6/18/10

Hari Guru, Rekod Bubur Lambuk MB N.Sembilan


Seluruh rakyat Negeri Sembilan harus rasa berbangga kerana pada tahun 2007 Negeri Sembilan telah mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak. Pada 26 Jun 2010 akan diadakan Perhimpunan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan pada hari SABTU 26 Jun 2010 mulai jam 8.00 MALAM bertempat di Padang Majlis Bandaran Seremban. Adakah mungkin sekali lagi Negeri Sembilan akan mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai jamuan makan malam paling ramai dihadiri guru iaitu seramai 15,000 guru dari seluruh Negeri Sembilan ?

Mungkin guru-guru dari Palong , Gemencheh, Gemas, Jelebu pasti seronok , gumbira dan tertunggu-tunggu majlis makan malam terbesar pernah diadakan ini.

************************************
Sambutan Hari Guru tak membazir

Utusan Malaysia 18 Jun 2010 . SEREMBAN 17 Jun – Sambutan Hari Guru buat pertama kalinya yang dianjurkan oleh kerajaan negeri pada 26 Jun ini bukan program membazir seperti dakwaan sesetengah pihak.

Mengulas lanjut mengenai sambutan Hari Guru itu, Mohamad berkata, program berkenaan akan dihadiri 15,000 guru di seluruh negeri ini dan beberapa pengisian akan dijalankan sepanjang majlis berkenaan termasuklah jamuan makan malam.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0618&pub=Utusan_Malaysia&sec=Selatan&pg=ws_03.htm

***********************************
Cipta rekod bubur lambuk


Utusan Malaysia SEREMBAN 15 Sept. 2007 – Satu lagi rekod tercipta dalam Malaysia Book of Records (MBOR) apabila 200 periuk bubur lambuk berjaya dimasak sempena pelancaran Bazar Ramadan Peringkat Kebangsaan 2007, di pekarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini petang ini.

Katanya, sijil pengiktirafan kejayaan itu akan disampaikan oleh Pengarah Urusan MBOR, Datuk Danny Ooi kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sempena majlis pelancaran bazar itu petang ini.

Sebanyak 3,000 kilogram (kg) beras digunakan, selain ramuan lain seperti 1,200 kg daging, 1,200 kg santan, 200 kg udang kering dan 400 kg kacang tanah.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0916&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

0 comments: