5/13/10

Pilihanraya kecil di Johor ?

Sekolah Cina di Sibu dapat RM 18 Juta. Tapi sekolah agama di Johor yang dibina sejak 1974 usang, masih beratap zink, dinding papan.

Jangan salahkan rakyat dan pengundi. Kerana rakyat dan pengundi di Malaysia telah diajar dengan pelbagai pembangunan dan janji-janji setiap kali menjelang pilihanraya. Kisahnya rakyat mendoakan wakil rakyatnya mati di http://amkns.blogspot.com/2010/04/rakyat-doakan-wakil-rakyat-mereka-cepat.html

**************
SEKOLAH USANG
Berita Harian 13 Mei 2010
BANGUNAN Sekolah Agama Kampung Kenangan Tun Dr Ismail Satu, Jalan Bakri buruk dan ketinggalan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur.Bangunan dibina sejak 1974 masih beratap zink, dinding papan

MUAR: Sekolah Agama Kampung Kenangan Tun Dr Ismail Satu, Jalan Bakri, di sini, memerlukan perhatian segera pihak kerajaan negeri, berikutan keadaan bangunan itu usang dan uzur serta tidak sesuai lagi digunakan dalam keadaan kepesatan pembangunan di persekitarannya. Bangunan itu satu-satunya sekolah agama di daerah itu yang masih beratap zink dan berdinding papan, pada hal pembangunan di sekelilingnya pesat dengan pembinaan projek perumahan, pusat perniagaan, bank dan pejabat beberapa agensi kerajaan serta swasta. Tinjauan ke sekolah itu mendapati bangunan sekolah berkenaan daif dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan bangunan baru yang dibina di persekitarannya yang sudah dinaik taraf sebagai sebuah pekan tersusun yang lengkap dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur.

Antaranya pejabat agensi yang beroperasi di kawasan itu ialah Pejabat Pos, Klinik Kesihatan, Balai Serba guna selain pejabat agensi kerajaan termasuk Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) cawangan Muar.

Tinjauan juga mendapati sebidang tanah lapang seluas kira-kira 1,000 meter persegi berdekatan dengan bangunan sekolah itu dipagar dipercayai sudah diwartakan sebagai tapak pembinaan bangunan baru.

Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Md Din Ali, mendakwa bangunan sekolah itu yang dibina pada 1974, tidak pernah diberi peruntukan sama ada untuk membaik pulih atau dibina bangunan baru.
Katanya, sekolah agama kawasan perumahan itu sekolah agama pertama yang dibanjiri dengan anak penduduk persekitaran beberapa kawasan perumahan termasuk anak orang kenamaan serta pemimpin masyarakat setempat.

“Sekolah itu yang beroperasi dua sesi iaitu pagi dan petang memberi didikan agama kepada kanak-kanak dari Darjah Satu hingga Darjah Enam dan Darjah Khas pada setiap Sabtu.

“Kini, sekolah itu juga memberi didikan awal keagamaan kepada kanak-kanak berusia enam tahun melalui kelas Taman Asohan Jabatan Agama Johor (TAJ) sejak lima tahun lalu,” katanya.

Md Din mendakwa, kedudukan bangunan sekolah itu yang dikelilingi dengan projek baru boleh menjejaskan imej pendidikan agama disebabkan pelajarnya masih mengikuti pelajaran dalam bangunan yang usang.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) kawasan perumahan itu Abdullah Tahir, mendakwa jumlah ibu bapa yang menghantar anak ke sekolah itu semakin berkurangan sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata, sebelum ini, jumlah murid sekolah itu melebihi 600 orang bagi setiap sesi, tetapi kini merosot kepada kira-kira 400 murid pada tahun ini.

“Kadar murid yang semakin kurang itu disebabkan ibu bapa tidak berminat menghantar anak mereka mengikuti pelajaran agama di sekolah itu disebabkan bangunannya buruk dan ketinggalan dari segi kemudahan asas dan infrastruktur.

“Bagi membolehkan bangunan baru dibina, pihak badan kebajikan sekolah itu sudah pun mendapatkan sebidang tanah berdekatan dengan bangunan sekarang, dua tahun lalu,” katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sekolahusang/Article

WINDFALL FOR CHINESE SCHOOLS IN SIBU
The Star
Thursday May 13, 2010

SIBU: Chinese-medium and missionary schools here received a boost when Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak announced a whopping RM18mil to be distributed among them.

Najib said RM10mil would go to 60 primary Chinese medium schools, RM5mil to five secondary Chinese medium schools, RM2mil to SMK Sacred Heart and RM1mil to SK St Mary to build new classrooms and upgrade facilities.

He announced this during a gathering with more than 500 teachers and members of the United Association of Private Chinese Secondary Schools and United Association of Chinese Primary Aided Schools yesterday.

“I leave it to your respective associations to distribute the funds among the 60 primary Chinese aided schools in Sibu,” he said, adding that the same applied for secondary schools.

Meanwhile, an elated chairman of United Association of Chinese Primary Aided Schools Lee Kiung Seng said:

“The (RM18mil) allocation is the biggest for Chinese schools in Sibu since Malaysia was formed.”

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/5/13/sibu/6253464&sec=sibu

0 comments: