5/24/10

Kerajaan tak prihatin siling masjid runtuh


Sampai bila kami harus terus menggunakan Masjid Ubudiyah yang usang dan berbahaya ini? Kami tidak ada jawapan dan pilihan. Sejak siling runtuh dan menjejaskan ruang solat utama di masjid ini pada 9 Februari lalu, tiada sesiapa pun yang tampil mengambil tahu kesulitan kami.

Perlukan ada Pilihanraya Kecil di Tamparuli ? Jangan sampai rakyat mendoakan wakil rakyat di tempat mereka mati macam pada pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

Kalau kerajaan boleh beri geran RM 500,000.00 untuk baiki Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati takkan tak boleh beri geran untuk baiki Masjid Ubudiyah di Sabah ?

****************************
SILING RUNTUH
Berita Harian 24 Mei 2010

Masjid Ubudiyah perlu dibaiki elak bahaya jemaah beribadat

TAMPARULI: "Sampai bila kami harus terus menggunakan Masjid Ubudiyah yang usang dan berbahaya ini? Kami tidak ada jawapan dan pilihan. Sejak siling runtuh dan menjejaskan ruang solat utama di masjid ini pada 9 Februari lalu, tiada sesiapa pun yang tampil mengambil tahu kesulitan kami.

"Kami sedih dengan keadaan ini kerana masjid inilah satu-satunya tempat kami beribadat dan memperkukuh silaturahim sesama umat Islam setiap kali solat fardu dan Jumaat sejak sekian lama." Itulah yang diluahkan kebanyakan jemaah Masjid Ubudiyah, di sini sejak awal tahun ini berikutan keuzuran masjid yang menyebabkan jemaah terpaksa menghadapi risiko ditimpa runtuhan masjid.

Kejadian siling masjid runtuh bukan setakat memaksa ruang solat utama dalam masjid itu ditutup kepada jemaah, malah kegiatan lain seperti ceramah dan kelas pengajian agama juga tidak mampu dijalankan.

Sejak kejadian itu, anggota jemaah masjid terpaksa menunaikan solat fardu dan Jumaat dalam keadaan kurang selesa di kaki lima masjid dan bawah khemah di perkarangan masjid.

Seorang jemaah, Lokman Abdul Manan, 48, berkata beliau terkilan kerana tiada mana-mana pihak mengambil tindakan membantu menangani masalah berkenaan.

"Walaupun sudah tiga bulan siling masjid runtuh, belum ada mana-mana pihak datang untuk membaiki kerosakan itu, apatah lagi membina masjid baru bagi menggantikan masjid yang sudah terlalu uzur dan berbahaya itu," katanya kepada Berita Harian, di sini semalam.

Masjid berusia lebih 30 tahun itu sepatutnya dirobohkan untuk membolehkan pembinaan masjid baru bernilai lebih RM2 juta tahun ini. Bagaimanapun, setakat ini, masjid baru yang dijanjikan kerajaan itu belum didirikan menyebabkan anggota masyarakat di sini tertanya-tanya mengenai faktor kelewatan pembinaan itu.

Lokman berkata, kelewatan itu tidak menimbulkan masalah besar kepada anggota kariah di kawasan berkenaan tetapi ketiadaan tempat sementara untuk menunaikan ibadat menyebabkan mereka menghadapi kesulitan.

"Kami berterima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim kerana prihatin terhadap kejadian itu. Beliau melawat masjid itu beberapa hari selepas kejadian," katanya.

Mohd Faizal Abdullah, 46, mendakwa selepas lawatan Jahid, anggota jemaah masjid sehingga kini belum mendapat sebarang maklumat mengenai kedudukan masjid berkenaan sama ada akan menjalani pembaikan atau sebaliknya.

“Saya kecewa kelewatan pihak berkuasa menangani masalah itu. Jika kerajaan tidak mampu membina masjid baru, jangan beri janji kerana ia membuatkan umat Islam tertunggu-tunggu ia ditunaikan," katanya sambil menjelaskan umat Islam di sini sudah mengumpul tandatangan untuk menggesa kerajaan mempercepatkan pembinaan masjid baru.

Setiausaha jawatankuasa masjid berkenaan, Zulkifli Awang, berkata tandatangan itu akan diserahkan kepada Jahid untuk dirujukkan kepada kerajaan.

"Jika pembinaan masjid baru tidak mampu dilaksanakan dalam tempoh terdekat, kerajaan wajar membaiki kemudahan sedia ada. Kedatangan Ramadan dan Syawal tidak lama lagi menyebabkan pembinaan masjid itu harus disegerakan,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sabah_Sarawak_Silingruntuh/Article

KINI MASJID TAMPARULI PULA RUNTUH?
Saturday, 06 March 2010

RUNTUH……siling Masjid Pekan Tamparuli yang runtuh pada kejadian 9 Feb 2010 selepas sembahyang Isyak.

PERUNTUKAN untuk membina sebuah masjid baru di pekan Tamparuli telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan bagi menggantikan masjid lama yang sudah tidak selamat digunakan oleh umat Islam di daerah ini.

Wakil Rakyat Tamparuli, Datuk Jahid Jahim ketika dihubungi memberitahu, peruntukan untuk membina masjid baru bagi menggantikan masjid sedia ada yang sudah tidak selamat digunakan sekarang ini telahpun diluluskan oleh pihak kerajaan.

Menurutnya, ketika ini pihak kontraktor yang telah dilantik untuk membina masjid baru di pekan itu dalam proses menentukan sempadan tanah kerana tapak masjid yang ada sekarang tersasar dari sempadan sebenar.

“Sebagai Wakil Rakyat di Tamparuli yang sering menggunakan kemudahan masjid ini saya dapati masjid di pekan ini sudah terlalu lama dan tidak selamat untuk digunakan oleh umat Islam di daerah ini. Menyedari permasalahan ini saya telah mengemukakan permohonan untuk membina masjid baru di daerah ini sejak empat tahun yang lalu bagi memastikan keselamatan pengguna di masjid ini terjamin,” kata Jahid lagi.

Jelas Jahid yang juga Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Negeri Sabah, buat masa ini masjid tersebut terpaksa ditutup berikutan kejadian siling runtuh pada 9 Februari lalu selepas sembahyang Isyak.

Walaubagaimanapun terang beliau, umat Islam di daerah ini yang ingin bersolat di masjid itu masih dibenarkan bersembahyang hanya di luar beranda dan dilarang melakukan solat di dalam masjid bagi memastikan keselamatan jemaah terjamin.

“Saya amat bersyukur kepada Allah SWT kerana tiada kecederaan berlaku ketika kejadian siling masjid itu runtuh, disebalik kejadian ini ada hikmahnya.” katanya lagi.

http://sabahkini.net/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=3484:kini-masjid-tamparuli-pula-runtuh&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

**************************
Sabtu Januari 9, 2010
GERAN BANTUAN SETENGAH JUTA TEMPATKAN SEMULA GEREJA - PM


Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien Onn, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon. -Foto THE STAR oleh SIA HONG KIAU

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini mengumumkan geran bantuan berjumlah RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernancle bagi menempatkan semula gereja berkenaan.

Perdana Menteri berkata, peruntukan itu bagi membolehkan pihak pengurusan gereja terbabit membangunkan tapak gereja yang lain agar dapat menjalankan urusan pentadbiran dan para penganut Kristian beribadat.

Menurutnya, peruntukan itu juga sebagai tanda simpati dan keikhlasan kerajaan untuk membantu pihak gereja berkenaan.

“Saya harap semua pihak akan bersikap tenang dan komited untuk menjaga keadaan harmoni dan hubungan baik antara kaum dan agama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Najib melawat gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, hari ini untuk meninjau kerosakan yang berlaku.

Awal pagi semalam, tiga buah gereja dibaling dengan bom buatan sendiri.

Tiga buah gereja terbabit ialah Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati dan Gereja The Assumption di Jalan Templer serta Gereja Life Tabernacle, kedua-duanya di Petaling Jaya.

Insiden pertama berlaku pada kira-kira jam 12.30 malam di Gereja Metro Tarbenacle, Desa Melawati apabila dipercayai seorang lelaki bermotosikal membaling topi keledar berisi bom petrol melalui tingkap gereja tersebut.

Najib berkata, kerajaan memandang serius insiden-insiden membakar gereja.

“Perbuatan seperti membakar tempat beribadat orang lain yang beragama lain ialah perbuatan yang sangat terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi dari segi agama Islam, kita dilarang lakukan perkara seperti ini.

“Dalam Al-Quran, Allah menegah perbuatan seperti ini, 'jangan kamu cerca benda-benda yang mereka sembah lain dari Allah kerana mereka kelak akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan'.

“Maksud ayat ini bahawa apa-apa tindakan seperti maki hamun, rosak apa benda berkaitan kepercayaan dan anutan agama lain adalah ditegah dan dilarang oleh agama kita,” jelas beliau.

Sehubungan itu, Najib berharap semua pihak tidak akan melakukan perkara-perkara seperti membakar gereja.

Ditanya mengenai wujudnya tuduhan walaupun kerajaan belum melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan kes-kes tersebut, Najib berkata, pihak berkenaan suka menuding jari kerana mempunyai agenda politik.

“Saya kutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden-insiden atau perkara-perkara sedemikian.

“Kita mesti mengambil sikap tanggungjawab untuk menenangkan keadaaan dan mencari penyelesaian terbaik,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada kerajaan menyediakan peruntukan lain, Najib berkata: “Inilah tempat yang paling berat sekali berlaku.”

Mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa apa yang berlaku adalah ekoran kes kalimah Allah dibincangkan secara terlalu terbuka , Najib berkata: “Tak apalah... itulah pendapat mana mana pihak, ada macam-macam pendapat.”

Sementara itu, ketua paderi gereja terbabit, Reverend Ong Sek Leang berkata, pihaknya dan seramai 1,700 para penganut Kristian di gereja itu menyambut baik peruntukan tersebut.

“Saya rasa ia amat menggalakkan, dan sangat membantu. Kami memerlukan pejabat baru, barangkali di tempat baru ekoran kemudahan di sini telah musnah sama sekali,” katanya.

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/1/9/mstar_berita/20100109174041&sec=mstar_berita%5B/url%5D

0 comments: