Sinar Harian 29 Jun 2010
SELANDAR – Kemudahan sudah cukup melegakan penduduk sekitar Pekan Selandar, tetapi lain halnya bagi ibu bapa dan pentadbiran Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sini serta pentadbiran Sekolah Menengah Arab (SMA) As-Syakirin.
Mereka bimbang dengan keadaan jalan masuk utama sekolah agama itu yang didakwa sempit.
Naib Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SRA Jaim Selandar, Jaafar Othman, 44, berkata, ia berbeza dengan jalan lebar di hadapan Sekolah Menengah Selandar dan Klinik Komuniti terletak hanya beberapa meter dari situ.
“Setiap pagi dan waktu tengah hari, kesesakan luar biasa pasti berlaku di sini.
“Ibu bapa di sini turut meluahkan rasa bimbang tentang keselamatan anak-anak yang keluar masuk melalui jalan ini setiap pagi. Selain kenderaan penduduk yang mahu ke tempat kerja, lori juga melalui jalan ini,” katanya ketika ditemui.
Sementara itu, bapa pelajar, Jalil Md Nor, 54, berkata, permasalahan tersebut pernah diutarakan pada mesyuarat PIBG dan dipanjangkan kepada pihak berkenaan.
“Kita memang berharap pihak berwajib dapat melebarkan kedua-dua kiri kanan jalan ini untuk kemudahan ibu bapa serta pengguna lain.
“Kita dapati di kiri kanan memang terdapat jalan rizab. Jadi harapan kami agar jalan ini dapat dilebarkan bagi mengelakkan ia berterusan mengundang masalah,” katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7877898.asp

0 comments:
Post a Comment