5/27/10

Perlukah ada Pilihanraya Kecil di Johor ?


Apakah perlu ada pilihanraya kecil di Johor baru nak selesai semua masalah di bawah ini ? Keluarga miskin , sekolah agama uzur dan usang , masalah banjir kilat di Kampung Jawa ?

SEKOLAH AGAMA JOHOR USANG DAN UZUR
http://amkns.blogspot.com/2010/05/pilihanraya-kecil-di-johor.html

ORANG JOHOR TIADA WANG NAK URUS JENAZAH
http://waghih.blogspot.com/2010/04/nak-urus-jenazah-pun-tak-ada-duit.html

***************
SALIRAN TERSUMBAT PUNCA BANJIR

Berita Harian 27 Mei 2010

Penduduk Kampung Jawa ketakutan setiap kali hujan

MUAR: Lebih 1,000 penduduk Kampung Jawa, Panchor, di sini berdepan ancaman banjir kilat jika hujan lebat kerana tebing saliran yang mengalirkan air dari kawasan perkampungan itu ke Sungai Muar, runtuh sejak setahun lalu. Keadaan itu menyebabkan saliran sepanjang kira-kira 1.5 kilometer itu tersumbat dengan tanah dan rumpai sehingga menyekat pengaliran air ke sungai. Tinjauan ke kampung itu pula mendapati sebahagian besar permukaan saliran dipenuhi tanah yang runtuh dari atas tebing yang keadaannya curam serta di penuhi rumpai.

Paras muka bumi yang lebih rendah daripada saliran juga boleh menyebabkan air melimpah ke dalam kebun dan menenggelamkan perkampungan itu jika saliran berkenaan tidak diganti dengan parit U.

Seorang peniaga, Soo Fong Yong, 58, berkata saliran itu digali dan didalamkan pada pertengahan 2007 selepas banjir besar yang melanda negeri ini pada akhir 2006 dan turut menyebabkan kampung itu ditenggelami air sedalam lebih dua meter.

Bagaimanapun, katanya, keadaan tebing saliran yang curam menyebabkan tanah yang dilonggokkan di atas tebing ketika kerja mendalamkan perparitan itu runtuh sedikit demi sedikit dan menjadikan beberapa permukaan saliran tersumbat.
Beliau berkata, sebelum ini penduduk mahu pihak berkuasa membina parit konkrit berbentuk U supaya air hujan dan kumbahan dapat mengalirkan air dengan sempurna ke sungai.

“Bagaimanapun parit U hanya dibina sepanjang kira-kira 10 meter dari parit utama di jalan raya Panchor-Gersik ke kampung itu, manakala sebahagian lagi saliran yang menghala ke pedalaman perkampungan berkenaan hanya di lakukan kerja menggali dan mendalamkan saja.

“Disebabkan lumpur di dalam saliran yang digali itu dilonggokkan di atas tebing, menyebabkan ia runtuh apabila hujan,” katanya, di temui di kampung berkenaan, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jawa, Aladdin Ahmad, berkata pihaknya sudah mengemukakan masalah saliran di kampung itu kepada pihak atasan termasuk membincangkan dalam mesyuarat jawatankuasa peringkat mukim dan daerah.

Beliau berkata, JKKK yang prihatin dengan masalah penduduk turut berharap perlaksanaan projek membina parit U di kampung itu dapat disegerakan bagi mengelak mereka trauma apabila tiba musim hujan.

“Kebimbangan mereka berasas, kerana musim panas sekarang dijangka berakhir tidak lama lagi berikutan cuaca sudah mula bertukar kepada suhu yang lebih sejuk beberapa hari lalu dan hujan pula sudah mula turun di beberapa kawasan pedalaman di daerah ini,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Salirantersumbatpuncabanjir/Article

0 comments: