CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

5/27/10

Jual saja semua hutan lipur kepada Singapura


Ini satu lagi hal. Nak tarik pelancong datang Malaysia , tapi hutan lipur, tempat rekreasi tak nak jaga. Senang je , menteri dan wakil rakyat buat seminar dan kursus dalam negeri di hutan lipur ini. Kalau tak jual saja tempat rekreasi ini kepada Singapura.

BELI ULAR RM400,000 TAPI MATI
http://amkns.blogspot.com/2008/08/kerajaan-nsembilan-belanja-rm400000.html

NAK TARIK PELANCONG, TAPI SAMPAH TAK KUTIP
http://waghih.blogspot.com/2010/01/camne-pd-nak-tarik-pelancong-sampah-tak.html

WAKAF SOLAT DIHUNI ANJING
http://pasns.blogspot.com/2010/04/wakaf-solat-nsembilan-dihuni-anjing.html

*****************
Utusan Malaysia 27 Mei 2010

JERAM TENGKEK KINI SEMAKIN SEPI


Laluan yang membahayakan pengunjung di Hutan Lipur Jeram Tengkek, Jempol, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 26 Mei - Keindahan kawasan rekreasi Jeram Tengkek, dekat sini sudah tiada, sementara banyak kemudahan yang disediakan di situ mula rosak dan mengancam keselamatan penduduk.

Entah angkara siapa, sehingga bilangan pengunjung pun sudah mula merosot untuk menghabiskan cuti hujung minggu di situ, yang mana sebelum ini antara daya tarikan pelancong terkenal di Negeri Sembilan.

Tinjauan Utusan Malaysia di Hutan Lipur Jeram Tengkek yang terletak di kawasan Batu Kikir - Kuala Pilah ini menunjukkan laluannya sudah tidak lagi selamat.

Besi penghadang di tepi jeram berkenaan, sudah hilang dan tersilap langkah pengunjung boleh tergelincir dan jatuh.

Kesemua senario ini memerlukan perhatian pihak berkuasa berkaitan supaya jeram yang dahulu cantik akan terus segar pada pandangan pengunjung.

Seorang guru, Syahfaizal Hakim, 33, berharap kawasan rekreasi ini dapat diselamatkan daripada terbiar.

"Asalnya tempat ini cantik dan bagus untuk dijadikan tempat riadah keluarga.

''Oleh kerana tiada pemantauan yang baik ia semakin teruk. Malahan airnya yang jernih kadang-kala kelihatan kotor terutamanya bila musim hujan," katanya.

Seorang pengunjung Muhammad Taspim, 59, dari Palong 2 dekat sini, berkata, memang dari aspek keselamatan ia bahaya tetapi flora dan faunanya jika dijaga, ia akan terus menambat hati pengunjung.

''Pihak yang berkaitan, tengoklah keadaan di sini. Kalau ia hendak dinaik taraf sekali pun, buatlah segera supaya ia dapat kekal indah," katanya.

Penduduk di kawasan itu, Anang Hiring, 28, yang sering ke Jeram Tengkek itu berkata, masalah air di situ semakin kotor.

'Dahulu, jeram ini menjadi sumber bekalan air bagi penduduk Orang Asli, tetapi sekarang dengan keadaan kayu dan kotor, ia membuatkan pengunjung berhati-hati untuk datang ke situ," katanya.

Hutan lipur ini terletak di Hutan Simpan Serting iaitu kira-kira 30 minit dari pekan Batu Kikir dekat sini dan diselia oleh Jabatan Perhutanan negeri.

Hutan Dipterokarp Pamah ini kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan dan landskap batu-batan yang pelbagai bentuk.


Sungai Jempol dan Sungai Tanun mengalir membentuk jeram semula jadi di sini yang sesuai untuk aktiviti berkelah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

1 comment:

Anonymous said...

Nampak gayanya ..akan ditukar kepada Jeram Sengkek...