JEJAK UKHUWWAH

JEJAK UKHUWWAH

6/15/10

Melayu Sabah dihalau konon untuk pembangunan


Lebih kurang macam Israel halau rakyat Palestin je. Segala pembangunan yang datang telah banyak membawa impak negatif kepada penduduk Kampung Gentisan, Sepanggar, Sabah. Sejak pembangunan di kawasan itu dibuat banyak rumah terpaksa diroboh dan dipindahkan ke kawasan berhampiran menyebabkan kampung tersebut menjadi tidak tersusun. Pembinaan tembok bagi membina jalan menuju ke pangkalan TLDM juga menyebabkan masalah sampah menjadi-jadi di kampung tersebut.

MELAYU ! Menang Sorak , Kampung Tergadai !

Pelbagai kisah derita kesusahan penduduk Sabah di bawah ini :

Sampah dalam longkang
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sampah-dalam-longkang.html

Sabah bakal musnah paya bakau pelindung Tsunami
http://amkns.blogspot.com/2010/06/sabah-bakal-musnah-paya-bakau-pelindung.html

10 tahun minta jambatan tak dapat dapat
http://amkns.blogspot.com/2010/05/10-tahun-minta-jambatan-tak-dapat-dapat.html

Kerajaan tak prihatin siling masjid runtuh
http://amkns.blogspot.com/2010/05/kerajaan-tak-prihatin-siling-masjid.html

**************************
DILEMA KAMPUNG GENTISAN

Utusan Malaysia 15 Jun 2010


sampah sarap yang dibuang oleh penduduk kampung mengakibatkan pencemaran dan bau busuk di Kampung Gentisan, Sepanggar, baru-baru ini.
--------------------------------------------------------------------------------

KOTA KINABALU 14 Jun - Jika pergi ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar kita pasti tidak terlepas daripada melihat panorama Kampung Gentisan yang begitu cantik di sebalik pembangunan kawasan Teluk Sepanggar itu.

Kampung Gentisan yang terletak di Sepanggar itu merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang amat strategik kerana terletak di pesisir pantai di Teluk Sepanggar yang sedang pesat membangun.

Tidak hairanlah lokasi strategik kampung berkenaan juga menyebabkan terciptanya nama 'Gentisan' yang diambil daripada perkataan lintasan ekoran pernah dijadikan laluan utama pahlawan Sabah, Mat Salleh untuk ke Pulau Gaya.

Kedudukan yang strategik juga menyebabkan suatu waktu dulu kampung itu juga pernah menjadi pusat perniagaan berkonsepkan sistem 'barter' atau tukar barang.

Malah, sehingga kini, lokasi kawasan kampung itu yang strategik terus diiktiraf apabila Pangkalan TLDM turut dibina di kawasan tersebut, selain limbungan kapal dan juga kilang simen.

Segala perubahan mendadak yang berlaku di sekitar kampung berkenaan sepatutnya memberikan nikmat kepada lebih 1,000 penduduk kampung yang tinggal di situ.

Namun, hakikatnya berlainan kerana segala pembangunan yang datang telah banyak membawa impak negatif kepada penduduk kampung berkenaan.

Malah, saban hari penduduk di kampung berkenaan juga sentiasa dibelenggu pertanyaan sampai bilakah kampung itu akan terus kekal dalam peta negeri Sabah.

Ketua Kampung Gentisan, Mohd. Salleh Awang Jumat berkata, kerisauan penduduk kampung berkenaan amat berasas kerana kampung berkenaan bukan sahaja semakin kecil tetapi menghadapi pelbagai masalah.

"Dengan pelbagai masalah termasuk dalam keadaan kampung yang tidak tersusun pada masa ini, kita risau akan dijadikan alasan pihak tertentu untuk membangunkan kampung ini dan memindahkan penduduk dari sini," katanya.

Beliau memberitahu, sejak pembangunan di kawasan itu dibuat banyak rumah terpaksa diroboh dan dipindahkan ke kawasan berhampiran menyebabkan kampung tersebut menjadi tidak tersusun.

Selain itu, katanya, pembinaan tembok bagi membina jalan menuju ke pangkalan TLDM juga menyebabkan masalah sampah menjadi-jadi di kampung tersebut.

Katanya, masalah itu juga menyebabkan nelayan terpaksa keluar jauh untuk menangkap ikan kerana ikan semakin berkurangan di kawasan berhampiran.

"Dulu tidak ada tambak, sampah senang keluar masuk tetapi kini sampah yang ditiup angin dari laut masuk ke sini dan tidak dapat keluar kerana dihalang oleh tambak.

"Ini menimbulkan masalah kepada penduduk kerana sampah yang semakin banyak ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk selain memusnahkan habitat ikan," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Gentisan, Awang Pasih Abdul Kahar berkata, masalah utama kampung tersebut adalah kepesatan pembangunan yang tidak terancang dan saiz kampung yang semakin sempit.

Katanya, pertumbuhan pembangunan seperti TLDM, Pelabuhan Sabah dan kilang simen telah mengakibatkan Kampung Gentisan semakin kecil.

Malah, katanya, pembinaan kilang simen berhampiran kawasan kampung berkenaan juga menyebabkannya turut dicemari oleh habuk simen.

"Tanah-tanah di kampung ini juga diambil sewenang-wenangnya tanpa memikirkan perkampungan bumiputera sejak turun-temurun," tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0615&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm

No comments: