5/29/10

Pakatan Rakyat Johor tidur ke, sibuk politik ke


Apalah Pakatan Rakyat di Johor ni. Rupanya begitu banyak masalah rakyat di Johor ni. Jambatan reput, banjir kilat, keluarga daif dan miskin serta 1001 masalah rakyat di Johor ni. Kenapa tak diketengahkan isu ini. Mana pergi akhbar Pakatan Rakyat, mana pergi Blogger Pakatan Rakyat, semua sibuk berpolitik atau bersiap untuk Pilihanraya Umum ke 13 ke ?

Kesian betul rakyat di negeri ditadbir BN ni, terutama pengundi UMNO / BN.

Apakah Johor dah muflis ? Apakah Pakatan Rakyat Johor juga dah muflis idea ?

Kisah sebelum ini pelbagai masalah rakyat di Johor pada pautan berikut di sini http://amkns.blogspot.com/2010/05/tunggu-pilihanraya-atau-mati-baru-buat.html dan sini http://amkns.blogspot.com/2010/05/perlukah-ada-pilihanraya-kecil-di-johor.html

Pakatan Rakyat Melaka macam mane ? Pakatan Rakyat Negeri Sembilan macam mano ? Pakatan Rakyat Pahang camne ?

***********************

TOLONG BAIKI JALAN KAMPUNG KAMI!

Utusan Malaysia 29 Mei 2010

BATU PAHAT 28 Mei - Tolong baiki jalan di kampung kami!

Demikian luahan kira-kira 1,000 penduduk Kampung Belahan Tampok dan sekitarnya yang terpaksa menggunakan jalan rosak dan berlubang-lubang sejak setahun lalu untuk pergi ke tempat kerja atau menghantar dan mengambil anak balik dari sekolah.

Menurut mereka, sejak setahun lalu jalan berkenaan menjadi laluan utama bukan sahaja penduduk kampung tetapi kira-kira 20 lori mengangkut nanas yang terletak di hujung kampung berkenaan sedangkan jalan itu hanya untuk kenderaan tidak melebihi lima tan.

Mereka juga mendakwa pengguna yang membawa kenderaan seperti kereta mahupun van terpaksa bergilir-gilir menggunakan jalan berkenaan jika berselisih kerana jalan kampung kira-kira sepanjang 18 kilometer itu agak sempit.

Seorang penduduk, Mohd. Azrai Ahmad, 30, berkata, ada antara lubang berkenaan agak dalam dan ia menyukarkan kenderaan ringan untuk menghimpit ke bahu jalan jika berselisih dengan kenderaan lain.

"Bukan saja jalan sempit malah boleh menyebabkan kenderaan mereka tersangkut di dalam lubang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Mohd. Yassin Sulaiman, 58, pula mengakui terpaksa berhati-hati menggunakan jalan berkenaan untuk menghantar serta menjemput anaknya dari sekolah bagi mengelakkan motosikalnya terlanggar lubang.

"Jalan ini bahaya kepada murid-murid menunggang basikal untuk pergi dan pulang dari sekolah. Pernah ada murid yang terjatuh daripada basikal kerana terlanggar lubang dan jika ada lori yang melaluinya, sudah tentu mereka terpaksa berhenti di jalan sempit ini," katanya.

Lebih menyedihkan, laluan itu 'sesak' apabila tiba musim perayaan atau ada majlis kenduri kendara kerana ia sempit.

"Ada terjadi sampai tidak dapat bergerak langsung kerana kenderaan terlalu banyak sehingga boleh menyebabkan pergaduhan apabila kereta mereka bergesel," katanya.

Mohd. Azhari Sayuti, 43, seorang eksekutif teknikal yang menggunakan jalan itu setiap hari ke tempat kerja berkata, bahu jalan kampung berkenaan juga merbahaya kerana tebingnya tinggi.

"Ada kenderaan yang terpaksa mengundur hingga ke persimpangan rumah penduduk untuk memberi laluan kepada kenderaan lain disebabkan jalan ini sempit," katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati keadaan jalan yang rosak dengan permukaan berlubang memang merbahaya kepada pengguna dan pembonceng motosikal terutamanya murid-murid yang berulang-alik ke sekolah

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0529&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_01.htm

0 comments: