6/18/10

Datuk Shahrir Samad dan Flat daif Johor


Penduduk di flet Taman Skudai Kanan berdepan kebimbangan. Penduduk gusar air hujan yang memasuki menerusi bumbung yang bocor akan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Walaupun sudah banyak kali melaporkannya kepada pihak berwajib dan juga wakil kerajaan, tiada tindakan dilakukan. Kami terpaksa menadah air dari bumbung yang bocor dan hanya memasang lilin ketika malam.

******************************************
Berita Harian 18 Jun 2010

PENGHUNI flat Taman Skudai Kanan menunjukkan siling rumah yang bocor akibat dipukul ribut baru-baru ini belum dibaiki.Penduduk Taman Skudai Kanan kesal bumbung rosak dipukul ribut belum dibaiki

JOHOR BAHRU: Sebahagian 600 penduduk di dua blok flet Taman Skudai Kanan dekat Bandar Baru Uda, di sini berdepan kebimbangan berlaku kebakaran akibat litar pintas selepas kediaman mereka dilanda ribut baru-baru ini yang menyebabkan bumbung dan tingkap rumah mereka rosak.

Penduduk gusar air hujan yang memasuki menerusi bumbung yang bocor akan menyebabkan litar pintas seterusnya kebakaran. Seorang suri rumah, Siti Asnah Dalimin, 39, yang menetap di blok G, berkata dia dan keluarga tidak berani memasang lampu atau menggunakan alat elektrik ketika hujan.

"Kami tidak mahu mengambil risiko kerana amat berbahaya jika air masuk ke dalam kabel elektrik berkenaan," katanya.

Beliau berkata, dia dan keluarga membeli unit rumah di tingkat empat yang juga paling atas dengan harga RM32,000 daripada pemaju, Uda Holdings Berhad sejak 10 tahun lalu.

Katanya, sebelum diserahkan kepada penduduk, bangunan itu diselenggara dengan baik tetapi sekarang ia agak terbiar.

"Walaupun kami sudah banyak kali melaporkannya kepada pihak berwajib dan juga wakil kerajaan, tiada tindakan dilakukan. Kami terpaksa menadah air dari bumbung yang bocor dan hanya memasang lilin ketika malam," katanya.

Seorang lagi penduduk, Abdul Razak Aini, 27, berkata apabila pulang daripada kerja dia melihat sebahagian atap bangunan itu sudah diterbangkan angin.

Beliau yang menyewa unit berkenaan dengan sewa RM300 sebulan, berkata dia terpaksa mencari rumah lain jika keadaan sama masih berterusan.

"Saya takut tinggal di sini, sebahagian atap bila-bila masa saja boleh jatuh jika angin kuat. Pemegang tangga juga boleh tercabut dan berbahaya kepada kanak-kanak," katanya.

Yusof Daud, 48, berkata dia dan keluarga termasuk dua cucunya sudah menetap di flat terbabit sejak 13 tahun lalu.

Beliau menjelaskan, sebahagian penduduk sudah menyuarakan masalah mereka kepada Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Puteri, Adam Sumiru tetapi sehingga kini keadaan masih tidak berubah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Rumahpangsadaif/Article

0 comments: