Kementerian Pelajaran diminta segera mengatasi masalah makmal komputer baru yang masih belum dapat digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan, Sepanggar meskipun telah siap, tiga tahun lalu 'Kami kesal kerana makmal tersebut terus menjadi gajah putih dan tidak dapat digunakan oleh pelajar
Utusan Malaysia 5 Jun 2010
Makmal komputer SK. Gentisan, Sepanggar tidak dapat digunakan kerana dikatakan tidak mendapat sijil layak menduduki.
------------------------------------------------------------
KOTA KINABALU 4 Jun - Kementerian Pelajaran diminta segera mengatasi masalah makmal komputer baru yang masih belum dapat digunakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gentisan, Sepanggar meskipun telah siap, tiga tahun lalu.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Gentisan, Matsum Delapan berkata, masalah tersebut perlu diatasi segera kerana makmal berkenaan amat diperlukan oleh pelajar sekolah berkenaan.
''Kami kesal kerana meskipun telah siap dan kerajaan telah mengeluarkan peruntukan yang banyak tetapi makmal tersebut terus menjadi gajah putih dan tidak dapat digunakan oleh pelajar.
''Perkara ini harus diatasi segera supaya pelajar di sekolah ini tidak ketinggalan dalam arus kemodenan negara khususnya dalam menguasai teknologi maklumat yang begitu penting sekali pada masa ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Katanya, pada masa ini kira-kira 600 pelajar di sekolah berkenaan tidak dapat belajar kemahiran komputer kerana ketiadaan makmal.
Utusan Malaysia difahamkan bangunan makmal yang telah siap sejak 2007 itu sehingga kini masih belum mendapat sijil layak menduduki.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, pihaknya berharap pihak terbabit dapat memberi perhatian serius terhadap masalah itu.
Katanya, masalah tersebut bukan sahaja menyebabkan pelajar tidak dapat belajar tetapi turut membahayakan warga sekolah berkenaan.
"Saya meragui kualiti pembinaan makmal ini kerana di sekelilingnya tiada longkang bagi menyalurkan air hujan.
"Malah, kalau dilihat terdapat rekahan di beberapa bahagian dan terdapat siling yang jatuh yang boleh bahayakan pelajar," ujarnya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_03.htm

0 comments:
Post a Comment