5/28/10

Kerajaan ambil tanah Melayu ambil murah sangat


Kenapalah kerajaan ni. Bila ambil tanah orang Melayu atas nama pembangunan dibayarnya sikit. Ada ke diberinya RM 1.20 sekaki persegi. Tanah kubur pun tak boleh beli. Apa nak buat Melayu, macam timun dengan durian. Terima sajalah.

Cerita nasib tanah orang Melayu diambil kerajaan di pautan berikut : http://pasns.blogspot.com/2009/09/pengambilan-tanah-orang-melayu-di.html

***********************
60 PENDUDUK TOLAK JUMLAH PAMPASAN

Berita Harian 28 Mei 2010

Penghuni Pekan Pulau Sebang dakwa harga tidak memadai

ALOR GAJAH: Cadangan pengambilan tanah untuk pembangunan semula Pekan Pulau Sebang, dekat sini, tergendala, apabila kira-kira 60 orang daripada 250 penduduk di Kampung Pulau Sebang yang terbabit dengan projek berkenaan, menolak jumlah pampasan ditawarkan kerajaan negeri.

Penduduk mendakwa pampasan kerajaan negeri iaitu antara RM7.19 hingga RM9.15 bagi sekaki persegi itu tidak memadai kerana bukan mengikut harga semasa berbanding penilaian pernah dibuat oleh penduduk dengan sebuah syarikat swasta. Sebelum ini, sebahagian besar penduduk di situ sudah memberi persetujuan untuk menyerahkan tanah masing-masing, yang membabitkan pampasan berjumlah antara RM300,000 hingga RM400,000 setiap seorang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, susulan perkembangan baru itu, kerajaan negeri akan mengadakan rundingan semula dengan penduduk terbabit bagi mencari jalan penyelesaian dalam tempoh terdekat ini.

Bercakap kepada pemberita selepas melakukan lawatan mengejut di Stesen Keretapi Pulau Sebang, dekat sini, beliau berkata, perbincangan itu akan bertumpu kepada kadar nilai tanah yang diinginkan oleh penduduk kampung terbabit.

Kerja pengambilalihan tanah di kawasan terbabit sebelum ini, mencetuskan masalah apabila sebahagian kecil daripada penduduk dilaporkan agak keberatan untuk menyerahkan hak milik tanah kepada pihak pemaju walaupun disediakan pampasan.
Mengulas lanjut, Mohd Ali berkata, beliau sudah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), Nordin Ali untuk menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Katanya, jika isu mengenai pengambilan tanah itu tidak diselesaikan segera ia bakal membantutkan usaha kerajaan negeri untuk membangunkan Pekan Pulau Sebang.

Mohd Ali berkata, pengambilan tanah di Kampung Pulau Sebang seluas enam hektar itu adalah bagi membangunkan semula kawasan di situ seiring dengan matlamat Melaka Maju pada tahun ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_60penduduktolakjumlahpampasan/Article/index_html

2 comments:

diankhairunnisa said...

Jangan pula jadi macam Pekan Masjid Tanah. Dulu kawasan Taman Masjid Tanah Ria adalan tanah MCL. Bila dibangunkan, banyak kedai kedai yang dijual kepada bukam Melayu.Bila belaku pembesaran Masjid Tanah penuh dengan kedai milik bukan Melayu. Nanti kaum lain jadi majoriti, bolih kalah pilihan raya seperti di Kota Melaka, kasi apa pun mereka tak akan undi wakil BN, walaupun walil BN dari kalangan bangsa mereka.Orang Melauyu cuma digalak beli remah, itu pun ada rumah rumah yang di beli bukan Melayu.Ambil tanah MCL, bayaran murah, tukar ke status komercial, atau perindustrian, kemuidal jual berpuluh puluh ringgit se kaki persegi seprti tapak MYDIN Masjid Tanah.-Untung Melayu Bagi Orang.

diankhairunnisa said...

Tapak kilang kilang kecil/Bengkel Bengkel di Masjid Tanah -dulu Tanah MCL ambil murah murah, tukar ke statis perindustrian, kemudian jual untung berpuluh ringgit, kemudian mana ada bengkel milik Melayu