6/11/10

30 tahun penduduk Pahang minum air lumpur


Lapan keluarga di Kampung Machang Panching , Kuantan mengambil risiko meminum air sungai yang keruh dan berlumpur kerana bekalan air bersih yang dijanjikan untuk mereka sejak hampir 30 tahun lalu, belum tertunai. Agak menghairankan, apabila tiga rumah yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari rumah mereka, mendapat kemudahan bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) sejak lebih 20 tahun lalu.

Masalah pojek terbengkalai di Pahang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/masalah-pojek-terbengkalai-di-pahang.html

Bekalan air kritikal di Pulau Tioman
http://amkns.blogspot.com/2010/06/bekalan-air-kritikal-di-pulau-tioman.html

4 tahun janji rumah kos rendah di Pulau Tioman tak siap-siap
http://amkns.blogspot.com/2010/06/4-tahun-janji-rumah-kos-rendah-di.html

Rakyat Pahang rayu bekalan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-rayu-bekalan-air-bersih.html

Kilang Simen di Pahang akan musnahkan Alam Sekitar
http://amkns.blogspot.com/2010/06/kilang-simen-di-pahang-akan-musnahkan.html

Penduduk Pahang derita bau busuk air najis
http://amkns.blogspot.com/2010/06/penduduk-pahang-derita-bau-busuk-air.html

Pemandu van jenazah Pahang rayu rumah PPRT
http://amkns.blogspot.com/2010/06/pemandu-van-jenazah-pahang-rayu-rumah.html

***************************
30 tahun minum air sungai

Berita Harian 11 Jun 2010


RAHMAN menunjukkan pam yang digunakan untuk menyedut air sungai yang keruh untuk kegunaan harian kerana tiada bekalan air bersih.Lapan keluarga di Kampung Machang Panching tidak dapat kemudahan asas

KUANTAN: Lapan keluarga di Kampung Machang Panching dekat sini, terpaksa mengambil risiko meminum air sungai yang keruh dan berlumpur kerana bekalan air bersih yang dijanjikan untuk mereka sejak hampir 30 tahun lalu, belum tertunai. Walaupun kemudahan paling asas itu sudah lama dinikmati penduduk di kawasan berkenaan, namun bagi lapan keluarga itu, mereka terus menanti janji yang tidak pasti bila akan dikotakan. Agak menghairankan, apabila tiga rumah yang terletak hanya kira-kira 500 meter dari rumah mereka, mendapat kemudahan bekalan air bersih daripada Jabatan Bekalan Air (JBA) sejak lebih 20 tahun lalu.

Seorang penduduk, Rahman Musa, 64, berkata sudah empat kali pihak JBA datang membuat tinjauan dan mengukur jarak paip ke setiap rumah di kawasan berkenaan, namun sehingga kini projek pemasangan paip masih belum bermula.

“Kali terakhir mereka datang mengukur pada November lalu, saya pernah mengemukakan isu ini kepada pihak JBA, namun mereka sendiri tidak pasti bila sambungan itu akan dilaksanakan kerana kosnya dianggarkan RM95,000.

“JBA memaklumkan bahawa pihaknya tidak mempunyai peruntukan kewangan walaupun jarak sambungan itu hanya 500 meter sedangkan sambungan kepada tiga rumah berhampiran jalan utama, membabitkan jarak empat kilometer, mampu pula dilaksanakan JBA,” katanya.
Akibatnya, penduduk terbabit terpaksa bergantung kepada air Sungai Kenau sebagai sumber bekalan air untuk minum dan keperluan harian walaupun kualiti air sungai berkenaan diragui kebersihannya kerana pencemaran.

Bagaimanapun, mereka tiada pilihan lain, malah terpaksa mengeluarkan kos tambahan membina saluran paip dari sungai ke rumah dan membiayai kos bahan api jentera pengepam air itu.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Timur_30tahunminumairsungai/Article

0 comments: