6/9/10

Malaysia beli kereta perisai Indonesia RM266 Juta


Malaysia akan membeli kereta perisai Indonesia 6x6 sebanyak 32 buah pada harga sekitar RM266 Juta. Bermakna sekitar RM 8.3 Juta sebuah. Malaysia juga akan buat sendiri kereta perisai 8x8 sebanyak 257 buah pada harga sekitar RM 8 Billion. Bermakna sekitar RM 31.1 Juta sebuah.

1 kereta perisai Malaysia boleh beli 4 kereta perisai Indonesia

257 kereta perisai Indonesia hanya berharga RM 2.1 Billion

Adakah kereta perisai Malaysia jauh lebih mahal kerana ada lebih 2 tayar , lebih tebal armor , lebih laju , lebih besar , lebih canggih persenjataannya ?

Mungkin juga ?

Mungkin ahli-ahli parlimen kita akan dapat bertanyakan soalan-soalan tersebut kepada Menteri Pertahanan kita.

**********************************
Menteri Perindustrian MS Hidayat mengungkapkan pihak Malaysia telah memastikan pesanan panser dari PT Pindad senilai US$ 80 juta. Rencananya negeri Jiran itu bakal memesan panser sebanyak 32 unit.
http://us.detikfinance.com/read/2010/06/09/131421/1374808/4/panser-ri-akan-dibarter-dengan-sedan-proton-malaysia?f9911013

******************************
(DEFTECH), anak syarikat milik penuh DRB- HICOM Bhd. sedang membangunkan kereta perisai 8X8 - Deftech AV-8 dalam projek bernilai RM8 bilion . Pembinaan itu melibatkan 257 buah kenderaan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0421&pub=utusan_malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm&arc=hive

1 comments:

anavel gato nightmare of solomon said...

haha.ko ni mesti tk tau ape2 psl industri pertahanan.ko kata malaysia tk blh buat ape2.bace kat sini

http://militaryofmalaysia.net/2012/03/weststar-ganti-land-rover/#comment-14003

lain kali jgn asyik layan drama korea je 24 jam.lps tu ckp mcm expert psl pertahanan.cuba bace majalah tempur atau perajurit.nilah org muda malaysia skrg byk sgt dgn hiburan.

http://www.kaskus.us/showthread.php?t=2885241

tau tk kenapa program kereta perisai malaysia mahal.psl ia sekali dgn pakej senjata,blueprint kereta perisai dan penambahan peralatan kilang deftech.jd sumenya akan dihasilkan didlm malaysia.berbeza dgn pindad yg enginenya masih diimport lg utk kereta perisai pindad.malaysia pki pindad hanya utk tugas pengaman bknnya nk prg perang.lps habis tugasan pengaman sumennya akan didermakan.aku mcm ko jugak dulu kutuk malaysia tk blh buat ape2 tapi lps aku buat kajian btl2 baru aku tau.walaupun aku ni penyokong pembangkang tapi aku tk ade kompromi dlm bab2 pertahanan.