
Sekiranya kaedah ini berterusan, tanpa ada usaha mewujudkan bekalan air secara teratur dan sempurna, berkemungkinan sektor pelancongan di Pulau Tioman akan semakin lembab manakala penduduk juga terdedah kepada ancaman penyakit kerana sistem bekalan air secara individu yang tidak terawat.
Kisah sebelum ini :
4 tahun janji rumah kos rendah di Pulau Tioman tak siap-siap
http://amkns.blogspot.com/2010/06/4-tahun-janji-rumah-kos-rendah-di.html
Rakyat Pahang rayu bekalan air bersih
http://amkns.blogspot.com/2010/06/rakyat-pahang-rayu-bekalan-air-bersih.html
********************************
TELAGA TIUB PULAU TIOMAN
Utusan Malaysia 4 Jun 2010
Pengusaha Salang Pesaka Resort, Abdul Khalid Mohamad bersama pelajar Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media,Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menjalankan Program Tinjauan Komuniti bagi mengenalpasti isu komuniti di pulau peranginan berkenaan, mengangkat saluran paip yang dibeli sendiri oleh penduduk untuk mengepam air bukit ke rumah mereka di Kampung Salang, Pulau Tioman, Pahang.
Ini kerana bekalan air bukit tidak dapat menjamin sepenuhnya kualiti dan kuantiti air yang dibekalkan untuk kegunaan pelancong.
Ia disalurkan secara semula jadi dari puncak bukit dengan jarak lebih dua kilometer ke kawasan chalet dan restoran dengan sistem saringan serba ringkas tanpa kaedah rawatan air yang berteknologi tinggi.
Bekalan tidak mencukupi terutama ketika musim ramai pelancong di samping masalah pam yang menggunakan enjin petrol adakalanya tidak mampu memberi tekanan air secukupnya berdasarkan permintaan.
Sekiranya kaedah ini berterusan, tanpa ada usaha mewujudkan bekalan air secara teratur dan sempurna, berkemungkinan sektor pelancongan di Pulau Tioman akan semakin lembab manakala penduduk juga terdedah kepada ancaman penyakit kerana sistem bekalan air secara individu yang tidak terawat.
Abdul Khalid turut menggesa pihak bertanggungjawab supaya segera memberhentikan kerja menggali telaga tiub untuk tujuan uji kaji air kerana ia tidak menampakkan sebarang keputusan sedangkan tanah persendirian milik penduduk turut terjejas untuk kerja penggalian itu.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0604&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_04.htm
0 comments:
Post a Comment