Utusan Malaysia
12 Jun 2010
Mat Amin Abd. Rani (tengah) bersama penduduk menunjukkan keadaan longkang yang semakin melebar akibat hakisan di Kampung Medan Warisan, Kuantan, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------
KUANTAN 11 Jun - Penduduk Kampung Medan Warisan di sini bimbang dengan keadaan longkang di kampung itu yang semakin besar akibat hakisan sehingga boleh mendatangkan bahaya terutama kepada kanak-kanak.
Menurut Ketua Kampung Tanah Putih Baru, Mat Amin Abd. Rani, 59, keadaan menjadi lebih membimbangkan apabila musim hujan dan berlaku banjir kilat.
Beliau berkata, sebelum ini pihaknya pernah menyuarakan masalah tersebut kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) tetapi belum ada sebarang tindakan diambil sehingga kini.
''Sudah tiga bulan saya menghantar surat tersebut memaklumkan keadaan longkang itu yang semakin hari semakin melebar akibat hakisan tetapi sehingga hari ini tiada sebarang jawapan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kampung itu di sini.
Seorang lagi penduduk, Azman Manaf, 38, meminta MPK membina benteng di sepanjang longkang tersebut bagi mengelak hakisan daripada terus berlaku.
"Dahulu saiz longkang ini kecil sahaja tetapi disebabkan hakisan tanah ia menjadi semakin besar dan hakisan itu pula mula memasuki tanah milik penduduk.
"Keadaan longkang itu semakin mengundang bahaya terutama kepada kanak-kanak yang melalui jalan berdekatan.
"Selain itu, keadaan tersebut juga menjadikan sistem perparitan di kampung berkenaan tidak teratur menyebabkan kawasan rumah penduduk sering dinaiki air," katanya.
Selain menyelesaikan masalah longkang berkenaan, Azman juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) menurap jalan masuk ke kampung berkenaan demi keselesaan pengguna.
Beliau juga meminta kerajaan negeri menyediakan kemudahan seperti padang permainan dan gelanggang futsal untuk golongan belia di kampung terbabit.
"Kampung ini tidak mempunyai balai raya sebagai tempat penduduk menjalankan kegiatan termasuk bagi tujuan belajar kelas pengajian agama, menjahit dan sebagainya," katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0612&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_04.htm

0 comments:
Post a Comment