CUTI JUMAAT

CUTI JUMAAT

5/27/10

Jual saja semua pasar kepada Singapura


Kalau kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional tak boleh atasi begitu banyak masalah di pasar-pasar besar , lokasi tak strategik , kurang pengunjung dan lain-lain, lebih baik jual sahaja kepada Singapura.


PASAR SEREMBAN JAYA KURANG PENGUNJUNG
http://amkns.blogspot.com/2007/10/pasar-seremban-jaya-kurang-pengunjung.html

PASAR BESAR AIR KUNING MENJADI LOKASI SEMAK SAMUN.
http://pasns.blogspot.com/2010/05/pasar-besar-pun-jadi-projek.html

PASAR AWAM NILAI ‘TUNGGU’ PENIAGA
http://amkns.blogspot.com/2009/09/pasar-awam-nilai-tunggu-peniaga_03.html

TIADA PENGUNJUNG: PENIAGA PASAR BESAR NS RESAH
http://amkns.blogspot.com/2008/10/tahu-ke-tak-umno-perintah-nsembilan-ni.html

PENIAGA MENGELUH PASAR REMBAU LENGANG
http://rembau-hari-ini.blogspot.com/2009/10/peniaga-mengeluh-pasar-lengang.html

**************************
PASAR BESAR BAHAU SEMAKIN KURANG PELANGGAN

Dilema peniaga pasar besar
Utusan Malaysia 27 Mei 2010

Pasar Besar Bahau semakin kurang pelanggan.
--------------------------------------------------------------------------------

JEMPOL 26 Mei – Peniaga di Pasar Besar Bandar Bahau dekat sini merungut apabila pendapatan mereka kian merosot kerana orang ramai lebih cenderung membeli-belah di pasar raya.

Lebih mengecewakan peniaga di situ, kadar sewa dinaikkan oleh Majlis Daerah Jempol (MDJL), sedangkan tiada usaha mempromosikan kawasan pasar berkenaan agar ia kembali menjadi tarikan kepada pembeli dan pengunjung.

Seorang peniaga, D. Chandra, 45, berkata, biarpun kadar sewa yang ditetapkan dahulu cuma RM20 sebulan, tetapi ia kini dinaikkan RM10 dan menjadikan jumlah sewa adalah RM30 sejak setahun yang lalu.

‘‘Memanglah nampak sedikit tetapi kami yang berniaga di sini merasa bahangnya kerana untung berniaga pun bukannya banyak sangat dan perlu membayar barang keperluan lain,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Tambahnya, ketika ini pendapatan peniaga di situ juga terjejas berikutan orang ramai lebih gemar ke pasar raya.

‘‘Saya menjual barangan runcit dan hanya inilah sumber rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Kata Chandra, pasar raya membeli bahan mentah dengan kuantiti yang besar dan mereka berupaya menjual pada harga yang lebih rendah berbanding peniaga di pasar ini.

‘‘Sewa dinaikkan dan jika dibayar lewat, kami akan dikenakan denda RM1.50 bagi setiap satu lot kedai.

‘‘Buat masa ini MDJL juga tidak pernah mengadakan pertemuan dengan peniaga serta mendengar permasalahan kami di sini. Berilah kami semua sedikit ruang untuk berbincang,” katanya yang telah berniaga di situ sejak 12 tahun lalu.

Penjual sayur, Shariza Mokthar, 34, memberitahu, setiap Selasa pada minggu terakhir setiap bulan, pasar ini akan ditutup untuk kerja pembersihan.

‘‘Kerja pembersihan hanya dilakukan di luar bangunan ini tetapi bahagian dalam dibiarkan begitu sahaja.

‘‘Dahulu ada juga mereka bersihkan tetapi sekarang terus dipinggirkan,” katanya yang merujuk kepada syarikat SWM Environment Sdn. Bhd. yang merupakan syarikat konsesi yang dilantik MDJL untuk tujuan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang pelanggan, Lee Chong, 31 yang lebih gemar ke pasar raya membeli barangan keperluan berkata, tahap kebersihan di pasar berkenaan amat mendukacitakan.

‘‘Saya tidak selesa ke pasar itu, tambahan pula laluan di dalamnya dipenuhi air dan bertakung,” katanya.

Lagipun, kata Chong, kemudahan letak kereta di pasar itu tidak mesra pengguna kerana tiada besi penghadang yang menghalang kenderaan dari terjunam ke dalam longkang yang besar itu.

‘‘Kami membeli kupon untuk meletakkan kenderaan dan sepatutnya pihak berkuasa tempatan melihat aspek keselamatan ini,” tegasnya.

Mengenai denda sekiranya gagal membeli kupon, Chong berkata, ia perlu dijelaskan di pejabat MDJL yang terletak di Bandar Seri Jempol.

‘‘Buatlah satu kaunter di pasar ini, sekurang-kurangnya, masalah pungutan denda ini tidak lewat dan ia juga memudahkan orang ramai. Kenapa perlu pergi jauh untuk bayar denda,” katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0527&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm

No comments: