

Peniaga, Zainudin Yusof, 38, berkata deretan kedai di kawasan itu bukan terbengkalai, tetapi tidak dipedulikan pemilik masing-masing.

"Ini menyebabkan kawasan ini menjadi tidak terurus dan kotor, sekali gus tidak menarik minat kebanyakan orang untuk membuka perniagaan atau perusahaan di sini kerana tiada pelanggan yang mahu memasuki kawasan ini.
"Malangnya, sikap mereka yang tidak bertanggungjawab itu merimaskan serta memberi tekanan kepada kami sebagai penyewa yang menjalankan aktiviti perniagaan atau perusahaan di sini," katanya.

Beliau berkata, kebanyakan penyewa yang menjalankan perniagaan di kawasan ini terpaksa bertahan sejak beberapa tahun lalu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Pengusaha bengkel perabot, Lee Kien Keong, 42, mendakwa keadaan itu diburukkan dengan ketiadaan tempat untuk mereka membuang sampah di kawasan itu.

"Saya lihat tempat lain ada disediakan tong sampah besar, namun di sini tidak disediakan malah lori sampah tidak pernah masuk mengutip sampah di kawasan ini sepanjang saya membuka bengkel di sini lebih tiga tahun lalu.

"Saya dan peniaga lain di sini meminta mana-mana pihak yang berkaitan termasuk pemilik premis sendiri dan pihak berkuasa tempatan supaya mengambil tindakan segera," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Pengotorculas/Article

******************************
Lagi artikel berkaitan sampah di Negeri Sembilan :

Najis burung kotori perhentian bas http://amkns.blogspot.com/2009/10/najis-burung-kotori-perhentian-bas.html

Longkang tersumbat tempat biak Aedes http://amkns.blogspot.com/2009/10/longkang-tersumbat-tempat-biak-aedes.html

Tong sampah cacat pemandangan, punca nahas http://pasns.blogspot.com/2009/12/tong-sampah-cacat-pemandangan-punca.html

Bau sampah ganggu penduduk http://pasns.blogspot.com/2009/10/bau-sampah-ganggu-penduduk.html

No comments: