6/9/10

Laman surau mendap di Johor



Jemaah Surau Nuruljannah Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 5 , Jalan Sungai Abong, di sini khuatir bangunan surau itu akan terbenam akibat tanah mendap, apabila kawasan di bahagian belakang surau itu tidak diturap. Kami khuatir tanah lembik yang ditenggelami air itu boleh menjadikan bahagian belakang bangunan surau itu mendap dan menjejaskan struktur binaannya.

***************************
Laman surau mendap di Johor
Berita Harian 9 Jun 2010

Jemaah khuatir tapak surau terbenam jika seluruh pekarangan tak diturap

MUAR: Jemaah Surau Nuruljannah Kampung Kenangan Tun Dr Ismail 5 (KKTDI5), Jalan Sungai Abong, di sini khuatir bangunan surau itu akan terbenam akibat tanah mendap, apabila kawasan di bahagian belakang surau itu tidak diturap.

Kawasan yang rendah itu sering ditenggelami air apabila hujan lebat, menjadikannya sebagai tempat air bertakung dan mengambil masa hingga beberapa hari untuk surut. Bilal surau, Hussein Mahadi, 60, berkata sebelum ini, peruntukan RM10,000 diluluskan kerajaan untuk menurap pekarangan surau berkenaan, tiga tahun lalu, tetapi peruntukan itu hanya cukup untuk menurap di bahagian depan kawasan surau itu saja.

Berikutan itu, katanya, keadaan tanah di bahagian belakang bangunan surau itu menjadi semakin rendah dan mudah ditenggelami air apabila hujan lebat.

Katanya, apa yang membimbangkan jemaah surau ialah tanah di bahagian yang ditakungi air itu menjadi becak dan lembap dan boleh mendap kerana sering ditakungi air setiap kali hujan.

“Kami khuatir tanah lembik yang ditenggelami air itu boleh menjadikan bahagian belakang bangunan surau itu mendap dan menjejaskan struktur binaannya.

“Justeru, kami berharap masalah ini mendapat perhatian pihak berkuasa termasuk meluluskan peruntukan baru, bagi menurap keseluruhan pekarangan bangunan itu, ” katanya.

Katanya, surau itu yang boleh memuatkan kira-kira 200 jemaah menjadi kebanggaan masyarakat Islam dalam kawasan perumahan berkenaan, termasuk menganjurkan pelbagai kegiatan keagamaan, kebajikan dan kemasyarakatan.

“Selain menjadi pusat kegiatan keagamaan dan beribadat termasuk menganjurkan kelas takmir membabitkan jemaah wanita dan lelaki, surau ini juga tempat menunaikan solat Aidilfitri dan Aidiladha,” katanya.

Gani berkata, beliau berharap masalah itu mendapat perhatian pihak Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) bagi memastikan urusan keagamaan dalam kawasan perumahan itu tidak terjejas sekiranya bangunan itu mengalami kerosakan akibat daripada tanah mendap kerana ditakungi air.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Lamanmendap/Article

0 comments: